Poliklinik Barakah Klang

Poliklinik Barakah Klang Poliklinik, Klinik Pakar Sakit Puan, Klinik Kesihatan Mental. Perkhimatan Antenatal Scan, X-ray, Ultrasound, Sunat. Klinik Bandar Puteri Klang.
(9)

BARAKAH HEALTHCARE & SERVICES SDN BHD (763313-P) (200701005314) Masa Rawatan Poliklinik Barakah:

Isnin - Jumaat. 9 Pagi - 10 Malam

Sabtu, Ahad & 9 Pagi - 1 Petang
Cuti Umum

Apa itu Bimbang, Gelisah, Resah?Keresahan adalah perasaan kerisauan melampau yang seseorang itu rasai apabila diancam sa...
20/04/2026

Apa itu Bimbang, Gelisah, Resah?

Keresahan adalah perasaan kerisauan melampau yang seseorang itu rasai apabila diancam sama ada ia benar atau hanya imaginasi.

boleh dikenalpasti dari segi perubahan-perubahan berikut:

i. Emosi
• Perasaan risau dan takut.
• Perasaan bimbang.
• Gelisah.

ii. Fikiran
• Kurang daya tumpuan dan ingatan.
• Sukar membuat keputusan.
• Mudah cemas atau fobia.

iii. Fizikal
• Jantung berdebar-debar.
• Perut tidak selesa (perut memulas, cirit-birit).
• Mudah berpeluh, berasa seram sejuk.
• Sakit atau pening kepala, mata berpinar-pinar.
• Badan berasa kejang dan tegang.
• Mudah letih.
• Susah tidur.

iv. Tingkah laku
• Bertindak secara impulsif tanpa berfikir yang boleh membahayakan diri sendiri dan persekitaran.

🚨 Kenalpasti tanda ini dikalangan rakan dan keluarga kita.
📍 Dapatkan pemeriksaan kesihatan mental bersama Psikiatri di Poliklinik Barakah hari ini.
📲 WhatsApp Klinik https://wa.me/60103788440

PCOS (Sindrom Ovari Polikistik) sangat berkait rapat dengan masalah berat badan kerana gangguan hormon dan rintangan ins...
17/04/2026

PCOS (Sindrom Ovari Polikistik) sangat berkait rapat dengan masalah berat badan kerana gangguan hormon dan rintangan insulin. Lebih 70% wanita dengan PCOS mengalami kesukaran menurunkan berat badan, dan berat berlebihan p**a memburukkan simptom PCOS.

✅ Tanda lain yang mungkin berkait:
• Haid tidak teratur
• Pertumbuhan bulu berlebihan
• Muka berminyak & berjerawat

📍 Dapatkan konsultasi kesihatan wanita di Poliklinik Barakah. 📲 WhatsApp Klinik https://wa.me/60103788440

Apa itu kemurungan?Kemurungan adalah gangguan perasaan yang berpanjangan, menyebabkan seseorang itu merasa sedih, keleti...
15/04/2026

Apa itu kemurungan?

Kemurungan adalah gangguan perasaan yang berpanjangan, menyebabkan seseorang itu merasa sedih, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian.Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu atau boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

🚨 Kenalpasti tanda ini dikalangan rakan dan keluarga kita.
📍 Dapatkan pemeriksaan kesihatan mental bersama Psikiatri di Poliklinik Barakah hari ini.
📲 WhatsApp Klinik https://wa.me/60103788440

Jerawat tak habis-habis walaupun dah cuba macam-macam produk? Kulit muka p**a makin hari makin berminyak? 🤔Ini mungkin b...
10/04/2026

Jerawat tak habis-habis walaupun dah cuba macam-macam produk? Kulit muka p**a makin hari makin berminyak? 🤔

Ini mungkin bukan sekadar masalah kulit biasa — ia boleh jadi tanda Polycystic O***y Syndrome (PCOS).

💡 Dalam PCOS, hormon androgen (hormon “lelaki”) meningkat dalam badan wanita.
Akibatnya:
• Kelenjar minyak jadi lebih aktif
• Pori mudah tersumbat
• Jerawat muncul berulang, terutama di kawasan dagu & rahang

⚠️ Kalau dibiarkan tanpa rawatan, bukan saja kulit terjejas — ia juga boleh beri kesan kepada haid, kesuburan & kesihatan dalaman.

✅ Tanda lain yang mungkin berkait:
• Haid tidak teratur
• Pertumbuhan bulu berlebihan
• Berat badan mudah naik

📍 Dapatkan konsultasi kesihatan wanita di Poliklinik Barakah. 📲 WhatsApp Klinik https://wa.me/60103788440

Tahukah anda? 🤯Di Malaysia, hampir 1 daripada 3 orang dewasa menghidap Hipertensi (darah tinggi). Lebih membimbangkan, r...
09/04/2026

Tahukah anda? 🤯

Di Malaysia, hampir 1 daripada 3 orang dewasa menghidap Hipertensi (darah tinggi). Lebih membimbangkan, ramai yang tidak sedar mereka sebenarnya sudah pun menghidapnya!

💔 Darah tinggi dikenali sebagai “silent killer” kerana:
• Tiada simptom jelas pada peringkat awal
• Boleh merosakkan organ secara senyap

📊 Antara risiko jika tidak dikawal:
• Penyakit jantung
• Strok
• Kerosakan buah pinggang

🚨 Jangan tunggu simptom datang baru nak bertindak.
📍 Dapatkan pemeriksaan tekanan darah & konsultasi di Poliklinik Barakah hari ini.
📲 WhatsApp Klinik https://wa.me/60103788440

Selamat Hari Kesihatan Sedunia 2026.Kesihatan yang bernilai adalah apabila kita dapat bersama keluarga dan rakan-rakan d...
07/04/2026

Selamat Hari Kesihatan Sedunia 2026.

Kesihatan yang bernilai adalah apabila kita dapat bersama keluarga dan rakan-rakan dalam kehidupan yang sejahtera. Jom bersama Poliklinik Barakah menyebarkan kepentingan untuk sentiasa menjaga dan melakukan pemeriksaan kesihatan!

👁️ Darah Tinggi Boleh Rosakkan Penglihatan AndaPenglihatan semakin kabur?Kadang nampak berpinar atau sakit kepala?Tekana...
07/04/2026

👁️ Darah Tinggi Boleh Rosakkan Penglihatan Anda

Penglihatan semakin kabur?
Kadang nampak berpinar atau sakit kepala?

Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal boleh menyebabkan:
• Salur darah di mata rosak (retinopati hipertensi)
• Penglihatan kabur atau berpinar
• Pendarahan dalam mata
• Risiko hilang penglihatan secara kekal

Masalahnya — kerosakan ini boleh berlaku tanpa simptom awal yang jelas.

Bayangkan jika penglihatan yang kita gunakan setiap hari
terjejas hanya kerana darah tinggi yang tidak dikawal.

💙 Jangan tunggu sehingga penglihatan terjejas.
📍 Periksa tekanan darah dan lakukan saringan kesihatan di Poliklinik Barakah. 📲 WhatsApp Klinik https://wa.me/60103788440
📞 Dapatkan nasihat doktor untuk kawalan yang lebih baik.

🌸 Bulu Tumbuh Berlebihan… Jangan Anggap Sekadar Isu Luaran 🌸Bulu tumbuh di muka, dagu, dada atau perut?Perlu kerap cukur...
06/04/2026

🌸 Bulu Tumbuh Berlebihan… Jangan Anggap Sekadar Isu Luaran 🌸

Bulu tumbuh di muka, dagu, dada atau perut?
Perlu kerap cukur atau waxing?

➡️ Ramai anggap ini hanya masalah kosmetik.

Hakikatnya, ia mungkin tanda Hirsutisme, salah satu simptom PCOS (Polycystic O***y Syndrome).
Ia berlaku apabila hormon androgen meningkat, menyebabkan:
• Pertumbuhan bulu berlebihan (muka & badan)
• Jerawat berpanjangan
• Kitaran haid tidak teratur

ia adalah isyarat ketidakseimbangan hormon dalam tubuh. Dengan rawatan yang betul, simptom boleh dikawal dan keyakinan diri boleh dipulihkan.

💗 Jangan abaikan tanda ini.
📍 Dapatkan konsultasi kesihatan wanita di Poliklinik Barakah. 📲 WhatsApp Klinik https://wa.me/60103788440
👩‍⚕️ Pemeriksaan awal membantu pengurusan PCOS dengan lebih berkesan.

🩺 Darah Tinggi Boleh Rosakkan Buah Pinggang Tanpa DisedariTiada sakit…Tiada tanda jelas…Tapi dalam diam, buah pinggang b...
02/04/2026

🩺 Darah Tinggi Boleh Rosakkan Buah Pinggang Tanpa Disedari

Tiada sakit…Tiada tanda jelas…Tapi dalam diam, buah pinggang boleh rosak sedikit demi sedikit.

Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh:
• Merosakkan salur darah halus di buah pinggang
• Menjejaskan fungsi penapisan toksin dalam badan
• Menyebabkan penyakit buah pinggang kronik (CKD)
• Dalam kes serius, perlu dialisis sepanjang hayat

Bayangkan jika kerosakan ini dapat dicegah lebih awal. Menjaga tekanan darah bukan hanya lindungi jantung, tetapi juga menyelamatkan fungsi buah pinggang anda.

💙 Jangan tunggu simptom muncul.
📍 Lakukan pemeriksaan tekanan darah & fungsi buah pinggang di Poliklinik Barakah. 📲 WhatsApp Klinik https://wa.me/60103788440
📞 Dapatkan nasihat doktor untuk kawalan yang lebih baik.

🌸 Haid Tidak Teratur… Normal atau Tanda PCOS? 🌸Datang lewat…Kadang-kadang tak datang langsung…Atau jarak haid terlalu pa...
01/04/2026

🌸 Haid Tidak Teratur… Normal atau Tanda PCOS? 🌸

Datang lewat…Kadang-kadang tak datang langsung…Atau jarak haid terlalu panjang?

Haid tidak teratur adalah antara simptom utama PCOS (Polycystic O***y Syndrome).
Ia mungkin disertai dengan:
• Sukar hamil
• Berat badan mudah naik
• Jerawat berpanjangan
• Perubahan hormon

Tubuh anda sebenarnya sedang memberi isyarat bahawa hormon tidak seimbang.

💗 Ambil langkah hari ini.
📍 Dapatkan konsultasi kesihatan wanita di Poliklinik Barakah. 📲 WhatsApp Klinik https://wa.me/60103788440
👩‍⚕️ Pemeriksaan awal membantu anda memahami tubuh dengan lebih baik.

Makluman perubahan nombor telefon klinik yang baharu.
31/03/2026

Makluman perubahan nombor telefon klinik yang baharu.

🧠 Ia Juga Mengancam OtakTekanan darah tinggi sering berlaku tanpa simptom. Tapi dalam diam, ia boleh merosakkan otak sec...
31/03/2026

🧠 Ia Juga Mengancam Otak

Tekanan darah tinggi sering berlaku tanpa simptom. Tapi dalam diam, ia boleh merosakkan otak secara perlahan.

Apabila tekanan darah tidak terkawal:
• Salur darah di otak boleh menjadi sempit atau pecah
• Risiko strok (angin ahmar) meningkat
• Boleh menyebabkan hilang ingatan & masalah kognitif
• Dalam kes serius, boleh membawa kepada lumpuh atau kematian

Setiap sakit yang datang selepas itu membawa kos yang lebih tinggi.

💙 Jangan tunggu sehingga berlaku strok.
📍 Jom buat pemeriksaan kesihatan di Poliklinik Barakah. 📲 WhatsApp Klinik https://wa.me/60103788440
📞 Dapatkan nasihat doktor untuk kawalan yang lebih baik.

Address

11, Lorong Sanggul 1F, Bandar Puteri
Klang
41200

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 13:00

Telephone

+601113133176

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik Barakah Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Poliklinik Barakah Klang:

Share

Our Story

MASA RAWATAN KLINIK OPD ISNIN-SABTU SESSI PAGI 9 AM - 4 PM WAKTU REHAT 4 PM - 6 PM SESSI PETANG 6 PM - 10 PM AHAD & CUTI UMUM 9 AM - 1 PM MASA RAWATAN KLINIK PAKAR (Dr Khairiah Bt Seman) ISNIN & RABU 6 PM - 10 PM AHAD 9 AM - 1 PM MASA RAWATAN KLINIK PAKAR (Dr Siti Mariam Bt Ahmad) ISNIN,SELASA & JUMAAT 10AM - 1 PM KHAMIS, SABTU & CUTI UMUM TUTUP KECEMASAN (O & G) - Buka 24 JAM