Bidan Berpantang Melaka by serirash

Bidan Berpantang Melaka by serirash Package penjagaan pantang murah dalam melaka!!harga boleh runding lagi!terus whtap 0172302816

Bila anak baru lahir, dunia terus berubah.Tidur tak menentu. Rumah tunggang terbalik. Kopi jadi kawan baik.Tapi tengok m...
19/10/2025

Bila anak baru lahir, dunia terus berubah.
Tidur tak menentu. Rumah tunggang terbalik. Kopi jadi kawan baik.
Tapi tengok muka baby, semua penat terus hilang.
Ada masa rasa nak nangis sebab letih.
Ada masa rasa nak senyum sebab bahagia sangat.
Tak perfect pun tak apa.
Yang penting, kamu sedang buat yang terbaik.
Hari ni mungkin susah,
tapi suatu hari nanti, kamu akan rindu waktu ni juga.
Kamu sekarang tengah bina kenangan yang anak kamu akan ingat seumur hidup.

Ibu-ibu, apabila memutuskan untuk menyusu, ingat pepatah ini:“Penyokong paling kuat yang ada ialah dari manusia terdekat...
17/10/2025

Ibu-ibu, apabila memutuskan untuk menyusu, ingat pepatah ini:
“Penyokong paling kuat yang ada ialah dari manusia terdekat (suami) atau ia boleh jadi juga manusia yang tak pernah ibu kenali sama sekali. Manakala pembenci yang paling hebat berusaha mencabar perjalanan penyusuan kita adalah dari mereka yang ibu kenal.”
Sudah komitted untuk menyusu,
1. Jiwa kena kuat. Orang kata "anak hang kecik tak bambam, anak hang tak cukup makan, atau hang letih, tak boleh tumbang. Jangan sikit-sikit nak give up. Itu bukan ciri ibu komitted nak menyusu.
2. Jika jumpa manusia yang cakap " eh miskin sangat ke bagi susu ibu, atau anak kecik umpama tak cukup nutrisi, ketap bibir, senyum berlalu bergi. Jangan lawan balik! Stress is the best MILK KILLER😌
3. Tak perlu up gambar susu yang berkepuk-kepuk. Ada ibu yang hasil produksinya mungkin tak sebanyak itu. Mereka akan down sehingga lapisan bumi ke 7. You all tengok sahaja susu hasil perahan itu dengan rasa puas dan tenang.
4. Memang ada orang benci dan tak suka kita tak bersebab. Itu sifat manusia. Mohon jangan stress dengan kondisi seperti ini🤭
5. Memang ada orang yang akan benci kita kerana kita berusaha memberi susu ibu, mereka rasa tercabar seolah-olah tak beri yang terbaik untuk anak mereka. Ingat sesuatu : "its all about them, its nothing about you" so keep breastfeeding ok!
6. Sekiranya ibu ingin berkongsi tentang hari-hari indah penyusuan, fokus tulis perkara kebaikan. Hargai mereka yang sedang berusaha menaikkan semangat.
7. Pergilah ke mana-mana pelusuk dunia, kebaikan yang akan menang di sisi Allah. Jadi fokus dan tetapkan diri.
8. Kental, kental, kental. Nak kekal buat kebaikan bukan kerja mudah. Ada sahaja yang melawan, menghalang, mencabar. Itu juga normal.
9. Bantuan dalam dunia penyusuan adalah ruangan tanpa limit. Semua orang boleh beri apa pandangan terhadap itu. Ia adalah bagaimana kita kawal, kita nak baca dan tanya Mr Google, cari expert atau kita berdiam.
Happy Saturday and Good Morning❤️
Dr Nurhaya Yacob
Terus positif membantu ibu menyusu.

Alhamdulillah Our regular customer Dr Kk.Terima kasih selesai 14 hari berpantang bersama kami.Semoga Dr terus sihat sela...
17/10/2025

Alhamdulillah Our regular customer Dr Kk.Terima kasih selesai 14 hari berpantang bersama kami.Semoga Dr terus sihat selalu🥰




Alhamdulillah selesai Sudah 21 hari Berpantang Bersama Puan adiba di Taman kenanga.Terima kasih Sudi berpantang bersama ...
17/10/2025

Alhamdulillah selesai Sudah 21 hari Berpantang Bersama Puan adiba di Taman kenanga.Terima kasih Sudi berpantang bersama kami.Terima kasih Selalu jadi Pakar Motivasi akak..Kita share bermacam cerita,Saling menasihati..Jaga diri lepas ni ya..Semoga terus sembuh.Happy dah habis pantang dia🤭Ni Tauke Roti john Legend Barkat kat tanjung Kling..Boleh support dia tau.Sebut nama akak nak beli mana tahu dapat kuah percuma😆Terima kasih diba.ada rezeki jumpa lagi🥰

Nasihat kak bidan kpd semua bakal ibu dan ibu-ibu sekalian berpantanglah sebaik mungkin, jagalah kesihatan diri..Nak kua...
16/09/2025

Nasihat kak bidan kpd semua bakal ibu dan ibu-ibu sekalian berpantanglah sebaik mungkin, jagalah kesihatan diri..

Nak kuat & bertenaga seperti nenek kita walaupun sudah berumur 80 Tahun? ikuti tips berpantang ini 😊😊

1. Stokin - Wajib pakai... untuk elak kaki sejuk dan masuk angin.

2. Dilarang mencangkung - koyak atau tidak miss v ketika meneran bersalin, wanita berpantang dilarang duduk cangkung. Rahim tu tengah lemah lagi. Kalau terkeluar macam mana?

3. Rapatkan kaki - Selepas diceroboh, dirobek, dikeluarkan anak dan uri, part miss v tu sangatlah tercedera & lemah. kesian miss v... Rapatkan kaki anda, dan bantu'nya' cepat sembuh dari luka.

4. Wanita berpantang bukan ultraman - so jangan sesekali aktif buat buat kerja. Nak jaga anak pun sepatutnya diuruskan orang lain, apatah lagi memasak dan buat kerja kerja rumah. Banyakkan berehat jika nak sembuh cepat.

5. Bangun di awal pagi & elakkan tidur di waktu senja - Dapatkan sedikit cahaya matahari dengan sekadar berdiri di tepi tingkap. Urut urut lengan anda, lakukan sedikit senaman ringan seperti menggoyang-goyangkan tangan agar anda tidak kelihatan lemau.

6. Jangan keluar rumah kecuali ke klinik - wanita berpantang yang tidak suci dari darah kotor nifas boleh mengundang 'orang ketiga'. Elakkan.

7. Jaga ibu jari kaki - Bagi sesetengah wanita, Jika ibu jari kaki terhantuk ia bukan saja boleh membuatkan mereka pitam, malah bentan.

8. Adab ketika mandi - Berdiri lama dan mencangkung adalah dilarang bagi wanita yang berpantang. Apatah lagi jika melakukan banyak pergerakan ketika mandi. Duduklah diatas bangku dan mandi air yang sedikit panas.

9. Terdedah dengan aircond dilarang sama sekali - Pasang kipas pun dah tak bagus untuk wanita berpantang, apatah lagi kalau aircond. ia bertujuan menghalang angin dari memasuki badan.

10 Bertungku mengecutkan batu meroyan, mengurut mengangkat rahim dan mandi herba menyegarkan badan..

11.Menu berpantang - Ni memang kena jaga, ikan ikan berbisa seperti keli dan terubuk, sayur kekacang, fast food antara yang sangat perlu elakkan.

Sumber : Kak Bidan Berpantang Melaka by serirash

27/08/2025

TANDA-TANDA PERANAKAN JATUH:

1. SAKIT TUMIT
2. SAKIT ARI-ARI
3. SAKIT KETIKA BERSAMA SUAMI
4. MISS"V" BERAIR
5. KENTUT MISS"V"
6. KENCING TAK LAWAS
7. SAKIT PAHA & PINGGANG
8. MISS "V" LONGGAR
9. SAKIT BELAKANG
10. RASA DEMAM & SEJUK SELEPAS ASAR
11. TUBUH RASA LEMAU
ada tanda-tanda ni?
Whatsapp 017-230 2816

Setiap wanita yang baru bersalin pasti akan merasai sakit rengat. Sakit yang seakan senggugut tapi melebihi dari sakitny...
23/08/2025

Setiap wanita yang baru bersalin pasti akan merasai sakit rengat. Sakit yang seakan senggugut tapi melebihi dari sakitnya senggugut.

Rengat sebenarnya disebabkan pengecutan rahim ke saiz dan posisi asalnya. Kesakitan lebih terasa semasa penyusuan bayi, kerana semasa menyusu, hormon oxytocin terhasil untuk membantubproses pengecutan rahim

Walaubagaimana pun, ibu-ibu tak perlu risau. Sakit rengat hanya akan dirasai dalam tempoh 2-10 hari selepas melahirkan.

Ini admin kongsikan tips untuk mengurangkan rasa sakit rengat

1. Elakkan stress. Apabila ibu stress, sakit pasti akan lebih terasa

2. Ubat tahan sakit atau panadol juga membantu

3. Kerap kencing

4. Bertungku. Proses bertungku membantu mengecutkan rahim dengan cepat serta melancarkan perjalanan darah kotor untuk keluar

5. Berurut untuk mrlancarkan peredarah darah di bahagian rahim serta seluruh badan

6. Minum air ibu kunyit untuk mempercepatkan pengecutan rahim. Disarankan cuba ambil dalam kuantiti yang sedikit

7. Menyusukan bayi. Proses penyusuan susu badan akan menghasilkan hormon oxytocin yg membantu mengecutkan rahim . Lagi kerap menyusu lagi cepat rahim mengecut

Selamat mencuba ❤

12/08/2025

Last Slot Bulan 9
1 kosong
Bulan 10
2 kosong
Bulan 11
Masih kosong
Bulan 12
1 last Slot!
JOM CEPAT BOOKING.Kita nak full kan Slot sementara Harga offer🥰

JOM kita ambil tahu Kenapa Susu badan makin Kurang!
02/08/2025

JOM kita ambil tahu Kenapa Susu badan makin Kurang!





Alhamdulillah Terima kasih untuk Bulan JULY  dari TAMAN RAMBAI MUTIARA  , telah selesai pakage 7 hari berpantang bersama...
31/07/2025

Alhamdulillah Terima kasih untuk Bulan JULY dari TAMAN RAMBAI MUTIARA , telah selesai pakage 7 hari berpantang bersama Bidan Berpantang Melaka by serirash ..Terima kasih DEAR ,Semoga terus sihat selalu.🌹





Address

Klebang Besar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bidan Berpantang Melaka by serirash posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram