23/05/2023
KESIHATAN MENTAL
PILIH THERAPIST
Hari tu aku dah cerita pilih terapi
Kali ni aku kongsi p**a kisah aku pilih
therapist.
Psychotherapist ada banyak jenis.
Macam aku cerita, aku gagal 5 sessi terapi. Aku mula fikir, kenapa therapist tu aku rasa tak ok. Yang lain aku sendiri tak pasti.
Yang paling relevan aku pikir, therapist tu nampak lebih emosi
Jadi aku plan. Ciri2 utama aku cari
1-kene praktikal. Lebih banyak ciri praktikal utk move on. Bukan asyik mengimbau kenangan
2-mesti ada strategi. Kalau setiap kali sessi asyik bincang apa perasaan aku, memang tak kesudahan. Tanya perasaan pada orang numbness, tak kene wei..
3-ni special. Aku nak therapist tu pernah rasa mcm mana aku rasa, dan rasa kesan ubat. Baru senang bincang
3 je kan... Tapi complicated juga. Nak range parameter pun susah
Jadi, aku mulakan di media sosial
Sampai aku jumpa satu group ni. Admin berkongsi ilmu CBT. So, dah kene dengan terapi yang aku cari. Tinggal nak cari therapist sahaja
Aku nampak admin offer slot terapi. Aku 'high doubtly'. Aku cuba tanya, lepas tu aku diam... Sebab? Aku trigger dengan mesej ni.
"puan boleh luahkan apa sahaja selepas itu"
Aku bukan cari platform meluah perasaan. Aku cari terapi yang boleh bantu aku move on. Secara general aku faham CBT, adalah Cognitive Behaviour... Bab deep feeling ni, aku tak nak.
Tapi perkongsian admin dalam group tu banyak menarik perhatian aku. Aku banyak buat research. Aku baca buku. Aku tengok video. Double check semua idea dia.
Aku beranikan diri bertanya. ALHAMDULILLAH
Respon positif. Setelah beberapa bulan, aku beranikan diri untuk mencuba.
Aku tak pernah tanya pada therapist aku:
-apa background dia
-berapa peratus kesembuhan client dia
Kenapa tak tanya?
Aku dah amik masa lama uji dia. Dan aku rasa nothing to lose pun takat try test cuba 1 sessi. At least aku cuba. Aku usaha. Kalau pun aku gagal, aku dah usaha. Korang pernah tanya ke pada doktor kat klinik? Gitulah..
Satu je untuk mudahkan korang.
Cara aku mungkin over sangat.
Usaha sahaja. Berjaya atau gagal itu cerita lain. Penyakit jangan simpan lama-lama!