15/02/2026
🌟 H.E.B.A.T. @ SK TTDI Jaya! 🌟
🗓 24 Januari 2026
📍 Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail Jaya
Henti! Elak! Basmi! Asap Tembakau! (H.E.B.A.T) ialah inisiatif menangani isu merokok dan penggunaan v**e dalam kalangan remaja, dengan fokus kepada kesedaran tentang kesan negatifnya ke atas kesihatan fizikal, mental dan sosial.
Program ini dipandu oleh fasilitator daripada pelbagai fakulti seperti Perubatan, Farmasi, Pergigian, Kejuruteraan, Undang-Undang dan Alam Bina, yang bersama-sama menyampaikan ilmu dan kesedaran kepada peserta.
Antara objektif program ialah:
- Meningkatkan kefahaman tentang bahaya rokok dan v**e.
- Membantu pelajar menolak pengaruh negatif.
- Menyokong aspirasi Generational End Game (GEG).
Usaha ini diharapkan melahirkan generasi muda bebas tembakau demi masa depan yang lebih sihat! 💪