Diet IFHD

Diet IFHD Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Diet IFHD, Health & Wellness Website, PT 412, Tingkat 2, Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu.

Pagi ini kita mulakan dengan pilihan yang lebih ringan dan menyihatkan.Bukan setiap hari kita sempat makan teratur, tapi...
29/11/2025

Pagi ini kita mulakan dengan pilihan yang lebih ringan dan menyihatkan.

Bukan setiap hari kita sempat makan teratur, tapi usaha kecil yang konsisten tetap beri kesan besar pada tubuh.

Bila kita pilih makanan atau minuman yang bantu stabilkan tenaga dan sistem metabolik, badan lebih mudah “tune in” sepanjang hari.. rasa ringan, fokus pun lebih baik.

Sedikit perubahan harian seperti ini pun sudah cukup untuk bawa kita
lebih dekat kepada kesihatan yang ikut fitrah. 💚


[PERINGATAN HALUS DARI BADAN KITA]Ada satu organ kecil tapi sangat setia — 'Pankreas'.Hari-hari dia buat kerja. Tak pern...
18/05/2025

[PERINGATAN HALUS DARI BADAN KITA]

Ada satu organ kecil tapi sangat setia — 'Pankreas'.

Hari-hari dia buat kerja. Tak pernah cuti. Tak pernah merungut.

Tapi kita?

Makan manis berlebihan. Minum air bergula hari-hari. Snacking tak berhenti.

Sampai satu tahap, pankreas dah penat. Tak larat nak kawal gula.

Itulah punca utama ramai akhirnya kena DIABETES.

Berita baik — anda masih sempat 'reverse' bacaan gula, kalau tahu caranya.

Masterclass IFHD akan bongkar kaedah terkini, 'tanpa ubat', tanpa pantang pelik.



BAGAIMANA CARA AYAM DIBELA AKAN MEMPENGARUHI ZAT & NUTRISI YANG ADA PADA DAGING AYAM! WHITE FAT VS BROWN FAT Gambar di a...
04/09/2024

BAGAIMANA CARA AYAM DIBELA AKAN MEMPENGARUHI ZAT & NUTRISI YANG ADA PADA DAGING AYAM!

WHITE FAT VS BROWN FAT

Gambar di atas menunjukkan perbezaan rupa daging ayam.

1) daging ayam yang dilepas bebas, dapat makan makanan semulajadi seperti rerumput & cacing.
2) Ayam bandar yang biasa yang diberi makanan proses dedak serta dikurung bersama berpuluh-puluh ribu ekor Ayam yang lain.

Daging Ayam yang dibela bebas mempunyai lemak yang kekuningan manakala daging Ayam yang diberi dedak mempunyai lemak yang berwarna putih!

Tak tertanya2 kah Anda, kenapa warna lemak kedua2nya berbeza warna?

Sudah tentu cara makan, cara hidup Ayam mempengaruhi nya.

Lemak kekuningan atau 'brown fat' adalah lemak sihat yang mengandungi mitochondria yang sangat banyak.

✅ Mitochondria adalah 'powerhouse' kilang jana kuasa bagi setiap sel. Dimana ia akan merangsang pembakaran tenaga dengan baik.

✅ Mitochondria sangat tinggi dengan sumber zat besi. Zat besi adalah micronutrisi yang sangat Penting utk badan. Zat besi Penting utk penghasilan insulin yang berkualiti bagi mengawal paras gula dengan baik. Secara tidak lansung ia akan bantu mengekalkan berat badan yang ideal & mengelakkan berat badan yang berlebihan @ obesiti

Berbeza dengan 'white fat' !

✅ White fat p**a adalah lemak yang terdiri daripada titisan lipid yang mempunyai sedikit mitochondria.

✅ Lemak putih ini akan merangsang penyimpanan tenaga berbanding lemak kuning p**a menggalakkan pembakaran tenaga.

✅ Pengambilan lemak putih yang banyak akan meningkatkan risiko serangan jantung, diabetis dan kegemukan.

✅ Ia juga akan merangsang hormon lapar dengan lebih kerap walaupon sudah makan berkali-kali

Dalam tempoh program penyembuhan IFHD. Jalan terbaik adalah mengelak mengambil ayam/daging yang diberi dedak selain isu hormon, antibiotik dan tinggi omega 6 yang bersifat pro-keradangan.

Pasti kita akan belajar banyak lagi ! Stay tune!

Jom Follow Kami Di Group Chanel Telegaram:
https://t.me/ifhd_official


BUKAN SALAH SI  PULUT DURIANMakanan manis, makanan tinggi karbohidrat bukan saja naikkan gula darah. Tapi naikkan juga t...
30/07/2024

BUKAN SALAH SI PULUT DURIAN

Makanan manis, makanan tinggi karbohidrat bukan saja naikkan gula darah. Tapi naikkan juga tekanan darah.

Jangan terkejut bila cek tekanan darah pun boleh naik mendadak lepas makan pulut durian terutama yang dah ada insulin resistance, dah ada diabetes.

Dan ramai juga mengadu, kaki start bengkak air, kencing jadi kurang. Tapi bila berpuasa, elok je kencing keluar banyak, hilang sembap.

Ok begini....
Badan hasilkan extra insulin untuk kawal kebanjiran gula dalam darah.
➡️ Insulin sempitkan saluran darah. Hasilnya tekanan darah naik.
➡️ Insulin halang ginjal buang lebihan sodium (garam).
Dalam masa sama badan terpaksa 'lock' air untuk 'dilute' extra sodium yang ada dalam darah supaya garam kekal dalam julat yang normal. Banyak air dalam badan, tekanan lebih besar cetuskan tekanan darah tinggi.

Ini proses homeostasis badan cuba adjust untuk dapatkan keseimbangan.

p.s : kalau ada tekanan darah tinggi. Ia bukan hanya soal garam, tapi gula pun kena pantang. Musim ni pun pesakit wad, ICU tetiba makin ramai bertambah.

Follow kami untuk perkongsian pemakanan & kesihatan : https://t.me/ifhd_official




Bila buat blood test, doktor cakap... 'awak tiada kencing manis'. Tapi berat badan dah mula meningkat naik.4 peringkat y...
20/07/2024

Bila buat blood test, doktor cakap... 'awak tiada kencing manis'. Tapi berat badan dah mula meningkat naik.

4 peringkat yang kita perlu faham... bagaimana diabetes mula bertapak di badan seseorang.

PERINGKAT 1 (gula masih cantik)
➡️ Mata layu
➡️ Mengantuk lepas makan
➡️ Mudah penat
➡️ Cepat lapar
➡️ Naik berat badan

PERINGKAT 2 (bacaan gula darah on track prediabetes)
➡️ Cepat dahaga
➡️ Kerap kencing
➡️ Tekanan darah mula meningkat
➡️ Kolesterol dan lemak dalam darah mula meningkat

PERINGKAT 3 (Gula mulai meningkat)
➡️ Makin ketara cepat lapar & dahaga
➡️ Berat yang naik mula stagnant
➡️ Berat mula menyusut

PERINGKAT 4 (diabetes berserta komplikasi)
➡️ Banyak keruntuhan sel, salur darah, saraf sudah berlaku
➡️ Gigi gugur
➡️ Guano mudah berdarah
➡️ Sendi rosak, ligamen koyak
➡️ Hati berlemak
➡️ Serangan jantung & strok
➡️ Kegagalan fungsi buah pinggang

Sila ikuti kami untuk perkongsian pemakanan & kesihatan di chanel telegram: https://t.me/ifhd_official



Beza sangat kan saiz karot dari China sebesar penumbuk. Yang kecik molek tu dari Australia.Sebolehnya elak segala sayura...
15/07/2024

Beza sangat kan saiz karot dari China sebesar penumbuk. Yang kecik molek tu dari Australia.

Sebolehnya elak segala sayuran/buah dari China atas isu pencemaran racun, baja penggalak berleluasa dan isu tanah yang toksid.

Dan jangan beli 'baby carrot' yang kecik comel molek. Itu sebenarnya dari hampas dan sisa karot yang dibentuk, diproses semula dan direndam dengan larutan pengawet kimia.

Beli nak mudahkan tak payah potong. Kukus dan masak konon nak buat snek 'sihat' untuk ANAK-ANAK. Tapi bahaya mengundang 🥲

Sila sertai kami untuk perkongsian pemakanan & kesihatan di: https://t.me/ifhd_official

PENYESALAN TAK BERKESUDAHAN 😥Ada sorang abang ni umur awal 40-an.Kebetulan abang tu ada pasang fistula. Jadi terkeluar l...
03/07/2024

PENYESALAN TAK BERKESUDAHAN 😥

Ada sorang abang ni umur awal 40-an.Kebetulan abang tu ada pasang fistula. Jadi terkeluar la cerita pasal sakit buah pinggang dah tahap kena dialisis, diabetes teruk dari gemuk sampai keding badan. Dulu kerja tukang rumah, sekarang dah tak bekerja. Hanya harapkan duit bantuan RM450 sebulan & gaji isteri bekerja kampung RM30 sehari.

Riak wajah memang kesian & dia sendiri menyesal sangat² tak jaga kesihatan. Mulut dia tak berhenti duk pesan minta jaga anak² jangan bagi makan benda merapu, cekedis, air gas, manggi. Sebenarnya dia sendiri terkejut, bila pergi jumpa Dr tu buah pinggang dah tahap teruk. Tak sempat ikhtiar buat apa dah nak kena standby cuci.

Sekarang rutin mingguan 3x seminggu wajib kena dialisis. Yang paling sadis, dia bagitau kat pusat dialisis dah ramai anak² muda pun kena dialisis dah 😭😭. Tu yang dia pesan sungguh-sungguh. Sebab menyesal sangat dah sekarang.

Masa dia muda dulu makan ikut sedap mulut je. Apa orang kata tak kisah dah, janji tertunai selera, semua bedal. Sekarang menyesal tak nampak jalan dengan isteri masih muda 30-an, anak 2 orang kecil masih bersekolah.

Bayangkan perasan hati seorang lelaki bila tanggungjawab sebagai suami & ayah tak dapat nak buat betul-betul. Boleh tertekan dan rasa diri tak berguna 🥹

p.s: kalian minta sangat pantau apa yang anak² makan kat sekolah, apa yang dia beli. Kat luar pagar sekolah, dah macam² penjual. Depa kadang kenyang makan benda merapu. Dan tolong sangat cakna buat SARINGAN pemeriksaan darah bila dah cecah masuk 30-an.




Kolesterol LDL dengan bantuan HOMOCYSTEINE akan menghasilkan 'plaque' risiko sumbatan di saluran darah.Jangan panik jika...
27/12/2023

Kolesterol LDL dengan bantuan HOMOCYSTEINE akan menghasilkan 'plaque' risiko sumbatan di saluran darah.

Jangan panik jika kolesterol tinggi terus nak telan statin

Badan akan jana extra kolesterol mengikut keperluan badan. Ironinya Jika badan optimum, badan tidak akan hasilkan kolesterol terlalu banyak.

LDL juga ada subfraction iaitu

Small dense
Medium
Large

The bigger the better
The smaller the BAD
The smallest LDL paling jahat.

📌 Sekiranya ingin repeat test kolesterol. Rujuk asas list ini :

🩸HDL > 1.3
🩸LDL < 3
🩸Trigliserid < 1.7

🩸hsCRP ( risiko jantung)
< 1 : low risk
1 - 3 : average risk
> 3 : high risk

🩸Homocysteine < 13
Jika tinggi, indikasi inflamasi iaitu kerosakan saluran darah.

👉Sila ikuti group telegram kami IFHD Official untuk mengikuti info-info kesihatan dan diet yang terkini : https://t.me/ifhd_official




22/11/2023

[ GOUT ] JANGAN PANTANG TERUS SEGALA JENIS BUAH

Ada beberapa Jenis buah yang boleh dimakan oleh Pesakit Gout, tapi bergantung kepada tahap gout mereka sendiri.

Bagaimana cara nak turun berat?Kalau betul kurangkan makanan dan senaman berkesan kenapa berat naik kembali?Adakah keran...
21/11/2023

Bagaimana cara nak turun berat?

Kalau betul kurangkan makanan dan senaman berkesan kenapa berat naik kembali?

Adakah kerana kita kena teruskan kurang makan dan senaman?

Bila kita remaja kita aktif.
Usia meningkat kita tak aktif.
Adakah faktor umur.

Kenapa ada yang mulai penat seawal usia 30 dah mulai penat.
Kenapa di negara Jepun mereka usia 80 masih berupaya menjadi pemandu lori ?
Selagi kita tak faham konsep ini.
Kita masih lagi nak bertanya dan mencari menu kurus.
Kita tidak akan capai kejayaan.

Kerana langkah yang anda perlukan adalah:

✅Menu makan yang anda boleh istiqomah makan dengan selesa.
✅Ketepatan pemilihan bahan mentah berkualiti tinggi.
✅Portion makanan haruslah bergantung kepada berat terkini dan aktiviti anda.
✅Proses IF yang tidak menyalakan signal lapar melampau.
✅Kuantiti makanan pembaikian mengikut keadaan tahap kritikal anda.

Proses healing crisis yang anda sedari dan kemajuan badan boleh nampak ketara:

1. Anda makin bertenaga sepanjang hari.
2. Anda tidak cepat lapar.
3. Kulit anda makin berseri
4. Daya tumpuan akan menjadi mantap..

Sekiranya selama ini anda berdiet anda tidak nampak progress diatas.
Anda makin tidak gembira
Anda makin penat.
Craving anda membuak buak.

Ini bermakna anda sudah berjalan di landasan tidak tepat.

Berat anda turun akan terus turun namun akan naik kembali.

❤️ Team IFHD

Nak Kami Bantu ANDA
https://geefiwellness.com/

👉Sila ikuti chanel Telegram IFHD kami untuk info² kesihatan dan diet pemakanan terkini: https://t.me/ifhd_official




Address

PT 412, Tingkat 2, Jalan Kebun Sultan
Kota Bharu
15350

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Diet IFHD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Diet IFHD:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram