Botani Kaussar

Botani Kaussar Solusi Semulajadi Gastrik, Gerd & Anxiety (GGA)

4 JENIS ANXIETY YANG PALING KERAP BERLAKURamai orang ingat anxiety ni satu je bentuk dia.Hakikatnya, anxiety datang deng...
28/01/2026

4 JENIS ANXIETY YANG PALING KERAP BERLAKU

Ramai orang ingat anxiety ni satu je bentuk dia.
Hakikatnya, anxiety datang dengan cara yang berbeza untuk setiap orang.

Ada yang risau hampir setiap hari tentang macam-macam perkara.
Ada yang takut bila kena berdepan dengan orang ramai.
Ada yang tiba-tiba kena serangan panik sampai rasa macam nak pengsan.
Ada juga yang ada ketakutan melampau pada benda tertentu.

Bila kita faham jenis anxiety yang kita alami, barulah kita tahu langkah apa yang sesuai untuk bantu diri sendiri.

Tak perlu lagi pendam dan paksa diri “jadi kuat” seorang diri.
Faham adalah langkah pertama untuk sembuh 💙

Pernah tak… badan dah baring atas katil, tapi otak masih “berlari”?Lagi cuba pejam mata, lagi banyak benda muncul dalam ...
28/01/2026

Pernah tak… badan dah baring atas katil, tapi otak masih “berlari”?

Lagi cuba pejam mata, lagi banyak benda muncul dalam kepala.
Tiba-tiba teringat masalah lama.
Fikir benda yang belum jadi.
Rasa resah tanpa sebab yang jelas.

Inilah yang ramai orang tak sedar — anxiety bukan kacau waktu siang je, tapi curi rehat kita waktu malam.

Sebab tu ada orang:
Bangun tidur masih rasa letih
Kerap terjaga tengah malam
Takut nak tidur sebab tahu akan susah tidur

Bukan awak tak pandai urus masa.
Cuma sistem saraf awak tak sempat rasa selamat untuk betul-betul berehat.

Dan itu sesuatu yang boleh difahami… dan boleh dibantu untuk atasi.

Kadang-kadang kita ingat kita cuma penat.Kita fikir kita cuma “jenis overthinking”.Kita anggap rasa tak sedap hati tu pe...
28/01/2026

Kadang-kadang kita ingat kita cuma penat.
Kita fikir kita cuma “jenis overthinking”.
Kita anggap rasa tak sedap hati tu perkara biasa.

Tapi sebenarnya… itu mungkin tanda anxiety yang datang secara perlahan, senyap, tanpa kita sedar.

Selalu fikir benda kecil sampai susah nak tenang.
Badan letih walaupun tak buat kerja berat.
Jantung berdebar bila fikir hal yang orang lain nampak biasa.

Bukan sebab kita lemah.
Bukan sebab kita manja.
Tapi sebab minda kita penat menanggung tekanan yang tak nampak dari luar.

Kalau awak selalu rasa macam ni, mungkin dah sampai masa untuk lebih jaga kesihatan emosi sendiri 🤍

Nak relax & tenangkan diri walaupun anxiety menyerang? Cuba tips ni…Social Anxiety → fokus pada interaksi sosialGeneral ...
27/01/2026

Nak relax & tenangkan diri walaupun anxiety menyerang? Cuba tips ni…

Social Anxiety → fokus pada interaksi sosial
General Anxiety → fokus pada pelbagai aspek hidup

Dengan tips ni, insyaAllah awak boleh mula urus anxiety step by step:
Persiapkan mental, belajar relaks, jangan fokus pada negatif, buat rutin yang konsisten. 💪

Ingat, progress lebih penting daripada kesempurnaan! ✨

BEZA SOCIAL & GENERAL ANXIETYRamai orang guna perkataan anxiety…tapi tak semua anxiety adalah benda yang sama.Ada yang c...
27/01/2026

BEZA SOCIAL & GENERAL ANXIETY

Ramai orang guna perkataan anxiety…
tapi tak semua anxiety adalah benda yang sama.

Ada yang cemas bila berdepan orang
Ada p**a yang cemas hampir setiap masa walaupun tiada sebab jelas.

Bila kita faham jenis anxiety yang kita alami,
baru senang nak cari cara urus yang betul 💛

Awak rasa awak lebih kepada yang mana satu?






Kenapa hati rasa tak tenang walaupun hidup nampak okay?
27/01/2026

Kenapa hati rasa tak tenang walaupun hidup nampak okay?

Aku tahu benda tu tak bahaya… tapi aku tetap takut!Kalau awak pernah rasa takut yang terlampau kuat terhadap sesuatu ben...
31/10/2025

Aku tahu benda tu tak bahaya… tapi aku tetap takut!

Kalau awak pernah rasa takut yang terlampau kuat terhadap sesuatu benda walaupun nampak remeh bagi orang lain, itu adalah tanda FOBIA.

Fobia bukan sekadar takut biasa.
Ia adalah ketakutan melampau yang boleh buatkan seseorang:
💥 berpeluh, berdebar, atau rasa nak lari bila berdepan dengan ‘punca takut’ tu
💥 elak situasi tertentu sampai ganggu rutin hidup
💥 rasa malu sebab orang lain tak faham ketakutan tu

Antara jenis fobia yang biasa:
• Fobia sosial (takut berinteraksi dengan orang)
• Agorafobia (takut tempat ramai orang)
• Fobia spesifik (takut serangga, ketinggian, darah, dan sebagainya)

Dan yang ramai tak tahu fobia boleh dirawat.
Dengan terapi dan teknik kawalan emosi, ramai yang berjaya hidup normal balik tanpa rasa cemas setiap kali berdepan ketakutan tu. 🌿

Kalau awak perasan diri selalu elak benda atau tempat sebab ketakutan yang melampau, jangan biarkan fobia tu kawal hidup awak.

AKU TAKUTLAH ORANG TENGOK AKU!!!!“Aku tak tahu nak cakap apa bila ada depan orang ramai”Kalau awak pernah rasa macam ni ...
30/10/2025

AKU TAKUTLAH ORANG TENGOK AKU!!!!

“Aku tak tahu nak cakap apa bila ada depan orang ramai”

Kalau awak pernah rasa macam ni itu bukan sekadar malu biasa.
Itu tanda Social Anxiety Disorder (Gangguan Keresahan Sosial).

Orang yang ada social anxiety bukan tak s**a pada orang,
tapi mereka takut dinilai, takut dipandang serong, takut nampak bodoh di depan orang lain.

Simptom yang biasa berlaku:
• Takut bersosial atau berinteraksi
• Rasa cemas bila ramai orang tengok
• Sukar buat perkara atau suatu kerja depan orang (presentasi, makan, bercakap)

Dan bila dibiarkan, ia boleh buat seseorang mengasingkan diri, susah kerja dalam kump**an, dan hilang keyakinan diri sepenuhnya.

Berita baiknya — social anxiety boleh dirawat.
Rawatan seperti terapi, ubat, dan perubahan gaya hidup mampu bantu kawal keresahan tu secara perlahan-lahan. 🌿

Kalau awak rasa situasi ni kena dengan diri awak,
➡️ jangan berdiam diri dan biarkan diri awak terus tenggelam dalam ketakutan.

Buka langkah kecil hari ni sebab healing bermula bila awak berani hadap semua ketakutan tu. 💪

Awak pernah tak rasa dada berdebar, nafas pendek, dan rasa macam nak mati?Ramai orang ingat itu serangan jantung.Tapi se...
29/10/2025

Awak pernah tak rasa dada berdebar, nafas pendek, dan rasa macam nak mati?

Ramai orang ingat itu serangan jantung.
Tapi sebenarnya… ia serangan panik (panic attack) salah satu tanda Panik Disorder.

Serangan ni datang tiba-tiba, tanpa sebab jelas.
Tengah duduk diam pun boleh tiba-tiba rasa :
💥 jantung berdegup laju
💥 dada ketat & sesak
💥 kepala berpusing
💥 rasa nak pitam atau hilang kawalan

Dan bila ia berlaku berulang kali, awak akan mula takut situasi tu datang balik.

Sampai nak keluar rumah pun rasa seram, takut, risau dsbnya

Tapi hakikatnya masalah Panik Disorder ni boleh dirawat.
Dengan terapi, ubat, dan perubahan gaya hidup, ramai dah yg kembali tenang & bebas dari ketakutan yang menghantui setiap hari.

Kalau awak selalu alami simptom ni, tolong jangan duk diam diam tanpa buat apa apa ikhtiar.

Cari bantuan daripada awal.

Pernah tak rasa risau tak tentu arah walaupun waktu tu semua nampak okay je?Setiap hari, minda dan fikiran awak macam ta...
28/10/2025

Pernah tak rasa risau tak tentu arah walaupun waktu tu semua nampak okay je?

Setiap hari, minda dan fikiran awak macam tak berhenti bekerja. Asyik duk fikir je memanjang.

Kadang kadang tu kan duk fikir tentang benda kecil pun boleh buatkan jantung awak jadi laju.

Sampai satu tahap tu awak sendiri tak tahu apa sebenarnya yang awak takutkan atau risaukan.

Itulah antara tanda Gelisah Berulang (Generalized Anxiety Disorder).
Dia bukan sekadar “overthinking” biasa tapi gangguan yang boleh buatkan otak dan tubuh awak sentiasa dalam mod berjaga-jaga.

Simptom yang selalu orang terlepas pandang:
• Rasa risau berlebihan tanpa sebab jelas
• Susah nak fokus
• Rasa gelisah atau tegang setiap masa
• Mudah marah walaupun perkara remeh

Masalah ni tak semestinya awak kena tanggung sorang-sorang.
Rawatan seperti psikoterapi, ubat, dan perubahan gaya hidup boleh bantu stabilkan semula sistem saraf awak yang dah lama “penat”.

Kalau awak rasa semua ni jadi dekat awak.
➡️ ambil langkah pertama — kenal pasti puncanya.
Kesedaran adalah permulaan untuk awak kembali pulih. 🌱

Feedback daripada pesakit kanser payudara.Sebelum ni pernah buat kimo dan makan ubat hormon untuk kanser selama 4 tahun....
13/10/2025

Feedback daripada pesakit kanser payudara.

Sebelum ni pernah buat kimo dan makan ubat hormon untuk kanser selama 4 tahun.

Sebabkan ada kesan sampingan drp kimo dan ubat hormon, Beliau cuba ikhtiar guna kaussar.

Alhamdulillah 2 minggu consume kaussar ada perubahan yang sangat positif.

MACAM MANA DIET SEIMBANG BOLEH TURUNKAN RISIKO ANXIETYRamai orang sangka kalau nak kawal anxiety,kena fokus pada mindset...
13/10/2025

MACAM MANA DIET SEIMBANG BOLEH TURUNKAN RISIKO ANXIETY

Ramai orang sangka kalau nak kawal anxiety,
kena fokus pada mindset je seperti teknik meditasi, terapi, affirmations.

Tapi ramai tak tahu… apa yang kita makan pun mainkan peranan besar juga.

Bila kita makan makanan yang tak seimbang, sebagai contoh terlalu banyak gula, kafein, makanan proses. Badan mula alami keradangan dalaman (inflammation) yang boleh menganggu sistem saraf.

Dan bila sistem saraf terganggu, hormon stres naik, mood jadi tak stabil,
akhirnya rasa cemas & resah datang tanpa sebab.

Sebaliknya, bila kita mula amalkan diet seimbang, badan akan mula jadi stabil sebab dapat “bahan bakar” yang betul:

✅ Omega-3 dari ikan bantu tenangkan otak
✅ Probiotik bantu seimbangkan usus & hormon
✅ Buah & sayur kaya antioksidan lawan stres dalaman
✅ Air cukup bantu kawal kortisol (hormon stres)

Bila badan sihat, otak pun lebih tenang.
Sebab itu orang yang jaga pemakanan bukan saja nampak cergas, tapi juga lebih emotionally steady dan susah nak trigger anxiety.

Address

Pasir Tumboh
Kota Bharu
15400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+601123797459

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Botani Kaussar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Botani Kaussar:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram