16/08/2025
Alhamdulillah, pada 14 OGOS 2025, telah berjaya mengadakan sesi LATIHAN KEBAKARAN bersama JABATAN BOMBA MALAYSIA.
Seramai lebih kurang 10 orang anggota bomba telah hadir memberi taklimat dan demostrasi memadamkan KEBAKARAN kepada guru dan pelajar.
5 orang guru dan 12 orang pelajar telah menyertai aktiviti ini.
Guru-guru juga di beri taklimat penuh tentang tindakan dan keputusan yang seharusnya di ambil sekira nya berlaku kecemasan. Selain itu, para guru juga diberi peluang melakukan praktikal cara memadam api dengan memggunakan pemadam api.
Terima kasih buat semua guru yang be kerja sama dalam memastikan semua anak-anak pelajar dapat mengikuti aktiviti ini dan merasai pengalaman menaiki track bomba.
Bukan mudah untuk memastikan semua pelajar berkeperluan khas(autism) dapat mengikuti aktiviti yang berjalan selama hampir 2 jam ini.
Walaupun di pertengahan waktu, terdapat pelajar yang sudah tidak mampu menunggu, namun dengan pengalaman dan kepakaran yang ada pada guru, guru dapat menenangkan pelajar dan memastikan pelajar dapat bertahan sehingga tamat aktiviti.
Dengan berakhirnya latihan kebakaran ini, menunjukkan dalam fasa mengikuti semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak keselamatan. In syaa ALLAH, latihan ini akan berulang dari semasa ke semasa bagi memastikan para guru bersedia untuk bertindak sekira nya berlaku kecemasan.
Pada tahun hadapan, akan mengadakan kursus keselamatan bersama APM p**a. Kepada mana-mana pihak pengurusan taska/tadika/pusat jagaan yang berminat menyertai kursus tersebut bersama kami, boleh hubungi kami di talian
https://wa.me/60182095377 untuk maklumat lanjut.