27/11/2021
Sebab Kenapa Gigi Anda Terlalu Kuning😱🤔
🌻 Usia
Gigi anda juga boleh mula menguning sebagai sebahagian daripada proses penuaan. Ia berlaku apabila lapisan putih pelindung gigi yang kuat yang dikenali sebagai enamel lama-kelamaan berkurangan akibat haus dengan penggunaan gigi.
🌻Merokok
Produk tembakau daripada rokok dan paip tembakau, mengotorkan gigi. Gigi anda lama-kelamaan akan menjadi gelap jika anda mengambil produk-produk ini.
🌻Tidak Menjaga Kebersihan Mulut dan Gigi
Apabila anda tidak memberus, memflos atau berkumur secara rutin untuk menghapuskan pembinaan plak dan tartar, ia boleh mempercepatkan perubahan warna gigi anda.
🌻Pengambilan Ubat-ubatan
Ubat-ubatan tertentu seperti antibiotik doksisiklin dan tetrasiklin boleh menggelapkan gigi kanak-kanak yang berumur kurang 8 tahun. Sesetengah antihistamin, ubat untuk tekanan darah tinggi dan ubat antipsikotik juga boleh merubah warna gigi orang dewasa. Minta nasihat doktor anda tentang kemungkinan kesan sampingan ubat-ubatan yang anda sedang atau akan ambil.
🌻Penyakit
Punca kurang lazim perubahan warna gigi adalah penyakit yang menjejaskan enamel, atau rawatan penyakit tertentu, seperti kemoterapi dan/atau radiasi yang digunakan untuk merawat kanser. Dalam kes sebegini, perubahan warna adalah lebih kepada kecoklat-coklatan.
🌻Genetik
Boleh jadi anda mewarisi enamel yang lebih kuning berbanding orang lain yang gennya berbeza.
Jika anda perasan gigi anda lebih kuning daripada yang anda inginkan, anda boleh membetulkannya menggunakan jalur pemutih, ubat gigi atau cecair kumur.