Bekam Klinikal Bergerak rm30

Bekam Klinikal Bergerak rm30 " kesembuhan itu terdapat dalam 3 hal; minum madu, berbekam dan kayy , aku tidak menyarankan kayy "
( hadis bukhari&muslim )

Program bekam sambil menderma utk mencari dana penambahbaikan masjid al-Quddus kg paya bemban ( berhadapan Sek Keb Islah...
01/10/2016

Program bekam sambil menderma utk mencari dana penambahbaikan masjid al-Quddus kg paya bemban ( berhadapan Sek Keb Islah kota bharu )

Tarikh :
jumaat & sabtu ( 30 sept & 1 okt 2016)

Masa:
9pagi - 6petang

Tempat:
Koperasi masjid al-Quddus

Anjuran:
Kerjasama antara koperasi qariah masjid al-Quddus dan bekam klinikal bergerak( BKB ) dan pusat bekam al-muntazar

***jemput datang beramai-ramai, bayaran seikhlas hati

.....Hadis2 tentang Bekam....."Semasa aku berjalan pada malam isra' bersama para malaikat, mereka selalu berkata, "Hai M...
01/05/2016

.....Hadis2 tentang Bekam.....

"Semasa aku berjalan pada malam isra' bersama para malaikat, mereka selalu berkata, "Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam."
(HR Sunan Abu Daud, Ibnu Majah, Sahih Jami'us Shaghir)

Hadis yang berasal dari Ibnu Abbas R.A yang bererti dalam sabda Nabi Muhammad S.A.W "Bahawa kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, yakni minum madu, sayatan alat bekam dan bakaran api (Al-Khayy), Sesungguhnya aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api."
(Shohih al-Bukhari, Ath-Tibb, Juz1, hal 5680)

"Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu gunakan adalah berbekam."
(Muttafaq ‘alaihi, Sahih Bukhari [no. 2280])

"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam dibahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit."
(Hadis riwayat At Thabrani)

Dari Ibnu Abbas R.A, Nabi Muhammad S.A.W bersabda, "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam (Al-Hajjam) kerana ia mengeluarkan darah kotor, meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya."
(HR. Tirmidzi, Hasan Gharib)

Dari Anas bin Malik R.A, berkata, "Nabi Muhammad S.A.W pernah berbekam ketika beliau tengah berihram karana rasa sakit di kepalanya."
(Sahih Ibnu Khuzaimah, Karyaal-A’zhami)

Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit."
(Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Dari Ibnu Abbas R.A, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda, "Berbekamlah pada hari ke-17 dan ke-21, sehingga darah tidak akan mengalami hipertensi yang dapat membunuh kamu."
(Kitab Kasyful Astaar ‘anZawaa-idil Bazar, Karyaal-Haitsami)

....Bekam Terhadap Sistem Saraf....1) Bekam berperanan merangsang hujung saraf sensori di kulit sehingga menyebabkan ber...
16/03/2016

....Bekam Terhadap Sistem Saraf....

1) Bekam berperanan merangsang hujung saraf sensori di kulit sehingga menyebabkan berkurangnya rasa sakit melalui mekanisme Gate Control Theory iaitu menyibukkan jalur-jalur saraf yang menghantar signal rasa sakit dengan stimulus rasa sakit yang lebih ringan (bekam), sehingga signal rasa sakit tidak sampai ke otak.
Bekam tidak hanya mengatasi rasa sakit pada bahagian yang diterapi tetapi kesannya juga mencapai bahagian-bahagian lain yang berkaitan dengan saraf-saraf ini.

2) Bekam berperanan mengatur signal dan meningkatkan kelajuan sampainya signal saraf yang keluar dari sumsum tulang belakang yang berkaitan dengan seluruh organ tubuh sehingga mengatur kerja organ-organ tersebut.

3) Bekam berperanan mengatasi pelbagai masalah sistem saraf simpatik yang timbul kerana kecemasan, takut dan kemurungan.
Gangguan masalah-masalah ini yang menyebabkan timbulnya masalah lain seperti sakit kepala kronik (migraine), keletihan dan tekanan darah tinggi.
Caranya dengan mengatur signal saraf pada sistem saraf simpatik.

4) Walaupun pesakit merasakan sedikit sakit ketika melakukan terapi bekam, namun banyak pesakit dan kanak-kanak yang tidur ketika sedang menjalani terapi bekam.
Ini boleh dianggap sebagai kesan bekam terhadap sistem saraf, walaupun sampai sekarang belum diketahui bagaimanakah proses terjadinya efek tersebut.

....Bekam Terhadap DARAH....1) Bekam merangsang peredaran darah di tubuh secara umum melalui bahan Nitrate Oxide yang be...
13/03/2016

....Bekam Terhadap DARAH....

1) Bekam merangsang peredaran darah di tubuh secara umum melalui bahan Nitrate Oxide yang berperanan meluaskan pumbuluh darah.
Profesor Kentaro Takagi, pensyarah di Universiti Nagoya, menegaskan bahawa semua terapi yang merangsang dan mengaktifkan sirkulasi darah di kulit, bermanfaat untuk meningkatkan respon system perjalanan darah di dalam tubuh secara umum.
Kesan sama juga dijadi daripada kuatnya sedutan yang ditimbulkan oleh bekam terhadap bahagian yang diterapi.

2) Bekam berperanan mengurangkan darah dan cecair yang mengakibatkan proses pembengkakan dengan cara mengeluarkan cecair-cecair ini dari celah-celah sel.
Begitu p**a zat-zat yang pencetus pembengkakan juga dikeluarkan, misalnya histamine.

3) Bekam juga berperanan:

a) Meningkatkan jumlah sel darah merah.
b) Meningkatkan jumlah sel darah putih.
c) Mengubah darah yang terlalu acidic menjadi proposional
d) Membersihkan darah, sebagaimana dikatakan oleh Dr. Katashi, pensyarah di Universiti Osaka.

....Bekam Terhadap Sistem PENCERNAAN....1) Kuatnya sedutan alat bekam mengatur pengeluaran asid perut dan enzim pencerna...
11/03/2016

....Bekam Terhadap Sistem PENCERNAAN....

1) Kuatnya sedutan alat bekam mengatur pengeluaran asid perut dan enzim pencernaan yang ada di perut, sehingga meningkatkan kualiti pencernaan dan penyerapan makanan.

2) Bekam berperanan mengatur gerakan usus (intestinal motility) melalui kuatnya sedutan langsung atau melalui stimulasi saraf, terutama saraf vagus (nervus vagus) yang berhubung dengan usus melalui beberapa bahagian di belakang.

3) Bekam juga berperanan merangsang sel hati dan sel pankreas serta memperbaiki fungsinya.

....Kebaikan Bekam Terhadap TULANG....1) Bekam berperanan merangsang peredaran darah di dalam sendi sehingga mengurangka...
10/03/2016

....Kebaikan Bekam Terhadap TULANG....

1) Bekam berperanan merangsang peredaran darah di dalam sendi sehingga mengurangkan sakit yang disebabkan oleh penyakit reumatik dan lain-lain.

2) Nitrate Oxide (NO) berperanan mengurangkan bengkak dan tertahannya cecair di sendi akibat pembengkakan.

3) Bekam berperanan merangsang synovial membrane untuk mengeluarkan synovial fluid yang berfungsi mengurangkan pergeseran sendi, memudahkan gerak dan akhirnya juga dapat mencegah dari berlakunya kesakitan sendi.

4) Dengan sedutan cup yang kadang-kadang mencapai 10 cm dari kulit, dapat meningkatkan rangsangan terhadap selaput di sekeliling tulang (periostium) untuk membina tulang dan meningkatkan kadar kalsium tulang.

5) Bekam berperanan mengeluarkan bahan-bahan merbahaya yang mengendap (stagnant) di sendi seperti kristal-kristal uric acid yang disebabkan oleh penyakit gout dan telah menyebabkan kesakitan sendi.

Nota: Namun, jika kristal-kristal sudah menjadi terlalu keras dan degil, agak sukar untuk dikeluarkan melalui bekam. Jadi, sangat di sarankan bagi mereka yang masih dalam PERINGKAT AWAL untuk SEGERA mendapatkan rawatan bekam darah.

....Kebaikan Bekam Terhadap OTOT (Muscles)....1) Bekam berperanan merangsang peredaran darah di otot sehingga menghilang...
08/03/2016

....Kebaikan Bekam Terhadap OTOT (Muscles)....

1) Bekam berperanan merangsang peredaran darah di otot sehingga menghilangkan kekejangan otot (muscle cramp).

2) Bekam menghantar oksigen yang diperlukan oleh tisu di otot (muscle tissues), meningkatkan penyerapan oksigen oleh sel-sel setelah pembekaman, sehingga menguatkan dan memperbaiki fungsi otot.

3) Bekam juga mengeluarkan lactic acid dari otot sehingga menghilangkan keletihan dan sumbatan di otot.

....Kebaikan Bekam Terhadap KULIT.... ✌1) Bekam berperanan merangsang folikel rambut dengan meningkatkan peredaran darah...
07/03/2016

....Kebaikan Bekam Terhadap KULIT.... ✌

1) Bekam berperanan merangsang folikel rambut dengan meningkatkan peredaran darah ke kulit sehingga meningkatkan bekalan nutrisi yang baik untuk rambut dan akar rambut.

2) Suhu kulit meningkat dan sebuah kawasan berwarna merah terbentuk.
Ini menunjukkan berlakunya peningkatan metabolisme makanan (pembakaran makanan) di kulit dan manfaat yang diperolehi sel-sel kulit dari darah yang sampai kepadanya.

3) Aktiviti kelenjar (gland) peluh dan kelenjar (gland) lemak meningkat, pori-pori kulit membuka setelah dilakukan pembekaman.

4) Peranan bekam tidak terbatas pada pembersihkan darah yang mengendap di kulit (stagnant blood), namun juga membuang bahan-bahan merbahaya yang mengendap di bawah permukaan kulit.
..: Terdapat sebuah kajian yang menunjukkan bahawa seorang lelaki berusia 35 tahun, melihat bulu-bulu halus mulai tumbuh pada bagian dibekam.
Ia panjang dan lebat sehingga mencapai 1.5cm.
Namun, pencapaian ini berlaku setelah menjalani bekam angin/kering sebanyak 140 kali.
Ini menunjukkan bahawa bekam tidak semudahnya dapat membantu seseorang yang mempunyai masalah gugur rambut untuk mendapatkan rambut yang lebat semula tetapi ia tidak mustahil.

Perjanjian kerjasama antara pusat bekam al-muntazar dan syarikat bekam klinikal bergerak 3/3/2016
05/03/2016

Perjanjian kerjasama antara pusat bekam al-muntazar dan syarikat bekam klinikal bergerak 3/3/2016

....Bekam sebagai rawatan alternatif.... http://m.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/bekam-sebagai-rawatan-alternatif-1....
05/03/2016

....Bekam sebagai rawatan alternatif....

http://m.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/bekam-sebagai-rawatan-alternatif-1.148216

Berbekam mungkin dilihat sebagai kaedah rawatan yang mengerikan bagi segelintir individu yang fobia terhadap darah. Tidak kurang juga ada yang ngeri apabila mengenangkan mereka perlu menanggung rasa pedih pada kulit ketika jurubekam melakukan proses vakum bagi mengumpulkan darah dalam cawan (cup) se…

Bekam kurangkan risiko penyakit jantungKOTA BHARU - Bukan sekadar mengawal kolesterol dan tekanan darah tinggi, sebalikn...
05/03/2016

Bekam kurangkan risiko penyakit jantung

KOTA BHARU - Bukan sekadar mengawal kolesterol dan tekanan darah tinggi, sebaliknya bekam kini lebih menyeluruh fungsinya dalam mengurangkan risiko terhadap penyakit kardiovascular.

Juru bekam Klinikal, Prof Dr Ab Aziz Al-Safi Ismail berkata, kaedah rawatan berbekam wujud sejak 1,500 sebelum Masihi dan ia diakui mempunyai keberkesanannya dalam mengawal penyakit kronik yang sering dihadapi rakyat negara ini.

“Malah kajian terbaru yang saya jalankan bersama sepasukan penyelidik dari Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian mendapat penemuan baru apabila mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

“Kajian yang dijalankan ke atas individu sihat, yang menghadapi masalah diabetes dan darah tinggi ini bertujuan mengenal pasti kesan terapi bekam basah dalam kalangan subjek ke atas indeks j***m tubuh, tekanan darah, parameter biokimia, fungsi ginjal dan fungsi endothelial,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurutnya, daripada 93 subjek berumur antara 30 hingga 60 tahun yang menyertai kajian itu, 62 daripadanya tidak mempunyai sebarang penyakit kronik, dan mereka dibahagikan secara rawak serta seimbang kepada kump**an kontrol dan intervensi.

“Manakala selebihnya merupakan kump**an diabetes. Bekam dilakukan ke atas subjek dalam kump**an intervensi dan diabetes, manakala tidak ada intervensi dijalankan ke atas subjek dalam kump**an kawalan,” katanya.

Dr Ab Aziz berkata, dua sesi bekam dijalankan, iaitu pada permulaan kajian, kemudian pada bulan ketiga, sebelum penilaian dilakukan pada peringkat permulaan, bulan pertama, ketiga (sebelum sesi kedua bekam) dan bulan keempat untuk semua peserta.

“Dalam kump**an bekam tanpa diabetes terdapat penurunan signifikan paras gula dalam darah (FBS) dan semua parameter fungsi ginjal (serum urea, kreatinin dan asid urik) daripada permulaan kajian kepada bulan pertama, ketiga, dan keempat.

”Serum trigliserida dan tekanan darah sistolik (SBP) juga menunjukkan penurunan yang signifikan di bulan pertama. Semua profil serum lipid kecuali trigliserida menunjukkan penambahbaikan yang signifikan pada bulan ketiga dan keempat," katanya.

Menjadi fasilitator kursus bekam anjuran perubatan tradisional dan integratif USM Kubang Kerian
04/03/2016

Menjadi fasilitator kursus bekam anjuran perubatan tradisional dan integratif USM Kubang Kerian

Address

PT 820, TINGKAT 1, Jalan LONG YUNUS
Kota Bharu
15300

Opening Hours

Monday 08:00 - 00:00
Tuesday 08:00 - 00:00
Wednesday 08:00 - 00:00
Thursday 08:00 - 00:00
Friday 08:00 - 00:00
Saturday 08:00 - 00:00
Sunday 08:00 - 00:00

Telephone

+60189116703

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bekam Klinikal Bergerak rm30 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram