Klinik Najihah Kaparr

Klinik Najihah Kaparr Perubatan Umum
Ultrasound (2D)
Ultrasound (3D,4D,Detail Scan) - by appoinment
ECG
Nebulizer
Vaccine

09/05/2024

Dengar sini pesakit2 Ekzema/ Gerd / Psoriasis/ resdung dan Sinus...

Alhamdulillah..ada b*k perubahan positive selepas sebulan...Pesakit kencing manis dengan jangkitan kuman pada kaki kirin...
30/04/2024

Alhamdulillah..ada b*k perubahan positive selepas sebulan...
Pesakit kencing manis dengan jangkitan kuman pada kaki kirinya...
Rawatan dan cuci luka di Klinik Najihah Kapar

Kepada semua rakan taulan dan para pelanggan Klinik Najihah Kapar yg di kasihi ❤️Kami dan seluruh warga Klinik Najihah K...
09/04/2024

Kepada semua rakan taulan dan para pelanggan Klinik Najihah Kapar yg di kasihi ❤️
Kami dan seluruh warga Klinik Najihah Kapar mengucapkan..

Ovarian Cyst...Rasanya kita biasa dengar nama tu kanIanya sejenis penyakit ketumbuhan yg berlaku pada seorang wanita...K...
09/03/2024

Ovarian Cyst...
Rasanya kita biasa dengar nama tu kan
Ianya sejenis penyakit ketumbuhan yg berlaku pada seorang wanita...

Kebiasaannya ianya berlaku secara senyap2
Tiada apa2 tanda atau warning sign
Hanya peratus kecil yg memberi warning sign dari peringkat awal
Seperti sakit pada ari2 atau senggugut

Kebiasaannya pesakit dapat kesan symptoms bila ketumbuhan yg berasal dari O***y atau kilang telur perempuan ini ber saiz yg agak besar sbb dia menghimpit organ sekelilingnya seperti pundi kencing

Ada juga yg di kesan secara tidak langsung semasa pemeriksaan Ultrasound perut ketika mengandung.

Baru2 ini saya menerima seorang pesakit wanita berusia hujuang 20an dengan aduan tidak dapat menahan kencing sehingga terpaksa memakai pampers sepanjang hari....

Kesian sungguh
Di usia muda seperti beliau yang sepatutnya sudah boleh berumah tangga tapi ada masaalah seperti itu ..

Beliau p**a bekerja di syarikat yang memerlukan beliau bertemu orang ramai...

Tapi segala apa kesulitan yang di alaminya beliau sembunyikan dan tidak bertemu doktot sebab " MALU"

Bila saya periksa bahagian abdomennya terus terasa ada benjolan lembut dari atas paras ari2 hingga ke bahagian pusat...

Oleh kerana dia seorang wanita
Terus saya dapat " narrow down" bahawa kemungkinan bengkak tersebut berasal dari sistem perananakkan wanita ...
Ya...may be Rahim atau O***y yg bengkak...

Terus saya offer pesakit untuk membuat pemeriksaan Ultrasound abdomen atau perut...

Tu dia....letak je probe ultrasound atas perut terus nampak very huge mass yang bersepta septa dan macam ada fluid di dalamnya
( Seperti yang saya tunjuk dalam gambar)

Ukuran nya lebih kurang 15 cm x 18 cm...
Wah...besarnya
Mcm lebih besar dari kepala baby

Biasanya kalau size cecah 5 cm pun dah kena rujuk ke Pakar Sakit Puan

Ovarian cyst ni ada yg simple dan resolve by it self ( biasanya yg bersaiz kecil dan tidak bersepta )
DAN kalau dah tumbuh besar sampai ke pusat dan banyak septa mestilah kita kena fikir something yang more serious...
Mujur walau dah bersize besar tp tak pecah...
Ovarian Cyst ada risiko utk pecah dan menyevabkan pendarahan dalaman..
Ia juga boleh bertukar menjadi malignant atau Cancer

Utk pesakit ni ianya dah kacau organ sebelah yakni pundi kencing ..
Asiklah memghimpit sampai membuatkan pesakit tak boleh kawal pundi kencingnyayg tanpa di sedari mengeluarkan air kencing tanpa kawalan....

Untuk masaalah seperti ini memang kita tidak boleh tunggu lama
Maka saya rujuk terus ke Pakar Sakit Puan di HTAR

Semoga beliau cepat menerima rawatan yg sewajarnya dan beroleh kesembuhan tanpa komplikasi...


Masa kecik2 dulu selalu kita ingat pesanan" Kalau nak melintas jalan tengok duluKanan...kiri..dan kanan sekali lagi ..ka...
19/02/2024

Masa kecik2 dulu selalu kita ingat pesanan
" Kalau nak melintas jalan tengok dulu
Kanan...kiri..dan kanan sekali lagi ..kalau clear baru lah boleh melintas jalan .. InsyaAllah selamat

Zaman now boleh tambah lagi pesanan berikut...
Kalau nak menapak ke atas simen di musim panas lit lit ni
Jangan terus pijak
Lebih2 lagi kalau tak pakai kasut
Test dulu permukaan simen tu
Sejuk ke panas
Sbb simen ni pengalir haba yg baik
Kalau panas sgt boleh goreng telur atas tu..

Pagi ni ada seorang pesakit
Saya panggil dia Encik Wan
Biasanya datang boleh berjalan sendiri
Pagi ni pelik sikit
Beliau datang duduk atas wheel chair di tolak oleh anak bujangnya ..

Rupanya kisahnya begini

Semalam Encik Wan ni plan nak riadah depan rumah
Exercise ringan ringan lah kt atas simen depan rumah
Ala ala acupuncture gitu
Nak berjalan atas simen yg beliau ingat cuma panas panas manja ..

Beliau fikir
Tanpa pakai kasut dan pijak atas simen yg hangat tu mesti perjalanan darah jadi lancar
Macam sauna....😅

Once beliau memijak simen terus menjerit
Dah lah tak pakai alas kaki
Rasa panas yg amat sangat mcm pijak oven...
Panas campur sakit....

Walau pun hanya memijak bbrp saat
Telah cukup membuatkan kulit tapak kakinya masak

Ye..
Beliau telah cedera terbakar second degree...
Habis masak kulit kakinya dan melecur
Mujur tak masak sampai ke daging

Walau cuma masak sampai ke kulit
Pun dah terasa sakit sgt sbb pada kulit kita lah " sensory receptors" paling padat

Mujur selepas terbakar akibat kena simin panas tersebut
Encik Wan cepat2 menyiram kakinya dengan air
Beliau tidak panik dengan menyapu colgate lah..
Menyapu minyak gamat lah ..

Bila kita menyiram atau merendam anggota yg terbakar itu dengan air
Terus suhu tinggi pada tpt yg tersebut berkurangan
Tidaklah kesan membakar itu menjadi lebih parah...

Hari ni kami buat dressing pada kedua dua kaki Encik Wan yg terbakar 2nd degree tersebut
Kami buang bersih kulit kaki yg sudah masak dengan mengguntingnya menggunakan gunting yang sterile
Mencuci dgn anti septik dan menyapunya dengan antibiotic
Kemudian tutup dengan lapisan Sufratulle / Jelonet dan tutup dengan gauze yg bersih.

Kena di pastikan supaya luka nya tidak di jangkiti kuman agar proses penyembuhan tidak delay.
Kami akan memantau dan menukar dressing setiap hari .
Luka begini biasanya mengambil masa yg lama utk sembuh
3 minggu belum tentu sembuh sepenuhnya

Semoga Encik Wan di beri kesembuhan segera dan boleh berniaga lagi di pasar malam utk mencari rezeki.
Semoga tidak ada sebarang komplikasi seperti jangkitan kuman yg boleh mengganggu proses penyembuhan

Take care semua orang🥰


Promosi kembali lagi sempena CNY..Utk sepanjang Feb 2024 sahaja.Ujian darah Screening kesihatanSerendah rm70Anda boleh b...
15/02/2024

Promosi kembali lagi sempena CNY..
Utk sepanjang Feb 2024 sahaja.

Ujian darah Screening kesihatan
Serendah rm70
Anda boleh buat ujian melihat setiap sel darah
Fungsi buah pinggang
Fungsi hati
Kolesterol profile
Mengesan penyakit kencing manis
Pemeriksaan urine ...

Segeralah buat temujanji
Boleh telephone Klinik Najihah 03 32592667

Ada seorang pesakit Pakistan petang tadi bila di panggil namanya dia masuk bilik doktor terus tunjuk tapak kakinyaSangat...
13/02/2024

Ada seorang pesakit Pakistan petang tadi bila di panggil namanya dia masuk bilik doktor terus tunjuk tapak kakinya

Sangat sakit katanya sambil meunjuk pada satu ketulan kecil dan keras pada tapak kakinya...
Bila di tekan sakit
Jalan pun sakit
Bila ku pandang dan periksa terus dapat diagnosed.." this is ketuat.."

Pakistan tu terus berckp dlm nada sedih
Saya dah sakit banyak lama
Doktor boleh kasi buang kaa?
Aku memeriksa sambil membelek2 kaki Pakistan sambil menjeling skrin komputer tengok sekali lalu berapa org pesakit yg sedang queue...
Ok
Dlm 10 org sedang queue ...
Boleh tunggu ka saya Kasi settle pesakit lain dulu?
Boleh... Pakistan jawab
Saya jawab..ok .duduk di luar dulu ye...saya settlekan pesakit lain nnti saya panggil tuan masuk bilik dua ye..

Alhamdulillah.. pesakit sabar menunggu
Di suntik ubat bius pun tak ada response kesakitan..
Maka alhamdulillah mudah je nk selesaikan kerja
Berjaya keluar kan isi ketuat dgn complete
Relax je pesakit menunggu dgn sabar
Semoga tidak berulang lagi hendaknya ketuatnya menumbuh

Sebenarnya ketuat atau Warts pada tapak kaki ni senang menjangkit pada:
1.kaki yg sentiasa lembap sbb memakai stokin dan safety shoe pada jangka masa yg lama
2.mereka yg aktiviti hariannya banyak terkena air pada kaki dan tidak segera di keringkan
3.ianya adalah jangkitan sejenis Virus yg boleh merebak tumbuh jadi banyak hingga merebak satu badan.
4.tidaklah bahaya atau life threatening tp agak mengganggu kehidupan sbb sakit dan kulit nampak tak lawa...
5.kalau baru tumbuh satu eloklah cepat2 di rawat
6.Kalau baru peringkat awal boleh di rawat dgn memakai sejenis plaster khas dan menyapu lotion khas utk mematikan pertumbuhan warts atau ketuat tersebut

Rawatan di peringkat awal lagi mudah.

Pagi ni buat small prosedur keluarkan " Susuk"😅Bahasa mudahnya susuk...Tp sebenarnya ialah alat mencegah kehamilan atau ...
13/02/2024

Pagi ni buat small prosedur keluarkan " Susuk"😅
Bahasa mudahnya susuk...
Tp sebenarnya ialah alat mencegah kehamilan atau perancang keluarga atau IMPLANON

Sedang sibuk melayan pesakit2 di pagi Selasa selepas ber cuti sambutan CNY
Staf memberitahu ..boleh tak doktor pagi ni keluar kan implanon pesakit tak buat appointment?

Saya jawab boleh lah
Kesian pesakit mungkin dia dah ambik cuti hari ni
Memang ia pun
Pesakit ni asal dari Acheh dan bekerja sebagai cleaner
Hari ni genap dia pakai Implanon selama 3 tahun
Mesti nak keluarkan hari ni ...( Bagus pesakit ni sangat patuh dan punctual walau pun sebenarnya boleh je delay sehari dua)
Tak apa
Kita layankan je..
Yg penting pesakit happy

Pengalaman peribadi ber Aulora dan Ber Shiruto semasa mengerjakan Umrah di usia 60 thn & 58 thnAlhamdulillah saya dan su...
30/01/2024

Pengalaman peribadi ber Aulora dan Ber Shiruto semasa mengerjakan Umrah di usia 60 thn & 58 thn

Alhamdulillah saya dan suami baru balik dari mengerjakan ibadah umrah baru2 ini .

Seperti yg semua maklum ibadah umrah dan Haji adalah ibadah yg bukan sahaja memerlukan kekuatan rohani tapi juga kekuatan fizikal.

Semakin usia meningkat..Kudrat kita semakin berkurang ..itu adalah fitrah..
Ingat lagi semasa mengerjakan Haji..Kami masih di usia muda ( awal 40 an dan hujung 30 an)
Mampu melakukan Umrah selang sehari.

Dan ibadah umrah kami yg terakhir sebelum ini adalah tahun 2020
Masih muda 4 tahun dari sekarang

Tp setiap kali balik ke Malaysia Selepas menjadi Duyuforrohman
Biasanya kami mendapat serangan batuk atau sakit tekak yg agak berpanjangan
Mungkin akibat faktor tak cukup rehat dan perubahan cuaca menjadi kan immune system pun terganggu dan mudah mendapat serangan virus.
Alhamdulillah kali ini kami betul betul membuat persediaan.Kami tidak mahu ibadah kami terganggu di Mekah / Madinah akibat gangguan kesihatan.
Di samping berdoa mestilah buat sesuatu utk ikhtiar kan...

Kami memang setiap hari mengamalkan makanan Sunnah Madu di campur Bee Pollen.
Kami juga amalkan menelan Produk " Shiruto" sejenis supplement dari Jepun hasil kajian dan penyelidikkan Saintis di Jepun dan mendapat anugerah Noble Price .

Selain itu kami pun amalkan menelan superfood Spirulina dari BE International.

Semuanya kami amalkan beberapa bulan sebelum mengerjakan umrah dan sepanjang 10 hari di sana .

Alhamdulillah kami dapat merasakan kesannya yg sangat positif pada diri kami

Sentiasa cergas dan sihat walafiat sepanjang di sana dan setelah balik ke Malaysia.
Ada satu ketika tu kami bertawaf sebanyak 4x dalam masa tak sampai 48 jam .
Kami tawaf dan Saie seperti biasa tanpa menggunakan bantuan skuter dan sebagaiinya.

MasyaAllah Tabarakkallah 🥰
Maka nikmat mana lagi kah yg kamu dustakan?
Alhamdulillah Allah swt berkati ikhtiar kami utk meng optimamkan taraf kesihatan kami yg semakin berusia ini

Terimakasih BE International
Terimakasih Spirulina
Terimakasih Shiruto
Terimakasih Aulora Kondenshi Pants

Semua dgn izin Allah swt belaka.
Kita hanya ber ikhtiar
Dan ikhtiar biarlah betul .

Selamat Tahun Baru SemuaSemoga Tahun 2024 lebih baik dari tahun 20231 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju h...
01/01/2024

Selamat Tahun Baru Semua
Semoga Tahun 2024 lebih baik dari tahun 2023

1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita.

Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?

1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.

2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!

3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.

4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.

1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna.

Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.

Kredit : Tuan Ameer Hamzah

Kalau nak elakkan Gluten.. roti boleh di tukar dgn telur rebus di sulami kopi O atau Teh O panas tanpa gula

Rm75 perdose jika lebih dari dua orang.
20/11/2023

Rm75 perdose jika lebih dari dua orang.

Address

No 1012, Batu 11, Pekan Kapar Klang
Klang

Opening Hours

Monday 08:30 - 22:00
Tuesday 08:30 - 22:00
Wednesday 08:30 - 22:00
Thursday 08:30 - 22:00
Friday 08:30 - 22:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60332592667

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Najihah Kaparr posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Najihah Kaparr:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category