INFO KEKAL SIHAT

INFO KEKAL SIHAT kearah kualiti hidup lebih baik dgn herba alami

06/01/2020

💐APA ITU SF TEA🌿
SF Tea adalah minuman kesihatan yang mampu mengawal gula dalam badan dan mampu menurunkan masalah berat badan anda yang sedang usaha untuk berdiet. Ia adalah teh semulajadi bagi pengurusan glukosa herba yang yang dirumus khas dengan sejarah dan bahan- bahan botani terbukti secara klinikal.

🌺APAKAH KELEBIHANNYA?
Mengelakkan pengambilan gula yang berlebihan
Mengurangkan jenis risiko yang diabetes
Mengawal setiap tahap glukosa darah
Mengawal berat badan
Mengurangkan risiko penyakit kronik

🍃KANDUNGAN TERBAIK SF TEA?
"BUKTI SAINTIFIK YANG BAIK"🍂

-Herba US National Library of Medicine (NLM) dan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) telah membuat kesimp**an :

❤TEH HIJAU
: Fungsi teh hijau akan blok EGCG tindakan enzim yang dipanggil alpha - amylase yang memecah karbohidrat kepada gula ringkas.

❤GYMNEMA SYLVESTRE
: Asid Gymnema mengisi lokasi reseptor pada selera dengan itu akan menghalang pengaktifan gula molekul di dalam makanan, sekali gus membendung keinginan / ketagihan gula dan mencegah penyerapan molekul gula oleh usus.

❤MULBERRY
: Menghalang metabolisma usus disaccharides ( terutamanya sukrosa, gula) dengan itu menghadkan jumlah glukosa yang memasuki peredaran.

❤ROOIBOS
: Aspalathin sebatian aktif akan merangsang pankreas beta sel-sel untuk merembeskan insulin untuk menukar gula kepada tenaga.

❤PEPPERMINT
: Menenangkan & menghindarkan stress

❤DAUN STEVIA
: Pemanis semulajadi yg tiada kalori. Mengawal gula dlm darah & meningkatkan fungsi pankreas

❤ MORINGGA OLEIFERA
: merupakan herba paling mujarab menurunkan kadar gula serta menigkatkan sistem imun dalam badan

💋KENAPA MESTI SAYA PILIH SF TEA?💋

🌀LANGSING manakala GULA TERKAWAL.
🌀TIADA kalori : Tidak ada masalah untuk diambil pada tempoh yang lama
🌀TIADA kandungan gula atau pemanis
🌀SEMULAJADI
🌀TIADA bahan kimia, pewarna, perasa dan pengawet
🌀TIADA kesan sampingan atau dadah

🚶🏻SIAPA YANG SEHARUSNYA MENGAMALKAN
SF TEA?👪

***PESAKIT DIABETES
***YANG SEDANG BERDIET DAN INGIN MENURUNKAN BERAT BADAN
***MEREKA YANG INGIN KEKAL SIHAT DAN LANGSING

KELEBIHAN VITAMIN C DALAM SELSEMASatu kajian yang menarik tentang kelebihan ,mengambil vitamin C suplemen untuk membantu...
29/11/2019

KELEBIHAN VITAMIN C DALAM SELSEMA

Satu kajian yang menarik tentang kelebihan ,mengambil vitamin C suplemen untuk membantu mengurangkan simptom selsema.

Kajian meta-analisis ini telah mencadangkan penambahan pengambilan suplemen vitamin C bagi seseorang yang telah mengambil suplemen vitamin C setiap hari apabila mula mendapat simptom selsema boleh membantu mempercepatkan pemulihan, mengurangkan simptom dan memendekkan tempoh selsema yang dihidapi.

Kajian meta-analisis ini membuat analisa ke atas 9 kajian rawak kawalan placebo (RCT) yang membuat penilaian kesan terapeutik dos vitamin C yang diambil apabila seseorang mula mendapat simptom selsema apabila hanya mengambil vitamin C sahaja atau dengan pengambilan tambahan suplemen daripada pengambilan regular vitamin C setiap hari.

Satu lagi kajian prospektif kawalan (prospective controlled study) telah dilaporkan dalam jurnal perubatan pada tahun 1999 menunjukkan pengambilan vitamin C dalam dos yang tinggi membantu mencegah selsema dan mengurangkan simptom selsema.

Kajian melibatkan seramai 463 peserta yang di bahagikan kepada dua kump**an. Kump**an pertama menerima ubat demam dan selsema seperti yang biasa di berikan oleh doktor. Manakala kump**an kedua yang mempunyai simptom selsema di berikan vitamin C dalam dos 1000mg x setiap jam selama 6 jam pada hari pertama dan 1000mg x 3 kali sehari untuk 2 hari seterusnya, manakala peserta yang tidak mempunyai simptom selsema di berikan vitamin 1000mg sebanyak 3x sehari.

Kesimp**an daripada kajian ini menunjukkan bahawa kump**an kedua yang mengambil vitamin C mengalami penurunan kejadian selsema dan pulih daripada selsema lebih cepat daripada kump**an kawalan yang mengambil ubat-ubat biasa.

Kedua-dua kajian jelas menunjukkan kelebihan mengambil vitamin C setiap hari dalam membantu mengurangkan penyakit selsema dan boleh membantu mengurangkan terjadinya selsema.

Kajian-kajian ini mempunyai kesimp**an yang sama seperti kajian awal oleh Prof Dr Linus Pauling, PhD pada tahun 70an. Iaitu suplemen vitamin C membantu dalam penyakit selsema.

Oleh itu kesimp**an umumnya, ambillah suplemen vitamin C dengan dos yang biasa setiap hari dan tambahlah dos vitamin C tersebut apabila kita mula dapat simptom awal selsema. Insyallah

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc(UCSI), MNM(ACNEM),FAGE

Rujukan:

1. Ran L, Zhao W, Wang J, Wang H, Zhao Y, Tseng Y, Bu H. Extra Dose of Vitamin C Based on a Daily Supplementation Shortens the Common Cold: A Meta-Analysis of 9 Randomized Controlled Trials. Biomed Res Int. 2018 Jul 5;2018: 1837634

2. Gorton HC, Jarvis K. The effectiveness of vitamin C in preventing and relieving the symptoms of virus-induced respiratory infections. J Manip**ative Physiol Ther. 1999 Oct;22(8):530-3.

Norman Norawi:LANGKAH MENCEGAH STROKStrok atau angina ahmar adalah penyakit yang amat biasa berlaku sekarang. Ianya berk...
28/11/2019

Norman Norawi:
LANGKAH MENCEGAH STROK

Strok atau angina ahmar adalah penyakit yang amat biasa berlaku sekarang. Ianya berkaitan dengan cara hidup tidak sihat yang diamalkan oleh masyarakat kita dalam zaman moden sekarang. Penyakit ini akan mengakibatkan masalah lumpuh sebelah badan atau lemah sebelah badan dengan masalah pertuturan serta muka menjadi senget. Ianya adalah kerana saluran darah pada bahagian otak menjadi ‘tersumbat’ atau juga kerana berlaku ‘pendarahan’ pada otak.

Seseorang yang mengalami penyakit ini akan mengalami kes**aran untuk meneruskan aktiviti seharian dan akan terlantar serta perlu dibantu untk aktiviti kehidupan yang asas seperti mandi, bergerak, makan, memakai pakaian dan sebagainya.
Berdasarkan satu kajian yang dibuat di Sweden yang dilaporkan dalam Journal Neurology pada tahun 2014, gaya hidup yang lebih sihat mampu menurunkan risiko mendapat strok. Kajian tersebut menunjukkan terdapat 5 faktor yang dikatakan sebagai gaya hidup sihat iaitu pemakanan sihat, tidak merokok, aktif secara fizikal, meninggalkan minum alkohol dan mengawal berat badan.

Kajian menunjukkan seseorang yang mengamalkan gaya hidup sihat ini mempunyai kadar risiko yang lebih rendah mendapat penyakit strok sehingga 54% berbanding seseorang yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Kajian tersebut dibuat selama 10 tahun yang melibatkan 31696 orang peserta berumur purata 60 tahun. Berdasarkan kajian ini maka kita disarankan mengamalkan gaya hidup sihat kerana kajian ini menunjukkan risiko mendapat strok menurun dengan setiap pertambahan kaedah gaya hidup sihat. Bagi pesakit yang telah mengalami masalah strok, dengan mengubah cara kepada mengamalkan gaya hidup sihat juga akan mendapat faedah mengurangkan impak dan meningkat peratusan pemulihan kepada yang lebih baik.

Terdapat beberapa langkah yang boleh kita amalkan untuk mencegah penyakit ini dan mengurangkan risiko mendapat penyakit ini berdasarkan saranan daripada laporan yang dikeluarkan dalam Journal of American Medical Association (JAMA) pada tahun 1999.

1. Mengawal tekanan darah tinggi.

Penyakit darah tinggi adalah faktor risiko utama untuk mendapat penyakit strok ini. Kita perlu selalu memeriksa tekanan darah dan memastikan ianya tidak tinggi dan terkawal. Bagi pesakit darah tinggi p**a, anda perlu mendapat rawatan dan mematuhi arahan doktor dengan mengambil ubat yang dipreskripsi oleh doktor secara tetap. Kawal tekanan darah dengan pemakanan sihat tinggi sayuran dan buahan serta kawal agar jangan mengambil garam berlebihan.

2. Berhenti merokok

Merokok adalah faktor risiko yang tinggi yang boleh menyebabkan penyakit strok ini. Merokok merosakkan dinding saluran darah dan menyebabkan berlakunya penyumbatan saluran darah oleh plak kolesterol yang mendap pada dinding saluran darah di otak. Merokok juga menyebabkan tekanan darah tinggi dan saluran darah lebih mudah menjadi sempit.

3. Mengawal paras kolesterol dan keradangan

Paras kolesterol yang terlalu tinggi dengan kadar keradangan yang tinggi akan menyebabkan saluran darah tersumbat akibat mendapan kolesterol pada dinding saluran darah. Kolesterol yang tinggi juga menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan lebih mudah tersumbat akibat darah beku yang akan menyebabkan penyakit strok. Kurangkan mengambil makanan yang menyebabkan paras kolesterol dan keradangan menjadi tinggi seperti GULA , makanan proses, asid lemak trans (merjerin, krimer) dan sebagainya

4. Mengawal paras glukosa darah

Meninggalkan tabiat s**a mengambil gula secara berlebihan akan menurunkan risiko mendapat strok. Pesakit diabetis didapati mempunyai risiko mendapat strok lebih tinggi berbanding orang lain. Pesakit diabetis perlu mengawal paras gula dengan baik dengan mengikut arahan doktor dan mengambil ubat dengan betul disamping mengawal glukosa darah dengan pemakanan sihat yang tinggi serat, sayur-sayuran,buah-buahan dsbgnya

5. Bersenam atau aktif secara fizikal

Seseorang yang tidak aktif secara fizikal berisiko mendapat masalah obesiti. Bagi seseorang yang mempunyai masalah obesiti ia mempunyai risiko mendapat penyakit strok yang lebih tinggi.

Bersenam akan melancarkan perjalanan darah dan mengawal berat badan dengan lebih baik disamping itu bersenam juga akan menurunkan risiko mendapat penyakit strok secara terus. Bagi pesakit strok, senaman secara fisioterapi adalah amat penting untuk mengelakkan anggota menjadi keras dan kaku. Kajian juga menunjukkan senaman membantu mempercepatkan pemulihan pesakit strok secara umumnya.

6. Makan dengan lebih sihat

Kajian mendapati seseorang yang mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan seharian mereka akan menurunkan risiko mendapat penyakit strok. Ia juga benar untuk pesakit yang telah diserang dengan penyakit ini. Makan lebih banyak ikan juga membantu menurunkan risiko penyakit strok kerana ikan mempunyai kandungan omega 3 yang tinggi. Pesakit strok juga didapati boleh pulih dengan lebih baik jika makan ikan secara tetap atau mengamalkan suplemen omega 3. Mengambil suplemen vitamin dan mineral juga boleh membantu mempercepatkan pemulihan pesakit strok. Mengamalkan minyak sihat seperti minyak zaitun, minyak ikan, minyak kelapa dan minyak kelapa sawit merah juga boleh membantu mengurangkan risiko strok.

7. Tidak meminum alkohol

Minuman beralkohol sememangnya diharamkan dalam Islam. Banyak kajian menunjukkan pengambilan alkohol akan menyebabkan penyakit strok dan pelbagai penyakit kronik yang lain. Dengan meninggalkan tabiat minum arak akan mengurangkan risiko mendapat penakit strok.

8. Degupan jantung yang betul

Degupan jantung yang tidak normal seperti masalah Atrial Fibrillation boleh menyebabkan masalah darah beku dalam jantung yang boleh menyebabkan penyumbatan saluran darah dalam otak yang menjadi punca kepada penyakit strok. Pesakit perlu mendapat rawatan yang tepat dengan doktor.

Dengan menjaga kesihatan secara keseluruhan maka kita akan menurunkan risiko mendapat serangan angin ahmar. Disamping itu juga ia akan mencegah dan menurunkan risiko mendapat penyakit –penyakit lain seperti diabetis, darah tinggi, kanser dan sakit jantung, Insyaallah.

Oleh:
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc(UCSI), FAGE

Norman Norawi:PEMAKANAN & RAWATAN UNTUK LEAKY GUT SYNDROME (LGS)Masalah Leaky Gut Syndrome (LGS) atau sindrom kebocoran ...
23/11/2019

Norman Norawi:
PEMAKANAN & RAWATAN UNTUK LEAKY GUT SYNDROME (LGS)

Masalah Leaky Gut Syndrome (LGS) atau sindrom kebocoran usus ini semakin hari semakin ramai yang menderitainya tanpa di sedari. Mungkin kita menyangka masalah LGS ini hanya melibatkan usus sahaja, tetapi kajian menunjukkan ianya berkaitan dengan pelbagai masalah kesihatan yang lain.
Kajian menunjukkan LGS berkaitan dengan masalah alahan makanan, masalah alahan kulit dan ekzema, masalah thyroid, penyakit autoimmun, sakit sendi, rasa lesu yang kronik dan gangguan metabolisma.
Dalam artikel ini kita akan membincangkan bagaimana mengatasi masalah LGS dan bagaimana secara tidak lansung kita boleh mengurangkan kesan-kesannya kepada kesihatan umum kita.

BAGAIMANA ANDA TAHU ANDA MEMPUNYAI MASALAH SINDROM KETIRISAN USUS (LGS)?

Salah satu tanda utama masalah LGS ini anda mempunyai sensitiviti atau alahan kepada pelbagai makanan. Ia berlaku kerana partikel-partikel protin dan lemak terhadam ter’bocor’ di celah-celah sel-sel di dinding usus anda dan masuk ke saluran darah yang menyebabkan reaksi alahan ini. Oleh itu dicadangkan anda membuat ujian darah untuk menguji masalah LGS ini di klinik-klinik yang tertentu.

Alahan kepada makanan ini bukanlah semata-mata anda akan mendapat ruam, gatal dan bengkak pada kulit anda. Selalunya simptom yang lebih biasa adalah seperti:

• Angin/kembong (bloated)
• Sakit perut jika tersalah makan (food sensivities)
• Masalah thyroid (hyper atau hypothyroid)
• Lesu (fatigue) & kurang tenaga
• Sakit-sakit sendi (tanpa sebab yang nyata)
• Sakit dan sengal urat (tanpa sebab yang nyata)
• Sakit kepala atau migrain
• Masalah kulit – ekzema, jerawat dan rosacea
(kulit menjadi bengkak & kemerahan)
• Masalah penghadaman
• Masalah berat badan dan sangat susah menurunkan berat walaupun bersenam dan berdiet.

Simptom awal ini akan melarat dan menjadi lebih teruk jika tidak di rawat dengan betul, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih teruk seperti:

• Inflammatory Bowel Disease (IBD) – Penyakit Crohn’s, Coeliac
• Irritable Bowel Syndrome (IBS)
• Sakit radang sendi (arthritis)
• Ekzema
• Psoriasis
• Depressi (Kemurungan)
• Anxiety (Kerisauan)
• Migrain
• Sakit Otot (Myalgia)
• Lesu Kronik (Chronic Fatigue)

Dalam kajian yang dilaporkan dalam jurnal perubatan iaitu Journal of Diabetes (Vaarala, 2008), terdapat bukti yang kuat yang menunjukkan bahawa LGS ini adalah punca kepada masalah penyakit autoimmun termasuklah masalah diabetes jenis 1.

Lagi satu masalah dengan LGS adalah masalah gangguan penyerapan nutrisi (malabsorption) untuk zat-zat pemakanan penting seperti vitamin (vitamin B12) dan minerals (zinc, zat besi) yang akan menyebabkan gangguan kepada metabolisma sels-sel tubuh kita.

PUNCA KEPADA MASALAH LGS

Lectin adalah bahan protin yang boleh menyebabkan masalah keradangan dalam usus dan mencetuskan masalah LGS. Lectin didapati dalam makanan yang kita makan dengan kandungan yang rendah dan bukan hanya dalam bijirin biasa yang kita makan. Masalah lectin ini adalah kandungan yang tinggi dalam makanan bijirin seperti gandum, beras, spelt dan soya. Dengan proses penapaian dan mencambahkan (sprouting) ia akan mengurangkan kandungan lectin dan phytate didalam bijirin ini. Bijirin yang di olah genetiknya iaitu GMO dan bijirin hybrid mempunyai kandungan lectin yang tinggi untuk ia tahan serangga perosak.

Bijirin yang tinggi kandungan gluten juga menyebabkan masalah LGS ini kerana ia merosakkan protin ikatan ketat (tight junction) pada sel-sel di dinding usus. Jika usus anda telah pulih, makan bijirin sekali-sekala tidak akan menyebabkan apa-apa masalah.

Susu lembu yang biasa adalah diantara makanan yang menyebabkan masalah LGS ini kerana terdapat komponen dalam usus iaitu protin A1 kasein. Proses mempasteur susu akan merosakkan enzim yang penting menjadikan laktosa dalam susu susah di hadamkan. Oleh kerana itu susu yang lebih sihat diambil adalah susu lembu A2 (organik), susu kambing, susu biri-biri dan susu kerbau.

Gula adalah satu bahan yang juga menyebabkan masalah kepada kesihatan usus kita. Gula membekalkan makanan kepad

a kulat usus (yis & kandida) dan bakteria jahat dalam usus yang akan menyebabkan masalah LGS dan merosakkan usus. Bakteria jahat dalam usus akan menghasilkan banyak bahan toksin yang dipanggil ‘eksotoksin’ yang merosakkan sel-sel sihat pada dinding usus dan menyebabkan LGS.

4 LANGKAH MEMULIHKAN MASALAH LGS

Kita boleh memulihkan secara beransur-ansur masalah LGS ini dengan pemakanan dan suplemen tertentu.
4 langkah yang boleh kita lakukan adalah:

1. REMOVED -Pantang/ Elakkan makanan dan faktor yang merosakkan usus
2. REPLACED - Ganti/ Tukar dengan makanan yang memulihkan usus
3. REPAIR – memulihkan usus dengan suplemen yang tertentu
4. REBALANCE – menyeimbangkan bakteria baik (probiotik) dalam usus

1. Pantang & Elakkan Makanan dan Faktor yang merosakkan usus

Adalah sangat penting untuk kita membuang bahan allergen dan makanan yang menyebabkan keradangan dalam pemakanan seharian. Elakkan gula pasir, tepung gandum, lemak trans (marjerin & krimer), bahan penambah makanan sintetik dan produk susu konvensional. Elakkan pendedahan kepada bahan toksin yang boleh merosakkan usus seperti air paip tanpa bertapis, racun serangga, racun rumpai, ubat NSAIDS dan ubat antibiotik (jika tiada keperluan).

2. Ganti / Tukarkan dengan Makanan yang memulihkan usus

Beberapa makanan perlu kita ambil dan gantikan dengan makanan yang telah kita cuba pantang. Makanan-makanan ini penting untuk membantu memulihkan usus dan sel-sel di dinding usus (epithelial).

Senarai makanan yang boleh kita ambil adalah:

• Sup Tulang (Bone Broth) – ia mengandungi kolagen dan asid amino proline & glycine yang akan membantu memulihkan sel-sel usus yang rosak.
• Produk Tenusu asli/organik – seperti dadih (yogurt), kefir, mentega, keju dsbgnya kerana ia mengandungi kuman baik probiotik dan asid lemak rantaian pendek (SCFA) yang membantu memulihkan usus.

• Sayuran atau makanan yang di peram/tapai – seperti kimchi, saurkraut dan kvass, kerana ia mengandungi bahan asid organik yang menyeimbangkan pH dalam usus dan membekalkan probiotik yang penting untuk kesihatan usus. Di Malaysia produk yang diperam adalah seperti tempe, budu, belacan, cencalok, tempoyak dsbgnya.

• Produk Kelapa – semua produk berasaskan kelapa adalah sangat baik untuk usus seperti santan dan minyak kelapa dara. Ia mengandungi asid lemak rantaian sederhana (MCFA) yang mudah dihadamkan oleh usus dan membantu membunuh kulat dan yis dalam usus.

• Bijirin Bercambah (Sprouted Seeds) – seperti chia seed, flaxseed dan h**p seed yang telah bercambah. Ia adalah sumber serat yang sangat baik yang bertindak sebagai prebiotik iaitu makanan untuk kuman baik probiotik. Sumber serat yang baik juga daripada sayuran dan buah-buahan serta bahan seperi gam arab (Al Manna) yang boleh juga kita amalkan selalu.

• Lemak Sihat – pengambilan minyak sihat seperti minyak zaitun, minyak kelapa dara, minyak ikan, habbatussauda, minyak sapi, telur, avocado membantu pemulihan usus. Minyak ikan yang kaya dengan Omega 3 juga perlu kita amalkan kerana sifat anti keradangannya penting untuk mengawal keradangan usus dan memulihkan sel-sel usus.

• Buah-buahan – mengambil sekurang-kurangkan 2 hidangan buah-buahan setiap hari adalah sangat penting untuk pemulihan usus. Ambil buah-buahan semasa perut kosong dan jadikan hidangan wajib setiap hari. Walaubagaimanapun, berpada-pada dengan jumlah buah-buahan yang kita ambil supaya tidak melampau dan tidak membuat jus dengannya kerana jus yang di buang serat adalah sangat tinggi gula.

3. Pulihkan Usus dengan suplemen khusus

Dalam pelan rawatan masalah LGS ini terdapat beberapa suplemen yang perlu diambil untuk meyokong sistem penghadaman yang sihat dan melindungi sel-sel lapisan dalam dinding usus daripada kerosakan yang lebih teruk. Suplemen-suplemen yang boleh membantu dalam masalah LGS ini adalah:

i. Probiotik (50 – 100 billion unit sehari)

Ini adalah suplemen yang paling penting untuk diambil kerana ia membantu untuk menambahkan semula bakteria baik (probiotik) dan bersaing dengan bakteria jahat dalam usus.

Probiotik ini boleh diambil daripada makanan yang kaya dengan

nya seperti budu, tempoyak, belacan, cencalok, kimchi dsbgnya. Ia juga boleh diambil dalam bentuk capsul suplemen yang dijual di farmasi atau klinik. Jika anda hanya berpantang makanan yang merosakkan usus tetapi tidak menambah semula bakteria baik ke dalam usus maka usaha rawatan ini tidak lengkap dan mungkin akan gagal.

Kajian menunjukkan diantara jenis probiotik yang baik adalah strain Bacillus clausii , Bacillus subtilis , Saccharomyces boulardi , Bacillus coagulans , Lactobacillus sp, Bifidobacteria sp dsbgnya.

ii. Enzim Penghadaman (Digestive Enzymes)-1-2 capsul sebelum makan.

Pengambilan suplemen enzim penghadaman ini untuk memastikan makanan yang di makan di hadamkan secara lengkap dan mengurangkan kebarangkalian partikel makanan yang separa hadam dan protin membocorkan usus akibat LGS dan menyebabkan tindakbalas immuniti dan keradangan yang tidak diingini.

Suplemen enzim ini boleh di dapati dengan doktor yang merawat dan sesetengah jenama suplemen antarabangsa yang terkenal. Sila rujuk doktor anda untuk maklumat tentangnya.

Saya mencadangkan pengambilan spektrum penuh serat yang mengandungi beberapa jenis enzim seperti:
• Protease — pengahdaman protin (termasuk gluten)
• Amylase — pengahdaman kanji
• Lipase — penghadaman lemak
• Lactase — penghadaman laktosa (gula susu).

Terdapat juga enzim yang lebih khusus untuk penghadaman jenis-jenis makanan tertentu. Anda perlu merujuk doktor anda untuk maklumat yang lebih khusus.

iii. L-Glutamin

Ini adalah suplemen yang sangat penting dalam program rawatan dan ia bertujuan untuk pemulihan masalah LGS ini. Glutamin ini adalah asid amino yang penting dan bersifat anti keradangan dan bertujuan untuk pertumbuhan dan pemulihan lapisan dinding dalam usus.

Kajian menunjukkan suplemen L-Glutamin membantu sebagai pelindung dinding dalam usus dengan melapisi (coating) dinding sel-sel epithelium dan bertindak sebagai penolak (repellent) kepada bahan-bahan yang menyebabkan irritasi.

iv. Serat / Fiber

Serat adalah sangat penting sama seperti probiotik dalam rawatan LGS. Tanpa serat kuman baik probiotik tidak boleh hidup. Kita perlu mengambil serat yang banyak untuk memberikan makanan kepada bakteria baik probiotik dalam usus. Oleh kerana itu, makanan yang kaya dengan serat seperti chia seed, gum arabik (Al Manna), flaxseed, ubi kayu, keledek, keladi, oat, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah penting.

Untuk pesakit LGS, pengambilan serat boleh di amalkan dengan mengambil sayur-sayuran yang di kukus seperti brokoli, lobak merah, bunga kobis dll. Buah-buahan juga di galakkan pengambilannya 3-4 hidangan sehari.

Tetapi jika usus anda terlalu sensitif dengan buah-buahan, mulakan dengan serat lain atau boleh ambil suplemen Gum Arabik (Al- Manna) atau suplemen serat physillium husk. Target jumlah serat yang diperlukan adalah 30-40 gram sehari.

v. Serbuk Kolagen

Serbuk kolagen boleh diambil sebagai suplemen dalam masalah LGS ini. Kolagen adalah protin yang menyokong dalam memberikan kekuatan kepada tulang, rawan dan urat tendon.

Apabila di masak, ia menjadi ‘gelatin’ dan kajian menunjukkan dengan mengambil suplemen kolagen atau gelatin ia akan meningkatkan penghasilan jus gastrik (asid perut) dan membantu meningkatkan kesihatan lapisan mukosa perut dan usus.

Kolagen juga mengandungi asid amino seperti proline dan glycine yang merupakan bahan pembina asas untuk memperbaiki sel-sel di lapisan dinding usus. Pengambilan suplemen kolagen 2 sudu dua kali sehari boleh membantu mendapatkan sumber asid amino ini.

vi. N-Acetyl Glucosamine (NAG)

N-Acetyl Glucosamine (NAG) adalah sejenis suplemen yang melindungi lapisan dalam perut dan usus. Ia telah mula di terima oleh ahli perubatan konvensional.

Ia bersifat anti keradangan , oleh itu ia di gunakan dalam penyakit reput sendi (osteoarthritis) dan penyakit keradangan usus (IBD) iaitu Ulcerative colitis dan Crohn’s

vii. Cendawan Reishi (Ganoderma)

Ia adalah suplemen jenis adaptogenik yang mempunyai kesan positif kepada sistem imuniti tubuh yang berpusat dalam usus. Kajian menunjukkan ia membantu dalam penyakit kanser

dan juga melindungi sel-sel normal daripada bermutasi.

Kajian juga menunjukkan ia sangat baik untuk sistem imuniti tubuh kita dengan membantu organ hati menjalankan aktiviti detoksifikasi.

viii. Akar Likoris (Licorice Roots)

Ini adalah sejenis bahan herba adaptogenik yang memberi kesimbangan hormon kortisol dan meningkatkan penghasilan asid dalam perut. Kajian menunjukkan bahawa, akar likoris ini menyokong proses semulajadi tubuh untuk menjaga lapisan mukosa dalam perut dan usus duodenum. Kajian menunjukkan herba ini sebenarnya lebih bermanfaat untuk seseorang yang mengalami masalah LGS akibat stres emosi kerana ia bertindak dengan cara memperbaiki penghasilan dan metabolisma kortisol yang berkaitan dengan stres.
Likoris mengandungi bahan ‘glycyrrhizin’ yang telah di ketahui menyebabkan sembab air (edema) dan darah tinggi (hypertensi) jika diambil dengan kuantiti yang banyak. Kuantiti yang dicadangkan adalah 6-18 gram sehari untuk masalah LGS. Kebanyak produk likoris yang dijual di pasaran mengandungi 500mg hingga 1000mg dalam satu dos.

Suplemen herba likoris ini boleh didapati di farmasi atau boleh di beli secara online.

ix. Herba Shilajit

Ia adalah sejenis herba perubatan Ayurveda yang kelihatan seperti minyak tar. Kajian , menunjukkan ia melindungi lapisan dalam perut dan membantu dalam rawatan ulser perut dan ia juga bersifat anti keradangan yang di cetuskan dan di tambah teruk oleh masalah LGS. Herba ini boleh didapati di farmasi dan secara online.

x. Akar Marshmallow

Kajian menunjukkan ianya adalah sejenis herba yang mempunyai sifat anti oksidan dan anti histamin. Ini menjadikan ianya satu suplemen tambahan yang sangat baik dalam rawatan LGS kerana histamin juga merupakan isu dalam masalah ini.

4. Menyeimbangkan bakteria baik (probiotik) dalam usus

Keseimbangan diantara bakteria baik dan bakteria jahat dalam usus adalah asas kepada pelan rawatan untuk masalah LGS ini. Mengambil suplemen probiotik berkualiti tinggi adalah cara yang lebih mudah untuk mencapai keseimbangan ini. Tanpa memperbaiki keseimbangan probiotik ini maka rawatan untuk LGS adalah hampir mustahil.

Terdapat pelbagai jenis probiotik ini dan masing-masing mempunyai peranan dan kelebihan masing-masing. Sesetengah probiotik membantu meningkatkan imuniti tubuh, sesetengah p**a membantu untuk keseimbangan hormon. Oleh itu penting juga untuk kita mengambil pelbagai jenis probiotik untuk membantu proses pemulihan LGS ini.

Apabila kita membeli produk probiotik, penting untuk kita membaca label untuk mengetahui jenis, species dan strain probiotik yang kita ambil. Labelnya juga akan menulis tentang CFU (colony forming unit) iaitu jumlah probiotik yang ada dalam produk tersebut semasa pengilangannya.

Pilih jenama yang baik dan mempunyai reputasi yang baik. Pilih produk yang mempunyai nilai CFU yang tinggi seperti 30 billion atau 50 billion CFU. Pengambilan 2 ke 4 capsul sehari adalah memadai untuk masalah LGS ini. Ambil lah produk probiotik dengan pelbagai jenis ‘strain’ yang baik.

Jenis-jenis species probiotik yang ada seperti:
• Bacillus clausii
• Bacillus subtilis
• Saccharomyces boulardii
• Bacillus coagulans
• Lactobacillus plantarum
• Lactobacillus paracasei
• Bifidobacterium bifidum
• Bifidobacterium longum
• Bifidobacterium breve
• Bifidobacterium infantis
• Lactobacillus casei
• Lactobacillus acidophilus
• Lactobacillus bulgaricus
• Lactobacillus brevis
• Lactobacillus rhamnosus

Amalkan pemakanan sihat dengan mengambil makanan asli yang kaya dengan serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya. Elakkan pengambilan makanan proses yang tinggi gula, lemak trans dan tepung gandum yang menjadi punca kepada masalah LGS ini. Insyaallah

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc(UCSI), MNM(ACNEM), FAGE (MAHE)

Rujukan:

1. Vaarala, Outi et al. “The "perfect storm" for type 1 diabetes: the complex interplay between intestinal microbiota, gut permeability, and mucosal immunity.” Diabetes vol. 57,10 (2008): 2555-62. doi:10.2337/db08-0331

2. Maria C. Urdaci, Philippe Bressollier, Irina Pinchuk et al. Bacillus clausii Pr

23/11/2019

Roslaini Mat Yasin:
BAHAYA FRUKTOSA KEPADA KESIHATAN

Adakah anda mengalami masalah darah tinggi, kolesterol tinggi, perut buncit gout dan kencing manis. Ini mungkin berpunca daripada pengambilan fruktosa yang berlebihan dalam pemakanan seharian kita tanpa kita sedari.

Fruktosa adalah sejenis gula yang terdapat dalam buah-buahan dan juga tebu. Fruktosa yang dimakan dalam buah-buahan tidaklah berisiko tinggi kepada kesihatan kerana ianya diserap secara beransur-ansur dan diproses dalam hati secara perlahan-lahan disebabkan kandungan serat yang tinggi. Buah-buahan juga mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah.

Terdapat juga beberapa jenis buah-buahan yang mempunyai kandungan fruktosa yang lebih tinggi tetapi kandungan seratnya rendah seperti rambutan, anggur, durian, duku, manggis dan sebagainya. Buah-buahan yang mempunyai serat yang lebih tinggi dan fruktosa yang lebih rendah seperti buah jambu batu, oren, limau, epal, pear, mangga muda dan lain-lain lagi.

Jus tinggi dengan fruktosa

Industri pemakanan menggunakan fruktosa yang banyak dalam hampir semua makanan proses yang manis. Fruktosa digunakan dalam pelbagai makanan yang ada dipasaran sekarang iaitu gula pasir dan sirap jagung tinggi fruktosa atau HFCS (high fructose corn syrup). Ianya selalu diambil secara berlebihan tanpa kita sedari kerana ianya diletakkan dalam kebanyakan makanan dan minuman proses yang dijual dipasaran sekarang. Cuba kita baca pada label yang ada pada bungkusan pelbagai jenis makanan dan minuman proses dipasaran, sudah pasti kita akan berjumpa dengan istilah HFCS.

Gula Pasir

Gula pasir yang di proses daripada tebu mempunyai nisbah glukosa dan fruktosa yang sama banyak iaitu 50%. Untuk HFCS biasanya nisbah fruktosanya adalah 60% dan glukosanya 40% . HFCS juga mempunyai pelbagai nisbah bagi fruktosanya dengan glukosa dari 70% sehingga 90%. Disebabkan kandungan fruktosa yang lebih ini maka HFCS adalah 3 kali lebih manis dari gula pasir, oleh kerana itu ianya banyak digunakan dalam pelbagai jenis makanan atau minuman sebagai pemanis.

Hidup dalam zaman moden sekarang kebanyakan kita lebih mudah mengambil makanan dan minuman segera yang banyak dipasaran sekarang. Kita makan atau minum atas dasar ‘ambil mudah’ maksudnya apa yang senang kita perolehi dalam waktu yang singkat tanpa kita bersusah payah menyediakan makanan atau minuman tersebut. Jika kita terlalu banyak makan atau minum makanan atau minuman dari jenis ini , maka kita akan mengambil fruktosa secara berlebihan tanpa kita sedari. Seiring dengan kemajuan sesuatu negara, berlaku perubahan corak pemakanan dimana ramai yang mengambil makanan segera yang tinggi dengan gula .

Di USA berlaku peningkatan sehingga 1000% dari tahun 1970 hingga tahun 1990 penggunaan HFCS dalam makanan. Di Malaysia tidak kurang impaknya sejak negara kita semakin maju dan semakin ramai rakyat kita yang kaya dan lebih ramai surirumah yang berkerja.
Kajian menunjukkan pengambilan fruktosa berlebihan adalah punca kepada masalah berat badan berlebihan, perut buncit, rintangan insulin, kolesterol tinggi dan darah tinggi yang secara kolektifnya dipanggil sebagai sindrom metabolik atau sindrom X. Sindrom metabolik ini meningkatkan risiko penyakit jantung sehingga 50% lebih tinggi dari pop**asi biasa. Pemakanan yang tinggi dengan fruktosa akan menyebabkan selera bertambah dan menjadi punca kepada masalah obesiti dan berlebihan berat badan.

Di antara punca hati berlemak adalah Gula

Menurut Dr Robert Lustig yang merupakan seorang pakar metabolisma dari University of California menggelarkan fruktosa sebagai ‘toksin manis’ kerana fruktosa berlebihan mengakibatkan masalah hati berlemak (fatty liver), fruktosa menyebabkan selera bertambah, fruktosa mengakibatkan peningkat proses glycation yang menghasilkan AGE (advance glycation end product).

Kajian mendapati punca kepada masalah hati berlemak atau Non Alcoholic Fatty Liver Disease(NAFLD) adalah berpunca daripada pengambilan fruktosa yang berlebihan. Ini adalah kerana hati menukarkan fruktosa kepada lemak dengan cepat didalam hati dan ia akan berkumpul didalam hati disamping

itu berlaku juga peningkatan paras kolesterol LDL yang merbahaya kepada kesihatan jantung....

Nak baca lagi....bolehlah dapatkan buku ini..

**Ini adalah sedikit daripada tulisan didalam buku 'GULA RACUN PUTIH?' yang ditulis oleh saya...Jika ingin membaca sepenuhnya tentang bahaya GULA kepada kesihatan, dapatkan buku ini terus daripada saya..Insyaallah

Boleh mesej di inbox untuk mendapatkan buku ini..

Address

Kota Bharu
15150

Telephone

01110248442

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when INFO KEKAL SIHAT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to INFO KEKAL SIHAT:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram