Klinik Kesihatan Jawi Jawi

Klinik Kesihatan Jawi Jawi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Kesihatan Jawi Jawi, Medical and health, Klinik Kesihatan Jawi Jawi, Kota Belud.

19/08/2023

✔️ Rancang pengambilan makanan harian anda agar tidak tergolong dalam kalangan mereka yang berlebihan berat badan atau obesiti.

Salah satu cara mudah untuk makan secara seimbang dan sederhana adalah dengan mengamalkan Pinggan Sihat Malaysia .

💪 Ayuh sihat bersama.

19/08/2023

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus yang menjangkiti saluran pernafasan. Virus influenza boleh tersebar kepada individu lain melalui titisan saluran pernafasan (respiratory droplets) ketika bersin, bercakap dan batuk.

Wabak influenza lazimnya berlaku secara bermusim hanya mengakibatkan selesema (flu) ringan tetapi boleh mendatangkan jangkitan teruk kepada golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita hamil dan individu yang menghidap penyakit kronik.

Oleh itu,orang awam dan golongan berisiko tinggi digalakkan untuk mendapatkan pelalian influenza bermusim secara tahunan yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.

19/08/2023

PERTUSSIS? Apakah itu?

Jom kita kenali penyakit Batuk Kokol (PERTUSSIS).

Dikongsikan maklumat berkenaan penyakit ini dalam bentuk e-book. Klik link di bawah ini. Semoga bermanfaat.

https://rb.gy/ux9yb2

Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

25/07/2023

👶🏻👶🏻Autisme merupakan masalah gangguan perkembangan otak sepanjang hayat yang mempengaruhi bagaimana seseorang individu itu berkomunikasi, berinteraksi secara sosial serta memahami dunia di sekeliling mereka. Ia adalah satu keadaan spektrum di mana individu dengan autisme berhadapan dengan kesukaran tertentu, seperti kesukaran sosial-komunikasi, pengurusan diri, integrasi sensori, kognitif dan pembelajaran yang akan memberi kesan kepada mereka dalam cara yang berbeza.

Ciri-ciri autisme dalam kalangan kanak-kanak boleh dikesan seawal usia 18 bulan. Ibu bapa perlu peka terhadap perubahan tingkah laku anak-anak dan jika mendapati anak-anak menunjukkan ciri-ciri autisme, segera bawa anak mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran agar rawatan dan intervensi boleh diberikan seawal mungkin.

Walaupun autisme tidak dapat disembuhkan, namun dengan intervensi awal, terapi pemulihan yang konsisten dan penjagaan kesihatan yang baik dapat membantu mereka mencapai tahap perkembangan yang optima, mampu berdikari dan menjadi orang dewasa yang produktif untuk keluarga, masyarakat dan negara. Komitmen yang tinggi dari semua pihak dan sokongan serta penglibatan penjaga/ahli keluarga dalam penjagaan anak-anak autisme adalah menjadi bahagian paling penting dalam kehidupan mereka.👨‍👨‍👦‍👦👨‍👨‍👦‍👦

PROGRAM KESIHATAN WARGA EMAS"HIDUP CERGAS, DI USIA EMAS"🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸Anjuran: Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jawi Jawi d...
19/07/2023

PROGRAM KESIHATAN WARGA EMAS

"HIDUP CERGAS, DI USIA EMAS"

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Anjuran: Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jawi Jawi dengan kerjasama Hospital Kota Belud & Pejabat Kesihatan Daerah Kota Belud

Tarikh : 22 Julai 2023 (Sabtu)
Masa : 6.30 pagi - 1.00 petang
Tenpat : Perkarangan Pusat Kegiatan KEMAS Kampung Jawi Jawi

👁️🦷😷💉💊🩹🩺🎨🖌️🖍️🎁🎊🎉🍱🫶

Antara aktiviti yang disediakan ialah :

✅Senamrobik (akan dipimpin oleh Juruterapi diimport khas dari HKB)
✅Saringan kesihatan
✅Saringan pergigian
✅Saringan Kanser Payudara
✅Ceramah kesihatan
✅Program menderma darah
✅Pemeriksaan mata
✅Pameran kesihatan mental
✅Pameran pemakanan sihat
✅Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak
✅Cabutan bertuah

JOM DATANG BERAMAI-RAMAI!!!🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥

31/05/2023

Sambutan Hari Tanpa Tembakau diadakan pada 31 Mei setiap tahun. Pada tahun 2023, tema sambutan adalah ‘Utamakan Makanan, Bukan Rokok’.

Penggunaan produk tembakau dan produk merokok yang lain boleh menyebabkan ketagihan dan memudaratkan kesihatan bukan sahaja perokok tapi orang di sekeliling mereka.

Oleh itu, KKM menyeru supaya perokok tanamkan azam untuk berhenti merokok dan dapatkan bantuan daripada fasiliti kesihatan terdekat. Untuk mereka yang tidak merokok, kekalkan amalan tidak merokok untuk mencapai sasaran generasi bebas tanpa sebarang bentuk amalan merokok.

17/05/2023

Address

Klinik Kesihatan Jawi Jawi
Kota Belud
89158

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Jawi Jawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram