Yumeiho Kelantan

Yumeiho Kelantan Pembetulan tulang belakang,pinggul dan saraf menggunakan teknik dan terapi dari negara Jepun

Kebaikan yang sering dikaitkan dengan Yumeiho:•Mengurangkan sakit belakang, bahu, dan leher.•Membantu postur badan lebih...
09/08/2025

Kebaikan yang sering dikaitkan dengan Yumeiho:

•Mengurangkan sakit belakang, bahu, dan leher.

•Membantu postur badan lebih tegak.

•Melancarkan peredaran darah dan tenaga

•Mengurangkan ketegangan otot dan stres.

•Memperbaiki pergerakan sendi

Sakit Tulang Punggung.Sakit tulang punggung atau Piriformis Syndrome (PS) merupakan kesakitan yang berlaku pada punggung...
29/12/2024

Sakit Tulang Punggung.

Sakit tulang punggung atau Piriformis Syndrome (PS) merupakan kesakitan yang berlaku pada punggung dan pinggul.

Kesakitan ini berlaku apabila saraf sciatic terganggu oleh otot piriformis.

Antara simptom sakit tulang punggung adalah:

👉Kebas di bahagian pinggul hingga hujung kaki.
👉Sakit di bahagian pinggul bila duduk dalam jangka masa yang panjang.
👉Sakit seperti kejutan elektrik dari bahagian pinggul hingga hujung kaki.
👉Sendi di bahagian pinggul menjadi ketat.

www.wasap.my/601131477967

Terapi Yumeiho bukan sahaja menyembuhkan banyak penyakit, tetapi juga bertindak dengan elok untuk mencegah banyak penyak...
19/11/2024

Terapi Yumeiho bukan sahaja menyembuhkan banyak penyakit, tetapi juga bertindak dengan elok untuk mencegah banyak penyakit dan menghilangkan lelah badan.

Ianya akan memberikan anda rasa hangat, rasa segar serta nyaman. melancarkan peredaran darah dalam tubuh, serta melancarkan metabolisme. mencegah penyakit-penyakit berat. Kerana terapi ini mampu meningkatkan kemampuan penyembuhan diri pada tubuh anda.

Maka kesannya akan memperelokkan tulang-tulang kelangkang, jarak intervetebrata menjadi lebar dan tulang belakang menjadi lurus, dengan demikian boleh meningkatkan tinggi badan terutama untuk anak-anak. Terapi ini boleh menghilangkan kerutan pada wajah.

Membuat tubuh menjadi lentur dan gerakan tubuh menjadi lincah.
Memperbaiki fungsi reproduksi.

Untuk tempahan slot Yumeiho area Kelantan sila hubungi atau whatsapp 👇

www.wasap.my/601131477967



16/06/2024

Temujanji Yumeiho Kelantan ke rumah anda .. Area kota bharu dan sekitar. 011-3147 7967

18/05/2024

Yumeiho Kelantan masih membuat rawatan bergerak ke rumah pesakit sekitar kelantan. Boleh whatsapp saya lokasi anda berada. 011-3147 7967

16/03/2024

🗣️Encik masih buat terapi Yumeiho lagi ?
💪 Ya.. Buat lagi.. Cuma tak update di facebook saja. Whatsapp saya
011-3147 7967

📌 SKOLIOSIS✍️Ia adalah satu keadaan di mana tulang belakang membengkok secara berlebihan pada arah yang tidak betul.Isti...
11/10/2023

📌 SKOLIOSIS

✍️Ia adalah satu keadaan di mana tulang belakang membengkok secara berlebihan pada arah yang tidak betul.

Istilah skoliosis diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘bengkok’.

Melalui X-ray tulang belakang akan kelihatan seperti huruf S atau C yang sepatutnya kelihatan lurus.

✍️Siapakah yang menghidap skoliosis?

✅ Kanak-kanak

‘Infantile scoliosis’ – Berlaku pada kanak-kanak berumur di bawah 3 tahun. Mungkin disebabkan oleh:

-Kecacatan sejak lahir
-Penyakit saraf dan otot (distropi otot atau cerebral palsy)
-Kecederaan
-Jangkitan
-Ketumbuhan
-‘Juvenile scoliosis’ – Berlaku pada kanak-kanak berumur 3 – 10 tahun. Ia jarang berlaku.

✅ Remaja

‘Adolescent idopathic scoliosis’ – skoliosis yang tidak di ketahui puncanya. Ia terjadi selepas seseorang itu berumur lebih daripada 10 tahun dan kerap di temui.

✅ Dewasa

Skoliosis dewasa berpunca daripada penyakit yang dihadapi semasa kanak-kanak tetapi gagal di kesan atau di rawat pada peringkat awal.

Selalunya ia bermula dengan keabnormalan yang sederhana dan akan menjadi lebih teruk kerana tidak dirawat. Boleh juga berlaku akibat dari proses penuaan.

✅ Faktor keturunan

Jika ada ahli keluarga mendapat skoliosis kemungkinan ahli keluarga yang lain menghidapi skoliosis agak tinggi iaitu hampir 20%.

Jika ada ahli keluarga yang mengalami masalah pembengkokan tulang belakang yang tidak normal, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

✍️Punca-punca skoliosis

Kebanyakannya tidak di ketahui. Kebanyakan kes-kes berlaku sejak lahir akibat kecacatan tulang belakang kongenital. Ia tidak berpunca dari:

-Duduk membongkok
-Duduk dalam keadaan janggal
-Tidur di atas tilam lama atau nipis
-Skoliosis selalunya lebih menonjol atau menjadi lebih teruk semasa fasa pertumbuhan mendadak di alam remaja.

✍️Gejala

Selalunya tidak sakit pada usia remaja dan belia. Kesakitan selalunya berlaku ketika alam dewasa jika tidak di rawat. Aduan utama pesakit adalah kecacatan bentuk badan.

❗Tanda-tanda lain termasuk:

-Penstrukturan otot belakang yang tidak sama rata
-Penonjolan tulang bahu
-Aras pinggul dan bahu yang tidak sama antara kanan dan kiri
-Kedudukan atau saiz payudara yang tidak sama
-Panjang jarak tangan di sisi badan kiri dan kanan tidak sama
-Baju yang dipakai kelihatan senget
-Jika dibiarkan tanpa rawatan: Skoliosis dewasa yang teruk akan menyebabkan:

🚫Sakit belakang yang berpanjangan
🚫Kecacatan bentuk badan
🚫esukaran bernafas

Untuk pertanyaan rawatan Terapi Yumeiho sila tekan link whatsapp 👇

www.wasap.my/601131477967

Pernah tak anda mengalami sakit pada tulang scap**a atau dipanggil tulang kipas? Dan kadang-kadang terasa sakit pada bah...
21/09/2023

Pernah tak anda mengalami sakit pada tulang scap**a atau dipanggil tulang kipas? Dan kadang-kadang terasa sakit pada bahagian bahu atau leher?

Tahu tak itu adalah simptom ‘scap**ar winging’?

Mana terletaknya tulang kipas?
Scap**a atau tulang kipas berada pada bagian atas dan belakang sangkar toraks, menempati ruang dari rusuk ke dua sampai ke tujuh, dan membentuk bagian belakang bahu.

Tulang ini adalah tulang l***r yang berbentuk lebih kurang segi tiga.

Scap**a dan lengan disambungkan ke badan dengan pelbagai otot dan ligamen. Sendi bahu yang terbentuk di antara scap**a dan lengan dipanggil sendi bola dan soket.

Bahagian hadapan scap**a (acromion) juga dihubungkan dengan tulang selangka (collarbone) melalui sendi acromioclavicular.

Permukaan anterior, menghadap ke arah tulang rusuk dan melintasi arah tulang rusuk.

Permukaan posterior p**a terbahagi kepada dua bahagian iaitu superior yang disebut ‘supraspinous fossa’ dan inferior ‘infraspinous fossa’.

Apabila anda menggerakkan lengan anda ke seluruh badan anda, scap**a anda juga mesti bergerak untuk mengekalkan sendi bahu (bola dan soket) dalam keadaan normal.

Jika anda mengalami sakit pada tulang kipas (scap**a) insyaAllah Terapi Yumeiho dapat membantu.

📌 www.wasap.my/601131477967

Tanda-tanda anda ada masalah tulang belakang, pinggul dan saraf :* Kaki pendek sebelah* Nampak bongkok bila berdiri tega...
30/08/2023

Tanda-tanda anda ada masalah tulang belakang, pinggul dan saraf :

* Kaki pendek sebelah

* Nampak bongkok bila berdiri tegak

* Tak boleh berjalan lama, mudah sangat lenguh pinggul

* Tak boleh duduk lama, sakit atau lenguh belakang

* Mudah kebas kaki

* Kedudukan anak telinga tak sama tinggi

* Rasa menekan di bahagian belakang pinggang

Dan lain lain simptom ..

Direct wasap nombor di bawah untuk pertnyaan details Terapi Yumeiho 👇

www.wasap.my/601131477967



Semua perkara yang dilakukan oleh badan kita melibatkan sistem saraf. Dari pernafasan, pengawalan anggota badan dan meng...
26/08/2023

Semua perkara yang dilakukan oleh badan kita melibatkan sistem saraf.

Dari pernafasan, pengawalan anggota badan dan mengesan haba dan sejuk, semuanya dikawal oleh sistem saraf kita.

Tahukah anda seseorang boleh mengalami sakit saraf atau kerosakan saraf?

kami kongsi apa anda perlu tahu tentang sistem saraf kita, penyebab utama sakit saraf dan bagaimana anda boleh mengurangkan sakit saraf.

Jenis Saraf yang Ada Dalam Badan.
Sebelum kita cuba untuk petua hilangkan sakit saraf, kita perlu tahu jenis-jenis saraf yang ada dalam badan kita dahulu.

Terdapat tiga jenis saraf atau neuron iaitu:

📌 Saraf autonomi.

Saraf ini mengawal aktiviti luar kawal atau separa terkawal badan anda.

Aktiviti ini termasuk denyutan jantung, tekanan darah, penghadaman dan kawalan suhu badan.

📌Saraf motor

Saraf ini mengawal pergerakan dan tindakan anda dengan menyampaikan maklumat dari otot dan saraf tunjang ke otot anda.

Inilah yang membantu anda untuk berjalan, menggenggam, bernafas, berlari dan sebagainya.

📌Saraf deria

Saraf deria menyampaikan maklumat dari kulit dan otot anda ke saraf tunjang dan otak anda.

Maklumat ini kemudian diproses untuk membolehkan anda merasakan kesakitan dan sensasi lain seperti terkena air panas dan kesejukkan dari angin yang kuat.

Penyebab Utama Sakit Saraf dan Kerosakan
diabetes
Kerosakan saraf dan kesakitan adalah keadaan yang biasa dialami oleh ramai rakyat Malaysia.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, sekitar 2.5 juta rakyat Malaysia mengalami kesakitan neuropatik yang disebabkan oleh kerosakan saraf.

Berikut adalah empat sebab utama yang boleh menyebabkan sakit saraf dan kerosakan saraf:

✍️Diabetes

Tahap gula darah yang tinggi dalam individu yang menghidap diabetes boleh merosakkan saraf dari masa ke semasa.

Hampir 50% daripada pesakit diabetes mengalami kerosakan saraf dan risiko kerosakan saraf menjadi lebih tinggi apabila diabetes menjadi lebih teruk.

Hal ini menyebabkan keadaan yang dipanggil neuropati diabetik.

Neuropati diabetes boleh menyebabkan sakit, kebas, kesemutan, dan kelemahan pada tangan dan kaki.

✍️Kecederaan

Saraf boleh rosak disebabkan oleh kecederaan fizikal, seperti jatuh, kecederaan sukan, atau kemalangan kereta.

Ini boleh menyebabkan sakit, kebas, dan kelemahan pada kawasan yang terjejas.

✍️ Jangkitan Penyakit

Beberapa jangkitan penyakit juga boleh menyebabkan sakit saraf dan kerosakan saraf.

Antara penyakit yang mengganggu saraf adalah cacar air, HIV/AIDS, dan penyakit Lyme.

✍️Gangguan Autoimun

Gangguan autoimun seperti sclerosis berganda dan lupus juga boleh merosakkan saraf dan menyebabkan sakit, kebas, dan kelemahan.

Selain itu, penyakit autoimun lain yang turut boleh menjadi penyebab utama adalah sindrom Guillain-Barré (keadaan yang jarang berlaku di mana sistem imun menyerang saraf tepi), miastenia gravis dan penyakit radang usus.

✔️5 Petua Hilangkan Sakit Saraf

❗kurangkan gula

Sakit saraf dan kerosakan saraf boleh menjadi sangat mengganggu, mempengaruhi aktiviti harian dan kualiti hidup seseorang.

Petua pertama adalah mengurangkan pengambilan gula dalam diet.

Mengapa? Kerana gula yang berlebihan dalam badan dapat menyebabkan kerosakan pada saraf dan merencatkan fungsi saraf.

Oleh itu, mengurangkan pengambilan gula dalam diet dapat membantu mengurangkan risiko sakit urat saraf.

❗ Gaya Hidup Sihat

Sebenarnya banyak perkara yang kita buat, kita tak sedar ia sedang mengganggu kesihatan saraf dalam badan kita.

Misalnya, merokok dan minum minuman keras boleh meningkatkan risiko sakit saraf.

Oleh itu, amalkanlah gaya hidup sihat dengan mengamalkan diet seimbang, tidur secukupnya dan elakkan faktor yang meningkatkan risiko sakit saraf.

❗ Kawal Berat Badan

Selaras dengan mengamalkan gaya hidup sihat, anda juga perlu mengawal berat badan kerana berat badan memberi kesan besar kepada gejala arthritis.

Berat badan berlebihan akan memberi tekanan kepada sendi, lutut, pinggul dan juga saraf.

Untuk mengelakkan sakit saraf serta penyakit lain yang disebabkan oleh berat badan berlebihan, pastikan anda amalkan diet yang seimbang dan melakukan senaman berkala.

❗ Senaman Berkala

Terdapat beberapa senaman yang anda boleh lakukan untuk mengawal berat badan, menjaga kelenturan sendi serta menguatkan otot.

Senaman-senaman ini juga tidak memerlukan intensiti yang terlalu tinggi malah boleh diselitkan dalam rutin harian kita.

Antaranya adalah berjalan kaki, berbasikal, taichi, yoga, aktiviti melibatkan sukan air seperti berenang.

❗ Terapi Alternatif

Terapi alternatif seperti Yumeiho boleh bantu mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fungsi saraf.

Terapi Yumeiho membantu merawat sakit saraf dan kerosakan saraf dengan merangsang pengaliran darah dan mengurangkan keradangan di kawasan yang terjejas.

Jadi, jika anda mengalami sakit urat saraf atau kerosakan urat saraf, ambil langkah proaktif dengan mendapatkan terapi alternatif. InsyaAllah..

Pertanyaan detail Terapi Yumeiho Kelantan sila tekan link whatsapp 👇

📍 www.wasap.my/601131477967

Serba sedikit info Yumeiho💪💪💪✍️Terapi Yumeiho adalah suatu kaedah rawatan unik yang menakjubkan untuk memperbetulkan pos...
09/08/2023

Serba sedikit info Yumeiho💪💪💪

✍️Terapi Yumeiho adalah suatu kaedah rawatan unik yang menakjubkan untuk memperbetulkan posisi tulang struktur badan dan mengendurkan otot-otot secara radikal dalam membantu menyembuhkan pelbagai penyakit.

💪Jenis terapi ini diperlihatkan sebagai terapi pergerakan fizikal seperti regangan, penarikan, tekanan fizikal dengan menjadikan tulang pinggul sebagai pusatnya supaya sendi-sendi dipulihkan dan mengimbangi kedudukan struktur badan. Apabila struktur tubuh badan dapat diseimbangkan, pesakit akan mempunyai kekuatan dalaman untuk melawan setiap penyakit.

✨Sebenarnya, tidak ramai yang mempunyai tulang pinggul yang sempurna. Namun ramai yang tidak menyedari hakikat tersebut. Posisi tulang pinggul yang tidak seimbang akan menyebabkan tulang belakang menekan saraf-saraf dan menyebabkan gangguan fungsi otot, sendi-sendi dan seluruh organ-organ tubuh badan yang lain. Akhirnya menjadi penyebab utama rasa sakit pada kepala, belakang badan, pelbagai masalah disc/tulang belakang, pinggul, kaki, bahu dan masalah organ dalaman tubuh badan.

✨Dalam rawatan terapi yumeiho,tulang pinggul menjadi asas keseimbangan anatomi tubuh badan. Dengan itu, terapis dituntut membuat pemeriksaan tulang pinggul terlebih dahulu sebelum memulakan proses rawatan. Juga diakhiri rawatan dengan pemeriksaan semula pada tulang pinggul. Hasil daripada terapi tersebut, pesakit akan mendapat pelbagai manfaat diantaranya ialah;

✅Memperbetulkan struktur tulang dan tubuh badan untuk lebih seimbang dan seterusnya gerakan badan akan berasa selesa.

✅Meningkatkan system kekebalan tubuh badan dan memperkuat organ-organ dalaman.

✅Memberikan kesegaran dan rasa kepenatan tubuh badan.

✅Melancarkan peredaran darah.

✅Menyembuh dan Mencegah penyakit-penyakit kronik melalui penjanaan kemampuan tubuh badan untuk penyembuhan terhadap diri sendiri.

✅Memperbaiki fungsi organ-organ seks.

📌 Untuk pertanyaan detail atau tempahan rawatan terapi Yumeiho boleh direct wasap nombor di bawah 👇

www.wasap.my/601131477967

Sakit Tulang Pinggul ❗❗❗Sendi pinggul boleh menampung berat badan kita, dan digunakan untuk pergerakan yang berulang kal...
19/07/2023

Sakit Tulang Pinggul ❗❗❗

Sendi pinggul boleh menampung berat badan kita, dan digunakan untuk pergerakan yang berulang kali dalam satu hari. Sendi bola dan soket ini yang merupakan sendi terbesar dalam badan adalah antara sendi yang paling banyak digunakan dan terkesan oleh aktiviti seharian kita.

Setiap kali anda menggunakan pinggul (contohnya, semasa berlari), kusyen di antara tulang rawan anda membantu mengelakkan geseran semasa tulang pinggul bergerak dalam soketnya.

Walaupun ketahanannya yang luar biasa, sendi pinggul bukanlah struktur badan yang tidak boleh dimusnahkan. Dengan usia dan penggunaan, rawan boleh haus atau koyak. Otot dan tendon di pinggul kadangkala digunakan secara berlebihan. Tulang pinggul juga boleh patah semasa jatuh atau kecederaan lain. Mana-mana keadaan ini boleh menyebabkan sakit pinggul.

Simptom dan Tanda :

Bergantung pada keadaan yang menyebabkan sakit pinggul anda, anda mungkin merasa ketidakselesaan pada bahagian :

☑️Peha
☑️Di dalam sendi pinggul
☑️pangkal paha
☑️Di luar sendi pinggul
☑️Punggung

Kadangkala sakit dari bahagian lain badan, seperti belakang atau pangkal paha (dari hernia), boleh berpindah ke pinggul. Anda mungkin menyedari bahawa kesakitan anda menjadi lebih teruk dengan aktiviti, terutamanya jika ia disebabkan oleh arthritis. Bersama-sama dengan kesakitan, pergerakan bahagian pinggul anda juga mungkin menjadi terhad.

Hubungi atau whatsapp untuk pertanyaan lanjut rawatan Yumeiho 👇

📌 www.wasap.my/601131477967

Address

Kok Lanas
Ketereh

Telephone

01131477967

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yumeiho Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram