03/11/2025
Beberapa minggu lepas, seorang pesakit datang ke klinik dan mengadu sakit pada ibu jari kaki. Pesakit tersebut cuba potong sendiri kuku yang tumbuh ke dalam, tetapi akhirnya kawasan itu makin bengkak dan bernanah akibat tekanan dari tepi kuku yang menusuk ke kulit.
Setelah diperiksa oleh doktor, beliau mengalami ingrown toenail atau dipanggil kuku cengkam dengan jangkitan ringan.
Rawatan dilakukan dan pesakit diberi ubat serta nasihat penjagaan kaki di rumah.
π¦Ά Apa Itu Ingrown Toenail (Kuku Tumbuh Ke Dalam)?
Kuku tumbuh ke dalam (ingrown toenail) berlaku apabila tepi kuku, biasanya di ibu jari kaki, tumbuh dan menekan masuk ke dalam kulit sekelilingnya. Ini boleh menyebabkan sakit, bengkak, kemerahan, dan kadang-kadang terkena jangkitan.
π Punca-Punca Biasa:
β
Memotong kuku terlalu pendek atau tidak lurus
β
Memakai kasut yang sempit atau ketat
β
Kecederaan pada kuku kaki
β
Kuku secara semula jadi melengkung ke dalam
β
Kebersihan kaki yang kurang dijaga
β οΈ Tanda-Tanda:
* Sakit di bahagian tepi kuku
* Kemerahan dan bengkak
* Keluar nanah (jika ada jangkitan)
* Sukar berjalan kerana rasa tidak selesa
π‘ Cara Rawatan:
πΉ Tahap ringan: Rendam kaki dalam air suam 2β3 kali sehari, jaga kebersihan, dan pakai kasut longgar.
πΉ Tahap sederhana/teruk: Jumpa doktor. Doktor mungkin akan membersihkan kawasan terlibat, beri ubat antibiotik, atau melakukan prosedur kecil untuk keluarkan bahagian kuku yang tumbuh ke dalam.
π₯ Nasihat Dari Klinik:
π Jangan cuba potong sendiri kuku yang tumbuh ke dalam jika dah bengkak atau bernanah.
π Datang ke klinik untuk rawatan awal β lebih cepat dirawat, lebih cepat sembuh!
Gambar dibawah merupakan pembedahan kecil sebelum dan selepas yang dilakukan disebabkan ingrown toe nail. Doktor telah membuang kuku yang yang tumbuh ke dalam yang menyebabkan bengkak dan luka dikawasan ibu jari.
Pesakit diberi antibiotik dan dinasihatkan untuk memotong kuku dengan cara yang betul supaya ingorwn toe nail tidak berulang lagi.
π Klinik Tegoh
π Hubungi kami di 09-7409681 /
π²https://wa.me/601155001882
π
Waktu operasi:
9.00 pagi- 1.00 tengahari
2.00 petang- 5.00 petang
8.00 malam-10.00 malam
π¬ βKaki sihat, langkah pun selesa!β