OLIVE HOUSE MERU

OLIVE HOUSE MERU Permakanan sihat 'Quranic Food' Alternative Food Supplement

Tanya sikit mak ayah... ANAK ANDA ADA DI MANA SEKARANG? Tengah berkejaran kumpul duit raya kat luar rumah? Main basikal ...
25/03/2026

Tanya sikit mak ayah... ANAK ANDA ADA DI MANA SEKARANG?

Tengah berkejaran kumpul duit raya kat luar rumah? Main basikal tengah panas terik?

Tolong panggil mereka masuk SEKARANG

Negara kita sedang dilanda gelombang haba, dan kita pernah digemparkan dengan tragedi menyayat hati, Kanak-kanak meninggal dunia akibat STROK HABA (Heatstroke) ketika beraya di luar rumah dari pagi ke petang.

Ini bukan cerita rekaan. Ini sejarah hitam yang kita tak mahu berulang

Kenapa Kanak-Kanak Paling Berisiko?

Budak-budak bila dah seronok beraya dan bermain bersama sepupu, mereka TAKKAN sedar isyarat bahaya badan sendiri. Haus, pening, atau lesu mereka akan 'langgar' dan terus bermain seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Sistem regulasi peluh mereka juga belum matang, menyebabkan badan mereka memanas 3 hingga 5 kali ganda LEBIH CEPAT dari orang dewasa.

🚨 PANTAU TANDA AWAL STROK HABA

Jangan tunggu sampai anak rebah pengsan atau sawan baru nak panik! Segera bawa anak berteduh dan ke hospital jika ada tanda ini

❌ Kulit jadi sangat kering, kemerahan, dan panas (Tapi TAK BERPELUH!)
❌ Mengadu sakit kepala berdenyut atau pening.
❌ Mula muntah-muntah.
❌ Nampak keliru, bercakap merapu, atau tiba-tiba terlalu diam/lesu.

🛡️ TINDAKAN PENCEGAHAN IBU BAPA

1. 'Kuarantin' Matahari
JANGAN benarkan anak main di luar antara jam 11:00 PAGI hingga 4:00 PETANG. Ini waktu radiasi UV dan haba paling puncak

2. Paksa Minum Air
Jangan tunggu mereka minta. Beri air kosong secara kerap. Kurangkan air manis/bergas raya yang boleh burukkan dehidrasi.

3. Sentuhan Fizikal
Sekali-sekala panggil anak, pegang dahi dan leher mereka. Tengok muka mereka. Kalau dah merah padam, arahkan mereka mandi dan rehat

Hari raya memang waktu untuk bergembira, tetapi cuaca panas melampau sekarang adalah 'pembunuh senyap'. Sedikit kelalaian boleh merampas nyawa anak yang kita sayang.

Tolong SHARE amaran kecemasan ini di semua group WhatsApp keluarga. Pesan pada mak ayah, atuk nenek yang sedang pantau cucu di kampung

KETUHAR BERSKALA BESAR SEDANG MELANDA UTARA MALAYSIAJabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran Gelombang Haba 🚨 TAHAP...
25/03/2026

KETUHAR BERSKALA BESAR SEDANG MELANDA UTARA MALAYSIA

Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran Gelombang Haba

🚨 TAHAP AMARAN 2 (Kritikal: 37°C hingga 40°C):
📍 Kedah: Pokok Sena, Pendang, Baling.

⚠️ TAHAP AMARAN 1 (Berjaga-jaga: 35°C hingga 37°C):
📍 Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, S*k, Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu)
📍 Pulau Pinang (Utara & Timur Laut)
📍 Perak (Hulu Perak, Selama, Kuala Kangsar, Kinta)
📍 Pahang (Jerantut, Raub) & Perlis.

Dengan suhu luar mencecah 40°C, BERHENTI layan kereta anda seperti bilik menunggu

Apabila kereta diletakkan di bawah matahari terik tanpa penyaman udara, Dalam masa 10 MINIT SAHAJA, suhu dalam kereta boleh melonjak naik 10°C lebih tinggi dari suhu luar.

Bayangkan kalau suhu luar dah 40°C, suhu dalam kereta boleh cecah 50°C hingga 60°C!

🛑 AMARAN KEPADA IBU BAPA

JANGAN SESEKALI tinggalkan kanak-kanak bersendirian di dalam kenderaan, walaupun "sekejap je nak beli barang"

Sistem regulasi suhu badan kanak-kanak tidak matang seperti orang dewasa. Badan mereka memanas 3 hingga 5 kali ganda LEBIH CEPAT. Dalam kereta yang membahang, organ dalaman mereka boleh gagal berfungsi (Strok Haba) dan membawa maut dalam masa yang sangat singkat.

Biasakan amalan "Look Before You Lock" (Toleh Belakang Sebelum Kunci). Letak beg tangan atau kasut kerja anda di tempat duduk belakang supaya anda terpaksa menoleh sebelum keluar kereta.

Tolong SHARE amaran kecemasan ini kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan, terutamanya yang menetap di kawasan amaran merah di atas

Ramai tak sedar, usus bukan sekadar tempat hadam makanan. Ia sering digelar otak kedua kita.Apa yang kita makan setiap h...
14/01/2026

Ramai tak sedar, usus bukan sekadar tempat hadam makanan. Ia sering digelar otak kedua kita.

Apa yang kita makan setiap hari memberi kesan langsung kepada kesihatan usus dan kesihatan jangka panjang.

Di Malaysia, hampir 250,000 kes kanser direkodkan antara 2017 hingga 2023.
Kanser kolorektal (kanser usus) merupakan antara kanser paling kerap berlaku.

Kajian menunjukkan pengambilan daging diproses setiap hari meningkatkan risiko kanser usus, terutamanya apabila diet rendah serat. Namun, 95% rakyat Malaysia masih tidak mengambil sayur dan buah pada kadar mencukupi.

Kanser usus sering dikesan lewat kerana simptom awal yang tidak ketara.
Pencegahan melalui pemakanan seimbang, aktiviti fizikal, berhenti merokok dan saringan awal adalah langkah paling berkesan.

Jaga usus. Mencegah lebih baik daripada merawat.

"Kenapa Nyamuk Asyik Gigit Aku Je? Orang Sebelah Dia Tak Gigit Pun!" Adakah Sebab 'Darah Manis'? Pernah tak jadi situasi...
14/01/2026

"Kenapa Nyamuk Asyik Gigit Aku Je? Orang Sebelah Dia Tak Gigit Pun!" Adakah Sebab 'Darah Manis'?

Pernah tak jadi situasi macam ni?
Anda tengah lepak minum dengan kawan-kawan di mamak atau taman.
Tiba-tiba anda seorang je yang tergaru-garu, tepuk sana sini macam orang bersilat.
Kawan kat sebelah? Relaks je borak, sekor nyamuk pun tak hinggap kat dia.

Mesti ada yang cakap: "Kau ni darah manis kot, sebab tu nyamuk s**a."

Adakah ini mitos? Atau fakta?

Saintis mengesahkan bahawa MEMANG ADA sesetengah orang yang dilahirkan sebagai "Magnet Nyamuk". Kira-kira 20% penduduk dunia adalah kegemaran nyamuk.

Kenapa Anda Terpilih? Ini Senarai Semaknya:
1. Jenis Darah (Geng Type O Sila Lapor Diri!)

Kajian mendapati nyamuk lebih tertarik kepada individu berdarah Jenis O.
Nyamuk hinggap pada orang darah O hampir 2 KALI GANDA lebih kerap berbanding orang darah A. (Darah B berada di tengah-tengah). Nyamuk boleh hidu jenis darah anda melalui rembesan kimia pada kulit.

2. Kilang Karbon Dioksida (CO2)

Nyamuk ada radar yang boleh kesan CO2 dari jarak 50 meter.
Siapa yang keluarkan banyak CO2?
• Orang yang bernafas laju (lepas bers**an).
• Orang yang bersaiz badan besar (kadar metabolik tinggi).
• Wanita mengandung (mereka hembus 21% lebih banyak CO2).

3. Bau "Masam" (Asid Laktik)

Nyamuk sangat s**a bau peluh, tapi bukan sebarang peluh.
Mereka "tergoda" dengan bau Asid Laktik, Urik, dan Ammonia yang keluar melalui liang roma apabila badan kita panas atau lepas exercise.

4. Baju Gelap

Nyamuk juga guna penglihatan. Mereka lebih mudah nampak sasaran yang memakai warna Hitam, Biru Gelap, atau Merah. Kalau pakai baju putih/kuning, mereka kurang nampak.

Kalau anda selalu kena gigit, itu bukan salah anda tak mandi. Itu mungkin sebab genetik darah O anda atau badan anda "sedap" sangat baunya bagi nyamuk.

Tips min min, kalau tahu diri tu magnet nyamuk, janganlah pakai baju hitam pergi taman waktu senja. Pakai repellent, pakai baju cerah. Jangan derma darah percuma pada nyamuk Aedes ya!

14/01/2026
Bahagia itu sederhana  melihat keluarga tersenyum, makan bersama, dan menikmati setiap momen tanpa risau tentang kesihat...
13/11/2025

Bahagia itu sederhana melihat keluarga tersenyum, makan bersama, dan menikmati setiap momen tanpa risau tentang kesihatan.

Semuanya bermula dengan jantung yang sihat. Amalkan gaya hidup seimbang bersama minyak zaitun extra virgin, teman setia untuk menjaga kesihatan jantung anda.

𝗟𝗨𝗟𝗨𝗛 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗢𝗞 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗞𝗥𝗢𝗡𝗜𝗞 😔Dah cuba pelbagai ubat tapi tak berkesan. Hampir dah...
24/05/2025

𝗟𝗨𝗟𝗨𝗛 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗢𝗞 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗞𝗥𝗢𝗡𝗜𝗞 😔

Dah cuba pelbagai ubat tapi tak berkesan. Hampir dah nak give up makan ubat.. 😢 Tapi Alhamdulillah! Setelah temui suplemen sunnah ni, macam tak percaya Mak dah boleh solat tanpa menggunakan kerusi 🥰

Zoutina Prestige iaitu Minyak Zaitun gred premium yang sentiasa memenangi 'Gold Award' sangat sesuai untuk membantu merawat:
✅ Darah tinggi
✅ Kolesterol
✅ Jantung
✅ Meningkatkan Imunisasi

Dengan hanya sesudu besar pada waktu pagi sebelum sarapan dan sesudu besar pada waktu malam sebelum tidur.

Alhamdulillah, produk kami ada Sijil organik, Sijil Analisa Makmal, Sijil Ujian Rasa dan Bau, Sijil Anugerah Gold Award.

Nak tingkatkan imun badan? Grab sebotol zoutina disini ⬇️.

Harga promosi sekarang.

https://kedaionlie.wasap.my

Bersama sedekahkan Al Fatihah buat ISTERI usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura, iaitu Akiko Okumur...
28/02/2025

Bersama sedekahkan Al Fatihah buat ISTERI usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura, iaitu Akiko Okumura (kiri) meninggal dunia pada Jumaat.

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya.

Kuala Lumpur: Usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali Ridzuan Ridzokumura berkongsi berita sedih berkenaan pemergian isterinya, Akiko Okumura, pagi tadi.

Beetroot adalah antara plant medicine yang sangat bermanfaat bagi pesakit berkaitan kardiovaskular kerana kandungan nitr...
15/02/2025

Beetroot adalah antara plant medicine yang sangat bermanfaat bagi pesakit berkaitan kardiovaskular kerana kandungan nitrate semulajadi dalam beetroot akan ditukar kepada nitric oxide (NO) di dalam badan. Nitric oxide membantu melembutkan dan melebarkan salur darah sekaligus dapat menurunkan tekanan darah.

Selain itu, beetroot juga mengandungi betalain dan sebatian antioksida lain yang boleh mengurangkan keradangan serta tekanan oksidatif dalam badan. Jus beetroot juga biasanya digunakan untuk meningkatkan prestasi atlet kerana manfaat nitrate dalam membantu aliran darah serta oksigenasi otot.

Dalam bidang perubatan moden, nitric oxide digunakan sebagai rawatan kepada pesakit yang mengalami Acute Respiratory Distress Syndrome (ARDS),untuk meningkatkan aliran darah di dalam paru-paru dan membantu meningkatkan tahap oksigen dalam darah.

Beetroot boleh menjadi remedy yang baik untuk di amalkan. Akan tetapi ianya perlu diambil dengan cara yang betul kerana beetroot secara semulajadi mengandungi oxalate yang boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang terutama bagi individu yang mempunyai sejarah batu karang atau masalah buah pinggang. Risiko oxalate ini dapat dikurangkan dengan cara merebus beetroot atau menggabungkan dengan makanan yang kaya kalsium seperti yogurt atau keju.

Antara cadangan resepi Jus Beetroot bagi kesihatan jantung adalah seperti berikut;

Bahan-bahan;
• 1 cawan beetroot (dipotong dadu)
• 1 biji epal hijau (dipotong kecil)
• 1 inci halia (dibuang kulit dan dihiris nipis)
• ½ cawan air sejuk (tambah atau kurangkan mengikut kepekatan jus yang diingini)
• 3 sudu madu dan sedikit perahan lemon
• 3 sudu yogurt asli

Cara Penyediaan:
1. Masukkan beetroot, madu, yogurt, epal, dan halia ke dalam pengisar.
2. Tuangkan air sejuk.
3. Kisar sehingga halus dan sebati.
4. Boleh tapis jika ingin tekstur lebih halus.
5. Tambah perahan lemon untuk sedikit rasa masam dan segar.

Antara manfaat jus beetroot ini adalah;
• Nitrat & Antioksidan: Beetroot membekalkan nitrat untuk sokongan tekanan darah yang sihat, manakala epal dan halia menyediakan antioksidan tambahan.
• Rasa Seimbang: Epal memberi rasa manis semula jadi, halia menambah rasa pedas ringan, dan lemon menyeimbangkan rasa.
• Sokongan Pencernaan: Halia adalah immune booster selain dapat juga membantu melegakan sistem pencernaan.

Kesimpulan
• Beetroot boleh menjadi pilihan berkhasiat untuk membantu menurunkan tekanan darah dan menyokong kesihatan jantung, terutamanya kerana kandungan nitrat dan antioksidannya.
• Oxalate dalam beetroot mungkin menimbulkan risiko kepada sesetengah individu (terutama dengan masalah batu karang), jadi pengambilan dalam jumlah sederhana dan kaedah memasak atau kombinasi makanan yang sesuai boleh membantu mengurangkan kesan tersebut.
• Jus Beetroot yang digabungkan dengan bahan-bahan lain seperti epal dan halia bukan sahaja sedap, tetapi juga bermanfaat untuk kesihatan jantung secara keseluruhan.

03/06/2024

Minyak zaitun EVOO mana pilihan TERBAIK

26/04/2024

BERITA BAIK
BERITA BAIK
BERITA BAIK

RAMAI tertipu dengan lambakan minyak zaitun TIRUAN dan CAMPURAN tapi berlindung di bawah nama EXTRA VIRGIN OLIVE OIL 🫒 (EVOO).

Sejauh mana minyak zaitun yang anda minum kekal segar (median fruity) atau minyak kategori Lampante dan tidak layak diminum ? Adakah minyak zaitun di rumah Anda melepasi Ujian Organoleptic dan Analisis kimia Dari makmal antarabangsa?.
Mungkinkah minyak zaitun yang anda minum saban hari pernah memenangi anugerah pertandingan menepati International Olive Oil Council ( IOC) ?

Jom saksikan slot ekslusif bersama President Neuroversiti , Dr Rizal Abu Bakar dalam rancangan Assalamualaikum An Nisa di TV Hijrah yang bersiaran Harini 27 Apr 2024 (Sabtu) pada jam 8-9 pagi.

Saksikan slot ilmu tentang amalan permakanan minyak zaitun EVOO Premium untuk kekal sihat bertenaga dan cantik.
Pastikan Minyak zaitun putik muda Zouitina Prestige.

Klik link https://kedaionlie.wasap.my untuk tawaran penjimatan harga.

AWAS JANGAN TERTIPUTahukah anda kebanyakan minyak zaitun extra virgin yang memenangi gold award peringkat antarabangsa a...
24/04/2024

AWAS JANGAN TERTIPU

Tahukah anda kebanyakan minyak zaitun extra virgin yang memenangi gold award peringkat antarabangsa akan mempunyai bau aroma buah jambut batu atau rumput segar yang baru dimesin. Bau yang segar dan menenangkan. Ma sya Allah. Itulah keasliannya.

Jadi, sebelum anda amalkan minyak zaitun brand apa sekalipun, ambil baunya dahulu. pastikan baunya sama seperti bau minyak zaitun yang memenangi anugerah Gold Award. Baru ada class gitu. Kita makan yang benar2 asli.

Dengan cara ini anda akan terhindar dari ditipu dan terhindar dari kepalsuan walaupun didakwa dengan pelbagai dakwaan. Jadilah pengguna yang bijak.

Klik link https://kedaionlie.wasap.my

Dapatkan sekarang promo kami.

Address

Klang
41050

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 22:00

Telephone

+60193870015

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OLIVE HOUSE MERU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to OLIVE HOUSE MERU:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram