Klinik Kesihatan BEREK

Klinik Kesihatan BEREK kami adalah klinik desa yang telah dinaiktaraf klinik kesihatan
20hb10 2015

Scammer dimana-mana.. Jika ragu minta bertanya dan rujuk klinik berdekatan..
02/01/2026

Scammer dimana-mana.. Jika ragu minta bertanya dan rujuk klinik berdekatan..

KKM ingin menjelaskan mesej yang telah tersebar dalam platform media sosial bahawa Klinik Kesihatan tidak akan menerima pesakit walk-in adalah π—§π—œπ——π—”π—ž π—•π—˜π—‘π—”π—₯ yang telah menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat.

Walaupun sistem janji temu adalah kaedah utama, ruang untuk pesakit walk-in tetap disediakan, khususnya bagi kes kecemasan, warga emas, dan golongan yang mempunyai kekangan akses teknologi. Pesakit tanpa janji temu tetap dilayan namun perlu melalui proses penilaian (triage) terlebih dahulu.

Pesakit yang mempunyai janji temu akan diberikan keutamaan mengikut slot masa yang telah ditetapkan.

KKM amat memahami bahawa akses teknologi adalah berbeza bagi setiap individu. Oleh itu, perkhidmatan walk-in tetap diteruskan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat akses rawatan yang adil dan saksama.

πŸ˜‡β€οΈβ˜πŸ»
02/01/2026

πŸ˜‡β€οΈβ˜πŸ»

Nampak macam β€œstay dengan parents” itu free.
Tapi orang yang betul-betul lalui, dia tahu… ada benda yang kita bayar bukan dengan duit. Kita bayar dengan ruang emosi.

Tinggal dengan ibu ayah boleh jadi rezeki.
Boleh jadi pelindung. Boleh jadi tempat pulih.

Kalau anda sedang tinggal dengan parents, ini bukan tanda anda lemah. Ini tanda anda manusia yang sedang cuba buat dua benda serentak.

Nak jadi anak yang baik, dan nak kekal waras.

Tips yang realistik bila tinggal serumah dengan ibu ayah

1. Bina sempadan yang lembut tapi jelas
Bukan kurang ajar. Cuma jelas. Ada masa anda perlu diam, rehat, tutup pintu, dan tak layan semua benda.

2. Tetapkan peranan, jangan biar β€œsemua” jadi kerja anda
Kalau ada adik-beradik, bincang pembahagian. Kalau tak ada, kecilkan skop supaya anda tak terbakar.

3. Buat rutin rumah supaya tak jadi perang emosi
Waktu makan, waktu urus, waktu rehat. Bila rutin jelas, kurang konflik yang datang dari β€œtak sempat” dan β€œtak faham”.


4. Jangan tunggu meletup baru bercakap
Bercakap masa anda masih tenang. Ayat pendek, satu isu satu masa. Jangan himpun 10 tahun jadi satu malam.

5. Cari ruang yang anda boleh jadi diri sendiri
Bilik, surau, gym, walk, kafe sekejap. Bukan lari. Itu cara anda kekal stabil supaya boleh terus sayang.
Kalau anda sedang tinggal dengan parents, anda tak perlu pilih satu saja. Anda boleh sayang ibu ayah, dan pada masa yang sama sayang diri sendiri.

31/12/2025.. Dihari terakhir 2025 sekali lagi KKBerek terpaksa melepaskan kakitangan kami untuk terus berkhidmat di temp...
02/01/2026

31/12/2025.. Dihari terakhir 2025 sekali lagi KKBerek terpaksa melepaskan kakitangan kami untuk terus berkhidmat di tempat baru di dunia baru.. Moga SN Azura terus cemerlang ditempat baru.. Terima kasih atas segala khidmat bakti selama berada di KkBerek..Moga ukhuwah kita terus terjalin.. Selamat Maju Jaya Zura!!!


Manfaatkan cuti panjang hujung minggu 3 hari ini bersama keluarga tersayang.. Jaga diri, jaga kesihatan diri.. Untuk yan...
24/12/2025

Manfaatkan cuti panjang hujung minggu 3 hari ini bersama keluarga tersayang.. Jaga diri, jaga kesihatan diri.. Untuk yang memandu jauh untuk bercuti atau p**ang ke kampung halaman masing-masing dinasihatkan memandu dengan cermat supaya jiwa selamat.. Selamat bercuti semuaπŸš€

Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan.. Walaubagaimanapun, semoga ukhuwah kita akan tetap berpanjangan....
18/12/2025

Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan.. Walaubagaimanapun, semoga ukhuwah kita akan tetap berpanjangan.. Terima kasih SN Azura atas segala jasa bakti sepanjang berkhidmat di KkBerek.. Moga terus cemerlang di tempat baru.. Maaf salah silap sepanjang berkhidmat bersama..


06/12/2025
Tahukah anda bukan semua sakit perut adalah gastrik??
06/12/2025

Tahukah anda bukan semua sakit perut adalah gastrik??

Bila Semua Sakit Perut Kita Panggil β€œGastrik”

β€œAsal sakit perut je, semua salahkan GASTRIK.”

Ada tak jenis yang bila rasa pedih sikit di ulu hati, perut tak selesa, loya datang menyerang, terus pegang perut dan cakap,

β€œGastrik aku datang balik.”

Lama-lama, setiap sakit di kawasan perut atas, setiap rasa tidak sedap di dada, semuanya dilabel dengan satu nama yang sama, gastrik, walaupun sebenarnya puncanya sangat berbeza.

Hakikatnya, apa yang orang selalu panggil β€œgastric” itu boleh jadi beberapa jenis masalah.

Ada yang betul-betul keradangan pada lapisan perut, ada yang lebih kepada pedih ulu hati sebab asid naik ke atas, ada yang sekadar angin dan perut kembung.

Sakitnya mungkin di tempat yang hampir sama, tetapi corak, masa dan risikonya tidak sama. Ada yang boleh tunggu dan dipantau, ada juga yang sebenarnya tanda awal penyakit yang jauh lebih serius.

Masalah perut yang biasa seperti gastritis, dyspepsia atau ulser selalunya datang dalam bentuk pedih di bahagian atas perut, rasa macam perut kosong dan lapar yang menyakitkan, kembung, sendawa dan loya. Sakitnya sering berkait dengan masa makan, ada yang lega lepas makan atau minum susu, ada yang semakin perit bila lambat makan. Ramai yang sudah biasa dengan rasa ini, sehingga mereka yakin sendiri bahawa inilah β€œgastric” mereka, walaupun belum pernah dinilai betul-betul oleh doktor.

Lain p**a dengan pedih ulu hati dan masalah asid perut yang naik ke dada. Rasa pedihnya bermula di ulu hati kemudian menjalar ke atas, seperti ada api kecil di dada atau kerongkong. Kadang-kadang ada rasa masam dan pahit naik ke mulut, lebih ketara selepas makan banyak, minum kopi, teh tarik, air berkarbonat, makanan pedas dan berminyak, atau bila terus baring selepas makan. Ini lebih kepada masalah asid yang melimpah naik, bukan perut β€œberlubang”, dan cara rawatannya tidak sama dengan gastrik biasa.

Angin dan perut kembung p**a satu cerita lain yang juga selalu dikumpulkan dalam kategori β€œgastric”. Perut rasa penuh, tegang, berangin, sakitnya bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Ada yang lega selepas kentut atau buang air besar. Ini lebih berkaitan dengan gas dalam usus, pola pemakanan dan pergerakan usus. Ia tidak sama dengan keradangan perut, tetapi oleh sebab lokasi sakit yang hampir, ramai menganggap semuanya penyakit yang sama.

Bahagian yang paling merisaukan ialah apabila sakit yang disangka β€œgastric” sebenarnya petanda awal serangan jantung. Ramai pesakit jantung datang ke hospital dan ayat pertama mereka ialah,

β€œSaya ingat tadi sakit perut, ingat gastric biasa.”

Serangan jantung tidak semestinya datang dengan sakit dada yang tajam seperti dalam drama. Ada yang hanya rasa pedih di ulu hati, berat di tengah dada, rasa ketat seperti ditekan, sakit tembus ke belakang, bahu, rahang atau tangan kiri.

Ada juga yang disertai sesak nafas, peluh sejuk, rasa melayang dan lemah seluruh badan. Tambah berisiko jika seseorang itu ada kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, merokok, berat badan berlebihan atau ada sejarah sakit jantung dalam keluarga.

Di sinilah bahaya sikap β€œini biasa, ni gastric je”. Kita tenangkan diri dengan alasan yang sama setiap kali, sedangkan tubuh mungkin sedang memberi amaran penting.

Jika sakit datang tiba-tiba, kuat, lain daripada biasa, tidak lega dengan ubat yang selalu diambil, atau hadir bersama sesak nafas, peluh sejuk dan rasa sangat lemah, itu bukan masa untuk tahan dan tunggu. Itu masa untuk pergi ke klinik atau hospital dan diperiksa segera.

Apa yang penting, jangan hidup bertahun-tahun atas diagnosis sendiri. Jika sakit perut atau pedih ulu hati berterusan, semakin kerap, mengganggu tidur, disertai hilang selera makan, berat badan turun tanpa sebab, muntah berdarah atau najis menjadi hitam pekat, jangan tangguh lagi.

Doktor akan menilai sama ada ia hanya masalah penghadaman biasa, ulser, masalah asid, atau petanda penyakit lain termasuk jantung.

Tidak semua sakit perut itu gastrik. Tidak semua pedih ulu hati itu β€œbiasa-biasa”. Dan tidak semua sakit dada itu sekadar angin. Tubuh sedang beritahu sesuatu, cuma kadang-kadang kita terlalu cepat menutup cerita dengan satu perkataan, gastrik, tanpa memberi ruang untuk difahami dengan betul.

Final birthday celebration for KKBerek families for 2025… Moga Allah terus kukuhkan ukhwah ini…
01/12/2025

Final birthday celebration for KKBerek families for 2025… Moga Allah terus kukuhkan ukhwah ini…

Tb Jamuan perpisahan Dr Sodiqah yang kini berkhidmat di KK Baling.. Moga terus maju jaya ditempat baru..Maafkan juga sal...
29/10/2025

Tb Jamuan perpisahan Dr Sodiqah yang kini berkhidmat di KK Baling.. Moga terus maju jaya ditempat baru..Maafkan juga salah silap kami keluarga di KKBerek..Terima kasih atas segalanya❀️‍πŸ”₯πŸ˜‡



#09102025

Jamuan Perpisahan buat PPF lysha yang bakal bertugas di KKPC… Walaupun perkenalan sangat baru setahun moga ukhuwah ini a...
29/10/2025

Jamuan Perpisahan buat PPF lysha yang bakal bertugas di KKPC… Walaupun perkenalan sangat baru setahun moga ukhuwah ini akan terus berkekalan.. Maaf salah silap dari pihak kami keluarga di KkBerek.. Moga terus cemerlang ditempat baru..Terima kasih atas segala curahan bakti srpanjang kita bersama❀️‍πŸ”₯πŸ˜‡



#29102025

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πƒπ„π„ππ€π•π€π‹πˆ Kami di Klinik Kesihatan Berek  mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada sel...
19/10/2025

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πƒπ„π„ππ€π•π€π‹πˆ

Kami di Klinik Kesihatan Berek mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh rakyat Kelantan dan Malaysia amnya yang meraikan perayaan ini.πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

Semoga perayaan ini membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan dan kesihatan berpanjangan kepada semua.

Di musim perayaan dan cuti panjang ini, jagalah kesihatan, elakkan tempat yang sesak dan amalkan pemakanan yang sihat. 🩺


Segera ke klinik jika anda mempunyai gejala2 berkenaan..Cegah sebelum kena..Pastikan anda memakai pelitup muka dan elakk...
14/10/2025

Segera ke klinik jika anda mempunyai gejala2 berkenaan..Cegah sebelum kena..Pastikan anda memakai pelitup muka dan elakkan dari mengunjungi tempat2 awam jika bergejala..

Influenza adalah penyakit jangkitan salur pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza.

Kenali gejala Influenza. Segera berjumpa doktor sekiranya gejala menjadi bertambah teruk.


Address

Jalan Bukit Marak
Kota Bharu

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097656667

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan BEREK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram