16/08/2025
Bulan lepas saya pergi bekam di Bekam Bergerak Kelantan di Kolam Air Panas Tok Bok. Tukang bekam, Abe Ha tinggal di Kweng Hitam, selalu buat bekam secara bergerak di rumah-rumah dalam Dun Kemuning ni, termasuk rumah Ustaz Roseli, mantan ADUN Kemuning.
Lepas bekam saya jemput Abe Ha ke Karnival Cakna Rakyat Dun Kemuning. Alhamdulillah beliau setuju.
Besok insyaAllah siapa yang nak bekam boleh hadir ke Dataran Kemahkotaan Machang, datang awal-awal pukul 8.00 pagi kot-kot ramai orang berebut nanti. Lelaki sahaja ya. Pergi perut kosong pun tak apa, nanti lepas bekam baru sarapan.
Ini gambar saya lepas bekam 30 cawan pada 7 Julai lepas, lepas bekam tu terus ke Mesyuarat Tuisyen Rakyat Sejahtera di Maahad Syamsul Maarif Lelaki di Labok.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1288626506596440&id=100063473090402&mibextid=UyTHkb
Lihat komen untuk maklumat lanjut berkenaan bekam ni ya.