Prostar Kota Bharu

Prostar Kota Bharu PROSTAR adalah singkatan kepada Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja. PROSTAR berkonsepkan Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja.

Program ini menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah Hidup Sihat Tanpa AIDS. Sebagai PRS mereka dilatih untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada remaja yang lain. Program ini diperkenalkan oleh KKM dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja. Idea penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun 1995 hasil perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 1996 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ini diikuti dengan penerbitan dan penggunaan manual latihan PROSTAR pada tahun yang sama.

I
19/01/2018

I

16/01/2018
9 Disember 2017IM4U UMK & PROSTAR KBMenyertai program Gotong Royong Mega (Bersepadu Perangi Aedes) peringkat negeri Kela...
10/12/2017

9 Disember 2017

IM4U UMK & PROSTAR KB

Menyertai program Gotong Royong Mega (Bersepadu Perangi Aedes) peringkat negeri Kelantan. Banyak hadiah yang Kita bawa balik, tahniah semua.

Amalan Tidur Yang Baik
27/07/2017

Amalan Tidur Yang Baik

Penyakit Gastrik: Ketahui punca/penyebab. Tip atasi masalah gastrik.
16/05/2017

Penyakit Gastrik: Ketahui punca/penyebab. Tip atasi masalah gastrik.

Hari Tibi Sedunia 24 Mac 2017Bersatu Ke arah Malaysia Bebas Tibi.
23/03/2017

Hari Tibi Sedunia 24 Mac 2017
Bersatu Ke arah Malaysia Bebas Tibi.

Ubat kumur biasa digunakan untuk berkumur atau membersih mulut namun terdapat juga kesan sampingan terhadap penggunaan u...
28/02/2017

Ubat kumur biasa digunakan untuk berkumur atau membersih mulut namun terdapat juga kesan sampingan terhadap penggunaan ubat kumur ini. Baca tips penggunaan ubat kumur di sini -> https://goo.gl/IKjZLW

Jangkitan cacing membahayakan kesihatan. Ketahui langkah-langkah pengawalannya.
11/02/2017

Jangkitan cacing membahayakan kesihatan. Ketahui langkah-langkah pengawalannya.

Kenyataan Akhbar KPK 3 Februari 2017 – Taman Awam dan Taman Negara Sebagai Tempat Dilarang Merokok dan Pemansuhan Peratu...
03/02/2017

Kenyataan Akhbar KPK 3 Februari 2017 – Taman Awam dan Taman Negara Sebagai Tempat Dilarang Merokok dan Pemansuhan Peraturan 21 PPPKHT 2004

Bermula 1 Februari 2017, di bawah Peraturan 11(w) dan 11(x), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan 2017, Taman-Taman Awam di seluruh Malaysia, Taman Negara yang telah diwartakan di bawah Akta Taman Negara 1980 [Akta 226], Enakmen Taman Negara Kelantan, Enakmen Taman Negara Pahang atau Enakmen Taman Negara Terengganu serta Taman-Taman Negeri seperti di dalam jadual kesembilan peraturan ini telah diwartakan sebagai tempat dilarang merokok. Bagi maksud perwartaan Taman-Taman Awam, semua kawasan di Taman Awam adalah dilarang merokok kecuali tempat letak kereta terbuka manakala bagi Taman Negara dan Taman Negeri, tiga tempat utama yang menjadi tumpuan orang awam iaitu menara cerapan, tapak perkhemahan, titian kanopi dan jarak lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi adalah dilarang merokok.
Selaras dengan pewartaan ini, Peraturan 21 iaitu peruntukan bagi hentian pengangkutan awam tidak berhawa dingin, tempat makan berhawa dingin dan stadium terbuka dengan keluasan satu pertiga kawasan merokok adalah dimansuhkan. Ini bermakna semua restoran berhawa dingin adalah seratus peratus kawasan bebas merokok. Penambahan kawasan larangan merokok di bawah Peraturan 11 dan pemansuhan Peraturan 21 PPKHT 2004 bertujuan untuk melindungi golongan bukan perokok dari bahaya asap rokok atau lain-lain produk merokok. Ini adalah selaras dengan Artikel 8, WHO Framework Convention on To***co Control (FCTC) yang telah dianggotai Malaysia semenjak tahun 2005. Selain daripada itu, perluasan kawasan-kawasan dan tempat-tempat dilarang merokok bertujuan untuk mengekang aktiviti merokok di tempat awam supaya budaya ini tidak diterima oleh masyakarat. Bagi mereka yang melakukan kesalahan ini akan didenda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.
Pihak Kementerian Kesihatan menasihatkan agar semua rakyat Malaysia mematuhi peraturan ini dan menyeru agar semua lapisan masyarakat bersama-sama memastikan persekitaran anda terutama di tempat tumpuan awam bebas dari bahaya asap rokok dan lain-lain produk merokok.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

Cegah denggi !
19/01/2017

Cegah denggi !

MERS-CoV : Ketahui tanda, gejala serta langkah pencegahan penyebaran MERS-CoV. (terutamanya kepada mereka yang mengerjak...
20/12/2016

MERS-CoV : Ketahui tanda, gejala serta langkah pencegahan penyebaran MERS-CoV. (terutamanya kepada mereka yang mengerjakan umrah/haji atau melancong ke Timur Tengah)

20/12/2016
Status Bekalan Darah Semasa di Pusat Darah Negara, 16 Disember 2016Semua Kumpulan Darah O, A, B dan AB adalah diperlukan...
19/12/2016

Status Bekalan Darah Semasa di Pusat Darah Negara,
16 Disember 2016

Semua Kumpulan Darah O, A, B dan AB adalah diperlukan setiap hari untuk membantu pesakit yang memerlukan.

Manfaat berhenti merokok kepada paru-paru perokok....
05/12/2016

Manfaat berhenti merokok kepada paru-paru perokok....

Kriteria untuk menderma darah.
21/11/2016

Kriteria untuk menderma darah.

Kepada pesakit dan waris pesakit yang menggunakan perkhidmatan kesihatan di hospital/klinik kerajaan, kami amat berbesar...
10/11/2016

Kepada pesakit dan waris pesakit yang menggunakan perkhidmatan kesihatan di hospital/klinik kerajaan, kami amat berbesar hati di atas kerjasama dan keprihatinan anda semasa berada di fasiliti kami. Terima kasih kami ucapkan..Budi Bahasa Budaya Kita

10/11/2016

Address

Kota Bharu
15200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Prostar Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram