05/11/2025
BTMC telah dijemput untuk menghadiri Hari Kesihatan Majlis Bandaraya Diraja Klang dengan tema “Stronger Together for a Healthier Tomorrow”, yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Abd. Hamid Hussain, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang.
Sepanjang program ini, pasukan kami telah menjalankan pemeriksaan kesihatan asas seperti ujian tekanan darah, ujian gula dalam darah dan ujian mobile ECG untuk para tetamu. Kami juga telah mengadakan ceramah kesihatan bertajuk “Senaman Ergonomik Mudah di Pejabat” bersama Dr. Arulkumaran Viapuri (Occupational Health Doctor) dan ahli fisioterapi kami yang turut membuat demonstrasi senaman sesuai untuk di pejabat.
Terima kasih kepada MBDK kerana menjemput dan mempercayai kami. 💙