12/08/2020
Sedikit info
KEBERKESANAN BEKAM BASAH (HIJAMA) MENINGKATKAN TAHAP SATURASI OKSIGEN DI DALAM DARAH PEROKOK
Satu kajian (Random Control Trial) telah dilakukan oleh Davood H. et. al pada 2013 tentang kesan bekam keatas paras saturasi oksigen di dalam darah perokok. Kajian ini melibatkan 110 perokok lelaki dengan keputusan Ujian Fungsi Paru² positif (Pulmonary Function Test) dgn tanda² Penyakit Paru² (Chronic Obstructive Pulmonary Disease), dibahagikan kpd Kumpulan intervensi (bekam) dan Kumpulan kawalan (makan ubat) + "venesection" (fashdu). Kedua² Kumpulan dinilai data demografik, kadar hemoglobin (hb) & saturasi oksigen arterial(SPO²). Kumpulan intervensi menjalani bekam (hijama), manakala Kumpulan kawalan menjalani "venesection" atau fashdu. Selepas 4 tahap drp 2 rawatan, "pulse oxymetery" digunakan utk menilai tahap oksigen arterial. Data kemudiannya dianalisa menggunakan SPSS (Version 17).
KEPUTUSAN: Purata saturasi oksigen arterial meningkat pd 3 tahap iaitu secara serta merta, 6 & 12 jam selepas 2 kaedah rawatan. Ini menunjukkan bekam & fashdu berkesan meningkatkan tahap saturasi oksigen dlm 2 Kumpulan. Bagaimanapun kesan lebih ketara corak peningkatan yg kekal sehingga 12 jam hanya berlaku kpd peserta yg berbekam sahaja. Sebagai rumusan, terapi bekam lebih ketara meningkatkan saturasi oksigen darah kpd Kumpulan intervensi sehingga 12 jam. Para peserta Kumpulan intervensi juga mendakwa lebih selesa dan meningkat kualiti pernafasan selepas berbekam. Dengan ini saya yakin, bekam (hijama) berupaya meningkatkan tahap kesihatan para perokok dan sangat menggalakkan agar para perokok menjalani terapi bekam secara regular untuk mengurangkan risiko penyakit² berkenaan.
P/s: Selain meningkat tahap kesihatan perokok, beberapa kajian lain juga mendapati bekam berupaya membantu para perokok membuang tabiat merokok secara berperingkat.
Ref:
1. The effectiveness of wet cupping vs. venesection on arterial O2 saturation level of cigarette smokers: A randomized controlled clinical trial
Davood Hekmatpou, Latif Moeini, Sº Haji-Nadali
Pakistan Journal of Medical Sciences 29 (6), 1349, 2013
2. Evaluation of cupping therapy as an adjuvant therapy in a smoking cessation program
Adel M Saeed, Rehab M Mohammed, Marwa EA Aty Ibrahim
Egyptian Journal of Bronchology 9 (3), 276, 2015