Bekam Medic Al Harraz

Bekam Medic Al Harraz --Treatment of Sunnah--
Memberikan perkhidmatan bekam yang selamat dan selesa bagi memberikan kesiha

Kami menyediakan perkhidmatan bekam medic bergerak sekitar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur .Khidmat bekam kami tawarkan adalah mengikut spesifikasi KKM & mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi . Bagi anda yang berminat atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang bekam,
sila Call atau SMS no : 0183135880

Kebaikan Berjalan Kaki Setiap HariSelepas 1 minit → aliran darah meningkat, tubuh mula “terjaga”.Dalam 5 minit → mood be...
18/11/2025

Kebaikan Berjalan Kaki Setiap Hari

Selepas 1 minit → aliran darah meningkat, tubuh mula “terjaga”.

Dalam 5 minit → mood bertambah baik dan tekanan mula berkurang.

Dari 10 minit → paras kortisol menurun, membawa ketenangan dan keseimbangan.

Selepas 15 minit → paras gula dalam darah mula turun secara semula jadi.

Dari 30 minit → tubuh mula membakar lemak yang tersimpan.

Pada 45 minit → minda menjadi lebih tenang dan fokus semakin tajam.

Selepas 60 minit → dopamin meningkat, membuatkan anda rasa ringan dan gembira.

Berjalan kaki itu mudah, percuma dan sangat berkuasa — ia mengubah tubuh dan minda, walaupun pada pace yang perlahan.

25/07/2025

Rehat itu pelbagai, bukan sekadar tidur.

Dari rehat fizikal hingga emosi, kenali 7 jenis rehat yang membantu anda benar-benar pulih, bukan sekadar lena!



04/07/2025

Boleh amalkan.

11/05/2025

Perubahan tak perlu drastik, cukup perlahan-lahan tapi konsisten. Satu demi satu amalan baik, insyaAllah hidup akan terasa lebih tenang dan terarah 🫶🏽

17/04/2025

IV complications.
Dr Ismaaciil Tool

🌙 Salam Ramadan  🌙Alhamdulillah, bulan yang dinanti telah tiba! 🌿✨ Semoga Ramadan ini menjadi waktu untuk menyucikan jiw...
01/03/2025

🌙 Salam Ramadan 🌙

Alhamdulillah, bulan yang dinanti telah tiba! 🌿✨
Semoga Ramadan ini menjadi waktu untuk menyucikan jiwa, memperbanyak ibadah, dan menjaga kesihatan tubuh.

Bekam bukan sekadar rawatan, tetapi sunnah yang membantu melancarkan peredaran darah dan meningkatkan tenaga.
💉💪 Jadi, kekalkan kesihatan sepanjang Ramadan dengan rawatan bekam yang selamat dan bermanfaat!

Kami mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan. Mohon maaf atas segala khilaf dan semoga amalan kita diterima. 🌙🤲

Jaga kesihatan, kuatkan ibadah, dan raih keberkatan! 💛

27/02/2025

RAHSIA ILMU PERNAFASAN.

ADA APA PADA NAFAS ?*

(Ilmu Nafas bahagian : 1)

"Nikmat mana yang kamu dustakan !"

Nikmat yang paling berharga didalam kehidupan ini adalah "NAFAS"...

Jasad tanpa "Nafas" dikatakan Mayat,
Roh tanpa Nafas dikatakan Arwah.

Tanpa disedari, Nafas itulah yang telah menjadi "TALI" penghubung antara Roh dan Jasad, antara Kalimah Tauhid dan Kalimah Rasul, antara Allah dan Akhbar. Dia jugalah yang menjadi TALI pengikat antara Ijab dan Qabul.

Ramai yang beranggapan "Nafas" hanyalah sekadar angin yang keluar masuk melalui hidung atau mulut. Memenuhi paru-paru sambil membekalkan oksigen, mengambil karbon dioksid dan keluar melalui hidung atau mulut juga.

Bagi mereka Nafas itu hanyalah proses semulajadi yang telah ditentukan sejak dari azali. Lalu ia tidak perlu diambil peduli dengan secara Khusus.

Namun.......

Apabila berlakunya Kematian, yang diperiksanya adalah PERNAFASAN dan Denyutan Jantung.

Semua yang hidup sangat perlu Bernafas. Jika tidak Bernafas maka ia akan Mati.

Kematian itu adalah berpisahnya Roh dari Jasad. Tetapi ia juga dikatakan telah "Menghembuskan Nafasnya yang terakhir".

Didalam seni bela diri, orang cina telah mengolah pergerakan anggotanya seiring dengan Nafas untuk mendapatkan tenaga dalaman yang dipanggil tai-chi.

Orang jepun p**a telah mengawal Pernafasannya mengikut denyutan jantungnya yang dipanggil ninja.

Begitu juga dengan orang india yang mengamalkan yoga dan berbagai lagi teknik Pernafasan ini.

* Apakah hubungan NAFAS dan ROH ???

Roh itulah yang telah Menghidupkan manakala Nafas itu p**a adalah Kehidupan.

Roh itu Ghaib,
Nyata Roh itu pada NAFAS.

Sebab itulah dikatakan Nafas itu adalah kembarnya Roh.

* Apakah yang ada pada NAFAS ???

Ramai pengkajian yang mencari sesuatu kehebatan melalui Nafas.

Mereka berjurus dengan menggunakan kaedah Nafas yang diolah beserta dengan pergerakan anggota badan. Hanya dengan pergerakan anggota badan yang seiring dengan Nafaslah yang mampu menzahirkan sesuatu yang hebat diluar jangkauan akal (Terkeluar dari akal sedar).

* Dari manakah datangnya kekuatan tersebut ???

Kekuatan itu terbit dari KUDRAT ALLAH SWT yang terpancar bersama "Nafas".

Apabila berDzikir, mereka akan mengamalkan Dzikir Nafas...

Kebiasaannya, Dzikir adalah untuk Akhirat. Namun, apabila dibawa ke dunia, maka kehebatannya tiada tandingan.

Sebab itulah mereka mampu menjadi perawat hanya dengan kekuatan Nafas. Menarik atau menolak penyakit, menangkap makhluk halus, membuka pancaindera dan sebagainya.

Yang s**a bertaranum p**a juga menggunakan Nafas. Dengan mengawal Pernafasannya, mereka akan mampu melagukan ayat-ayat Al-Qur'an dengan Sempurna.

Sesungguhnya "Suara" yang dilafaskan itu terbit dari getaran udara yang keluar bersama Nafas...

Al-Imam Al-Ghazali ra pernah berkata;

"Zikir yang disertakan dengan NAFAS akan mempercepatkan penyucian hati".

Dari sinilah timbulnya bab "Zikir Nafas".

Setinggi-tingginya ilmu adalah ILMU NAFAS...

Sebaik-baiknya Zikir adalah Zikir "Lailahaillallah". Tetapi jika tidak disertakan dengan "Nafas" maka ianya hanya dikira sebagai "Tahlil" sahaja.

Sebaik-baiknya Amalan adalah "Tafakur". Tiadalah ia dinamakan "Tafakur" jika tidak menyertakan "Nafas" bersama.
.. Alif - Lam - Mim ...

Ada yang menghuraikan maksud huruf tersebut sebagai;

ALIF - ALLAH
LAM - LATIFF (Lembut)
MIM - MUHIT (Meliputi)

Allah Lembut Meliputi,

"Didalam Dia Memenuhi, di luar Dia Meliputi"

Itulah NAFAS AL- HAYAT...

Sesungguhnya, pergerakan "Jurusan" itu diolah dari pergerakan "SOLAT".

Didalam Solat, kita Wajib menghadirkan kesemua yang "ADA" pada diri kita untuk Beribadah kepada Allah swt.

Tidak cukup hanya melaksanakan perlakuan Solat yang sekadar menghadirkan Jasad dan Roh tanpa menyertakan "NAFAS" bersama.

Mana mungkin Makmum Solat TANPA Imam,

Yang menjadi Imam itu Roh,
Roh itulah "Nur Muhammad.

"Aku Bapa segala Roh dan Adam itu Bapa segala Jasad".

"Aku Imam sekalian manusia".

Nafas itu kembarnya Roh. Maka dialah IMAM yang "Nyata" didalam Solat.

Itulah yang dimaksudkan dengan,

"Aku Solat..... Berimamkan Al-Qur'an"

Roh itu Hakikat,
Nafas itu Syariat.

Al-Qur'an itu Qodim,
Allah itu Qodim.

Allah itu Dzat,
Muhammad itu Sifat.

Muhammad itu Roh,
Nyata Roh pada Nafas.

"Solat itu Mikraj mereka yang Mukmin".

Yang "Mikraj" itu hanyalah Nabi Muhammad Rasullullah saw. Jasad adalah "Batu" yang tidak di izinkan turut serta.

Yang dikatakan "NABI" itu adalah pangkat yang tertinggi untuk seorang manusia, yang tertinggi itu adalah NAFAS. Hanya "DIA" yang mampu naik ke Tujuh Petala Langit dan turun ke Tujuh Petala Bumi.

Didalam Solat, "Nafas" itu yang mengiringi setiap pergerakan. Maka tariklah Nafas ketika pergerakan ke atas dan lepaskanlah "Nafas" ketika pergerakan ke bawah.

Sebelum melafaskan sesuatu, tariklah Nafas terlebih dahulu dan biarlah Nafas itu keluar bersama dengan suara yang dilafaskan.

Yang dikatakan "MUHAMMAD" itu adalah "Diri Yang Sebenar Diri" kita.

Maksud Isra' adalah Perjalanan. Perjalanan dari "ADAM" ke "MUHAMMAD". Dari dalam ke luar, manakala "Mikraj" p**a adalah "Naik" ke Maqam yang lebih tinggi.

Dari "Manusia" kepada "Adam" dan terus ke Maqam "Muhammad Rasullullah" agar mampu Mikraj untuk bertemu Allah swt.

"Neraka Weil untuk mereka yang lalai didalam Solatnya".

Lalai kerana mengaku segala perlakuan Solat itu adalah perlakuannya sendiri, tanpa Menyedari dia telah Mensyirikkan Allah swt.

Lalai kerana membiarkan Nafasnya tidak diurus dengan Sempurna.

"Lalai" kerana "Makmum" Solat tanpa "Imam".

BERSAMBUNG...
andai maseh di izinkan .☝🏽🙏🏽

15/12/2024

Pulse Points 🤏

Address

NO 10 , Jalan MANGGA 3/KU10 TAMAN HARUM MANIS
Klang
42200

Telephone

0183135880

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bekam Medic Al Harraz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category