Kelab Sukan & Kebajikan JBSN Kelantan

Kelab Sukan & Kebajikan JBSN Kelantan Kelab Kebajikan JBS Kelantan merupakan satu organisasi yang ditubuhkan bagi menjaga kebajikan kakita

ZIARAH KASIH KELUARGA KSK JBSNKKota Bharu, 25 Februari 2025 - Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan JBS...
25/02/2025

ZIARAH KASIH KELUARGA KSK JBSNK

Kota Bharu, 25 Februari 2025 - Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan JBSNK merangkap Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) JBSNK bersama Puan Asnita binti Azmi, Setiausaha, Puan Rafizamasturi binti Zakaria, Bendahari, dan Puan Aina Diyyana binti Mokhtar, AJK Kebajikan telah mengadakan Ziarah Kasih menyantuni Puan Farah Shamimi binti Mohamad Shamsuddin , Pembantu Tadbir JBSNK serta keluarga yang kehilangan ibunda tercinta (meninggal dunia) hari ini.

Seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan merakamkan salam takziah kepada Puan Farah Shamimi binti Mohamad Shamsuddin dan ahli keluarga diatas kehilangan ibuanda yang tercinta.

‎إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un
‎اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف
“Allahummagh firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia."

Semoga Allah swt merahmati roh ibuanda Puan Farah Shamimi binti Mohamad Shamsuddin diampunkan segala dosa-dosa dan dimasukkan ke SyurgaNya dengan RahmatNya tanpa hisab serta diberikan kekuatan & kesabaran kepada keluarga.

Al-Fatihah🤲🏻

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN SANTUNI PEGAWAI DAN KAKITANGAN (JBSNK) ADAKAN KURSUS P...
07/08/2024

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN SANTUNI PEGAWAI DAN KAKITANGAN (JBSNK) ADAKAN KURSUS PENGURUSAN STRESS DAN MINDA CERDAS
KOTA BHARU, 7 Ogos 2024 – Situasi stress seringkali dihadapi oleh setiap individu yang bergelar manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan stress? Definisi stress menurut Kamus Dewan Edisi Keempat adalah keadaan resah, cemas dan tegang akibat tekanan mental dan fizikal. Stress terjadi disebabkan pelbagai faktor seperti tekanan kerja, masalah kewangan, masalah rumahtangga, masalah perhubungan dan sebagainya. Stress seringkali juga dikaitkan dengan pembunuh senyap yang dipandang enteng oleh sesetengah pihak. Menyedari hakikat ini Kelab Sukan dan Kebajikan (JBSNK) bersama Bahagian Pentadbiran (JBSNK) telah mengadakan Kurus Pengurusan Stress dan Minda Cerdas kepada semua Pegawai dan Kakitangan JBSNK pada 3-4 Ogos 2024 bertempat di Kompleks Rakan Muda Besut dan Pulau Redang, Penarik Terengganu.

Seramai 51 orang Pegawai dan Kakitangan JBSNK menyertai program tersebut. Pada 3 Ogos 2024 peserta telah melapor diri dan menginap di KoMPRM Besut. Program dimulai dengan taklimat program dan Ceramah Pengurusan Stress dan Kesan Stress Kepada Sesebuah Organisasi. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria Timbalan Pengarah (Sukan) JBSNK. Pada 4 Ogos 2024 p**a, peserta telah berkonvoi ke Jeti Penarik dan berlepas ke Pulau Redang Terengganu.

Peserta telah di latih water confident untuk mencipta keyakinan diri di dalam air sebelum aktiviti snorkeling. Peserta telah berjaya melengkapkan 6 (enam) check-point snorkeling di Pulau Redang. Program ini telah selesai dengan jayanya. Semua Pegawai dan kakitangan JBSNK berpuas hati dengan pelaksanaan program tersebut.

Kesimp**annya, pengurusan stress yang cekap dapat mengurangkan tekanan yang berterusan yang boleh menyebabkan berlakunya kemurungan, kegelisahan, mencetuskan penyakit fizikal dan mental dan secara tidak langsung mengurangkan prestasi dan produktiviti pekerja. Pengurusan stress yang baik di antara majikan dan pekerja dapat menjamin persekitaran pekerjaan yang kondusif dan harmoni sekaligus meningkatkan produktiviti organisasi.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Tahniah kepada semua Penerima Anugerah di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 Dan Apresiasi KBS 2024! Tahn...
12/07/2024

Tahniah kepada semua Penerima Anugerah di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 Dan Apresiasi KBS 2024! Tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023. Semoga terus maju jaya dan menjadi pendorong kepada diri sendiri dan yang lain untuk terus cemerlang

TAHNIAH!

1. Encik Jurik bin Ismail
Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daearah Pasir Puteh
(Bersara Mulai Mei 2024)

2. Puan Nor Farhana binti Ismail
Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Baharu

3. Puan Ainaa Diyyana Binti Mokhtar
Penolong Pegawai Belia dan Sukan
Bahagian Pembangunan Belia JBSN Kelantan

4. Encik Ahmad Ridhwan bin Zazani
Pembantu Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

5. Encik Ahmad Helme Fiadi bin Hairanai
Pembantu Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

6. Encik Adenherizman bin Nordin
Pembantu Tadbir dan Perkeranian Tumpat

Teruskan budaya kerja yang cemerlang dalam mencapai misi dan visi JBSN Kelantan.

Guru,Dalam ajarannya ada harapan,Dalam tegurannya ada doa,Dalam marahnya ada sayang,Dalam diamnya ada kebijaksanaan,Dala...
16/05/2024

Guru,
Dalam ajarannya ada harapan,
Dalam tegurannya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam diamnya ada kebijaksanaan,
Dalam tangannya ada sahsiah terbina.

SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH CIKGU!

Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2024
16/05/2024

Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2024

Tahniah kepada Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Penggal  2024 - 2026 atas ...
08/05/2024

Tahniah kepada Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Penggal 2024 - 2026 atas pelantikan dan kepercayaan yang diberikan oleh ahli-ahli kelab.
Kepercayaan dan tanggungjawab yang telah diberikan adalah satu pengiktirafan terhadap potensi dan komitmen terhadap kelab ini. Semoga dengan kepimpinan baru, kelab akan terus berkembang dan memberi impak positif yang lebih besar lagi.
Selamat bertugas kepada semua Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang baharu, mari kita bersama-sama berusaha untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. Insyaallah.

Mesyuart Agung Tahunan  Kelab Sukan & Kebajikan JBSN Kelantan Penggal 2024-2026.
07/05/2024

Mesyuart Agung Tahunan Kelab Sukan & Kebajikan JBSN Kelantan Penggal 2024-2026.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H 🌙Maaf Zahir dan Batin 💥
09/04/2024

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H 🌙

Maaf Zahir dan Batin 💥

26/03/2024
🏆 TAYANGAN SKRIN BESAR PERLAWANAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2026/ PIALA ASIA 2027🥇Politeknik Kota Bharu dengan kerjasama Jab...
26/03/2024

🏆 TAYANGAN SKRIN BESAR PERLAWANAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2026/ PIALA ASIA 2027🥇

Politeknik Kota Bharu dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan akan menganjurkan Tayangan Skrin Besar Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 antara Malaysia melawan Oman pada ketetapan berikut:

_MALAYSIA vs Oman_
📆 Tarikh : 26 MAC 2024 (SELASA)
⏰ Masa: 8.00 MLM – 1.00 PAGI (waktu perlawanan 10.00 malam)
🏠 Tempat: CAFÉ HARMONI

Sekiranya berminat untuk menyertai sila isi
Link Pendaftran 👇🏼

MALAYSIA vs Oman (26 MAC 2024 | 10.00 MALAM)
https://forms.gle/LY3Pz4Q82Z6fFMzWA

500 ORANG YANG MENDAFTAR AWAL AKAN MENDAPAT KUPON PACK SAHUR


.1

🌙 SALAM RAMADHAN 1445H/2024M 🕌” Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas ...
12/03/2024

🌙 SALAM RAMADHAN 1445H/2024M 🕌

” Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. ”

-Surah al-Baqarah Ayat : 18

Address

Kota Bharu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sukan & Kebajikan JBSN Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram