Pusat Rawatan Terapi Syarie Baitul Hikmah

Pusat Rawatan Terapi Syarie Baitul Hikmah Mengamalkan kaedah pengubatan ruqyah syariah dalam ikhtiar rawatan penyakit rohani dan jasmani.

Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakatuh Inshaa Allaah Pusat Rawatan Terapi Syarie Baitul Hikmah akan menganjurkan se...
25/10/2024

Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakatuh

Inshaa Allaah Pusat Rawatan Terapi Syarie Baitul Hikmah akan menganjurkan seminar terapi syarie.

Ia lebih fokus kepada perbahasan mengenai :

1- Pengenalan secara dasar ilmu pengubatan islam
2- Simtom gangguan makhluk halus secara ringkas
3- Hakikat penyembuhan masalah gangguan menerusi metod pengubatan terapi syarie

Tuan-puan-pesakit yang berminat dijemput hadir pada hari dan waktu yang ditetapkan :

Tarikh : 26 Oktober 2024
Hari : Sabtu
Waktu : 9.30 Pagi - 12.30 Tgh
Tempat : Pusat Rawatan Terapi Syarie Baitul Hikmah, Jalan Pasir Tumboh-Tiong

Map : https://maps.google.com/?q=6.062603,102.265396

Penyertaan adalah percuma
Jamuan disediakan selepas seminar

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

🏥
*Pusat Rawatan T.S Baitul Hikmah Kota Bharu.*
📬
*Alamat:*
Wisma Baitul Hikmah
Lot 2025, Kg Parit Limbat
Jalan Pasir Tumboh-Tiong
16150, Kota Bharu
Kelantan.

🗺️ *GoogleMaps:*
https://goo.gl/maps/Z7x8FjhjVsz

📲 *FaceBook*
https://www.facebook.com/profile.php?id=100090423995927&mibextid=LQQJ4d

🕰️ *Waktu Urusan:*
Di buka setiap Hari dari jam :

*Sesi Pagi*
10.00 Pg - 12.00 t/hari

*Sesi Petang*
-2.00 ptg - 4.00 ptg (temujanji sahaja)
-5.00 ptg - 7.00 mlm

*Sesi Malam*
9.00 mlm - 11.00 mlm (Temu Janji Sahaja)

“MASUK SECARA WALK IN”

☎️*Untuk makluman & pertanyaan*, boleh hubungi:

1-Ustaz Zuha
(0179203211)
2-Ustaz Rauf
(0179509706)
3-Ustazah Nadhrah
(0104506676)
4- Ustaz Usannas
(+201501737469)

“Kita hanya berikhtiar, Allah jua menyembuhkan”

GANGGUAN MAKHLUK HALUS DI BANTAL       TAHUKAH ANDA? antara salah satu gangguan tidur dari berbagai masalah secara umum ...
09/10/2024

GANGGUAN MAKHLUK HALUS DI BANTAL

TAHUKAH ANDA? antara salah satu gangguan tidur dari berbagai masalah secara umum adalah disebabkan oleh makhluk halus. Kebiasaanya, sesetengah perawat sering didedahkan berkaitan lokasi gangguan umum di beberapa lokasi tertentu seperti pagar, pintu rumah, ruang tamu dan sebagainya. Namun, amat jarang mereka didedahkan beberapa tempat “terpencil” yang hanya didapati dari mulut perawat “veteran”.

Dengan kata lain, makhluk halus boleh “menempatkan” dirinya di bantal bagi mencarik-carikkan nikmat tidur pengguna bantal yang menggunakannya. Dengan hilangnya nikmat tidur, maka akan merosotlah aktiviti harian di siang hari. Hal ini akan mengakibatkan prestasi kerja menurun, keruntuhan rumah tangga akibat stress, anak-anak boleh terdera, dan banyak lagi.

Antara kes baru-baru ini:
1-Seorang pesakit tidak mampu nak tidur dengan sempurna selama bertahun-tahun. Setelah rumahnya dirawat terutama pada bantalnya, maka barulah beliau dapat tidur yang nyenyak seperti kebanyakan orang.
2-Seorang penjawat awam telah mengalami masalah tidur selama 8 bulan. Setelah mendapatkan rawatan rumah serta bantal “bergangguan” dirawat, barulah beliau dapat tidur dengan nyenyak. Setelah seminggu, pesakit tersebut datang ke pusat rawatan semata-mata hendak menyatakan kegembiraan nyenyaknya tidur serta memberi “hadiah” berlipat ganda kepada salah seorang team rawatan rumah yang bertugas di klinik rawatan pada masa itu.

Seterusnya, antara saranan pengamal perubatan islam dalam menangani masalah gangguan di bantal ini seperti mana berikut:
1-Tukar bantal lain. Yang terbaik adalah menukar bilik tidur untuk sementara waktu.
2-Merawat bantal tersebut dengan kaedah merenjis air yang diruqyahkan pada bantal “ber jin”.
3-Selalu meminta perlindnungan kepada Allah dengan membaca ayat kursi, selawat dan sebagainya.

Disamping itu, dalam mengesan gangguan pada bantal dan tempat-tempat tertentu, rujuklah masalah tersebut kepada perawat bertauliah dengan segera. Jangan sudah ke tahap “gila” baru hendak berubat, ia sangat merugikan...

Sementara itu, selain daripada masalah s**ar tidur yang disebabkan gangguan jin, wujud punca lain yang perlu diambil kira antaranya:

1-Double chin
Sebuah kegemukan di bahagian leher ke dagu atau dahu berlapis. Hal ini akan mendorong terjadinya sleep apnea (nafas terhenti sekejap semasa tidur) yang berpunca dari penyempitan upper airway (saluran udara ke atas). Dengan terjadi masalah sleep apnea ini, ia akan mengakibatkan seseorang itu tercekik, lemas, berdengkur dan sakit kepala ketika bangun dari tidur. Masalah tersebut menjadikan pesakit tidak nyenyak ketika tidur yang menatijahkan ketiadaan mendapat kualiti tidur yang baik. Oleh itu, kawallah berat badan dan ikutilah nasihat doktor dalam merawat masalah double chin ini.

2- Tidur dalam suasana bercahaya
Apabila badan didedahkan dengan cahaya, maka tubuh menjadi cergas kerana penurunan hormon melatonin (hormon senang tidur). oleh itu, setiap orang disarankan tidur dalam keadaan gelap atau malap agar hormon melatonin meningkat yang mendorong seseorang tersebut menguap, letih, dan mata sedikit pedih.

3-Bermain gajet sebelum tidur
hal ini akan mengakibatkan hormon melatonin (hormone pembuat tidur) tidak dikeluarkan oleh badan. Oleh itu, jangan jadikan gajet seperti laptop, televisyen, dan telefon sebagai “penutup” sebelum tidur.

4-Tidur dalam suasana haba
Tidur bertemankan haba akan meningkatkan kadar "core body temperature" (suhu badan), maka badan akan bertindak untuk menurunkan kadar suhu badan kita bagi membolehlan untuk kita tidur. oleh itu, tidurlah berdemankan udara nyaman agar dapat tidur dengan cepat dan pantas tanpa badan perlu mengambil masa yang lama untuk tidur

5-Kekurangan zat magnesium
Salah satu peranan zat magnesium adalah untuk mendapatkan tidur yang lena. jika seseorang itu tidak memperolehinya, maka individu tersebut tidak akan mendapat tidur berkualiti/ tidak cukup tidur. Kebiasaannya, masalah kekurangan zat ini terjadi dalam kalangan golongan yang berumur dan mereka yang kuat bers**an (seperti atlet). Oleh itu, disarankan bagi mereka yang kekurangan zat ini agar mengamalkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat maknesium seperti bijian, kekacang, bayam dan sebagainya.

6-Pengambilan kafien
Kafien adalah bahan perangsang semula jadi yang terdapat pada tumbuhan teh, kopi dan lain-lain. ia meransang sistem saraf tunjang yang memasuki salur darah manusia. hal ini akan menghalang kesan adenosine (sejenis reseptor yang merehatkan otak). Dengan terhalangnya kesan tersebut, ia akan mengakibatkan peningkatan denyutan jantung dan bermacam-macam lagi. oleh itu, elakkan dari pengambilan makanan berkafien antara 8-10 jam sebelum tidur.

7-Kurang bersenam waktu siang.
bersenam pada waktu siang adalah baik untuk mendapatkan tidur yang lena. oleh itu, lakukanlah senaman ringan ataupun berat semasa siang hari untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

8-Jadual tidur tidak teratur
Badan kita mempunyai jadualnya tersendiri. jika kita amalkan tidur pada waktu malam, maka badan kita senang rasa mengantuk pada waktu tersebut. tetapi, jika kita amalkan tidur pada waktu pagi, maka badan kita susah untuk tidur di malam hari dan akan mengantuk pada waktu pagi. oleh itu, seseorang yang mengalami masalah ini perlu “baliklah ke pangkal jalan”.

9-Tekanan
Apabila terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran, ia boleh menjadi punca untuk seseorang itu s**ar tidur. Oleh itu, elakkan banyak berfikir semasa hendak tidur seperti hal berkaitan kerja. Tenangkan diri dengan mandi air suam, meregangkan badan dan mendengar suatu yang menenangkan seperti alunan music atau bacaan al-Quran dan sebagainya.

Jikalau pesakit telah mendapatkan khidmat doktor, namun tidak mendapat apa-apa jawapan, serta ubat yang dimakan bagaikan memakan gula-gula, maka teruslah berjumpa perawat pengubatan islam.

Kesimp**annya, Wujud gangguan makhluk halus pada bantal. Oleh itu, dalam meniti masalah sebegini, pesakit khususnya perlu mendapatkan rawatan bersesuaian sama ada di hospital, pusat rawatan islam atau kedua-duanya sekali yang memerlukan Doktor dan pengamal pengubatan islam yang terbuka dalam hal ini, wallaahu a'lam.

SOALAN CEPUMAS

1- Dimanakah lokasi gangguan terpencil selain pada bantal?

Jawapan: Selain gangguan di bantal, terdapat beberapa lokasi penempatan makhluk halus yang jarang didedahkan melainkan “bersuhbah” bersama perawat “senior”. Antara lokasinya adalah”
a) katil\ pembaringan
b) Awning.
c) Barangan peribadi seperti henfon, beg dan sebagainya.
d) Barangan “second hand” terutama dari negeri-negara jiran.
e) Pasu serta pokoknya dan lain-lain.
f) Bawah pagar beranda rumah.

2-Apakah ciri-ciri gangguan tidur yang disebabkan makhluk kalus?

Jawapan: Antaranya gangguan tidur yang disebabkan oleh makhluk halus adalah seperti berikut:
a) Fikiran sering bercelaru semasa di pembaringan. Tetapi akan segera tenang jika berlalu dari katil.
b) Sering terkejut tengah malam.
c) Tidak mempu mencukupkan “kredit” jam tidur semalaman.
d) Sering mengalami sleep paralysis (umpama ditindih) ketika tidur.
e) Sering mengalami bruxism\ gigi bergesel sewaktu tidur.
f) Mengambil masa yang lama untuk tidur. Jika anda berada di pembaringan pada jam 11 malam, anda akan tidur pada jam 2 pagi setelah lama berusaha.
g) Sering mimpi yang menyeramkan seperti binatang buas, dikejar makhluk menakutkan, jatuh dari tempat tinggi dan sebagainya.
h) Sering cemas dan gelisah tanpa sebab setelah bangun dari tidur.
i) Mendapati badan berlebam-lebam setelah bangun dari tidur dan banyak lagi.



Usannas Zaki

BOLEHKAH SESEORANG MENGETAHUI SIAPA PELAKU SIHIR?        Persoalan sebegini sering ditanya oleh majoriti pesakit kepada ...
20/04/2024

BOLEHKAH SESEORANG MENGETAHUI SIAPA PELAKU SIHIR?

Persoalan sebegini sering ditanya oleh majoriti pesakit kepada perawat yang merawat mereka. Pada dasarnya, mengetahui individu yang melakukan sihir dan menuduhnya memerlukan bukti yang kukuh sepertimana yang diamalkan oleh mahkamah di Negara kita. Dalam pada itu, hukum menuduh seseorang melakukan kejahatan tanpa mengemukakan bukti adalah salah di sisi agama. Sabda Rasulullah ﷺ:

الْبَيِّنَةُ عَلَى الْمُدَّعِي وَالْيَمِيْنُ عَلَىْ مَنْ أَنْكَرَ

Maksudnya: “Orang yang mendakwa hendaklah mendatangkan saksi, dan orang yang mengingkari hendaklah bersumpah”.
(Imam al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra : 21201)

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ مَا فِيْهَا يَهْوِيْ بِهَا فِي الْنَارِ أَبْعَدَ مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ.

Maksudnya: “Sesungguhnya seorang hamba itu mengucapkan satu kalimah tanpa diteliti terlebih dahulu, ia akan dilempar ke dalam neraka sejauh antara timur dan barat”.
( Imam Muslim : 5304 )

Berdasarkan hadis yang dikemukakan, ia merupakan kaedah terbesar dalam perundangan islam. Oleh itu, islam tidak menerima setiap dakwaan yang tidak berdasarkan bukti yang jelas. Mendatangkan bukti bagi penuduh amat penting untuk menegakkan suatu pertuduhan yang dilakukan. Dan barang siapa yang melakukan Sesuatu tuduhan tanpa usul periksa walau satu perkataan, Allah telah menjanjikan seksa yang amat menggerunkan di akhirat kelak. Oleh itu, menuduh seseorang melakukan kejahatan sihir memerlukan bukti yang kukuh, melainkan jika pelakunya sendiri yang membuat pengakuan.

Selain itu, mengetahui pelaku sihir tidak semudah seperti mengetahui pelaku jenayah sivil, kerana sihir dibuat tanpa meninggalkan kesan walaupun sudah menyakiti mangsa, itulah sebab kenapa sihir amat digemari dan sering digunakan untuk tujuan menyakiti mangsa berbanding perbuatan jenayah yang senang dikesan oleh pihak berkuasa. Oleh itu, majoriti dalam kalangan perawat perubatan islam menyarankan agar setiap pesakit tidak menyimpan hasrat untuk mencari siapa pembuat sihir, biarlah antara dia dan Allah, sesungguhnya Allah adalah tuhan sebaik-baik yang memberi keadilan.

Walaupun begitu, Ustaz Mohktar Kassan dalam bukunya kaedah merawat santau, beliau ada menjawab persoalan yang dikemukan kepadanya berkenaan cara untuk mengetahui orang yang membuat santau, amalan ini juga sesuai untuk semua jenis masalah yang dihadapi termasuklah mengetahui dalang disebalik perbuatan sihir itu. Antara panduan mengetahui pembuat santau sepertimana berikut :

• Sekiranya perawat mengetahui kemungkinan siapa yang membuat sihir dengan cara bertepatan dengan syarak kepada mangsa tersebut (menerusi pemerhatian dari format kes terdahulu), sebaiknya perlu dirahsiakan daripada pengetahuan pesakit, kerana tugas perawat adalah merawat pesakit, tidak lebih dari itu. Walaupun begitu, para perawat dibolehkan meminta mangsa agar berhati-hati dengan sedikit curiga terhadap individu tertentu, serta memberi sedikit curiga pada setiap perbuatan yang dilakukan terhadap mangsa tanpa membuat pertuduhan secara melulu.

• Sebaiknya amalan dimulakan seperti mana berikut :

a. Melakukan solat hajat dua rakaat (jika 12 rakaat lebih baik) niatkan agar Allah ditunjukkan pelaku santau atau sihir tersebut.

b. Selepas solat hajat, baca ayat berikut sebanyak 33 kali :

ٱلۡيَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰٓ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَآ أَيۡدِيهِمۡ وَتَشۡهَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ ٦٥

Maksudnya: “pada hari itu, kami tutup mulut mereka, kedua-dua tangan mereka memberitahu kami, dan kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang sudah dilakukan”.
(Yaseen : 65)

c. Selepas selesai amalan solat hajat dan amalan yang dinyatakan, baca ayat di atas (Yasin ayat 65) sebelum tidur sehingga tertidur.

• Hasil daripada amalan ini, mangsa akan mengetahui pelaku sihir melalui tiga cara berikut :

a. Pelaku sihir atau santau akan datang memohon maaf.

b. Pelaku sihir atau santau akan memohon maaf melalui orang lain.

c. Orang yang melakukan santau atau sihir berpindah jauh kerana tidak selesa dengan kehidupannya.

d. Mangsa akan mengetahui dari mimpi. Perlu diingat, mengetahui pelaku dari mimpi tidak boleh dijadikan bahan bukti, dikhuatiri mimpi tersebut adalah mainan syaitan yang ingin memporak perandakan hubungan antara mangsa dan individu yang diperlihatkan oleh syaitan di dalam mimpinya. Walaubagaimana pun, ia hanya boleh menjadikan mangsa seorang yang berwaspada dan sedikit curiga kepada pelaku yang diperlihatkan di dalam mimpi, tidak lebih dari itu.

• Tempoh mendapat tanda seperti yang dinyatakan adalah bergantung kepada kesungguhan pesakit dalam beramal.

Sebagai kesimp**an, setiap pesakit perlu faham, mengetahui pelaku sihir tidak menjanjikan kesembuhan secara total, dan ia bukanlah kepentingan seseorang individu untuk mengetahuinya. Apa yang penting, pesakit adalah disarankan untuk menjalani rawatan ruqyah dan melakukan amalan secara konsisten, itupun sudah memadai agar sihir yang dihantar tidak memberi kesan kepada dirinya dengan izin Allah semata-mata, wallahu a’lam.

Rujukan umum:

Tuan Haji Mokhtar Kassan, Kaedah Merawat Santau, Bandar Baru Bangi: Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Malaysia & Koperasi Malaysia Berhad, Hal. 79.

M A S T E R . U S A N N A S

SIMTOM GANGGUAN MAKHLUK HALUS SECARA DETAIL       Sepertimana yang kita maklum, makhluk halus mampu memasuki tubuh badan...
19/06/2023

SIMTOM GANGGUAN MAKHLUK HALUS SECARA DETAIL

Sepertimana yang kita maklum, makhluk halus mampu memasuki tubuh badan manusia sepertimana aliran darah. Namun, perkara sebegitu bukan mudah untuk mereka memasukinya kerana makhluk halus yang mahu merasuki tubuh manusia memerlukan masa yang lama untuk berjaya mengawal tubuh secara menyeluruh.

Selain itu, sebelum terjadinya keras**an dan dan histeria, mereka iaitu jin akan menimbulkan beberapa tanda-tanda tertentu sebelum memasuki tubuh badan kita berupa mimpi, bisikan dan sebagainya. jika keadaan ini berlanjutan dalam waktu yang lama dan tidak mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Maka, akan terjadilah keras**an makhluk halus yang merupakan salah satu kemuncak utama gangguan makhluk halus.

Di sini saya akan mengulas beberapa simtom gangguan makhluk halus dari segi:

1. BADAN MANUSIA
Terdapat dua keadaan gangguan ini dalam diri mangsa, antaranya gangguan Ketika jaga, dan tidur. Kebiasaanya gangguan jenis ini hanya mengganggu mangsa seorang sahaja, boleh jadi ia bermotifkan dendam, menumpang, atau disebabkan makhluk tersebut telah jatuh cinta kepada mangsa. Antara simtom gangguan yang pernah terjadi sebelum ini adalah sepertimana berikut :

GANGGUAN SEMASA JAGA :
• MEMPUNYAI SEJARAH GANGGUAN DAN KERASUKAN SEBELUM INI
Lazimnya, makhluk halus yang meninggalkan tubuh pesakit (sama ada dengan kaedah ruqyah atau amalan pesakit secara konsisten) akan meninggalkan “athar/ kesan” umpama “lubang” yang dicacatkan atau ditebuk sehinggakan boleh dihidu dan dikesan oleh makhluk halus lain. Oleh itu, bagi pesakit yang mempunyai sejarah gangguan ini perlu mengamalkan amalan secara konsisten agar masayah yang dihidapi tidak berulang Kembali.

• SAKIT PADA BAHAGIAN TUBUH TANPA SEBAB MUNASABAH
contohnya sakit di bahagian kepala, dada, pinggang, belakang, perut, kulit dan anggota badan tertentu tanpa diketahui puncanya oleh pakar perubatan di hospital. kebiasannya ia akan terjadi secara berkala. Terdapat sebuah kes, mangsa ditimpa penyakit demam teruk setiap kali menjelang magrib. Selepas masuknya maktu isyak, demam tersebut berkurang serta merta dan mangsa merasa sihat seperti sediakala sehingga magrib keesokannya tiba selama berhari-hari.
• MENGALAMI PENYAKIT MEDIK YANG SUKAR DISEMBUHKAN
contohnya kanser, stroke, ketumbuhan, gout, batu karang dan penyakit kerdiovaskular yang s**ar disembuhkan. Dengan kata lain, seluruh ubat dan operasi pembedahan tidak memberi kesan yang positif kepada tubuh badan. Pernah terjadi sebuah kes, seorang wanita mengalami ketumbuhan pada payudaranya di sebelah kanan. Setelah dibuang, ketumbuhan tersebut beralih ke bahagian payudaranya disebelah kiri tanpa mampu dibuktikan sebabnya secara munasabah. Akhirnya, mangsa hanya mengetahui punca sebenar masalah tersebut selepas beliau menjalankan rawatan terapi ruqyah di pusat rawatan terdekat.
• PERUBAHAN TINGKAH LAKU DAN PERASAAN SECARA DRASTIK
Contohnya perubahan perasaan dari sayang kepada benci dalam kalangan suami isteri. Mereka mudah merasa benci dan menyampah bila berdekatan antara pasangan. Apabila kedua-duanya berjauhan, perasaan rindu dan sayang kembali seperti biasa. Terdapat kes di mana isteri merasa seakan serabut dan gelisah semasa isterinya p**ang dari tempat kerja. Ada juga kes sehingga tidak mahu melihat wajah pasangan disebabkan rasa menyampah yang bersangatan. Tetapi, Ketika berjauhan, mereka merasakan kepelikan berlaku dalam diri mereka. Hal ini sering berlaku kerana tugas jin itu sendiri mahu memecahbelahkan hubungan antara saudaranya.
• PANDANGAN BURUK TERHADAP PASANGAN
Kes ini sering dialami oleh mereka yang bergelar suami isteri. Iaitu melihat pasangan berwajah buruk pada waktu-waktu tertentu. Tetapi pada hakikatnya, pasangan merupakan seorang yang rupawan dan jelitawan. Pernah terjadi sebuah kes, dimana suami melihat wajah isterinya menjadi hodoh pada satu-satu masa, suaminya melihat seakan-akan wajah isterinya sembab dan tiada seri wajah seperti sebelumnya, padahal isterinya sangat cantik. Selain itu, ia boleh berlaku kepada sahabat karib, rakan kongsi, dan pertunangan untuk memisahkan antara keduanya.
• TERASA BERAT DAN MALAS
Iaitu malas melakukan amal ibadat dan aktiviti harian. Seperti malas melakukan amal ibadat iaitu solat. Dari segi pekerjaan harian, merasa malas dan berat untuk melakukan pekerjaan di kedai dan perkhidmatan seperti berkhidmat, mengajar dan sebagainya. Dalam pada itu, ia mungkin juga disebabkan masalah kemurungan seperti depression, maka berjumpalah dengan pakar psikiatri bagi mendapatkan ubat dan khidmat nasihat. Selain itu juga, ia mungkin berasal dari tabiat manusia itu sendiri yang malas bekerja.
• KERAP MENGANTUK PADA BUKAN WAKTUNYA
Sering merasa mengantuk ketika hendak melaksanakan amalan kebajikan seharian seperti menuntut ilmu, mengaji al-Quran dan lain-lain. Namun, ia mungkin disebabkan masalah bosan serta menghadapi masalah tidur secara kebiasaan. Terdapat dalam istilah perubatan yang dikenali sebagai ‘microsleep’. Hal ini di sebabkan oleh ada bahagian-bahagian otak yang tertidur sedangkan bahagian yang lain masih terjaga. Oleh itu, dapatkan nasihat Dr. jika terjadi masalah ini.
• SUKAR MENDAPAT JODOH
Contohnya melihat wajah bakal pasangannya berubah buruk. Di”reject” tanpa memberi apa-apa sebab yang munasabah. Jika lamaran seseorang itu tidak diterima dengan bersebab, seperti masalah pada akhlak, dan sebagainya. ia bukanlah suatu yang patut diresahkan. Ataupun hubungan yang terlalu lama menyebabkan timbulnya tawar hati..
• MASALAH RAHIM DALAM KALANGAN WANITA
Mengalami haid yang tidak teratur dalam kalangan wanita. Sering mengalami senggugut dan keputihan. Selain itu, terjadinya pendarahan/ istihadhah yang tidak menentu. Selalunya ia keluar dalam kadar sedikit-sedikit dan adakalanya keluar dengan banyakknya selepas tempoh haid secara adatnya. Seterusnya, terdapat kes dimanarahim mangsa merasa panas, keras, atau merasa bagaikan dibelit sesuatu. Selain itu, masalah ini juga mungkin disebabkan oleh perubahan hormone Wanita yang tidak normal, oleh itu, dapatkan nasihat dari doctor perubatan di klinik dan hospital berdekatan.
• EMOSI YANG TIDAK SETABIL
Contohnya marah, sedih, dan pendiam tanpa sebab munasabah. Mangsa merasa marah dan berkata-kata secara emosional secara tiba-tiba. Terutama dalam kalangan Wanita yang dilebihkan Tuhan dalam hal emosi dan perasaan berbanding lelaki. Cuma, jikalau emosi itu berpunca dari gangguan makhluk halus, keadaannya menjadi lebih terus berbanding kebiasaannya.
• MASALAH KEGUGURAN
Jin mampu merosakkan janin yang berada di dalam kandungan. Iaitu dengan cara membantutkan tumbesaran hingga terjadinya keguguran. Ada satu kes dimana seorang wanita kerap mengalami keguguran. Setiap kali tibanya waktu mengandung, akan terkeluarlah ketulan umpama seketul daging kecil dari kemaluan wanita tersebut, menandakan wanita tersebut mengalami keguguran. Setelah mangsa mendapatkan khidmat ruqyah, barulah pasangan tersebut dikurniakan zuriat seperti kebiasaannya.
• MENGALAMI MASALAH KETIKA MEMBACA AL-QURAN
Seperti membaca al-Quran dengan makhraj/sebutan huruf yang tidak sempurna secara tiba-tiba walaupun dirinya sudah mahir dalam ilmu tersebut. Kerap sendawa apabila membaca al-Quran atau diperdengarkan kepadanya. Merasa mengantuk setiap kali membacanya, padahal masalah tersebut tidak terjadi jikalau mangsa membaca bacaan lain seperti surat khabar dan sebagainya.
• MASALAH KULIT
kulit terasa pedih dan gatal-gatal. Walaupun telah diberi ubat oleh doktor, masalah tidak beransur sembuh. Pernah terjadi sebuah kes, seorang nenek menggaru kulitnya sehingga menggelupas dan bernanah disebabkan rasa bisa dan gatal tanpa diketahui punca dan sebab yang munasabah..
• MELIHAT MAKHLUK HALUS SECARA TERUS
Iaitu melihat mereka secara jelmaan makhluk halus di mana sahaja mereka berada. Terkadang mangsa hanya mampu melihat makhluk ini secara jelas seperti Pontianak, harimau, dan hantu raya. Selain itu, ada juga kes mangsa kerap melihat makhluk halus ini secara samar-samar seperti asap dan kelibat yang merayap di sekitar mangsa.
• DIRI SEPERTI SERING DIPERHATIKAN
Terasa ada orang yang mengekori dan memperhatikan dari penjuru yang berbeza-beza, tidak kira berada di rumah ataupun diluar.
• KERAP WAS-WAS DALAM APA JUA KEGIATAN
Contohnya was-was dari segi ibadat dan duniawi. Pernah terjadi suatu kes, dimana mangsa sering diganggu was-was dalam ibadat serta berpendapat solat jemaah yang dia laksanakan di masjid sebentar tadi tidak sah kerana syak dirinya mungkin tertinggal beberapa rukun dalam solat. Disebabkan was-was tersebut, mangsa terpaksa menggantikan solat itu di rumah seusai sahaja balik dari masjid. Di samping itu, terdapat kes dimana seorang lelaki mengalami kes**aran tidur kerana sering memikirkan keselamatan rumahnya, apakah dapur gas telah ditutup? Adakah pintu rumah sudah di kunci? Hinggalah waktu subuh menjelma. Namun ada juga disebabkan masalah yang berkaitan dengan psikiatri. Oleh itu, dapatkan rawatan dari doktor pakar psikiatri disamping mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat dari perawat pengubatan islam.
• FENOMENA YANG “TERLAMPAU” PADA DIRI
Seperti terlampau sedih, terlampau cemas, terlampau takut, tersangat letih, kebingungan yang melampau, perasaan cinta yang membuak-buak yang s**ar dikawal, keinginan untuk melakukan seks yang terlampau, terlampau marah, terlampau benci dan sayang. Jika hal ini berlaku, sebaiknya berjumpalah dengan Perawat segera. Namun ada juga berpunca dari penyakit lain yang tidak bersangkut paut dengan masalah gangguan makhluk halus seperti anxiety disorder (cemas melampau), panic attack (serangan panik), depression (kemurungan) dan lain-lain.
• MELIHAT SUATU PERKARA YANG BUKAN HAKIKATNYA
Gangguan pada penglihatan. Iaitu melihat suatu yang bergerak-gerak padahal diam, dan begitulah sebaliknya. Melihat suatu yang besar padahal kecil, dan begitulah sebaliknya. Melihat suatu perkara yang bukan zat sebenarnya seperti seseorang yang melihat sesuatu yang tiada tetapi dirasakan ada.
• MENDENGAR SESUATU BISIKAN TANPA DIKETAHUI PUNCANYA
Seperti ada sesuatu yang memanggil namanya atau membisikkan agar melakukan pekerjaan baik dan buruk. Ada juga yang mendengar hembusan-hembusan seperti ada orang bernafas di sebelahnya tetapi tidak kelihatan individu tersebut.
• KESUKARAN MELAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL
Alat kelamin suami tidak berfungsi atau gatal secara tiba-tiba. Tetapi bila tidak bersama, ia berfungsi dengan baik p**a. Berlaku istihadhah/ pendarahan pada wanita secara tiba-tiba ketika hendak bersama. Tetapi kembali normal apabila tidak bersama. Merasakan ada daging yang menutup alat kelamin wanita, tetapi bila dibuat pemeriksaan, tiada p**a hal daging yang menutup lubang tersebut. Suami isteri merasa hambar ketika bersama. Ada juga terjadi peristiwa paha isteri terkunci secara tiba-tiba ketika mahu bersama. Hal sebegini kerap dialami oleh suami isteri bagi memporak perandakan mereka berdua.
• KASYAF (DISEBABKAN PERTOLONGAN JIN)
Dikenali sebagai ‘kasyaf syaitani’, seseorang itu mampu mengetahui latar belakang seseorang itu dengan cara yang luar biasa. Ia mungkin berpunca daripada gangguan keturunan dan beramal dengan suatu amalan yang menyalahi syarak.

GANGGGUAN SEMASA TIDUR :
• SUKAR TIDUR MALAM
Mengambil masa yang lama untuk melelapkan mata. Mengalami tidur-tidur ayam. Hampir subuh baru hendak terlelap. Selain itu, mungkin ia disebabkan sebuah masalah yang dikenali sebagai penyakit insomnia sama ada berpunca dari gangguan makhluk halus atau masalah fizikal dan emosi disebabkan pengambilan ubat-ubatan dan stress. Dapatkan rawatan dari pakar pengubatan syarie serta pakar rawatan dari pihak hospital untuk mendapatkan punca yang tepat.
• BERMIMPI MELIHAT BINATANG
Sering melihat binatang buas atau melihat haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala, kuda, dan tikus. Ini adalah haiwan yang dis**ai jin. Jika bermimpi melihat haiwan secara kerap dan di dalamnya terdapat jumlah tertentu seperti dua ekor. Berkemungkinan jin yang mengganggunya itu mempunyai dua ekor, dan begitulah seterusnya.
• SERING DITINDIH KETIKA TIDUR
Iaitu melihat suatu lembaga sedang menindih dirinya dan orang itu mahu menepis tetapi tidak Berjaya. Ia juga berkemungkinan disebabkan masalah “sleep paralysis” atau kelumpuhan tidur yang berpunca dari otak sudah sedar, tapi badan masih tidur. Sebaiknya dapatkan khidmat nasihat dari Doktor disamping mendapatkan rawatan dari ahli pengubatan islam bagi menentukan sama ada ia berpunca dari gangguan makhluk halus atau fizikal secara kebiasaan.
• MIMPI YANG MENYERAMKAN
Iaitu bermimpi terjatuh dari tempat tinggi, dikejar makhluk yang menggerunkan, berada di dalam hutan, perkuburan, sampah sarap. Melihat mayat atau orang mati dibunuh.
• CEMAS DAN GELISAH KETIKA BANGUN DARI TIDUR
Iaitu sering terjaga berkali-kali dan merasa gelisah dan ketakutan tanpa sebab setika bangun dari tidur. Jika kamu terbangun, ucaplah ta’wuz/ A’uzhubillahi minasy’ Syaitoni ar-rojim serta mengicaratkan ludah di sebelah kiri.
• GIGI BERBUNYI KETIKA TIDUR
Iaitu gigi seperti diasah ketika tidur tanpa sedar dan didengari oleh individu yang jaga. Ia juga berkemungkinan disebabkan masalah “Bruxism” atau keadaan dimana seseorang itu menekan atau menggeselkan gigi tanpa sedar. Ia akan mengakibatkan gigi terkikis dan mengalami kerosakan padanya. Dapatkan rawatan dari doktor bertauliah. Selalunya pesakit akan disyorkan memakai “mouth guard” semasa tidur.

• MELAKUKAN PERKARA PELIK KETIKA TIDUR
Seperti berdiri, berjalan, menangis, dan menjerit ketika tidur. Sahabat ahli rumah mesti sering mengawasi setiap kelakuannya semasa dia tidur agar tidak terjadi perkara-perkara yang tidak diingini. Namun, ia boleh juga terjadi disebabkan masalah psikologi iaitu ‘sleepwalking’. Pesakit disarankan untuk mendapatkan rawatan daripada kedua-dua perawat terapi syarie dan doctor prubatan.
• BERMIMPI MELIHAT SEKUMPULAN MANUSIA BERBENTUK PELIK
Melihat seperti manusia berkulit hitam legam, dan memiliki bentuk rupa paras yang luar dari kebiasaan penciptaan manusia.
• BERMIMPI BERKAITAN BAYI
Sama ada mendukungnya, bermain dengannya, dan menyusuinya. Jika terdapat mimpi sedemikian, jauhkan diri dari mereka. Ataupun ia berkemungkinan seseorang itu menginginkan direzkikan seorang anak. Semoga Allah merezekikan beliau anak yang soleh dan solehah.
• BERMIMP BERKAITAN AGAMA
Terutamanya agama kristian seperti bertemu paderi, melihat tiang salib, dan memasuki gereja. Berkemungkinan jin yang mengganggunya adalah jin yang beragama kristian.
• BADAN MENJADI LEBAM-LEBAM
Terdapat tompokan biru hitam pada bahagian-bahagian tubuh seperti tangan, bahu, paha dan sebagainya selepas bangun dari tidur. Dan ada juga beberapa kes terlihat kesan gigitan 2 titik ( : )atau 3 titik ( :. ) pada anggota badan. Namun, tidak semua masalah lebam itu berkaitan dengan gangguan makhluk halus, terdapat istilah perubatan yang dikenali sebagai “Thrombocytopenia” iaitu masalah yang disebabkan oleh kekurangan kadar platelet dalam tubuh. Oleh itu, dapatkan rawatan Doktor disamping berubat dengan terapi syarie/ ruqyah.
• MIMPI DISETUBUHI
Pesakit merasai kenikmatan yang tinggi berbanding bersama suaminya. Adakalanya ia berlaku secara reality tanpa bermimpi. Sehinggakan suaminya melihat isterinya seakan-akan dibelai manja di atas katil oleh seseorang. Ia boleh terjadi kepada lelaki dan perempuan sama ada yang telah berkahwin atau tidak. Sebaiknya, tidurlah dengan sopan dan menjaga adab. Jin juga mempunyai nafsu shahwat terhadap manusia terutama wanita yang s**a tidur terkangkang dan seksi.

2. RUMAH\ PREMIS PERNIAGAAN\ TEMPAT KERJA
• TIMBUL BAU-BAUAN PELIK DI RUMAH
Seperti bau wangi, busuk, hanyir, kemenyan, asap hangit dan sebagainya tanpa diketahui puncanya.
• BERLAKU FENOMENA PELIK DALAM RUMAH
Seperti terlihat kelibat atau bayangan yang lalu Lalang, rumah tiba-tiba berasap tanpa sebab, pekakas-pekakas rumah bergerak-gerak dan berubah dari kedudukan biasanya ,lampu/kipas terbuka dan tertutup dengan sendiri. Bayi kerap menangis sewaktu berada di rumah dan beberapa fenomena lain. Kalau di premis lain, tiada p**a hal tersebut berlaku.
• TERDENGAR BUNYI-BUNYIAN PELIK
Seperti ada orang yang bermain guli, dinding dicakar-cakar dan diketuk-ketuk, berlaku hentakan yang kuat di atas bumbung serta terdengar bunyi orang berlari tanpa diketahui puncanya, berbunyi seperti orang berjalan-jalan dan mengetuk-ngetuk di tingkat atas, dan sebagainya. bila di rumah kita terdapat perkara sebegitu, selidiklah dulu puncanya, tidak semestinya disebabkan gangguan makhluk halus, ia mungkin berpunca daripada fenomena ‘water hammer’, iaitu masalah tekanan air di siling rumah.
• MAKANAN MUDAH BASI DAN ROSAK
Barangan basah seperti ayam dan ikan mentah (yang terjual di premis perniagaan) sering rosak dengan cepat walaupun sebelum ini tidak terjadi perkara sebegitu. Makanan yang telah dimasak seperti nasi dan lauk pauk cepat basi secara mendadak. Selain itu, ia juga mungkin berpunca daripada masalah kebersihan di premis tersebut, yang menyebabkan kuman dan bakteria menjadi aktif.
• PELANGGAN BERKURANGAN SECARA MENDADAK
Premis perniagaan sering dilaporkan tutup oleh pelanggan, dan pelanggan merasa sedikit s**ar untuk ke tempat kita padahal kedai tersebut mudah disinggah dan mempunyai tempat parking yang luas. Hal ini akan menyebabkan premis tersebut mengalami gulung tikar.
• GELISAH KETIKA BERADA DI DALAM RUMAH
Sering merasa tidak tenteram, kesunyian, ketakutan, seram sejuk dan terasa diperhatikan/diekori di rumah. Sehinggakan tetamu yang bertandang ke rumah tersebut juga mengahadapi fenomena yang sama. Jika di rumah lain, tiada p**a hal tersebut berlaku.

• SERING BERLAKU PERKELAHIAN DALAM RUMAH
Ahli rumah seperti suami isteri, adik beradik atau teman serumah sering bertelingkah sama ada dengan perbuatan ataupun lisan pada perkara yang remeh temeh.
• MENGALAMI MASALAH TIDUR
Sering terkejut, terjaga, ketakutan, ditindih sewaktu tidur. Merasa seperti ada yang menemani sewaktu tidur di sebelah namun tiada siapa berada disitu. Terasa ada orang yang menyentuh atau menyentap kaki semasa tidur. Lebam pada anggota badan. Tetamu yang datang tidur ke rumah juga turut mengalami hal yang sama. Jika tidur di rumah orang lain, tiada p**a hal tersebut berlaku.
• SERING BERLAKU KEHILANGAN BARANG TANPA SEBAB MUNASABAH
Barangan seperti wang, telefon, camera, barang kemas dan sebagainya sering hilang secara tiba-tiba tanpa diketahui puncanya.
• MENGALAMI MASALAH KETIKA DI PREMIS
Seperti merasa malas, lesu, sakit-sakit badan Ketika di tempat tersebut, dan merasa segar bugar Ketika keluar dari premis tersebut.

3. KENDERAAN
• BERLAKU KEMALANGAN
Sihir dihantar kepada kenderaan supaya terjadinya kemalangan. Kemalangan tidak semuanya berpunca dari sihir, mungkin angkara ain/ evil eye/ pandangan mata jahat atau disebabkan kelalaian pemandu tersebut.
• EMOSI BERUBAH SECARA MENDADAK
Pesakit menjadi mudah sedih, panas baran, panic, hairan apabila sebaik sahaja menaiki kenderaan mereka dalam setiap perjalanan sama-ada dekat dan jauh.
• MASALAH PADA ANGGOTA TERTENTU SECARA TIBA-TIBA
Kepala menjadi berat secara spontan seolah-olah ada sesuatu yang menekan-menekan di bahagian kepala. Badan terasa penat dan mengantuk tanpa dapat dihalang semasa berada dalam kenderaan.
• TIDAK SAMPAI KE DESTINASI YANG DITUJU
Kerana terdapat beberapa halangan yang menghalang perjalanan mereka. Seperti hilang pertimbangan, yang sepatutnya ada pada manusia yang waras. Dimana otak dan pemikirannya tidak mampu menerjemahkan apa yang dilihatnya. Pemandu sering berkhayal yang menyebabkan mereka tidak mampu sampai ke destinasi yang dituju ataupun lambat. Ia juga berkemungkinan disebabkan kecuaian pemandu itu sendiri.
• MASALAH KETIKA HENDAK MENGISI MINYAK
Terjadi sebuah kes ketika mana mangsa hendak mengisi tangki minyak yang hampir kosong. Takkala nozel minyak dimasukkan ke dalam lubang tangki keretanya, tiba-tiba berlaku litar pintas yang menyebabkan seluruh aliran elektrik di stesen tersebut terputus sekaligus aktiviti pengisian petrol tergendala. Setelah beberapa ketika, keadaan kembali pulih, pemandu tersebut sekali lagi ingin mengisi minyak, namun litar pintas berlaku.

Simtom yang dikemukakan tersebut merupakan tanda-tanda gangguan makhluk halus yang sering terjadi kepada mangsa. Tidak semestinya semua simtom tersebut akan terjadi kepada mangsa, mungkin ia akan mendapati dirinya mempunyai 1/3 atau setengah dari gangguan tersebut mengikut pengkhususan jin yang mennganngunya. Saya ingin mengingatkan kepada kalian, antara fakta berkaitan gangguan makhluk halus adalah sepertimana berikut :

1- Menetapkan gangguan makhluk halus hanya boleh dilakukan oleh perawat sahaja, sebab mereka sudah ada “sifir” dan “formula” mereka sendiri. Manakala bagi masyarakat, mereka hanya perlu membaca dan memberikan sedikit curiga kepada masalah yang dihadapi sama ada diri sendiri dan orang lain.
2- Syarat untuk mengatakan diri-sendiri mempunyai simtom gangguan makhluk halus hendaklah dilihat pada KEKERAPAN simtom itu berlaku. Jika gangguan hanya belaku kadang-kadang atau sekali setahun. Anggaplah ia sebagai mainan dalam kehidupan. Kalau hendak bawa berjumpa perawat pun, tiada masalah. Silakan.

Konklusinya, mengetahui serta meluaskan bacaan berkaitan simtom gangguan amat bermanfaat dan secara langsung dapat membantu diri, keluarga dan masyarakat sekeliling. Semoga dengan berkat kita menambah ilmu dan menolong sahabat yang tidak berkemampuan, wallaahu a’lam.

RUJUKAN:
1-Sheikh Wahid Abdul al-Salam Bali, al-Sarimu al-Battar Fi’ al-Tashaddi lis-Saharah wa’ al-aysrar, Maktabah al-Sahabah.
2-Sheikh Muhammad Bin Sholeh al-Jazaie, al-Ahkam al-Fiqhiyyah Fi’ Al-Ruqyah al-Syariyyah, Dar al-Andalus.
3-Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, Rawatan Penyakit Akibat Sihir Buku 5, Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Malaysia & Koperasi Darussyifa’ Berhad.
4-Ustaz Zaki Bin Ya, Tesis Kajian Master: Pengamalan Rawatan Sihir Menerusi Pengubatan Islam, Kajian Di Pusat-Pusat Rawatan Darussyifa Di Negeri Kelantan
5-Sheikh Mohd Faizal Bin Omar, Kertas Kerja Rahsia Alam Jin
6-Dr. Abdul Latif Saad, TheDianogsa

M A S T E R _ U S A N N A S

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

🏥
*Pusat Rawatan T.S Baitul Hikmah Kota Bharu.*
📬
*Alamat:*
Wisma Baitul Hikmah
Lot 2025, Kg Parit Limbat
Jalan Pasir Tumboh-Tiong
16150, Kota Bharu
Kelantan.

🗺️ *GoogleMaps:*
https://goo.gl/maps/Z7x8FjhjVsz

📲 *FaceBook*
https://www.facebook.com/profile.php?id=100090423995927&mibextid=LQQJ4d

🕰️ *Waktu Urusan:*
Di buka setiap Hari dari jam :

*Sesi Pagi*
10.00 Pg - 12.00 t/hari

*Sesi Petang*
-2.00 ptg - 4.00 ptg (temujanji sahaja)
-5.00 ptg - 7.00 mlm

*Sesi Malam*
9.00 mlm - 11.00 mlm (Selasa & Khamis)

“MASUK SECARA WALK IN”

☎️*Untuk makluman & pertanyaan*, boleh hubungi:
1- Pusat Rawatan Terapi Syarie
(0195786766)
3-Ustaz Zuha
(0179203211)
4-Ustaz Rauf
(0179509706)
5-Ustazah Nadhrah
(0104506676)
6- Ustaz Usannas
(+201501737469)

“Kita hanya berikhtiar, Allah jua menyembuhkan”

Address

Wisma Baitul Hikmah, Lot 2025, Kampung Parit Limbat, Jalan Pasir Tumboh/Tiong
Kota Bharu
16150

Opening Hours

Monday 10:00 - 12:00
17:00 - 19:00
Tuesday 10:00 - 12:00
17:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 12:00
17:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 12:00
17:00 - 19:00
Friday 10:00 - 12:00
17:00 - 19:00
Saturday 10:00 - 12:00
17:00 - 19:00
Sunday 10:00 - 12:00
17:00 - 19:00

Telephone

+60195786766

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan Terapi Syarie Baitul Hikmah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Rawatan Terapi Syarie Baitul Hikmah:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram