Terapi Saraf An Nabawi

Terapi Saraf An Nabawi Memberi khidmat rawatan saraf yg menggabungkan kaedah urutan saraf & kiropraktik untuk merawat masal

Menyediakan rawatan spesifik untuk masalah saraf spt:

1) Sakit pinggang/ Slip disk
2) Sakit lutut
3) Sakit bahu/ belikat
4) Terseliuh
5) Sakit leher/ Salah tidur

- Menggunakan kaedah gabungan KIROPRAKTIK & URUTAN SARAF

TEMUJANJI RAWATAN BULAN 9TELAH DIBUKA!!!----------------------------------Untuk rawatan bulan 9 ini boleh terus klik unt...
05/09/2024

TEMUJANJI RAWATAN BULAN 9
TELAH DIBUKA!!!
----------------------------------

Untuk rawatan bulan 9 ini boleh terus klik untuk temujanji

wasap.my/601115632314/temujanjirawatan

kami akan bercuti pada
15-17/09/2024

Tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia! Tanah air tercinta, moga kekal bergaya maju
05/09/2024

Tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia!

Tanah air tercinta, moga kekal bergaya maju

*SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA*Kepada semua umat Islam tidak kira di mana anda berada.Semoga setiap pengorbanan kita di mu...
10/07/2022

*SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA*

Kepada semua umat Islam tidak kira di mana anda berada.

Semoga setiap pengorbanan kita di muka bumi ini demi sesuatu kebaikan akan mendapat redha Allah SWT. Amin.

Allah SWT berfirman:

"Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -"

(QS. Al-Hajj 22: Ayat 34)

27/05/2022

Soalan 1: Apakah Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD)?

HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh enterovirus. Dua (2) jenis virus utama penyebabnya adalah Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus-71 (EV71).

Soalan 2: Siapa yang berisiko mendapat jangkitan HFMD?

Sesiapa sahaja pada semua peringkat umur boleh mendapat jangkitan HFMD tetapi golongan kanak-kanak berusia di bawah lima (5) tahun mudah mendapat jangkitan. 90% kes HFMD berlaku pada kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah.

Soalan 3: Tanda dan Gejala Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut.

HFMD biasanya bermula dengan demam, rasa tidak sihat yang disusuli dengan kurang selera makan. Dalam sehari atau dua, luka (ulser) di mulut akan timbul. Sebilangan kanak-kanak mungkin mengalami ruam merah pada tapak tangan atau celah jari yang berkemungkinan menjadi lepuh. Ruam ini juga boleh terjadi pada lutut, siku dan bahagian bawah badan kanak-kanak. Ruam merah ini biasanya tidak menyebabkan kegatalan.

Soalan 4: Bagaimana Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut berjangkit?

Penyakit HFMD adalah sejenis penyakit berjangkit. Virus penyebab penyakit ini boleh ditemui di hidung, tekak, cecair lepuhan kulit dan pada najis pesakit.

Virus akan tersebar daripada pesakit kepada orang lain (khususnya kanak-kanak) melalui:

Batuk atau bersin;
Hubungan rapat contohnya bermain;
Berlaku sentuhan dengan cecair lepuhan atau najis pesakit;
Perkongsian peralatan makanan seperti sudu, garpu atau peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan berus gigi;
Bersentuhan dengan permukaan atau barang yang telah dijangkiti virus seperti pemegang pintu tandas.
Pesakit boleh menyebarkan virus dalam tempoh seminggu ia mengalami gejala dan tanda-tanda penyakit HFMD.

Soalan 5: Berapa lama enterovirus boleh hidup di permukaan?

Enterovirus boleh hidup beberapa hari atas permukaan dalam suhu bilik. EV71 adalah virus tanpa selaput, maka ianya amat sukar untuk dimusnahkan oleh suhu persekitaran biasa. Kajian menunjukan virus EV71 di atas permukaan plastik yang didedahkan kepada persekitaran panas dan lembap masih berupaya menyebabkan penyakit dalam masa 3 hari.

Soalan 6: Bagaimana HFMD dikenalpasti atau didiagnosa?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai kemudahan untuk melakukan ujian ke atas virus penyakit ini, namun pesakit HFMD didiagnosa melalui kewujudan gejalan dan tanda klinikal penyakit HFMD. Ujian makmal kebiasaannya tidak diperlukan.

Soalan 7: Bagaimana penyakit HFMD dirawat?

Rawatan bagi penyakit ini adalah simptomatik atau berdasarkan tanda dan gejala yang berlaku.

Tiada ubatan atau rawatan khusus untuk membunuh virus penyakit ini. Rawatan diberi bagi mengurangkan suhu badan (akibat demam) dan kesakitan pada mulut sahaja. Amat penting kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFMD diberikan minuman secara berterusan untuk mengelakkan dehidrasi.

Jangkitan penyakit ini selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan ianya sembuh dengan sendiri dalam tempoh 7-10 hari apabila ketahanan atau imuniti tubuh terbentuk.

Soalan 8: Bagaimana menguruskan pesakit tangan, kaki dan mulut di rumah?

Kanak-kanak yang mendapat jangkitan ringan boleh dirawat di rumah;

Pesakit hendaklah mendapat rehat yang secukupnya;
Diberi rawatan perubatan sebagai mana dinasihatkan untuk mengurangkan demam dan sakit mulut;
Galakkan pesakit meminum air dan mengambil makanan dan minuman kegemaran mereka; dan
Buat pemantauan rapi bagi mengenalpasti tanda dan gejala yang serius seperti kekeringan atau dehidrasi badan dan keletihan yang teruk.
Soalan 9: Adakah Penyakit tangan, kaki dan mulut boleh memudaratkan?

HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan ianya akan sembuh dengan sendiri.

Namun begitu, segelintir pesakit HFMD yang disebabkan oleh jangkitan virus EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Soalan 10: Bagaimana untuk mengesan penyakit HFMD yang teruk?

Apabila penyakit ini membawa kesan kepada otak ataupun jantung, kanak-kanak yang dijangkiti biasanya akan menunjukkan gejala berikut:

Sakit kepala, pening dan ketegangan pada leher;
Perasaan cepat marah, mengantuk dan menjadi keliru;
Sawan atau pergerakan tak normal;
Pernafasan cepat atau menjadi pucat; atau
Lesu
Ibubapa pesakit perlulah sentiasa memantau anak-anak yang mengalami HFMD bagi mendapatkan rawatan segera. Sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai tanda-tanda begini, ianya perlu dimasukkan ke hospital.

Soalan 11: Bolehkah seorang mendapat penyakit HFMD semula?

Ya, boleh kerana penyakit HFMD disebabkan oleh pelbagai virus di dalam kumpulan enterovirus sekiranya jangkitan kedua disebabkan oleh virus yang berbeza.

Soalan 12: Bolehkah seorang perempuan mengandung dijangkiti HFMD dan apakah kesannya?

Ya, risiko jangkitan perempuan mengandung adalah sama seperti orang dewasa yang lain. Sehingga kini, tiada kajian menunjukkan kesan kepada bayi dalam kandungan. Namun, sekiranya ibu mendapat jangkitan HFMD sekitar minggu terakhir mengandung dan kelahiran, terdapat risiko anak yang dilahirkan akan mendapat jangkitan penyakit HFMD.

Soalan 13: Bolehkah Penyakit tangan, kaki dan mulut dielakkan?

Sehingga kini, tiada ubat atau vaksin yang boleh mencegah penyakit HFMD. Oleh itu, orang awam perlu mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

Kerap cuci tangan terutamanya selepas menyentuh pesakit HFMD atau barangan yang digunakan pesakit;
Elakkan sentuhan langsung dengan pesakit;
Elakkan dari berkongsi peralatan makanan dan barangan peribadi dengan pesakit HFMD;
Jangan menyentuh bahagian tubuh seperti mata, hidung dan mulut selepas menyentuh pesakit HFMD; dan
Pastikan kebersihan persekitaran rumah atau tempat kerja dengan mencuci atau menyahkuman permukaan lantai dan tandas.
Sumber: DG of Health - KKM

27/05/2022

INFOGRAFIK : KOD TINGKAH LAKU PROFESIONAL UNTUK PENGAMAL PT&K

--------------------------------------------------------------------

INFOGRAPHIC : CODE OF PROFESSIONAL CONDUCT FOR T&CM PRACTITIONERS

18/04/2022

SALAM NUZUL AL-QURAN 1443H

Al-Quran merupakan mukjizat teragung yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW sebagai pedoman dan panduan umat manusia.

Al-Quran bukan hanya diturunkan sebagai sebuah kitab, tetapi ia adalah kalamullah yang menjadi peringatan kepada kita agar sentiasa membaca, mentadabbur, memahami serta mengamalkan isi kandungannya.

Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita dengan perbanyakkan membaca al-Quran.

19/03/2022

LUTUT LONGGAR DAN BUNYI MELETUP APABILA SENDI LUTUT DIGERAKKAN

Kecederaan lutut biasa berlaku pada pemain futsal dan bola sepak. Ini kerana mereka banyak berlari dan berhenti mengejut, menyepak bola dari pelbagai posisi dan menerima terjahan kasut dari pemain lawan.

Sendi lutut adalah antara sendi paling utama pada tubuh manusia yang menghubungkan tulang peha (femur) dan tulang kaki (tibia dan fibula). Sendi ini distabilkan oleh pelapik sendi (meniscus) serta beberapa ligamen di sekeliling sendi lutut.

Ligamen-ligamen ini termasuk (rujuk rajah) :

1. Anterior Cruciate Ligament (ACL)
2. Posterior Cruciate Ligament (PCL)
3. Medial Collateral Ligament (MCL)
4. Lateral Collateral Ligament (LCL)

ACL adalah struktur yang paling kerap mengalami kecederaan semasa bersukan. Kecederaan ini boleh berlaku pada wanita yang tidak bersukan kerana faktor perbezaan anatomi dan kekuatan otot berbanding lelaki.

Apa yang sebenarnya berlaku apabila lutut menjadi longgar atau meletup bila digerakkan?

Fungsi ligamen pada lutut adalah untuk menstabilkan sendi lutut agar badan kekal stabil semasa bergerak.

Jika pergerakan yang ekstrem dan berlaku kecederaan, ligamen boleh koyak atau putus.

Kecederaan ACL, berlaku apabila tubuh (bersama tulang peha) dipusingkan ketika tapak kaki sedang berpijak di tanah. Kecederaan ini dikenali sebagai pivoting injury .
Contohnya seseorang pemain bola berhenti dari berlari secara mendadak.

Ketika ACL putus, pemain akan mendengar bunyi ‘pop’ dan lututnya akibat pengumpulan darah dalam sendi tersebut (haemarthrosis).

Kecederaan ini lebih jelas selepas dua hingga empat minggu. Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal dan radiologi untuk memastikan kecederaan ini.

Pengesahan kecederaan sendi lutut dapat dipastikan dengan pemeriksaan ujian Magnetic Resonance Imaging (MRI) melihat kecederaan pada ligamen, tulang rawan dan meniscus.

Berurut tidak merawat ligamen sendi lutut yang koyak. Berurut hanya sesuai untuk kecederaan tisu badan yang lain.

Selalunya pesakit akan menjalankan pembedahan jika mahu bersukan semula. Jika tidak kekuatan sendinya tidak akan kembali seperti normal. Pesakit akan merasakan sendi lututnya tidak stabil dan merasa 'bunyi meletup' jika digerakkan. Pesakit akan berisiko mendapatkan masalah kerosakan tulang rawan dan penyakit osteoartritis pada usia yang lebih muda.

Pembedahan yang dilakukan menggunakan kaedah arthroscopy di mana beberapa luka kecil dibuat pada lutut dan kamera dan peralatan kecil dimasukkan.

Fisioterapi sangat penting selepas pembedahan, bagi menggerakkan sendi lutut dengan selamat.

Pesakit mengambil masa sehingga 9 bulan hingga setahun sebelum dapat kembali aktif bersukan.

Semoga bermanfaat.


www.drzubaidi.com

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

19/03/2022

APA ITU ANAFILAKSIS?

Anafilaksis merupakan suatu reaksi alahan yang amat serius yang terjadi secara tiba-tiba dan boleh membawa maut. Anafilaksis terjadi apabila seseorang terdedah kepada sesuatu bahan yang seseorang itu alah kepadanya yang disebut allergen seperti makanan, ubat-ubatan dan sengatan binatang.

Apabila seseorang itu terdedah kepada allergen akan berlakunya pelepasan bahan kimia yang tertentu secara banyak dan tiba-tiba oleh sistem imun badan. Berbeza dengan reaksi alahan biasa yang hanya menyebabkan kegatalan dan ruam sahaja, anafilaksis berlaku apabila tindak balas ini menyebabkan gejala-gejala yang lebih serius kepada seseorang pesakit.

GEJALA

Gejala-gejala anafilaksis boleh timbul secara tiba-tiba iaitu dalam masa beberapa saat dan minit selepas terdedah kepada sesuatu allergen. Secara umumnya, anafilaksis boleh menyebabkan gejala-gejala kepada sistem tubuh berikut:

1. Kulit

• Ruam gatal
• Kulit kemerahan terutama di bahagian muka (“flushing”)
• Pembengkakan di bahagian bawah kulit (“angioedema”) seperti kelopak mata dan bibir

2. Saluran pernafasan

• Saluran pernafasan akan menyempit dan ini akan menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan pernafasan akan berbunyi bising

• Tekak akan membengkak dan ini akan menyebabkan suara menjadi kasar dan terasa seperti ada sesuatu tersangkut di dalam tekak

3. Saluran pencernaan/pemakanan

• Muntah-muntah
• Cirit-birit
• Sakit perut

4. Jantung dan salur darah

• Tekanan darah rendah
• Degupan jantung menjadi terlalu laju atau terlalu perlahan

5. Sistem saraf pusat

• Pening-pening
• Sakit kepala
• Pengsan/tidak sedarkan diri

Biasanya 2 sistem atau lebih terlibat dalam diagnosis anafilaksis.

PENYEBAB

Tindak balas ini umumnya disebabkan oleh makanan, ubat-ubatan atau sengatan binatang. Namun begitu, lebih kurang 30-50% kes, penyebabnya tidak diketahui.

1. Makanan

• kacang
• makanan laut seperti ikan, udang dan ketam
• hasil tenusu seperti susu dan telur

2. Ubat-ubatan

• antibiotik seperti pen*silin
• ubat tahan sakit seperti aspirin dan NSAID (non steroidal anti inflammatory drugs)

3. Bisa akibat sengatan serangga seperti lebah atau tebuan atau gigitan binatang berbisa.

PENCEGAHAN

Cara bagi mencegah anafilaksis adalah dengan menghindari dari memakan atau terdedah kepada allergen.

Sebagai langkah persiapan, seseorang yang memiliki risiko untuk mendapat anafilaksis disarankan agar memiliki perancangan spesifik apabila mendapat alahan. Bagi kanak-kanak sekolah, ibubapa atau penjaga harus memberitahu pihak sekolah riwayat alahan anak-anaknya dan langkah yang harus dilakukan apabila timbulnya gejala-gejala alahan atau anafilaksis.

Perancangan tersebut biasanya merangkumi cara penggunaan autoinjektor adrenalin (epinefrin), memakai gelang tangan atau kad yang menyatakan alahan pesakit serta penerangan mengenai bagaimana untuk mencegah penyebabnya.

RAWATAN

Segera pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana anafilaksis boleh membawa maut.

Perkara yang paling penting adalah memastikan fungsi pernafasan dan jantung stabil dan sempurna.

Adrenalin (Epinefrin) adalah ubat dan rawatan pilihan utama untuk anafilaksis. Ia diberikan secara suntikan di otot peha (bahagian pertengahan sisi) dengan segera setelah dipercayai mempunyai gejala anafilaksis. Jika memiliki autoinjektor adrenalin, pesakit boleh menyuntik dirinya sendiri secepat mungkin dan dalam masa yang sama pergi mendapatkan rawatan di hospital. Autoinjektor adrenalin terdapat di dalam 2 jenis dos iaitu untuk kanak-kanak dan juga dewasa.

Selain adrenalin, antihistamin juga digunakan dalam rawatan anafilaksis. Namun, kajian mendapati, antihistamin tidak menunjukkan bukti yang kuat sebagai rawatan utama dalam anafilaksis berbanding adrenalin.

Steroid seperti kortikosteroid juga digunakan sebagai rawatan sampingan. Walau bagaimanapun penggunaan kortikosteroid kepada seseorang yang sedang mengalami anafilaksis tidak menunjukkan kesan yang meyakinkan. Namun begitu ia digunakan dengan harapan untuk menurunkan risiko anafilaksis yang berulang atau bifasik walaupun keberkesanannya tidak begitu jelas.

Sumber : Portal Rasmi MyHEALTH


www.drzubaidi.com

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

Jangan lepaskan peluang !wasap.my/601115632314/temujanjirawatan
19/03/2022

Jangan lepaskan peluang !

wasap.my/601115632314/temujanjirawatan

16/03/2022

Address

Lot 1118-AD
Klang
42100

Opening Hours

Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Telephone

+601115632314

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terapi Saraf An Nabawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Terapi Saraf An Nabawi:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram