Klinik Azalea Bandar Bukit Raja

Klinik Azalea Bandar Bukit Raja Your Trusted Family Doctor

08/04/2026

❗️BUKA BUKU PINK: LANGKAH PERTAMA YANG WAJIB ANDA AMBIL SELEPAS DISAHKAN HAMIL❗️

Tahniah! Anda kini memasuki fasa indah dalam hidup sebagai ibu mengandung. Selepas mendapat berita gembira ini, langkah seterusnya yang paling penting ialah membuka Buku Pink - rekod rasmi kesihatan kehamilan anda.

APA ITU BUKU PINK?

Buku Pink adalah rekod kesihatan yang akan menemani anda sepanjang tempoh kehamilan. la mencatat segala maklumat penting tentang kesihatan anda dan bayi, seperti:

🌸Pemeriksaan rutin: Maklumat tekanan darah, berat badan, dan tahap kesihatan keseluruhan.

🌸Ujian darah dan urin: Untuk memastikan anda dan bayi bebas dari sebarang risiko kesihatan.

🌸Sejarah perubatan: Merekodkan sebarang penyakit atau komplikasi yang mungkin mempengaruhi kehamilan.

🌸Tarikh jangka bersalin: Memberi anggaran tarikh kelahiran bayi anda.

Apa yang dilakukan semasa membuka Buku Pink?

Apabila anda membuka Buku Pink di klinik, beberapa prosedur penting akan dijalankan:

🌹Pendaftaran: Anda akan didaftarkan sebagai ibu mengandung dan diberi Buku Pink untuk menyimpan rekod kesihatan sepanjang kehamilan.

🌹Pemeriksaan kesihatan: Doktor atau jururawat akan melakukan pemeriksaan awal yang merangkumi:

1. Pengambilan sejarah perubatan: Doktor akan bertanya tentang sejarah kesihatan anda, termasuk penyakit terdahulu, alahan, dan kehamilan sebelum ini.

2. Ujian darah dan urin: Untuk memeriksa tahap hemoglobin, gula dalam darah, dan kehadiran protein atau jangkitan dalam air kencing.

3. Ujian ultrasound (jika diperlukan): Untuk memastikan kehamilan berada di lokasi yang betul

🌹Nasihat dan panduan: Anda akan diberikan nasihat mengenai pemakanan, senaman, dan suplemen yang diperlukan, seperti asid folik dan zat besi. Doktor juga akan memberitahu tarikh lawatan susulan untuk pemeriksaan seterusnya.

🌹Jadual temujanji: Tarikh lawatan susulan akan ditetapkan untuk memantau perkembangan kehamilan anda secara berkala.

🤰 Non-invasive Chromosome Check (NICC) atau NIPTSaringan awal, memberi lebih ketenangan.NICC membantu mengesan risiko ma...
05/04/2026

🤰 Non-invasive Chromosome Check (NICC) atau NIPT

Saringan awal, memberi lebih ketenangan.

NICC membantu mengesan risiko masalah genetik seperti Down Syndrome seawal 10 minggu kehamilan hanya melalui ujian darah ibu.

✔️ Selamat
✔️ Tepat
✔️ Tanpa prosedur invasif

Book slot anda sekarang❗️

02/04/2026

Part 2

Apa nak buat kalau anak susah nafas?
Tak pasti?

Walk-in untuk pemeriksaan lanjut dari Doktor Azalea 🫡

🏥 Klinik Azalea Bdr Bkt Raja Klang
☎️ 016-3049303

01/04/2026

Nafas anak nampak normal, tapi betul ke? Jom check pernafasan bayi!

Jika tak pasti jangan tunggu! Terus walk in ke klinik kami utk pemeriksaan 🫡

🏥 Klinik Azalea Bdr Bkt Raja Klang
☎️ 016-3049303

Feeling healthy doesn’t mean you’re risk-free.Let’s get screenedThe earlier, the better!Your health matters.Visit Klinik...
31/03/2026

Feeling healthy doesn’t mean you’re risk-free.
Let’s get screened
The earlier, the better!

Your health matters.
Visit Klinik Azalea today for a comprehensive health screening with our experienced doctors 🫰

Contact us at :
☎️ 016-3049303
🏥 Klinik Azalea Bdr Bkt Raja Klang

30/03/2026

Jom scan di Klinik Azalea bersama doktor2 kita yang berpengalaman 🫰

Whatsapp kami di:

☎️ 016-304 9303
*Link di bio*

🔥 Masih Kerap Gastrik Walaupun Dah Makan Ubat?Perut masih kembung, pedih & tak selesa?👉 Mungkin itu bukan sekadar gastri...
29/03/2026

🔥 Masih Kerap Gastrik Walaupun Dah Makan Ubat?
Perut masih kembung, pedih & tak selesa?

👉 Mungkin itu bukan sekadar gastrik biasa.
Anda mungkin ada jangkitan H. pylori!

🦠 Apa itu H. pylori?
Bakteria yang menjangkiti perut dan boleh menyebabkan:
▪️ Gastrik berpanjangan
▪️ Ulser perut
▪️ Risiko kanser perut

⚠️ Tanda-tanda anda perlu buat ujian:

▪️ Kerap sakit perut / gastrik
▪️ Kembung atau rasa penuh
▪️ Kerap sendawa
▪️ Kurang selera makan
▪️ Berat badan menurun
▪️ Loya & muntah
▪️ Cepat kenyang

🧪 Ujian H. pylori mudah & cepat!
Hanya dengan sampel nafas (breath test)

⏱️ Puasa 2 jam sebelum ujian
📄 Keputusan dalam 2-3hari bekerja

⛔ Jangan tunggu sampai jadi lebih teruk!
Dapatkan saringan awal & rawatan yang tepat.

📍 Walk-in atau buat temujanji hari ini!

28/03/2026

Kami yakin ramai ibu2 pernah ada pengalaman macam ni. Risauu kan kalau kandungan berada di luar rahim.

Inilah kenapa pentingnya scan awal kandungan.
Pada usia kandungan 5-7 minggu, scan dibuat utk pastikan di mana lokasi kandungan. Ujian scan TVS adalah lebih baik kerana visual image nya lebih jelas.

Dapatkan nasihat dari Doktor keluarga anda 🫰



Sempena musim Haji yang bakal tiba tak lama lagi, kami mengesyorkan bakal jemaah yang berumur lebih >50 tahun atau yang ...
27/03/2026

Sempena musim Haji yang bakal tiba tak lama lagi, kami mengesyorkan bakal jemaah yang berumur lebih >50 tahun atau yang menghidapi penyakit kronik (darah tinggi,kencing manis, asthma) untuk dapatkan juga vaksinasi tambahan seperti Influenza & Pneumococcal.

Setiap tahun jangkitan penyakit respiratori menjadi antara sebab utama jemaah ramai jatuh sakit.

Dapatkan perlindungan. Dan kemudian kita bertawakal 🤲

Hubungi kami untuk dapatkan maklumat lanjut.

02/02/2026

⭐⭐⭐⭐⭐

Trusted care with Klinik Azalea. Thank you for the 5-star love.

Book your appointment today,we’re ready for you💜

Slot Khatan Cuti Sekolah sudah dibuka‼️ JOM daftar nama di Klinik Azalea 🥰              klik sini --->  https://wa.me/60...
02/12/2025

Slot Khatan Cuti Sekolah sudah dibuka‼️
JOM daftar nama di Klinik Azalea 🥰

klik sini ---> https://wa.me/60163049303

🦸🏻‍♂️TIDAK TERLAMPAU AWAL/ LAMBAT UNTUK KHATAN 🦸🏻‍♂️
Jom adik-adik dan abang-abang yang belum sunat lagi rebut peluang untuk khatan ringkas, mudah dan cepat sembuh!
KENAPA PILIH KLINIK AZALEA?
✔️ Rawatan oleh Doktor lelaki berpengalaman
✔️ Staff peramah dan mesra pelanggan
✔️ Ruang menunggu selesa dan bersih
✔️ Harga berpatutan
⭐ ⭐ ⭐ ⭐ ⭐ REVIEWS ⭐ ⭐ ⭐ ⭐ ⭐
“Alhamdulillah yang dirancang semua berjalan dengan lancar. Tq semua staff Klinik Azalea. Servis sangat terbaik. My hero encem boy dah sunat! 🤗” - Azri
“Yang sunatkan tu mmg Tok Mudim. Sekejap je buat. Harga berpatutan.” - Umie
"Baru sunatkan bb haritu masa 47 hari. 4 hari benang dah tercabut sendiri. Seminggu je fully recover.” - Aishah
KLINIK AZALEA juga turut menawarkan pelbagai servis kesihatan lain seperti paediatric consult, sedut hingus dan kahak, nebulizer, suntikan dan vax, check up bulanan sama seperti di KK, dan lain-lain lagi.
SEBARANG PERTANYAAN / TEMUJANJI
📍 KLINIK AZALEA BANDAR BUKIT RAJA KLANG
http://www.wassap.my/601154141500
📍 KLINIK AZALEA BANTING
http://www.wassap.my/60104243497
📍 KLINIK AZALEA SPHERE DAMANSARA
http://www.wassap.my/60196683294
📍 KLINIK AZALEA KL TRADERS SQUARE
http://www.wassap.my/601128781120




SAYA BELUM BERSEDIA UNTUK MENGANDUNG LAGI, APA KAEDAH MERANCANG YANG TERBAIK UNTUK SAYA?Ramai sebenarnya wanita yang TID...
20/05/2025

SAYA BELUM BERSEDIA UNTUK MENGANDUNG LAGI, APA KAEDAH MERANCANG YANG TERBAIK UNTUK SAYA?

Ramai sebenarnya wanita yang TIDAK TAHU apa kaedah yang boleh diambil untuk menghalang mereka daripada mengandung. Rata-rata ramai yang ingin MERANCANG SENDIRI tetapi tidak memahami sepenuhnya kaedah rancang sendiri ini dan kadar keberkesanannya. Ada juga yang pasangan nya TIDAK MAHU BERKERJASAMA dalam kaedah merancang sendiri ini.

5 SEBAB KENAPA PERLU AMAL KAN PERANCANG KELUARGA:
✅ Menjarakkan kandungan selama 2 tahun untuk kesihatan fizikal, mental, emosi ibu
✅ Mencukupkan penyusuan susu badan selama 2 tahun
✅ Mengukuhkan kewangan keluarga sebelum menambah ahli baru
✅ Anak yang sedia ada cukup besar dan bersedia dari segi emosi dengan kehadiran adik baru
✅ Menyusun atur keperluan ahli keluarga (cth: mempunyai anak istimewa/OKU/anak dengan masalah kesihatan/masalah kesihatan ibu/bapa yang memerlukan lebih perhatian)

Bincanglah dengan doktor anda kaedah mana yang paling sesuai dan berkesan untuk anda.

🤩Boleh hadir ke Klinik Azalea untuk sesi konsultasi berkenaan kaedah merancang keluarga!!

Address

22A, Jalan Astaka 4/KU2 Bandar Bukit Raja
Klang
40150

Opening Hours

Monday 08:30 - 22:00
Tuesday 08:30 - 22:00
Wednesday 08:30 - 22:00
Thursday 08:30 - 22:00
Friday 08:30 - 22:00
Saturday 08:30 - 22:00
Sunday 08:30 - 22:00

Telephone

+601154141500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Azalea Bandar Bukit Raja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Azalea Bandar Bukit Raja:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram