25/10/2025
Khurafat & Syirik
Masih ada yang percaya kononnya:
🦷 Gigi harimau sebagai pendinding
🪓 Kuku harimau sebagai penggerun
🐾 Kulit harimau untuk kebal
🦷 Taring harimau sebagai pelindung kuasa & penunduk
Semua ini adalah khurafat dan syirik.
Akibat mempercayainya, ramai jadi:
⚡ Panas baran
⚡ Cepat mengamuk
⚡ S**a cari gaduh
⚡ Hidup tidak tenang, malah ada yang jadi gila
Hakikatnya bukan benda itu yang jaga kita, tetapi jin yang menipu manusia supaya jauh daripada Allah SWT.
📖 Firman Allah SWT:
"Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia; dan jika Allah menghendaki kebaikan bagimu, maka tidak ada yang dapat menolak kurnia-Nya."
(Surah Yunus ayat 107)
🕌 Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menggantungkan tamimah (azimat), maka dia telah melakukan syirik."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad & Hakim)
Ingatlah! Pelindung sebenar hanyalah dengan Al-Quran, doa, zikir & tawakkal kepada Allah SWT.
Bukan dengan gigi, kuku, kulit atau taring binatang.
Jangan gadaikan akidah hanya kerana nak nampak hebat atau kebal di mata manusia.
Kebal dunia tidak membawa ke mana… bila mati, kita tetap kembali kepada Allah.