Hamil

Hamil Seluar Hamil direka mengikut pattern Islamik menggunakan kain denim 100% cotton yang selesa dipakai

15/09/2022

Mommy tercari2 seluar yang sesuai & selesa untuk di pakai di sepanjang tempoh kehamilan?

Kini tak perlu risau lagi
Hamil direka khas buat mommy2 gojes diluar sana yang mementingkan keselesaan & penampilan.

mommy2 boleh klik link di bawah untuk detail produk
free gift khas untuk mommy2 yang grab 50 helai pertama

https://hamilpants.webador.com/about

Hamil...khas utk mommy2 yang nakkan keselesaan..
02/06/2022

Hamil...khas utk mommy2 yang nakkan keselesaan..

susahnya la hai nak pakai seluar bila time pregnant niiii...ada yang comey tapi sendat pulak..tak dan sampai due maunya ...
01/03/2022

susahnya la hai nak pakai seluar bila time pregnant niiii...

ada yang comey tapi sendat pulak..tak dan sampai due maunya 2-3 kali tukaq..tak leh takleh..lari bajet ni

saiz pulak dah okey...cutting muslimah tapi masalah kainnya pulak yang tak serap peluh
orang pregnant ni muda berpeluh,, kalau tak serap peluh kang jadi masalah kulit pulak,,🙃🙃🙃

Hamil boleh selesaikan masalah mommy2 semo

kain cotton jeans,, sejuk,,selesa,,tak gatal,,serap peluh👍👍🤲🏻🤲🏻

cutting muslimah ,, tapi tak menggeleber,,comey jer terletak..boleh pakai sampai due,,incase lepas bersalin nanti blh pakai lagi kalau nak pakai,,takder masalah.

apa lagi..hubungi kami segera
tawaran istimewa menanti 10 mommy gojes yg pertama
jangan lepas pelue deh..sape cepat dia dappat yang lambat..terlepaass daaaa🤦🤦

26/06/2021

Tanda-tanda Kehamilan Minggu ke Minggu: Minggu 1 – 12
Kehamilan adalah satu pengalaman yang menyeronokkan (dan ada masanya memenatkan) bagi perubahan badan anda untuk menampung anak yang baru lahir sebagaimana mereka bersedia untuk menjejakkan kaki ke dunia. Ada masanya anda akan berasa teruja, ada masanya anda akan rasa keletihan.

Tanda-tanda Kehamilan Minggu ke Minggu: Minggu 1 – 12
Kehamilan adalah satu pengalaman yang menyeronokkan (dan ada masanya memenatkan) bagi perubahan badan anda untuk menampung anak yang baru lahir sebagaimana mereka bersedia untuk menjejakkan kaki ke dunia. Ada masanya anda akan berasa teruja, ada masanya anda akan rasa keletihan.

Kehamilan adalah satu pengalaman yang menyeronokan (dan ada masanya memenatkan) bagi perubahan badan anda untuk menampung anak yang baru lahir sebagaimana mereka bersedia untuk menjejakkan kaki ke dunia. Ada masanya anda akan berasa teruja, ada masanya anda akan rasa keletihan. Detik sepanjang kehamilan anda akan memberi petunjuk sejauh mana perkembangan kandungan anda walaupun kadang-kala ia mungkin membuatkan anda kurang selesa (terutamanya jika terasa lapar yang tiba-tiba dan ketika mengidam).

Untuk menjalani kehamilan ini, perkara pertama yang anda boleh lakukan ialah mencatat tanda-tanda kehamilan anda minggu ke minggu supaya anda tahu jangkaan seterusnya.

Marilah terokai bagaimana badan anda berubah dari awal kehamilan sehingga pada minggu ke-12.

Minggu 1 – 4
Untuk mengetahui tarikh bersalin yang tepat adalah sukar kerana perut anda bukannya membesar seperti belon secara tiba-tiba setelah muncul tanda-tanda awal kehamilan. Permulaan kehamilan dikira dari hari pertama tempoh haid terakhir anda. Ia kemudian berlangsung selama kira-kira 40 minggu. Seperti yang dikatakan, persenyawaan bermula dua minggu dari tempoh terakhir haid anda. Pada ketika itu, kandungan anak anda hanyalah sekumpulan sel-sel yang berkembang pada kadar yang sangat cepat. Lapisan luar membentuk plasenta, manakala lapisan dalaman akan menjadi embrio. Sekumpulan sel-sel akan mengimplan sendiri ke dalam lapisan rahim.

Apa yang anda perlu lakukan: Membina asas kehamilan yang sihat dengan pemakanan yang betul. Jangan makan terlalu banyak atau berlapar, sebaliknya anda harus memakan makanan yang seimbang. Elakkan alkohol dan jangan minum kopi secara berlebihan.

Minggu 5 – 8
Peringkat ini anda mula mengalami tanda-tanda kehamilan dari minggu ke minggu. Tanda-tanda awal kehamilan adalah seperti mabuk hamil, mual, rasa sakit pada payudara dan membuang air kecil lebih kerap. Bagi kandungan anda, embrio akan mula membentuk menjadi organ-organ, dan juga tulang, otot, otak, jantung dan tiub neural (tidak lama lagi akan membentuk saraf tunjang). Tali pusat akan terbentuk menghubungkan anda kepada kandungan anda. Belum masanya lagi untuk terlebih teruja; beberapa minggu semasa awal kehamilan, kandungan anda adalah lebih kecil daripada sebiji kacang.

Apa yang anda perlu lakukan:Membuat temujanji dengan pakar kesihatan setelah mendapati anda hamil. Anda boleh merancang kehamilan anda, periksa ubat yang anda ambil sekaran dan dapatkan nasihat. Untuk mengurangkan rasa loya, ambil sedikit kudapan ringan dan jangan berlapar atau memaksa diri anda melakukan diet yang tidak sihat. Ia bukanlah perkara biasa yang anda lakukan. Senaman secara sederhana dengan pergerakan yang berimpak rendah; anda pasti menginginkan badan yang sihat untuk menyokong kehamilan anda.

Minggu 9 – 12
Menjelang akhir trimester pertama, anda mungkin berasa payudara dan perut yang lebih besar sedikit. Anda tidak akan bertambah gemuk tetapi anak kecil anda yang semakin membesar secara perlahan-lahan. Namun, orang lain mungkin tidak sedar bahawa anda sedang hamil. Walaupun ada masanya anda mungkin masih berasa sedikit muram, tetapi tanda-tanda akan mula hilang apabila kandungan mencapai 12 minggu. Kandungan anda masih lagi membesar, seterusnya membentuk gigi dan kuku kaki. Anggota badannya akan memanjang sedikit. Anak anda mungkin mempunyai pergerakan; walaupun anda tidak dapat merasakannya.

Apa yang anda perlu lakukan: Kalsium anda akan mula berkurangan semasa kehamilan anda. Oleh itu, anda memerlukan kalsium daripada susu dan sumber-sumber lain. Teruskan senaman anda; jadikan berenang sebagai alternatif yang berimpak rendah selain daripada berlari.

Ia begitu menyeronokkan dalam melalui tempoh tanda awal kehamilan dari minggu ke minggu, kerana ia menunjukkan janin anda sedang membesar di dalam kandungan. Setelah anda hamil selama 12 minggu, anda boleh nantikan bahagian kehamilan yang mudah – trimester kedua!

Susahnya nak cari seluar pregnant yang selesa dipakaiHaaaa...di Hamil kami ada penyelesaiannyaseluar pregnant Hamil ni✅s...
16/04/2021

Susahnya nak cari seluar pregnant yang selesa dipakai

Haaaa...di Hamil kami ada penyelesaiannya

seluar pregnant Hamil ni

✅serap peluh sebab kami memggunakan kain cotton jeans

✅patern muslimah kerana cuttingnya yang lebar

✅strechable bahagian perut amat selesa dipakai sehingga minggu terakhir kehamipan

✅pinggang boleh dilaraskan sehingga XXL

amat slesa sangat2

nak try boleh klik di sini

www.wasap.my/60129007697/hamil

Terbaru di pasaran kami menterjemahkan impian ibu- ibu untuk tampil bergaya dengan seluar mengandung jeans cotton 100% y...
04/10/2020

Terbaru di pasaran kami menterjemahkan impian ibu- ibu untuk tampil bergaya dengan seluar mengandung jeans cotton 100% yang amat selesa..serap peluh..ruangan kandungan yang lebar & patuh syariah dengan terciptanya HAMIL untuk bakal- bakal ibu

semestinya ibu2 berpuas hati & tersenyum lebar lepas memiliki HAMIL

Address

PT 242, Taman Mawaddah, Kampung Beta Hilir, Jalan Dewan Beta
Kota Bharu
15100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hamil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hamil:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram