Wellness Hub Kelantan

Wellness Hub Kelantan Ia merupakan satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia.

PENGENALAN

Program I Fit and Eat Right (IFitEr) adalah penjenamaan baharu bagi program intervensi pengurusan berat badan di Pusat Promosi Kesihatan Komuniti (PPKK) dan setting komuniti.

Lawatan Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan ke Kelantan bagi penilaian keberhasilan Program Wellness Hub dan sesi rak...
12/04/2026

Lawatan Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan ke Kelantan bagi penilaian keberhasilan Program Wellness Hub dan sesi rakan strategik pengukuhan kerjasama bersama rakan strategik Wellness Hub Kelantan

๐Ÿ“… 7 April 2026
โฐ 10.00 pagi
๐Ÿ“Wellness Hub Kelantan

Wellness Hub Kelantan telah menerima lawatan rasmi daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan bagi tujuan menilai keberhasilan pelaksanaan Program Wellness Hub di negeri ini.

Lawatan ini turut diisi dengan sesi bersama rakan strategik sebagai platform memperkukuh kerjasama, berkongsi pandangan serta merancang inisiatif kesihatan yang lebih efektif dan berimpak kepada komuniti.

Komitmen berterusan daripada semua pihak amat penting dalam memastikan usaha promosi kesihatan dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan mampan demi kesejahteraan rakyat.

Terima kasih diucapkan kepada semua rakan strategik atas sokongan dan kerjasama yang berterusan dalam menjayakan agenda kesihatan awam di Kelantan.

Sihat Itu Saya, Pilihan Kita! ๐Ÿซต๐ŸปSatu program โ€œSihat Itu Saya: Inisiatif Penjawat Awam Sihat Sejahtera (I-PASS)โ€ telah be...
09/04/2026

Sihat Itu Saya, Pilihan Kita! ๐Ÿซต๐Ÿป

Satu program โ€œSihat Itu Saya: Inisiatif Penjawat Awam Sihat Sejahtera (I-PASS)โ€ telah berlangsung di Wisma Persekutuan, Kota Bharu.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Fun Walk๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธ๐Ÿšถโ€โ™€๏ธ yang berjaya menghimpunkan penjawat awam dalam suasana penuh semangat dan ceria.

Aktiviti seperti ini bukan sahaja membantu meningkatkan kecergasan fizikal, malah turut memberi kesan positif kepada kesihatan mental seperti mengurangkan stres, meningkatkan mood, dan mengeratkan hubungan sosial sesama rakan sekerja.

Usaha ini merupakan langkah penting dalam memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam, selaras dengan hasrat untuk melahirkan masyarakat yang lebih aktif, produktif dan sejahtera.

Jom kita kekalkan gaya hidup sihat! ๐Ÿ’ช




Sentiasa pantau kalori masing-masing ye semasa musim perayaan๐Ÿ˜„
24/03/2026

Sentiasa pantau kalori masing-masing ye semasa musim perayaan๐Ÿ˜„

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin ikhlas daripada seluruh warga Cawangan Pendidikan Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan โœจ



12/03/2026

Jom Kenali Wellness Hub: Pusat Kesejahteraan Anda! ๐ŸŒฟ

Adakah anda tahu mengenai perkhidmatan yang ditawarkan di Wellness Hub? Jangan lepaskan peluang untuk mendalami topik ini bersama pakar dalam slot "Sembang Sihat" esok!

๐Ÿ—“ Tarikh: 12 Mac 2026 (Khamis)
๐Ÿ•’ Masa: 12.30 Tengah Hari
๐Ÿ“ป Saluran: Kelantan FM
๐ŸŽ™ Tetamu Jemputan: En. Che Hazri Bin Che Maail (Pegawai Pendidikan Kesihatan, JKN Kelantan)

Kesihatan bukan sekadar tiada penyakit, tapi kesejahteraan yang menyeluruh. Jom dengar!


Alternatif di bulan puasa..Jom kurangkan pengambilan gula..
11/03/2026

Alternatif di bulan puasa..Jom kurangkan pengambilan gula..

[LENSA WELLNESS HUB KELANTAN 2026] ๐Ÿ“† Tarikh: 5 Mac 2026 (Khamis)๐Ÿ“Tempat: Wellness Hub Kelantan๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ Aktiviti: Senaman ka...
09/03/2026

[LENSA WELLNESS HUB KELANTAN 2026]

๐Ÿ“† Tarikh: 5 Mac 2026 (Khamis)
๐Ÿ“Tempat: Wellness Hub Kelantan
๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ Aktiviti: Senaman kardio ringan dan analisis komposisi badan

Wellness Hub Kelantan berbesar hati menerima kunjungan daripada warga Klinik Pergigian Machang (kumpulan kedua). Para peserta turut didedahkan dengan aktiviti kardio ringan yang dikendalikan oleh jurulatih sebagai usaha menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat. Selain itu, para peserta turut menjalani aktiviti analisis komposisi badan InBody masing-masing sebagai langkah awal ke arah penjagaan kesihatan yang lebih baik.




๐‘ฑ๐‘ถ๐‘ด ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ฎ๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ๐‘ท๐‘จ๐‘ซ๐‘จ ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ด๐‘ฐ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ“ข IKLAN JAWATAN KOSONG (MySTEP)Cawangan Pendidikan Kesihatan Negeri KelantanJabatan K...
07/01/2026

๐‘ฑ๐‘ถ๐‘ด ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ฎ๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ๐‘ท๐‘จ๐‘ซ๐‘จ ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ด๐‘ฐ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

๐Ÿ“ข IKLAN JAWATAN KOSONG (MySTEP)
Cawangan Pendidikan Kesihatan Negeri Kelantan

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

๐Ÿ”น Jurulatih Kecergasan (3 kekosongan)
๐Ÿ”น Pereka Seni Grafik (1 kekosongan)

๐Ÿ“ Permohonan adalah melalui MyFutureJobs sahaja

๐Ÿ“ฒ Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut dan permohonan.

๐Ÿ’ผ Kadar upah: RM2,300 sebulan

๐ŸŽฏ Manfaat: KWSP, PERKESO, cuti tahunan & cuti sakit

๐Ÿ“… Tarikh tutup permohonan: 12 Januari 2026

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan: 09-7742099

๐Ÿ‘‰ Mohon sekarang dan sertai pasukan kami!

๐Ÿ“ข IKLAN JAWATAN KOSONG (MySTEP)
Cawangan Pendidikan Kesihatan Negeri Kelantan

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

๐Ÿ”น Jurulatih Kecergasan (3 kekosongan)
๐Ÿ”น Pereka Seni Grafik (1 kekosongan)

๐Ÿ“ Permohonan adalah melalui MyFutureJobs sahaja

๐Ÿ“ฒ Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut dan permohonan.

๐Ÿ’ผ Kadar upah: RM2,300 sebulan

๐ŸŽฏ Manfaat: KWSP, PERKESO, cuti tahunan & cuti sakit

๐Ÿ“… Tarikh tutup permohonan: 12 Januari 2026

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan: 09-7742099

๐Ÿ‘‰ Mohon sekarang dan sertai pasukan kami!

Mengenali Hepatitis AAPA ITU HEPATITIS A? JANGAN PANDANG REMEH! โš ๏ธHepatitis A adalah keradangan hati yang disebabkan ole...
03/12/2025

Mengenali Hepatitis A

APA ITU HEPATITIS A? JANGAN PANDANG REMEH! โš ๏ธ

Hepatitis A adalah keradangan hati yang disebabkan oleh virus Hepatitis A (HAV). Penting untuk kita kenali gejala-gejala awal agar dapatkan rawatan segera!

Tanda & Gejala: Kebiasaannya, simptom akan muncul antara hari ke-15 hingga ke-45 selepas dijangkiti. Perhatikan jika anda mengalami:

Jaundis (Penyakit Kuning)

Demam & Kelesuan

Kurang Selera Makan & Loya

Sakit Abdomen & Cirit-birit

Air Kencing Berwarna Teh

โš ๏ธ Komplikasi: Walaupun selalunya tidak serius, 10-15% individu boleh mengalami gejala berpanjangan sehingga 6 bulan. Kerosakan hati akut adalah risiko bagi individu berpenyakit hati kronik.

Jom kongsi info penting ini! Kekal peka, kekal sihat! ๐Ÿ’ช

*PERKHIDMATAN WELLNESS HUB*12 Ogos 2025Sesi intervensi Pengurusan Berat Badan IFitEr bersama Jabatan Bomba Dan Penyelama...
12/08/2025

*PERKHIDMATAN WELLNESS HUB*

12 Ogos 2025

Sesi intervensi Pengurusan Berat Badan IFitEr bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan di Wellness Hub Kelantan.

Sesi bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat pada minggu ini diteruskan lagi.Peserta didedahkan dengan senaman berintensiti tinggi (TABATA) oleh jurulatih. Walaubagaimanpun, dalam setiap aktiviti fizikal yang dilakukan 3 elemen penting tidak boleh dilupakan iaitu Pemanasan Badan (Warming up), Aktiviti utama(Main activity) dan akhir sekali di akhir sesi penyejukan badan (Cooling down)

PELUANG KERJAYA BERSAMA KAMI!!!Cawangan Pendidikan Kesihatan Negeri Kelantan mencari calon Personel MySTEP yang berkelay...
02/07/2025

PELUANG KERJAYA BERSAMA KAMI!!!

Cawangan Pendidikan Kesihatan Negeri Kelantan mencari calon
Personel MySTEP yang berkelayakan dalam bidang Sains Sukan/Sains Kejurulatihan dan berkaitan.

Calon boleh memohon seperti yang dilampirkan di dalam poster ini.



*PERKHIDMATAN WELLNESS HUB*24 Jun 2025Sesi intervensi Pengurusan Berat Badan IFitEr bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat...
25/06/2025

*PERKHIDMATAN WELLNESS HUB*

24 Jun 2025

Sesi intervensi Pengurusan Berat Badan IFitEr bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan di Wellness Hub Kelantan.

Sesi bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat pada minggu ini diteruskan lagi.Peserta didedahkan dengan senaman berintensiti rendah dan sederhana oleh jurulatih.Walaubagaimanpun, dalam setiap aktiviti fizikal yang dilakukan 3 elemen penting tidak boleh dilupakan iaitu Pemanasan Badan (Warming up), Aktiviti utama(Main activity) dan akhir sekali di akhir sesi penyejukan badan (Cooling down)

Address

Cawangan Pendidikan Kesihatan JKN
Kota Bharu
16100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wellness Hub Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Wellness Hub Kelantan:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram