Rawatan Bebas Dadah

Rawatan Bebas Dadah PUSAT RAWATAN PAKAR UNTUK KETAGIHAN SEMUA JENIS DADAH TERLARANG. HEROIN, SYABU, UBAT BATUK, KETUM,

SELAMAT HARI RAYAAIDILFITRI 2022
02/05/2022

SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI 2022




Bahana Syabu"Mari Merawat Selagi Sempat"Http://wa.me/60126618177SHAH ALAM, 16 Jan (Bernama) — Polis menahan seorang peng...
16/01/2022

Bahana Syabu
"Mari Merawat Selagi Sempat"

Http://wa.me/60126618177

SHAH ALAM, 16 Jan (Bernama) — Polis menahan seorang penganggur selepas disyaki memenggal kepala ibunya di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang, dekat Kuala Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata pihaknya menerima maklumat mengenai seorang wanita berusia 56 tahun dicederakan anak lelakinya berusia 28 tahun pada kira-kira 5.45 petang.

Beliau berkata anggota polis yang tiba di rumah tersebut menemukan mayat seorang wanita di ruang tamu selain terdapat kesan darah di dalam rumah.

“Kejadian disedari oleh seorang anak mangsa yang pergi ke rumah berkenaan selepas gagal menghubungi mangsa. Apabila sampai di rumah, anak mangsa nampak keadaan rumah berlumuran darah dan suspek yang terkejut dengan kehadiran seorang daripada adik-beradiknya itu terus melarikan diri ke belukar di belakang rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata suspek yang bersembunyi di dalam belukar tersebut kemudian berjaya ditahan dengan bantuan penduduk kampung.

Menurut Ramli pihaknya merampas sebilah parang yang disyaki digunakan dalam kejadian, yang ditemukan di tandas rumah tersebut.

Beliau berkata suspek menetap di rumah itu bersama ibu dan bapanya manakala adik-beradik lain menyewa di kawasan berhampiran.

“Hasil laporan awal ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek di Hospital Tanjong Karang mendapati dia positif terhadap methamphetamine dan amphetamine,” katanya.

Suspek kini direman hingga 22 Jan depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Sumber: BERNAMA

https://siakapkeli.my/2022/01/16/penganggur-ditahan-disyaki-penggal-kepala-ibu/

Polis menahan seorang penganggur selepas disyaki memenggal kepala ibunya di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang.

SINOVAC adalah vaksin yang diwartakan untuk pelajar berumur 12 hingga 17 tahun.  Untuk penerangan percuma hubungi 012661...
30/10/2021

SINOVAC adalah vaksin yang diwartakan untuk pelajar berumur 12 hingga 17 tahun. Untuk penerangan percuma hubungi 0126618177

28/05/2021

Kes masih baru. Berlaku pada 22 Mei 2021.
Jika bukan kerana pengaruh dadah.. apakah lagi punca tindakan semberono seperti ini boleh berlaku.

Rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa..dan pencegahan diri terlibat sebagai penjenayah.

"RAWAT SELAGI SEMPAT"

16/05/2021

KERANA DADAH 2 KAWAN BAIK TERIMA MUSIBAH

SHAH ALAM: Suspek utama kes bunuh seorang pelajar kolej yang mati ditikam dan mayatnya dicampak melalui balkoni maut selepas lelaki terbabit bertindak terjun daripada kondominium itu di Damansara Perdana, dekat sini semalam.

Suspek berusia 24 tahun yang merupakan rakan sekolej mangsa mati selepas terjun daripada tingkat 26 dan mengalami pecah kepala sebelah kanan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, suspek ditahan Ahad lalu bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh rakannya sekolejnya dan mengaku melakukannya serta membawa polis ke lokasi kejadian.

Menurutnya, suspek telah menunjukkan bahan bukti yang terlibat dalam kejadian bunuh sebelum membawa polis ke bahagian balkoni kondominium dengan mendakwa terdapat barang lain yang digunakan walaupun tiada apa-apa di kawasan tersebut.

“Suspek telah melepaskan diri dan terus melompat dan terjun daripada balkoni kondominium tersebut dan meninggal di tempat kejadian. Suspek yang mengalami kecederaan akibat pergelutan bersama mangsa telah digari di bahagian hadapan susulan menerima lebih 100 jahitan.

“Suspek mempunyai niat untuk membunuh diri dan telah menggunakan helah tersebut dengan membawa polis ke bahagian balkoni kondominium tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Arjunaidi berkata, susulan kejadian tersebut, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 223 Kanun Keseksaan ekoran kecuaian anggota polis mengawal tahanan.

“Ketika kejadian, suspek dikawal empat anggota polis termasuk seorang pegawai kanan. Tindakan menggantung mana-mana anggota polis ada prosesnya, namun siasatan dilakukan mengikut prosedur ditetapkan.

“Malah, memandangkan suspek utama meninggal dunia, kes dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan Mahkamah Koroner,” jelasnya.

Terdahulu, seorang pelajar sebuah institusi pendidikan tinggi (IPT) maut ditikam berkali-kali sebelum mayatnya dicampak melalui balkoni di sebuah kondominium di Damansara Perdana, Khamis lalu.

Mangsa warga tempatan yang berusia 24 tahun itu disyaki ditolak dari tingkat 26 dan mayatnya dijumpai dalam keadaan terbaring di tingkat dua bangunan bersebelahan yang dalam proses pembinaan.

Motif pembunuhan antara kedua-dua individu terbabit dipercayai akibat tidak berpuas hati berkenaan hasil jualan dadah dan masalah hutang serta ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis g***a.

Dipetik dari Utusan Malaysia.

https://www.utusan.com.my/berita/2021/05/suspek-utama-kes-bunuh-rakan-sekolej-bunuh-diri/

"Mari merawat selagi sempat"

Rawatan - hubungi
0126618177

Http://wa.me/60126618177

12/01/2021

PUSAT RAWATAN BEROPERASI SEPERTI BIASA. (ESSENTIAL SERVICE)

Masalah gelap tidak boleh diselesaikan dengan memarah, memukul, menghamun, mengkeji, pandangan sinis serta herdikan. Gel...
03/10/2020

Masalah gelap tidak boleh diselesaikan dengan memarah, memukul, menghamun, mengkeji, pandangan sinis serta herdikan.

Gelap sendirinya akan hilang dengan diberikan cahaya walau dikuakkan sedikit pintu untuk cahaya menerjah masuk.

Jika ketagihan dadah digambarkan sebagai kegelapan, ikhtiar kami di sini seperti membuka peluang mereka yang terbelenggu untuk mendapat cahaya kepada kehidupan baru yang lebih bermakna.

"Mari merawat selagi sempat..."

Jangan biarkan ahli keluarga yang dibelenggu masalah ketagihan itu tercicir. Anggaplah hilang seorang dari mereka seperti hilang segala-galanya.

Address

37G Jalan TIARA 2C/KU1 BANDAR BARU KLANG BUKIT RAJA
Klang
41510

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 14:00
18:00 - 21:00
Sunday 09:00 - 14:00
18:00 - 21:00

Telephone

+60126618177

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rawatan Bebas Dadah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Rawatan Bebas Dadah:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram