ELAK Dialisis

ELAK Dialisis Group ini ditubuhkan untuk memberi harapan kepada pesakit kronik terutamanya pesakit buah pinggang.

Biji barli boleh memberi manfaat kepada pesakit penyakit buah pinggang kronik (CKD) kerana beberapa sebab: 1. Menurunkan...
15/05/2023

Biji barli boleh memberi manfaat kepada pesakit penyakit buah pinggang kronik (CKD) kerana beberapa sebab:

1. Menurunkan paras kolesterol: Barli kaya dengan serat yang membantu menurunkan paras kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dalam darah. Pesakit CKD mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit kardiovaskular, jadi mengurangkan tahap kolesterol adalah penting.

2. Menurunkan paras gula dalam darah: Serat dalam barli juga membantu mengawal paras gula dalam darah, yang penting untuk pesakit CKD dengan gangguan metabolisme glukosa.

3. Kaya dengan vitamin dan mineral: Biji barli adalah sumber vitamin dan mineral penting yang baik, termasuk zat besi, magnesium, dan vitamin B, yang penting untuk mengekalkan kesihatan keseluruhan.

4. Mengurangkan keradangan: Barli mengandungi antioksidan, seperti vitamin E dan sebatian fenolik, yang boleh membantu mengurangkan keradangan dalam badan. Ini penting untuk pesakit CKD, yang sering mengalami keradangan kronik.

5. Memperbaiki kesihatan usus: Serat dalam mutiara barli boleh menggalakkan kesihatan usus dengan memberi makan bakteria bermanfaat dalam usus, yang boleh membantu meningkatkan penghadaman dan kesihatan keseluruhan.

Jadi, memasukkan barli sebagai sebahagian daripada diet seimbang boleh memberi manfaat kepada pesakit CKD.

Menurut laman SehatQ, minyak zaitun sarat dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Antaranya 10 manfaat pali...
15/05/2023

Menurut laman SehatQ, minyak zaitun sarat dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Antaranya 10 manfaat paling signifikan adalah:


1. Melindungi organ jantung

Diet Mediterranean lazimnya mencampurkan minyak zaitun dalam setiap hidangan bagi mengurangkan risiko penyakit jantung.

Minyak zaitun bertindak melindungi organ jantung dengan menurunkan tekanan darah, mencegah penggumpalan darah, melindungi dinding pembuluh darah, menurunkan radang dan menjaga kadar kolesterol dalam tubuh badan manusia.


2. Mengatasi penyakit Alzheimer dan diabetes

Minyak zaitun mampu menghilangkan plak beta-amyloid yang dipercayai boleh memicu penyakit Alzheimer. Praktis dalam Diet Mediterranean juga dikatakan boleh mencegah diabetes tahap dua. Namun, kedua-duanya masih belum dibuktikan secara saintifik.


3. Mencegah strok

Berdasarkan penyelidikan, menikmati minyak zaitun dengan kerap dapat merendahkan risiko strok. Sekali lagi, ia masih memerlukan kajian lebih terperinci.


4. Menurunkan berat badan

Minyak zaitun merupakan salah satu daftar makanan sihat yang boleh dikonsumsi untuk menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan.


5. Memiliki kadar antiradang yang tinggi

Kandungan (antiradang) dalam minyak zaitun dikatakan menyamai ubat antiradang ibuprofren. Sumber semula jadi minyak itu dipercayai boleh meringankan radang sendi (rheumatoid arthritis).


6. Mencegah pankreatitis akut (keradangan pankreas)

Keradangan pankreas atau pankreatitis akut mudah meragut nyawa manusia dengan mudah. Kandungan asam oleat dan hydroxytyrosol dalam minyak zaitun mampu menghindarkan sesiapa daripada penyakit itu.


7. Mengurangi risiko depresi (stres)

Dibandingkan dengan individu yang menggunakan lemak trans, mereka yang mengambil minyak zaitun akan mengalami masalah depresi yang lebih rendah iaitu sebanyak 48 peratus.


8. Bersifat antibakteria

Minyak zaitun boleh membunuh bakteria H.pylori. Mereka yang menikmati 30 gram minyak zaitun extra virgin setiap hari, dapat merawat 10 hingga 40 peratus jangkitan H.pylori selama kira-kira dua minggu.


9. Tinggi antioksidan

Minyak zaitun yang terkandung vitamin K dan E bantu cegah seseorang menghidap penyakit kronik kerana mempunyai antioksidan yang tinggi.


10. Mencegah penyakit radang usus besar (ulcerative colitis)

Kita boleh mencegah radang pada usus besar jika makan dua hingga tiga sudu minyak zaitun setiap hari.

Berdasarkan perspektif Islam, minyak zaitun daripada buah zaitun memang terbukti hebat. Dalam al-Quran, buah itu disebut sebanyak tujuh kali bersama dengan buah lain iaitu kurma, delima, anggur dan buah tin. Kesemuanya memiliki ‘kuasa‘ hebat untuk kesihatan.

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.“ (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Ibnu Majah).

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍAlhamdulillah setelah sy berkongsi kisah sy 8penyakit datang serta...
11/05/2023

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Alhamdulillah setelah sy berkongsi kisah sy 8penyakit datang serta merta hari yg sama, semalam ramai yg makin sedar kesihatan ni bernilai dan nilainye terlalu tinggi berbanding dengan duit. Ramai mula order Shiruto untuk kekal sihat. Selain amalkan Shiruto teknologi dr jepun ni sy nak share sedikit ilmu makanan yg sy belajar dengan Professor Aziz ni dan ia khas untuk org sihat serta yg sakit diluar sana. Mulai harini boleh amalkan makanan organik untuk family. Garam himalaya dan gula tebu hitam sebagai penyedap makanan.
Kita sebenarnye boleh cegah awal² penyakit kronik kalau tau dari awal.
Harini sy sediakn bihun organik dan sambal geprek sesuai untuk pesakit kronik seperti sy.

Sahabat-sahabat sy yg mana nk tau details blh ke page baru sy ELAK dialisis.


Jom follow sy untuk tau lebih lanjut mcm mane kita boleh elak dialisis..Sedikit sebanyak perkongsian sy harini.
10/05/2023

Jom follow sy untuk tau lebih lanjut mcm mane kita boleh elak dialisis..
Sedikit sebanyak perkongsian sy harini.

10/05/2023

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Address

Jalan Dato Abdul Hamid 29
Klang
41200

Telephone

+60173466445

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ELAK Dialisis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to ELAK Dialisis:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram