31/01/2026
Ramai orang rasa selamat bila nampak perkataan Zero. Sebab dalam kepala kita, ia macam pilihan lebih baik daripada air bergula.
Tapi sejak beberapa tahun ini, pemanis tiruan dalam minuman Zero mula jadi bahan bualan sebab ada kajian yang nampak kaitan kecil dengan risiko kanser tertentu, terutamanya bila diambil kerap dan bertahun.
Pada Julai 2023, IARC mengklasifikasikan aspartame sebagai possibly carcinogenic to humans, maksudnya ada potensi bahaya berdasarkan bukti terhad.
Dalam masa yang sama, panel penilaian risiko makanan (JECFA) kekalkan had pengambilan selamat dan kata dos biasa pengguna kebanyakan orang masih dalam julat yang diterima.
Sebab itu anda nampak dua ayat yang seolah bercanggah, padahal satu bercakap tentang potensi bahaya, satu lagi bercakap tentang risiko pada dos harian sebenar.
Update hingga awal 2026,
Isu ini masih belum jadi keputusan hitam putih. Ada kajian pemerhatian yang nampak signal, ada juga ulasan besar yang kata bukti tidak konsisten. Jadi apa langkah paling selamat untuk orang yang memang s**a minuman Zero?
1. Jangan jadikan Zero sebagai air harian. Simpan untuk waktu tertentu sahaja
2. Kalau dah mula bergantung pada rasa manis, itu petanda paling awal untuk undur
3. Biasakan air kosong sebagai default, dan jadikan Zero sebagai pilihan sekali sekala
4. Ingat, kurang gula tidak semestinya gaya hidup sihat kalau selebihnya masih ultra proses
Kalau anda minum Zero sebab nak kurangkan gula, itu niat yang baik. Cuma pastikan ia tidak berubah jadi tabiat harian yang anda sendiri susah nak berhenti.