Mentari HUSM

Mentari HUSM Memperkenalkan dan mempromosikan aktiviti rehabilitasi psikiatri HPUSM

21 Oktober 2025Lawatan dari IPG Kota Bharu ke Jabatan Psikiatri HPUSMJabatan Psikiatri menerima kunjungan hormat daripad...
22/10/2025

21 Oktober 2025

Lawatan dari IPG Kota Bharu ke Jabatan Psikiatri HPUSM

Jabatan Psikiatri menerima kunjungan hormat daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu dalam satu sesi lawatan dan perkongsian ilmu. Lawatan ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada para pensyarah dan bakal pendidik mengenai pengurusan kesihatan mental dalam komuniti serta peranan perkhidmatan psikiatri dalam sistem kesihatan negara.

Delegasi IPG turut dibawa melawat beberapa unit di bawah Jabatan Psikiatri termasuk:

✅ Wad Psikiatri
✅ Klinik Pesakit Luar Psikiatri
✅ Unit Wiser
✅ Unit Mentari

Melalui sesi taklimat, lawatan dan perkongsian interaktif ini, para peserta diberi pendedahan tentang:

Peranan perkhidmatan psikiatri dalam rawatan, pemulihan dan sokongan psikososial.

Fungsi Unit Mentari dalam memperkasa pemulihan psikiatri berasaskan komuniti.

Pendekatan intervensi kesihatan mental dalam komuniti dan institusi pendidikan.

Kepentingan kerjasama antara agensi dalam meningkatkan kesedaran kesihatan mental.

Lawatan ini juga membuka ruang kepada jaringan kerjasama antara Jabatan Psikiatri dan IPG Kota Bharu, khususnya dalam aspek pendidikan kesihatan mental dan intervensi awal dalam kalangan pelajar serta komuniti sekolah.

Pihak Jabatan Psikiatri dan Unit Mentari merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada IPG Kota Bharu atas kesudian hadir dan berkongsi pandangan. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan demi kesejahteraan masyarakat dan keseimbangan kesihatan mental semua.

“Kesihatan Mental Tanggungjawab Bersama”

Sambutan Kesihatan Mental Sedunia 2024 tahun disambut dengan Simposium Kesihatan Mental Di tempat kerja selaras dengan t...
17/10/2024

Sambutan Kesihatan Mental Sedunia 2024 tahun disambut dengan Simposium Kesihatan Mental Di tempat kerja selaras dengan tema sambutan

“Utamakan kesihatan mental di tempat kerja”

Mentari sediakan pameran dan jualan sempena program. Terima kasih kepada yang terus menyokong Mentari HUSM

[ RAMADAN MENTARI@HUSM ]Aktivti bulan Ramadan pelatih kami agak berbeza daripada latihan rutin mereka.Setiap pagi pengis...
18/03/2024

[ RAMADAN MENTARI@HUSM ]

Aktivti bulan Ramadan pelatih kami agak berbeza daripada latihan rutin mereka.

Setiap pagi pengisian rohani dan tazkirah ringkas diadakan sebelum mulakan tugas masing-masing.

Minggu ni dah mula buat kuih raya. Seronok pelatih-pelatih dapat lakukan aktivti dan insyaAllah dapat jana pendapatan masing. Memang hasil tangan mereka. Dari beli bahan, buat adunan, membakar, membungkus dan memasarkan produk.

Jadi sesiapa yang berminat untuk membeli dan buat tempahan raya. Boleh hubungi 09-7674233 untuk buat tempahan.

Almond London RM18/30 biji

Alhamdulillah. Syukur Allah masih mengizinkan kita menjadi tetamu Ramadan. Semoga diampun dosa dan ditingkatkan taqwaSel...
11/03/2024

Alhamdulillah. Syukur Allah masih mengizinkan kita menjadi tetamu Ramadan.

Semoga diampun dosa dan ditingkatkan taqwa
Selamat beramal beribadat

Bersempena Karnival Kesihatan Mental USM 2023Jabatan Psikiatri dengan kerjasama PERSIKOL akan menganjurkanFun Walk“MINDF...
15/09/2023

Bersempena Karnival Kesihatan Mental USM 2023

Jabatan Psikiatri dengan kerjasama PERSIKOL akan menganjurkan

Fun Walk
“MINDFUL STEPS : Ppakat Jale Jiwa Lene”

Daftar Sekarang!
https://bit.ly/MINDFULSTEPS

Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke-66Malaysia!!Merdeka !Merdeka !Merdeka !Ikhlas daripada Warga Kerja Mentari Hospital USM
31/08/2023

Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke-66
Malaysia!!

Merdeka !
Merdeka !
Merdeka !

Ikhlas daripada
Warga Kerja Mentari Hospital USM

[ PROGRAM KELESTARIAN HIJAU @ MENTARI KAFE ]HIJAU BUMI TUHANSiapa yang dapat menyangkal keistimewaan lagu dari Kumpulan ...
23/08/2023

[ PROGRAM KELESTARIAN HIJAU @ MENTARI KAFE ]

HIJAU BUMI TUHAN

Siapa yang dapat menyangkal keistimewaan lagu dari Kumpulan XPDC ini. Bait-bait lirik yang sungguh syahdu memuji keindahan ciptaan Tuhan dan bagaimana manusia berinteraksi dengan alam sekeliling.
Malaysia memang damai dengan alam semulajadi dan masyarakat yang terbilang, justeru sudah menjadi kewajipan dan tugas kita untuk sama-sama memelihara dan memulihara alam sekitar dengan sebaiknya. Bersama-samalah kita mengekalkan dan jangan dimusnahkan amanah yang telah diberi oleh Allah S.WT menerusi firmanNYA,

“Allah jua yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya), dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya, “Jadilah engkau”, lali jadialah ia.
(Al-Baqarah : 117).

Sejajar dengan Program Kelestarian, Mentari Hospital USM mengambil peranan bersama-sama meningkatkan kesedaran dan menggerakan usaha solidariti Masyarakat dunia terhadap kepentingan melestarikan alam sekitar. Bumi yang Allah ciptakan untuk kita, HANYA SATU BUMI, bersamalah kita lindungi. IT’S START WITH YOU.

Jalani sahaja dengan ikhlas, nanti Tuhan yang akan membalas.

Hasil Sulong !!!Sawi (Lobok) untuk dijual. Gembira sungguh pelatih dengan hasil usaha mereka.Bagi yang berminat untuk me...
12/06/2023

Hasil Sulong !!!

Sawi (Lobok) untuk dijual. Gembira sungguh pelatih dengan hasil usaha mereka.

Bagi yang berminat untuk membeli hasil tanaman ini. Hubungi Mentari 09-7674233 untuk tempahan.
Stok terhad.

Address

HPUSM Kubang Kerian
Kota Bharu
16150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mentari HUSM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Mentari HUSM:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram