04/12/2022
PROGRAM SANTUNI INSAN ISTIMEWA SEMPENA SAMBUTAN *HARI OKU TAHUN 2022* : “MENYERLAH POTENSI DINAMIKA TERSENDIRI"
03 Disember 2022 (Sabtu)/ Bengkel Daya Klang
Masa: 07.30 pagi - 05.00 petang
Tempat: Dewan Serbaguna BDK
Peserta: Pekerja Kurang Upaya BDK, Pelajar *PPKI SMK Batu Unjur* dan komuniti OKU sekitar daerah Klang
Anjuran: Pertubuhan Kebajikan Kasih Aishah dengan kerjasama Bengkel Daya Klang, Rumah Ngaji Al Jauharah (RNAJ),Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor, Yayasan Ade Azhar dan Jayz Aerobic Center
Tajaan dana: Unit Kebajikan Masyarakat, Seksyen Sektoral, Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor
Pengisian Program:
1. Senaman Aerobik
2. Sukaneka
3. Ceramah Motivasi: "Kesedaran Kasih Sayang Kepada Semua Insan"
Objektif:
1. Membina generasi Rabbani dalam kalangan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai inisiatif dalam memenuhi tuntutan komuniti OKU untuk hidup dalam persekitaran kondusif.
2. Memupuk dan menerapkan perasaan kasih sayang, sikap prihatin dan tanggungjawab dalam diri setiap individu terhadap golongan istimewa ini supaya penerimaan prinsip bahawa komuniti OKU mempunyai hak dan peluang yang sama bagi penyertaan penuh dalam masyarakat.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung. Semoga berkekalan dan berterusan ukhwah yang terjalin.