Antara kebaikan rendaman garam mineral :- Mengandungi magnesium & kalium yang membantu menghilangkan toksin, meningkatkan daya tahan terhadap penyakit & tinggi sifat antibakteria. Membersihkan kotoran dari kulit, meredakan sakit otot, menenangkan fikiran, menghilangkan patogen & sambil menyekat mikroba berbahaya. Mengembalikan Tenaga - Badan akan keletihan jika tidak mendapat mineral yang diperlukan (magnesium). Mengurangkan gangguan tidur dan keletihan otot disebabkan oleh kurangnya magnesium dalam badan. Mengimbang Alkali dalam badan & membuang toksin. Meringankan kekejangan haid, membantu badan sembuh lebih cepat selepas kecederaan atau pembedahan. Sangat baik berendam setelah bersenam atau seharian bekerja untuk mendapatkan kelegaan. Membantu kita lebih tenang ketika merasa cemas atau tegang. Perubahan suhu badan ketika beralih dari mandi air suam ke udara yang lebih sejuk sebenarnya dapat membantu tidur yang lena. Selain itu, nisbah pendedahan air dan garam yang betul dapat membantu mencegah keperluan membuang air kecil pada waktu malam. Meningkatkan Kesihatan Kulit - Mineral di dalam rendaman garam berkualiti tinggi mendorong kulit yang sihat dan lebih muda. Rendaman garam juga membantu mengimbangkan tahap kelembapan kulit, baik untuk kulit kering, gatal & jerawat. Mandi garam bukan sahaja membantu menghilangkan pegumpulan lendir akibat alergi & jangkitan, tetapi juga dapat membantu mencegahnya & melegakan sistem pernafasan. Mandian garam membantu meningkatkan kesihatan secara kesuluruhan. Antaranya meningkatkan kesihatan kardiovaskular, peredaran darah & saraf. Sebab bestnyaaa rasa mandi garam! - Bukan sahaja garam membantu penyembuhan tubuh, tetapi juga sangat bermanfaat untuk kesejahteraan mental kita.