11/03/2026
10 MALAM TERAKHIR RAMADAN
Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan melebihi malam-malam sebelumnya. Inilah waktu yang sangat istimewa kerana di dalamnya terdapat malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Aisyah RA berkata:
“Rasulullah SAW bersungguh-sungguh dalam beribadah pada sepuluh malam terakhir, Baginda menghidupkan malam dengan ibadah dan mengejutkan ahli keluarganya untuk beribadah.”
(Riwayat al-Bukhari)