Derma Darah Kelantan

Derma Darah Kelantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Derma Darah Kelantan, Hospital, Pusat Derma Darah HRPZII, Kota Bharu.
(1)

Perkhidmatan Perubatan Transfusi KKM Negeri Kelantan bertanggungjawab untuk membuat kutipan darah dan membekalkan bekalan darah ke Hospital KKM dan Hospital Swasta di seluruh Negeri Kelantan

NAK MENANG HADIAH RM500?Jom sertai  Pertandingan Video Pendek Derma Darah Kelantan 2026. Tema: Kenapa Perlu Derma Darah?...
09/04/2026

NAK MENANG HADIAH RM500?
Jom sertai Pertandingan Video Pendek Derma Darah Kelantan 2026.

Tema: Kenapa Perlu Derma Darah?
Tarikh Tutup: 14 Jun 2026

Hadiah utama: RM500
3 x Hadiah Saguhati: RM200

Syarat Penyertaan
- Warganegara Malaysia
- Umur 16 tahun dan ke atas
- Video: vertical 9:16, maksimum 2 minit

Scan QR code di infografik untuk penyertaan dan syarat-syarat penuh, atau klik link ini https://forms.gle/KzXmezsw89Z22ZPWA

Peserta juga digalakkan untuk muatnaik video anda di media sosial anda, tag Derma Darah Kelantan dan gunakan

Jom tunjuk bakat anda dan jadilah sebahagian daripada wira penyelamat nyawa!

Kemalangan jalan raya boleh berlaku tanpa diduga. Dalam sekelip mata, nyawa boleh berada di  hujung tanduk.Dalam satu ke...
08/04/2026

Kemalangan jalan raya boleh berlaku tanpa diduga. Dalam sekelip mata, nyawa boleh berada di hujung tanduk.

Dalam satu kejadian baru-baru ini, dua mangsa telah mengalami kecederaan serius hingga memerlukan bantuan darah.

Encik B mengalami pendarahan yang serius akibat kecederaan pelvis. Beliau menerima transfusi 5 unit Darah Merah (Packed Cell) dan 4 unit Fresh Frozen Plasma.

Puan Y p**a mengalami banyak tulang patah di kaki, tangan serta tulang rusuk. Di Kecemasan hospital, beliau menerima transfusi 2 unit Darah Merah.

💔 Bayangkan kegelisahan ahli keluarga mereka melihat insan tersayang terlantar di hospital
❤️ Namun, dengan adanya penderma darah, peluang untuk mereka terus hidup dan sembuh menjadi lebih cerah.
11 orang penderma telah membantu kedua-dua mangsa kemalangan ini.

Sudikah anda membantu pesakit seperti mereka?
Jom derma darah dengan konsisten.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penderma dan Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat yang hadir menjayakan pro...
06/04/2026

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penderma dan Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat yang hadir menjayakan program derma darah di Hospital Tumpat hari ini.

Ucapan terima kasih khas buat Pengarah Hospital Tumpat sendiri, Dr. Tengku Annas Fathy bin Tengku Ahmad yang turut hadir menderma, Ketua Farmasi, Ketua Jururawat, serta wakil daripada Sek. Men. Ugama (Arab) Meheliah Geting dan SMK Tumpat serta semua yang terlibat.

Setiap sumbangan anda amat bermakna 🤍

Siapa pernah perasan, semasa pendermaan darah, beg darah anda ditimbang. Jika anda menderma dengan beg darah 450ml, beg ...
06/04/2026

Siapa pernah perasan, semasa pendermaan darah, beg darah anda ditimbang.

Jika anda menderma dengan beg darah 450ml, beg darah perlu mencapai berat sekitar 450g. Jika anda menderma dengan beg darah 350ml, beg darah perlu mencapai berat sekitar 350g.

Beg darah perlu mencapai timbangan tertentu untuk mencapai kualiti dan piawaian yang ditetapkan. Jika berat beg darah kurang atau melebihi dari berat yang sepatutnya, kualiti darah akan terjejas.

Sebab itulah jururawat kami sentiasa tengok penimbang semasa pendermaan darah. Bila dah sampai ke timbangan yang dikehendaki, barulah jarum derma darah akan dicabut.

Menu di Pusat Derma Darah HRPZ II untuk bulan 4 ini ialah NASI MINYAK. Khas untuk 20 penderma terawal. Ada juga telur re...
05/04/2026

Menu di Pusat Derma Darah HRPZ II untuk bulan 4 ini ialah NASI MINYAK.
Khas untuk 20 penderma terawal. Ada juga telur rebus dan kuih.

Jom pakat datang derma darah di sini. Ada 5 lot parkir kereta dan 1 lot parkir motosikal disediakan khas untuk penderma. Tempat pun selesa dan ber'aircond'.

Waktu operasi Pusat Derma Darah HRPZ II
Ahad - Rabu: 8am - 4.30pm
Khamis: 8am - 3pm
Google maps https://maps.app.goo.gl/fR93ozQG2xLQhpM88?g_st=ic

Untuk penderma ke-21 dan seterusnya, serta penderma di derma darah bergerak (mobile blood drive), goodies makanan kering disediakan.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penderma darah yang sudi hadir dan menderma dalam Prog...
03/04/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penderma darah yang sudi hadir dan menderma dalam Program Derma Darah Raya Aidilfitri 2026 semalam.

Terima kasih juga kerana sama-sama menjayakan suasana penuh kemeriahan dengan jamuan raya yang disediakan. Ada juga yang dapat bawa balik hamper cabutan bertuah☺️

Semoga segala kebaikan anda dibalas dengan ganjaran berlipat kali ganda 🤲🏻

Jumpa lagi di program akan datang!

Siapa boleh jawab? 🤔🧐
03/04/2026

Siapa boleh jawab? 🤔🧐

Jom jadi wira tanpa perlu memakai jubah! 💪Setiap titisan darah anda mampu menyelamatkan nyawa ❤️Berikut adalah lokasi pe...
02/04/2026

Jom jadi wira tanpa perlu memakai jubah! 💪
Setiap titisan darah anda mampu menyelamatkan nyawa ❤️

Berikut adalah lokasi pendermaan darah sepanjang minggu ini..



Penderma O negatif diperlukan di Kelantan. Kami memohon anda untuk hadir menderma darah segera. Jadual derma darah terki...
01/04/2026

Penderma O negatif diperlukan di Kelantan.
Kami memohon anda untuk hadir menderma darah segera.

Jadual derma darah terkini: facebook.com/share/p/1J9XMmYf9F/?mibextid=wwXIfr

Hubungi 097452897 atau rujuk https://linktr.ee/dermadarahkelantan untuk info lanjut

✨ JOM DERMA DARAH SAMBIL RAIKAN AIDILFITRI! ✨Sempena Aidilfitri 2026, kami menjemput anda semua untuk bersama-sama mence...
31/03/2026

✨ JOM DERMA DARAH SAMBIL RAIKAN AIDILFITRI! ✨

Sempena Aidilfitri 2026, kami menjemput anda semua untuk bersama-sama menceriakan Syawal dengan satu amalan mulia

🩸 Derma Darah Raya
📅 Khamis | 2 April 2026
📍 Pusat Derma Darah, HRPZ II

⏰ Waktu operasi bermula seawal 8.00 pagi

🍽️ Jamuan Raya khas akan disediakan bermula 10.00 pagi untuk 70 penderma terawal!

Derma darah bukan saja selamatkan nyawa, tapi juga jadi “hadiah raya” paling bermakna buat mereka yang memerlukan 🫶

Raya ni, jom kita kongsi rezeki dengan cara yang paling ikhlas. Setitik darah anda, harapan untuk seseorang.

👉 Tag kawan, ajak sekali! Jumpa anda di sana!

30/03/2026

Bekalan darah Kelantan masih rendah. Mohon warga Kelantan yang layak untuk hadir menderma darah

Alhamdulillah, 214 beg darah berjaya dikutip pada hujung minggu  Jumaat dan Sabtu lepas. Terima kasih kepada semua pende...
29/03/2026

Alhamdulillah, 214 beg darah berjaya dikutip pada hujung minggu Jumaat dan Sabtu lepas.

Terima kasih kepada semua penderma yang telah hadir.
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء

Namun stok darah kami masih belum pulih sepenuhnya. Lebih ramai lagi penderma darah diperlukan.
Bagi yang belum hadir, jom luangkan masa anda untuk bantu pesakit yang memerlukan.

Follow Telegram Channel atau Whatsapp Channel Derma Darah Kelantan untuk jadual program derma darah terkini
https://t.me/dermadarahkelantan
https://whatsapp.com/channel/0029VbAcuXn7z4kZ0nQ1WD2Z

Address

Pusat Derma Darah HRPZII
Kota Bharu
15586

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 16:30

Telephone

+6097452897

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Derma Darah Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Derma Darah Kelantan:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category