Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang

Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang KM 5, Jalan Kota Tinggi
86000 Kluang
Johor Darul Takzim

VISI

Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom berhasrat memberikan penjagaan kesihatan yang terbaik kepada penduduk Kluang khususnya dan masyarakat umumnya bagi memenuhi kehendak setiap pelanggan. MISI

Kami akan berusaha memberi perkhidmatan dalam meningkatkan tahap kesihatan melalui promosi amalan cara hidup sihat serta memberi penjagaan kesihatan yang berkualiti melalui konsep masyarakat penyayang

sejajar dengan kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). OBJEKTIF

Kami akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan terutamanya membantu individu-individu dan keluarga dalam mencapai serta mengekalkan tahap kesihatan yang optimum agar mereka dapat melaksanakan aktiviti sosial dan ekonomi secara produktif. Hasrat ini akan dapat dicapai melalui penekanan terhadap kualiti, keselamatan serta amalan kerja berpasukan dan usaha ke arah kemajuan yang berterusan.

SELAMAT HARI PEKERJA 2026Di sebalik setiap tugas yang digalas,ada pengorbanan yang tidak terlihat,ada keletihan yang tid...
01/05/2026

SELAMAT HARI PEKERJA 2026

Di sebalik setiap tugas yang digalas,
ada pengorbanan yang tidak terlihat,
ada keletihan yang tidak terungkap,
namun tetap diteruskan dengan penuh keikhlasan.

Selamat Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Bersempena tema
“Pekerja Madani Kesuma Bangsa”,
setiap langkah dan usaha anda adalah nadi yang menggerakkan perkhidmatan kepada masyarakat.

Terima kasih kerana terus kuat, terus memberi dan terus berbakti tanpa jemu.
Segala jasa dan pengorbanan anda amat bernilai dan akan sentiasa dikenang.

“Harapan Anda, Inspirasi Kami”

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga
Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang, Johor.

PEMAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI KLINIK PAKAR HEBHK SEMPENA HARI PEKERJAPelanggan yang dihargai,Dimaklumkan bahawa Klinik Pa...
29/04/2026

PEMAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI KLINIK PAKAR HEBHK SEMPENA HARI PEKERJA

Pelanggan yang dihargai,

Dimaklumkan bahawa Klinik Pakar Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang akan ditutup sempena sambutan Hari Pekerja seperti ketetapan berikut:

🗓 Tarikh Tutup: 1 Mei 2026 (Jumaat)
🗓 Tarikh Beroperasi Semula: 4 Mei 2026 (Isnin)

⚠️ Makluman Penting:
Sekiranya anda mempunyai temujanji pada 1 Mei 2026 (Jumaat), mohon tindakan berikut:

1. Menghubungi klinik berkaitan bagi tujuan penjadualan semula (reschedule).
2. Menyemak tarikh temujanji baharu bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

📞 Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi talian utama kami di : 07-778 7000

Terima kasih atas kerjasama anda 🙏

29/04/2026



Pernahkah anda sedar bahawa setiap titisan darah yang mengalir dalam tubuh anda mampu menjadi sinar harapan buat seseorang yang sedang bertarung untuk hidup?

Inilah peluang anda untuk menjadi wira sebenar. Ayuh kita bersama-sama turun padang dan buktikan bahawa warga Kluang sentiasa penuh dengan rasa prihatin dan kasih sayang! 💪❤️

📣 Sertai kami di Econsave Kluang dan jadilah penyelamat kepada mereka yang memerlukan!

🗓 Tarikh: 𝟑𝟎 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬)
🕙 Masa: 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐀𝐌 - 𝟐.𝟎𝟎 𝐏𝐌
📍 Lokasi: 𝐄𝐜𝐨𝐧𝐬𝐚𝐯𝐞 𝐊𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠

Setiap pendermaan bukan sekadar satu amalan, tetapi satu hadiah kehidupan. Anda mungkin tidak mengenali penerimanya, tetapi bagi mereka—anda adalah segalanya. 🩸

✨ Sebarkan kebaikan, hulurkan harapan, dan selamatkan nyawa hari ini.

Setitis Darah, Sejuta Harapan.

Jumpa anda di sana! 🤗

🔗 https://www.facebook.com/tabungdarahhebhk

28/04/2026
💙 KHIDMAT DENGAN KASIH 💙Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada jururawat yang telah berkhidmat de...
24/04/2026

💙 KHIDMAT DENGAN KASIH 💙

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada jururawat yang telah berkhidmat dengan penuh keikhlasan, kasih sayang dan dedikasi dalam menjaga pesakit sehingga ke saat-saat akhir 🤍

Pengorbanan yang tidak ternilai ini bukan sahaja memberi rawatan, malah menyentuh hati dan memberi ketenangan kepada pesakit serta waris 🙏

Terima kasih diucapkan kepada SR Norzilawati, Ketua Jururawat Wad 9A atas keprihatinan dan kasih yang dicurahkan 🌹

Semoga segala jasa dan bakti ini terus menjadi inspirasi kepada semua warga kesihatan 💪👩‍⚕️👨‍⚕️

Ikhlas dalam tugas, kasih sepanjang masa

Terima kasih atas maklum balas positif yang diberikan. Kami komited untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada s...
24/04/2026

Terima kasih atas maklum balas positif yang diberikan. Kami komited untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua warga. 🙏💙

Walaupun berdepan cabaran peningkatan jumlah pesakit, ia tidak menghalang kami daripada terus berusaha memberikan rawatan dan perkhidmatan yang berkualiti kepada semua. 💪👩‍⚕️👨‍⚕️

Kami amat menghargai sokongan dan keprihatinan yang diberikan 🤍 Kata-kata semangat seperti ini menjadi pembakar semangat untuk kami terus berkhidmat dengan penuh dedikasi demi kesejahteraan rakyat Malaysia 🇲🇾✨

🌙 SALAM JUMAAT 🌙Semoga kita semua sentiasa mengamalkan sikap lemah lembut, rendah hati serta sentiasa memudahkan urusan ...
24/04/2026

🌙 SALAM JUMAAT 🌙

Semoga kita semua sentiasa mengamalkan sikap lemah lembut, rendah hati serta sentiasa memudahkan urusan dalam setiap tanggungjawab yang dilaksanakan.

Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

✨ Salam Jumaat yang penuh keberkatan buat semua ✨

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga
Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom


22/04/2026



Ayuh warga Kluang dan kawasan sekitar! 🌟
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada wira yang penuh makna ini.

Kami dengan penuh hormat menjemput anda untuk hadir ke Kempen Derma Darah seperti berikut:

🗓️ 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 𝟐𝟑 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬)
🕙 𝐌𝐚𝐬𝐚: 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐀𝐌 - 𝟐.𝟎𝟎 𝐏𝐌
📍 𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢:𝐏𝐚𝐦𝐨𝐥 𝐊𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐚𝐥𝐦 𝐎𝐢𝐥 𝐌𝐢𝐥𝐥 𝐂𝐥𝐮𝐛 𝐇𝐨𝐮𝐬𝐞

Setiap titisan darah anda membawa harapan baharu kepada mereka yang memerlukan. Ini bukan sekadar sumbangan, tetapi satu tanda kasih sayang dan keprihatinan sesama insan tanpa mengira latar belakang.

Untuk makluman Center Unit Tabung Darah esok*DITUTUP*

Jom bersama kita sebarkan harapan dan selamatkan nyawa. ❤️🩸

Jumpa anda di sana! Setitis Darah, Sejuta Harapan.



🔗https://www.facebook.com/tabungdarahhebhk

📢 PEMAKLUMAN PENGALIHAN PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR HOSPITAL ENCHE’ BESAR HAJJAH KHALSOM KLUANGDimaklumkan bahawa b...
22/04/2026

📢 PEMAKLUMAN PENGALIHAN PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR HOSPITAL ENCHE’ BESAR HAJJAH KHALSOM KLUANG

Dimaklumkan bahawa bermula 27 April 2026 (Isnin), perkhidmatan rawatan bagi pesakit tanpa temujanji (walk-in) akan dialihkan ke:

🚑 Jabatan Kecemasan & Trauma
Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom

🏥 Klinik Kesihatan / Klinik Komuniti berdekatan

Sehubungan itu, orang awam digalakkan untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran bagi kes bukan kecemasan.

⚠️ Bagi kes kecemasan, pesakit boleh terus mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan & Trauma HEBHK.

Kerjasama daripada semua pihak amat dihargai bagi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Sekian, terima kasih.

21/04/2026



Ayuh warga Kluang dan kawasan sekitar! 🌟
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada wira yang penuh makna ini.

Kami dengan penuh hormat menjemput anda untuk hadir ke Kempen Derma Darah seperti berikut:

🗓️ 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡:𝟐𝟏 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚)
🕙 𝐌𝐚𝐬𝐚: 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐀𝐌 - 𝟐.𝟎𝟎 𝐏𝐌
📍 𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢:𝐄𝐜𝐨𝐧𝐬𝐚𝐯𝐞 𝐊𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠

Setiap titisan darah anda membawa harapan baharu kepada mereka yang memerlukan. Ini bukan sekadar sumbangan, tetapi satu tanda kasih sayang dan keprihatinan sesama insan tanpa mengira latar belakang.

Jom bersama kita sebarkan harapan dan selamatkan nyawa. ❤️🩸

Jumpa anda di Econsave Kluang! Setitis Darah, Sejuta Harapan.



🔗https://www.facebook.com/tabungdarahhebhk

KURSUS TRAINING OF TRAINER (TOT)PENGURUSAN IBADAH PESAKIT: SOLAT & BERSUCI SIRI 1/202620 April 2026 | IsninHospital Ench...
21/04/2026

KURSUS TRAINING OF TRAINER (TOT)
PENGURUSAN IBADAH PESAKIT: SOLAT & BERSUCI SIRI 1/2026

20 April 2026 | Isnin

Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) telah menganjurkan Kursus Training of Trainer (TOT) Pengurusan Ibadah Pesakit: Solat & Bersuci Siri 1/2026 bertempat di Auditorium Raflesia, HEBHK.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada para peserta berkaitan pengurusan ibadah pesakit selaras dengan pelaksanaan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI).

Sepanjang kursus berlangsung, peserta telah didedahkan dengan panduan bersuci bagi pesakit serta tatacara pelaksanaan solat mengikut keadaan kesihatan masing-masing. Penekanan diberikan bagi memastikan pesakit terus dapat menunaikan ibadah dengan sempurna walaupun dalam keadaan uzur atau sedang menerima rawatan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kursus ini. Ucapan terima kasih juga kepada barisan pengajar dan para Asatizah atas perkongsian ilmu serta demonstrasi yang telah diberikan sepanjang program berlangsung.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam membantu pesakit menunaikan ibadah dengan lebih sempurna.

Address

HOSPITAL ENCHE' BESAR HAJJAH KHALSOM, KM 5 Jalan KOTA TINGGI
Kluang
86000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang:

Share

Category