AK Confinement Care & Beauty

AK Confinement Care & Beauty Pakej Berpantang Ibu dan Bayi
Pakar Penjagaan Kulit Muka
Food Pantang Delivery
0179006695
(1)

03/01/2026

๐Ÿ“Œ NOTIS TEMPAHAN RAWATAN โ€“ AK CONFINEMENT CARE & BEAUTY

Untuk makluman semua ๐Ÿค

๐Ÿ”ธ Hari Jumaat & Sabtu
Kak Mika sebisa mungkin tidak mengambil rawatan.
Namun dalam kes terpaksa / tiada pilihan hari lain, Kak Mika akan pertimbangkan.
โžก๏ธ Walk-in HOMESPA sahaja.

๐Ÿ”ธ Hari Ahad โ€“ Khamis
โœ… Tempahan DIBUKA
โš ๏ธ Perlu booking lebih awal
๐Ÿ”ธ Keutamaan slot:
๐Ÿ•— Pagi โ€“ pelanggan berpantang
๐Ÿ•‘ Jika ada job pantang bertindih (pagi & petang) โžก๏ธ Slot malam sahaja dibuka

๐Ÿ”ธ Slot malam
โžก๏ธ Walk-in HOMESPA sahaja
(sama juga untuk hari Jumaat & Sabtu)
Terima kasih atas kefahaman & kerjasama semua ๐ŸŒฟ

Keutamaan Kak Mika adalah memastikan rawatan berpantang berjalan dengan baik & terjaga โœจ

๐Ÿ“ฉ Untuk pertanyaan & tempahan awal, boleh PM.

๐ŸŒฟ Pesanan Ayah Yang Ubah Segalanya๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐ŸŒพ Kata Ayah:โ€œTangan kalau menggenggamโ€ฆ takkan keluar hasil.โ€Ayat ni ayah selalu ula...
28/11/2025

๐ŸŒฟ Pesanan Ayah Yang Ubah Segalanya

๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐ŸŒพ Kata Ayah:
โ€œTangan kalau menggenggamโ€ฆ takkan keluar hasil.โ€

Ayat ni ayah selalu ulang.
Ayah memang s**a menanam, s**a tanah, s**a belai pokok.
Dan ayat ni bukan sekadar teguran โ€”
tapi pesanan untuk buka hati dan belajar.

Sejak tu Kak Mika mula cari ilmu:
๐Ÿ“Œ Tengok YouTube
๐Ÿ“Œ Masuk group kebun FB
๐Ÿ“Œ Belajar dari pekebun senior
๐Ÿ“Œ Trial & error
๐Ÿ“Œ Belajar pasal tanah, air, cahaya & baja

Ajaibnyaโ€ฆ bila tambah sedikit ilmu,
pokok mula benihkan hasil, mula tumbuh subur, mula โ€œmenjadiโ€.

Kadang kita bukan tak pandai.
Kita cuma belum belajar caranya.

๐Ÿ‘‰ Siapa minat berkebun sebab ikut ayah, ibu atau datuk? Komen โค๏ธ.

๐ŸŒฟ Zero Ilmu, Semua Tak Menjadi๐ŸŒฑ Bila Tanam Tanpa Ilmuโ€ฆ Memang Akan Give UpMasa mula berkebun dulu, Kak Mika memang zero ...
27/11/2025

๐ŸŒฟ Zero Ilmu, Semua Tak Menjadi

๐ŸŒฑ Bila Tanam Tanpa Ilmuโ€ฆ Memang Akan Give Up

Masa mula berkebun dulu, Kak Mika memang zero ilmu.
Fikir tanam ni senangโ€”
campak pun hidup.

Rupanyaโ€ฆ tak.
Pokok mati, pokok bantut, pokok tak naik-naik.

Paling buat rasa terkilan,
pokok limau purut kacuk tu.
Setahun bela, tapi kecil tak membesar.
Puas aku fikir, kenapa tak menjadi.

Sampailah satu hari terdetik nak potong tali kacukan tu.
MasyaAllahโ€ฆ lepas tu terus hidup subur.

Masa tu baru betul-betul faham:
kalau nak sesuatu menjadi, mesti ada ilmu.

๐Ÿ‘‰ Ada tak yang dulu pun terfikir โ€œkenapa pokok aku tak hidupโ€?

Hari ni Kak Mika turun rawatan jauh sikit โ€” area SK Kedai Piah โค๏ธMusim hujan ni badan memang cepat sejuk, masuk angin & ...
26/11/2025

Hari ni Kak Mika turun rawatan jauh sikit โ€” area SK Kedai Piah โค๏ธ

Musim hujan ni badan memang cepat sejuk, masuk angin & lenguh-lenguh.
Sebab tu Kak Mika selalu pesan pada ibu-ibu, musim hujan = kena lebih rajin bertungku & bertangas kering.

๐ŸŒฟ Bertungku bantu panaskan urat yang sejuk, buang angin, lega pinggang & bagi badan rasa โ€œhidupโ€ semula.
๐ŸŒฟ Bertangas kering p**a bantu kecutkan rahim, kurangkan keputihan, hilangkan rasa berat di bawah perut & naikkan balik tenaga dalaman.

Cuaca lembap + angin banyak = badan mudah rasa berat dan tak selesa.
Rawatan tradisional inilah yang membantu ibu kekal cergas walaupun sibuk urus keluarga.

Kalau ibu-ibu sekitar Kedai Piah perlukan rawatan, boleh wasap Kak Mika bila-bila โค๏ธ

๐ŸŒฟ Dari Sepasu, Menjadi Healing Garden๐ŸŒธ Healing Garden Kak Mika โ€” Dari 1 Pasu Jadi Ruang Penyembuh JiwaSemua bermula keci...
26/11/2025

๐ŸŒฟ Dari Sepasu, Menjadi Healing Garden

๐ŸŒธ Healing Garden Kak Mika โ€” Dari 1 Pasu Jadi Ruang Penyembuh Jiwa

Semua bermula kecilโ€ฆ hanya sepasu.
Kemudian jadi dua, jadi tiga, dan lama-lama seluruh perkarangan rumah penuh dengan tanaman yang menenangkan.

Niat asal cuma nak ada sendiri daun & bunga untuk mandian herba, lapik tungku, bertangas dan mandi terapi.
Tapi dari satu pokok ke satu pokokโ€ฆ Kak Mika mula jatuh cinta dengan dunia berkebun.

Kadang kita tak sedar, benda kecil yang kita mula tuโ€ฆ
boleh jadi tempat healing suatu hari nanti. ๐ŸŒฟ๐Ÿ’ž

๐Ÿ‘‰ Siapa pun bermula dengan 1 pasu. Komen โ€œSAYA PUNโ€ kalau pernah rasa mcm ni.

08/11/2025

Setiap kuntum bunga ada kisah & khasiatnya โ€”
๐ŸŒน Ros lembutkan kulit, naikkan seri & beri rasa disayangi.
๐ŸŒผ Gardenia harum lembut, tenangkan fikiran & lembapkan wajah.
๐Ÿ’› Kenanga bantu seimbangkan emosi & beri tidur lena.
๐ŸŒบ Bunga Kertas bersihkan kulit & kurangkan gatal ringan.
๐Ÿ’› Loceng Kuning bersifat detoks & segarkan tubuh.
๐Ÿ‹ Limau Purut + Garam Bukit p**a bantu buang angin, hilangkan bau badan & serap tenaga negatif.
Dan yang paling istimewa โ€”
๐Ÿ’™ Bunga Telang.
Kecil tapi berkuasa. Warna birunya yang menenangkan datang daripada anthocyanin, sejenis antioksidan semula jadi yang bantu kuatkan akar rambut & segarkan kulit kepala.
Dalam rawatan tradisional, air rebusan telang digunakan sebagai bilasan rambut terakhir โ€” bantu menghitamkan rambut, kurangkan kelemumur, dan melembutkan helaian kering. Bila diamalkan, rambut jadi wangi, lembut & bertenaga semula.
Sambil urutan dijalankan, ibu akan โ€œdijamuโ€ dengan sedulang bau semerbak limau purut dan bunga-bungaan segar.
Dalam masa yang sama, Kak Mika akan merebus daun tersaka di dapur kecil belakang rumah โ€” bau herba panas itu perlahan-lahan memenuhi ruang, membangkitkan aura tenang, segar dan suci. ๐ŸŒฟ
Senyum tenang mula terukir bila rasa lelah beransur pergi.
Penutup pantang bukan sekadar rawatan terakhir โ€”
ia simbol tamatnya satu fasa perjuangan seorang ibu, dan bermulanya bab baru dengan tubuh, kulit & jiwa yang diperbaharui. ๐Ÿ’–

๐ŸŒธ Sesi Penutup Pantang โ€“ Mandi Bunga & Facial Healing Ibu & Baby ๐ŸŒธHari ni suasana tenang sangat...Wangian bunga-bungaan ...
08/11/2025

๐ŸŒธ Sesi Penutup Pantang โ€“ Mandi Bunga & Facial Healing Ibu & Baby ๐ŸŒธ

Hari ni suasana tenang sangat...
Wangian bunga-bungaan semerbak memenuhi ruang โ€” ros merah, ros pink, ros putih, ros purple, bunga kenanga, bunga gardenia, bunga telang, bunga kertas, loceng kuningโ€ฆ semuanya Kak Mika kutip segar dari healing garden sendiri ๐ŸŒฟ

Setiap kuntum bunga ada kisah & khasiatnya โ€”
๐ŸŒน Ros lembutkan kulit, naikkan seri & beri rasa disayangi.
๐ŸŒผ Gardenia harum lembut, tenangkan fikiran & lembapkan wajah.
๐Ÿ’› Kenanga bantu seimbangkan emosi & beri tidur lena.
๐ŸŒบ Bunga Kertas bersihkan kulit & kurangkan gatal ringan.
๐Ÿ’› Loceng Kuning bersifat detoks & segarkan tubuh.
๐Ÿ‹ Limau Purut + Garam Bukit p**a bantu buang angin, hilangkan bau badan & serap tenaga negatif.

Dan yang paling istimewa โ€”
๐Ÿ’™ Bunga Telang.
Kecil tapi berkuasa. Warna birunya yang menenangkan datang daripada anthocyanin, sejenis antioksidan semula jadi yang bantu kuatkan akar rambut & segarkan kulit kepala.

Dalam rawatan tradisional, air rebusan telang digunakan sebagai bilasan rambut terakhir โ€” bantu menghitamkan rambut, kurangkan kelemumur, dan melembutkan helaian kering. Bila diamalkan, rambut jadi wangi, lembut & bertenaga semula.

Sambil urutan dijalankan, ibu akan โ€œdijamuโ€ dengan sedulang bau semerbak limau purut dan bunga-bungaan segar.
Dalam masa yang sama, Kak Mika akan merebus daun tersak di dapur kecil belakang rumah โ€” bau herba panas itu perlahan-lahan memenuhi ruang, membangkitkan aura tenang, segar dan suci. ๐ŸŒฟ

Senyum tenang mula terukir bila rasa lelah beransur pergi.
Penutup pantang bukan sekadar rawatan terakhir โ€”
ia simbol tamatnya satu fasa perjuangan seorang ibu, dan bermulanya bab baru dengan tubuh, kulit & jiwa yang diperbaharui. ๐Ÿ’–

---

AK Confinement Care & Beauty Kota Bharu
๐Ÿ’†โ€โ™€๏ธ Rawatan Ibu โ€ข Baby โ€ข Spa Healing Garden
๐Ÿ“ Waze: Mika Confinement Care (Cataleya Beauty)
๐Ÿ“ž 017-9006695

โœจ Kerabu Pegaga Delima โ€“ segar, sihat & menaikkan seri wajah dari dalamBila tubuh mula letih dan kulit nampak kusam, usa...
05/11/2025

โœจ Kerabu Pegaga Delima โ€“ segar, sihat & menaikkan seri wajah dari dalam

Bila tubuh mula letih dan kulit nampak kusam, usah terus cari jalan singkat. Kadang, penyelesaiannya ada di dapur kita sendiri ๐Ÿƒ

Hari ni Kak Mika hidang kerabu pegaga โ€” resepi turun-temurun yang kaya dengan khasiat semula jadi.
Isi ikan rebus yang ditumbuk bersama lada hitam, bawang dan garam gulai digaul dengan daun pegaga segar, hirisan kunyit & temu pauh, lalu ditabur biji delima yang manis-masam menambah seri.

Pegaga bantu: ๐ŸŒฟ Menyegarkan kulit & mempercepat penyembuhan
๐Ÿ’ง Melancarkan peredaran darah
๐ŸŒธ Memberi tenaga dalaman wanita

Sementara delima p**a menyuntik warna sihat dari dalam โ€” ibarat rawatan dalaman semulajadi untuk seri wajah.

Di AK Confinement Care & Beauty, kami percaya setiap hidangan berkhasiat ialah sebahagian daripada rawatan dan kasih sayang untuk tubuh sendiri ๐Ÿ’›

๐ŸŒฟ Salad Herba Healing Garden Kak Mika ๐ŸŒธHari ni Kak Mika sediakan salad herba khas untuk ibu berpantang โ€” segar, ringan t...
04/11/2025

๐ŸŒฟ Salad Herba Healing Garden Kak Mika ๐ŸŒธ

Hari ni Kak Mika sediakan salad herba khas untuk ibu berpantang โ€” segar, ringan tapi penuh khasiat semula jadi ๐Ÿ’š

Campurannya semua segar dari Healing Garden Kak Mika:
๐Ÿƒ Daun Pegaga โ€“ cuci darah & segarkan badan
๐ŸŒฟ Daun Moringa (Kelor) โ€“ bantu tambah susu & kuatkan imun
๐Ÿ€ Daun Belalai Gajah โ€“ anti-radang & bantu pemulihan luka dalaman
๐Ÿ’› Kunyit segar โ€“ lawan angin & bantu peredaran darah
๐Ÿ’› Temu Pauh โ€“ bantu lawas & cuci rahim
๐Ÿ’œ Bunga Telang โ€“ digaul sekali, bukan sekadar hiasan! Kaya antioksidan, bantu tenangkan emosi & seimbangkan hormon

Digaul lembut bersama perahan lemon segar, minyak zaitun, dan madu asli โ€” jadi dressing semula jadi tanpa bahan tambahan. ๐Ÿ‹๐Ÿซ’๐Ÿ

Rasanya segar, aromanya tenang, dan warnanya pun ceria ๐Ÿ’
Setiap suapan bantu ibu rasa lebih ringan, segar & bertenaga sepanjang tempoh pantang ๐ŸŒธ

๐ŸŒธ Bila guna dengan cara betul, mesti puas hati ๐Ÿ’•Ramai yang tak sedar โ€” rahsia kulit sihat bukan sekadar produk, tapi car...
03/11/2025

๐ŸŒธ Bila guna dengan cara betul, mesti puas hati ๐Ÿ’•

Ramai yang tak sedar โ€” rahsia kulit sihat bukan sekadar produk, tapi cara pemakaian yang betul setiap hari.
Gunakan hanya 3 jari sahaja untuk tekanan lembut semasa sapu skincare ๐Ÿชž
Teknik ni bantu produk serap lebih baik & elak kulit cepat kendur ๐ŸŒฟ

Yang penting, buat secara konsisten dalam rutin harian โ€” barulah nampak hasil sebenar ๐Ÿ’–

Nak tahu cara yang betul?
โœจ Contact Kak Mika โ€” Kak Mika ajar percuma! โœจ

๐Ÿ“ AK CONFINEMENT CARE & BEAUTY KOTA BHARU
๐Ÿ’„ Mary Kay Consultant

Address

Kota Bharu
16150

Telephone

+60179006695

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AK Confinement Care & Beauty posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram