30/10/2023
HEMAH MENANGANI ANEMIA ANTENATAL
Program Cerdas Bersama Kandungan Anda
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Sekitar program Cerdas Bersama Kandungan Anda pada 24 Oktober 2023 yang dianjurkan oleh Pelajar Dietetik UiTM Puncak Alam. Terima kasih kepada Encik Aswandi, Jurupulih Perubatan Fisioterapi Klinik Kapar yang sudi meluangkan masa untuk memberi ceramah tentang senama dan postur semasa mengandung dan selepas bersalin. Terima kasih juga kepada para hadirin yang sudi hadir ke program kami pada hari tersebut.
Tahniah kami ucapkan kepada pemenang cabutan bertuah semasa program kami. Tidak lupa juga kepada Puan Abirami, salah seorang daripada kumpulan sasaran kami yang hadir ke program ini.
Semoga kita berjumpa lagi.