Pusat Optometri Al Hikmah

Pusat Optometri Al Hikmah Pusat Optometri Al Hikmah ditubuhkan 05 Disember 2011 yang mana syarikat ini adalah sebuah syarikat milik penuh 100% bumiputera.

Pusat ini terletak di Kota Bharu Kelantan merupakan sebuah Klinik Optometri Primer yang pemeriksaan mata menyeluruh.

JAWATAN KOSONG: CLINICAL ASSISTANT🕵️Minat bidang profesion mata? S**a bantu orang?Pusat Optometri Al Hikmah sedang menca...
27/04/2026

JAWATAN KOSONG: CLINICAL ASSISTANT🕵️

Minat bidang profesion mata? S**a bantu orang?
Pusat Optometri Al Hikmah sedang mencari Pembantu klinikal untuk menyertai team kami! 👓

Di sini, anda bukan sekadar bekerja tetapi anda belajar, berkembang dan berkhidmat untuk masyarakat.

✨ Kami mencari yang:
• Bersemangat & mudah belajar
• Boleh bekerja dalam pasukan
• Bertanggungjawab dan mesra pelanggan
• Berumur 30 tahun ke bawah
• Minimum SPM

📍 Lokasi: Wisma AHG, Tanjung Chat, KB
📅 Temuduga: 16 Mei 2026

📲 Wasap resume sekarang: 013-9531331
Peluang tidak datang selalu. Mungkin ini rezeki kerjaya anda.

26/04/2026

[PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT: PEMERIKSAAN MATA PERCUMA] 👓✨

Alhamdulillah, pasukan Pusat Optometri Al Hikmah baru-baru ini telah selesai menjalankan Program Mobile Pemeriksaan Mata Percuma bertempat di Masjid Al Ahmadi, Mukim Cherang.

Tujuan kami adalah untuk memastikan kesihatan mata komuniti setempat sentiasa terjaga, namun ada satu kisah yang benar-benar membuka mata kami semua pada hari tersebut...

"Eh, Ayah Tak Tahu Pun Dia Kabur..."👦🏻

Semasa program berlangsung, kami didatangi oleh seorang adik kecil bersama bapanya. Si bapa pada awalnya menyangka penglihatan anaknya normal sahaja kerana tidak pernah mengadu apa-apa.
Namun, selepas pemeriksaan teliti dilakukan, kami mendapati adik ini mempunyai masalah Rabun Silau (Astigmatism). Bapanya terkejut kerana selama ini dia tidak menyedari anaknya bergelut untuk melihat dengan jelas!

Ini adalah peringatan buat kita semua:
- Kanak-kanak selalunya tidak tahu cara memberitahu yang mereka kabur kerana mereka sangka itu adalah penglihatan "normal".
- Rabun silau yang tidak dirawat boleh menyebabkan sakit kepala, mata penat, dan mengganggu tumpuan belajar.

Terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid Al Ahmadi atas kerjasama yang diberikan. Kami tumpang gembira dapat membantu bapa tersebut mengesan masalah mata anaknya lebih awal.
📍Anda terlepas program kami?
Jangan risau, jemput datang ke cawangan kami untuk pemeriksaan mata yang lebih mendalam dan konsultasi Optometris.

Pusat Optometri Al Hikmah
Optometris Penjagaan Mata Anda

👓✨ Eyecare Mobile Turun Ke Pondok! ✨👓Sekali lagi Pondok Muhammadiah Beta Hilir menjadi pilihan kerana permintaan yang ti...
23/04/2026

👓✨ Eyecare Mobile Turun Ke Pondok! ✨👓
Sekali lagi Pondok Muhammadiah Beta Hilir menjadi pilihan kerana permintaan yang tinggi!

Warga mukim dan kawasan sekitar, kami bawakan pemeriksaan mata terus ke kampung anda!
Pusat Optometri Al Hikmah dengan kerjasama Kelab S**arelawan Al Hikmah bakal turun padang untuk menjayakan program kesihatan mata PERCUMA untuk semua peringkat umur. 🙌

📍 Tempat: Pondok Muhammadiah Beta Hilir
🗓️ Tarikh: 25 April 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 9.30 pagi – 1.30 petang

✨ Apa yang disediakan untuk anda?
1. Nasihat penjagaan mata secara personal daripada OPTOMETRI
2. Pemeriksaan mata secara PERCUMA
3. Bingkai cermin mata juga PERCUMA!
4. Tak perlu daftar awal, walk-in sahaja!

🧓 Mak ayah mata kabur bila baca Quran?
🎒 Anak-anak selalu mengadu tak nampak di sekolah?
👨‍🦰 Atau anda sendiri dah lama tak check mata?
Inilah peluangnya kami bawa servis profesional terus ke tempat anda.

📞 Nak tahu lebih lanjut?
Hubungi: 013-953 1331
📲 Ikuti perjalanan kami di TikTok & Facebook — Pusat Optometri Al Hikmah

Jumpa nanti di Pondok Beta Hilir
Mari cakna kesihatan mata, demi hidup yang lebih jelas & cerah. 🌟


“Dah buat pembedahan katarak, tapi kenapa masih tak nampak 6/6?”Ini antara situasi yang kadang-kadang berlaku di Pusat O...
21/04/2026

“Dah buat pembedahan katarak, tapi kenapa masih tak nampak 6/6?”

Ini antara situasi yang kadang-kadang berlaku di Pusat Optometri Al Hikmah.

Pesakit datang semula untuk check cermin mata selepas pembedahan. Bila diperiksa, power dah cantik… tapi tahap penglihatan masih tak capai 6/6. Ada yang hanya dapat 6/9.

Ramai ingat masalah “power belum tepat”.
Sebenarnya, tidak semestinya begitu.

Salah satu puncanya: striae pada retina (lipatan halus di makula)

Makula ialah kawasan paling penting untuk penglihatan tajam — membaca, melihat wajah, memandu.

Dalam keadaan normal, permukaan makula licin dan rata, supaya imej yang masuk boleh difokuskan dengan tepat.

Tetapi dalam sesetengah kes, selepas pembedahan atau perubahan dalam mata, boleh berlaku striae — iaitu lipatan halus pada permukaan retina.

Apa kesan striae ini?

Walaupun kecil, lipatan ini boleh:
✅Mengganggu susunan fotoreseptor
✅Menyebabkan imej jadi sedikit distorted
✅Garisan lurus nampak kurang tepat / sedikit bengkok

Sebab itu:
👉 Power cermin mata mungkin sudah optimum
👉 Tapi penglihatan masih “tak capai 6/6”

Dalam bahasa yang lebih mudah:
Bayangkan skrin TV yang rata vs skrin yang ada kedut halus.
Walaupun signal jelas, imej tetap tak sempurna.

Di Pusat Optometri Al Hikmah, bila kami jumpa kes begini:
✔️ Kami pastikan dulu refraksi memang optimum
✔️ Nilai simptom seperti penglihatan beralun (metamorphopsia)
✔️ Kenalpasti kemungkinan isu pada makula
✔️ Dan jika perlu, rujuk untuk pemeriksaan lanjut seperti OCT

Tidak semua penglihatan yang kurang tajam selepas pembedahan berpunca daripada “power cermin mata”.
Kadang-kadang, struktur halus dalam mata — seperti makula — memainkan peranan yang lebih besar daripada yang kita sangka.

Sebab itu pemeriksaan mata bukan sekadar baca huruf.
Ia tentang memahami keseluruhan sistem penglihatan.

19/04/2026

Baru tukar spek tapi rasa pening? 🤔

Normal tu… mata tengah adapt dengan power baru 👓
Jangan tukar balik spek lama ❌
Pakai konsisten bagi cepat biasa ✔️

Kalau lebih 1–2 minggu masih tak selesa, wajib check semula 👁️

📍 Dapatkan pemeriksaan mata & cermin mata berkualiti di Pusat Optometri Al Hikmah
💬 Walk-in atau WhatsApp untuk temujanji!

👓✨ Eyecare Mobile Turun Ke Masjid! ✨👓Masjid Mukim Wakaf Stan jadi lokasi seterusnya!Warga mukim dan kawasan sekitar, kam...
09/04/2026

👓✨ Eyecare Mobile Turun Ke Masjid! ✨👓
Masjid Mukim Wakaf Stan jadi lokasi seterusnya!

Warga mukim dan kawasan sekitar, kami bawakan pemeriksaan mata terus ke kampung anda!
Pusat Optometri Al Hikmah dengan kerjasama Kelab S**arelawan Al Hikmah bakal turun padang untuk menjayakan program kesihatan mata PERCUMA untuk semua peringkat umur. 🙌

📍 Tempat: Masjid Mukim Wakaf Stan
🗓️ Tarikh: 11 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang

✨ Apa yang disediakan untuk anda?
1. Nasihat penjagaan mata secara personal daripada OPTOMETRI
2. Pemeriksaan mata secara PERCUMA
3. Bingkai cermin mata juga PERCUMA!
4. Tak perlu daftar awal, walk-in sahaja!

🧓 Mak ayah mata kabur bila baca Quran?
🎒 Anak-anak selalu mengadu tak nampak di sekolah?
👨‍🦰 Atau anda sendiri dah lama tak check mata?
Inilah peluangnya kami bawa servis profesional terus ke tempat anda.

📞 Nak tahu lebih lanjut?
Hubungi: 013-953 1331
📲 Ikuti perjalanan kami di TikTok & Facebook — Pusat Optometri Al Hikmah

Jumpa nanti di Masjid Mukim Wakaf Stan
Mari cakna kesihatan mata, demi hidup yang lebih jelas & cerah. 🌟


08/04/2026

📸 [PROGRAM: MOBILE OPTOMETRI AL HIKMAH]

Alhamdulillah, selesai sudah Program Pemeriksaan Mata Percuma kami di Masjid Al Ahmadi Mukim Cherang pada Sabtu lalu (4 April 2026)! ✨

Terima kasih kepada semua jemaah dan penduduk setempat yang hadir memeriahkan program kami dari jam 10.00 pagi tadi. Kami sangat berbesar hati dapat membantu komuniti di sini menyemak kesihatan mata dan memberi konsultasi secara terus.

Antara aktiviti yang dijalankan:
* Pemeriksaan tahap penglihatan (Power mata).
* Konsultasi kesihatan mata secara percuma.
* Khidmat nasihat penjagaan mata buat warga emas dan kanak-kanak.

Mata adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Pastikan anda melakukan pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali! 👓
Terlepas program tempoh hari?
Jangan risau! Anda masih boleh kunjungi pusat optometri kami untuk pemeriksaan lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai cermin mata.

📍 Pusat Optometri Al Hikmah
"Kesihatan Mata Anda, Keutamaan Kami"

KENAPA ANAK TAK TAHU NAK BERITAHU DIA TAK NAMPAKBaru-baru ini, kami menerima seorang kanak-kanak perempuan berumur 7 tah...
07/04/2026

KENAPA ANAK TAK TAHU NAK BERITAHU DIA TAK NAMPAK

Baru-baru ini, kami menerima seorang kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun.

Ibunya datang bukan dengan aduan besar.
Cuma perasan anak ini makin kerap duduk dekat dengan TV…
dan kadang-kadang menggosok mata bila membaca.

Bila ditanya, anak tak pernah cakap kabur.
Semua nampak macam biasa.

Bila pemeriksaan dibuat, barulah nampak gambaran sebenar.

Penglihatannya sebenarnya tidak begitu jelas.
Bukan teruk… tapi cukup untuk buatkan dia perlu “usaha lebih” setiap hari.

Masa cermin mata percubaan dipakaikan,
dia diam sekejap.

Pandang kiri, kanan.
Macam sedang biasakan diri.

Lepas tu dia senyum.
“Eh… jelasnya…”

Ringkas je ayat tu.
Tapi cukup buat ibu dia terdiam seketika.

Perkara macam ni bukan luar biasa.
Anak kecil memang tak tahu beza antara jelas dan kabur.

Apa yang dia nampak setiap hari, itulah yang dia anggap normal.

Dia tak tahu pun yang tulisan tu sebenarnya boleh nampak lebih terang,
yang papan putih tu boleh dilihat tanpa perlu mengecilkan mata.

Sebab itu dia tak mengadu.

Yang ibu ayah nampak biasanya cuma perubahan kecil.

✅Duduk makin dekat.

✅Cepat penat bila membaca.

✅Fokus pun jadi tak lama.

Nampak macam perkara biasa…
tapi kadang-kadang itu petunjuk awal.

Di Pusat Optometri Al Hikmah, kami kerap jumpa situasi begini.

Datang tanpa aduan jelas.
Tapi bila diperiksa, barulah nampak apa yang selama ini terlepas pandang.

Jangan tunggu anak mengadu.

Kadang-kadang, mereka sendiri tak tahu apa yang mereka sedang alami.

📍 Pemeriksaan mata kanak-kanak tersedia
📞 013-9531331

Pusat Optometri Al Hikmah
“Jaga Mata, Jaga Masa Depan”

05/04/2026

Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan setia Pusat Optometri Al Hikmah.

Setiap kunjungan anda sangat bermakna buat kami.
Kepercayaan anda memberi kekuatan kepada kami untuk terus berkhidmat menjaga kesihatan mata masyarakat.

Semoga Pusat Optometri Al Hikmah terus menjadi pilihan anda seisi keluarga. 🤍

Datang pemeriksaan mata dan dapatkan cermin mata yang sesuai dengan keperluan mata anda.

📍 Singgah ke Pusat Optometri Al Hikmah hari ini!
Wisma Al Hikmah Group
Tanjung Chat Kota Bharu Kelantan
atau boleh hubungi 013-9531 331





👓✨ Eyecare Mobile Turun Ke Masjid! ✨👓Masjid Mukim Cherang jadi lokasi seterusnya!Warga mukim dan kawasan sekitar, kami b...
02/04/2026

👓✨ Eyecare Mobile Turun Ke Masjid! ✨👓
Masjid Mukim Cherang jadi lokasi seterusnya!

Warga mukim dan kawasan sekitar, kami bawakan pemeriksaan mata terus ke kampung anda!
Pusat Optometri Al Hikmah dengan kerjasama Kelab S**arelawan Al Hikmah bakal turun padang untuk menjayakan program kesihatan mata PERCUMA untuk semua peringkat umur. 🙌

📍 Tempat: Masjid Al-Ahmadi Mukim Cherang
🗓️ Tarikh: 4 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang

✨ Apa yang disediakan untuk anda?
1. Nasihat penjagaan mata secara personal daripada OPTOMETRI
2. Pemeriksaan mata secara PERCUMA
3. Bingkai cermin mata juga PERCUMA!
4. Tak perlu daftar awal, walk-in sahaja!

🧓 Mak ayah mata kabur bila baca Quran?
🎒 Anak-anak selalu mengadu tak nampak di sekolah?
👨‍🦰 Atau anda sendiri dah lama tak check mata?
Inilah peluangnya kami bawa servis profesional terus ke tempat anda.

📞 Nak tahu lebih lanjut?
Hubungi: 013-953 1331
📲 Ikuti perjalanan kami di TikTok & Facebook — Pusat Optometri Al Hikmah

Jumpa nanti di Masjid Al-Ahmadi Mukim Cherang
Mari cakna kesihatan mata, demi hidup yang lebih jelas & cerah. 🌟


01/04/2026

"Aduh, pening kepala dan mata rasa letih bila lama-lama tengok papan putih atau komputer!" 🤔

Pernahkah anak anda mengadu seperti ini? Jika ada, kemungkinan mereka mengalami masalah SILAU!

Alhamdulillah sebagai asbab untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat kita, kami menerima kunjungan daripada seorang pelajar sekolah yang datang untuk membuat pemeriksaan mata di Pusat Optometri Al Hikmah.

Selepas pemeriksaan dijalankan, didapati adik ini mempunyai masalah silau (astigmatisme).

APA ITU SILAU? 🤔
Silau berlaku apabila mata tidak dapat memfokus cahaya dengan betul ke atas retina, menyebabkan penglihatan kabur dan tidak selesa.

APA PENYELESAIANNYA?

Ada beberapa rawatan pembetulan yang dicadangkan, tetapi yang biasa dibuat untuk silau adalah dengan pemakaian cermin mata. Di Pusat Optometri Al Hikmah, kami akan membantu anda memilih kanta cermin mata yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.
JANGAN BIARKAN ANAK ANDA TERUS MENGALAMI MASALAH DALAM PEMBELAJARAN!

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Pusat Optometri Al Hikmah
Waktu Operasi: 9.00 pagi - 6.00 petang (Isnin - Jumaat), 9.00 pagi - 1.00 tengah hari (Sabtu)
No. Telefon: +60 13-953 1331

BUKAN TAK SAYANG… TAPI KITA TAKUT ANAK PAKAI CERMIN MATA AWALDalam sehari dua ni, kami perasan satu perkara yang asyik b...
31/03/2026

BUKAN TAK SAYANG… TAPI KITA TAKUT ANAK PAKAI CERMIN MATA AWAL

Dalam sehari dua ni, kami perasan satu perkara yang asyik berulang. Jadi tergerak hati ini untuk sentiasa beri ingatan kasih sayang kepada komuniti kita.

Ibu ayah datang membawa anak untuk cek mata.
Bila diperiksa, memang confirm anak ada masalah penglihatan… dan memang dicadangkan untuk memakai cermin mata.

Tapi reaksi yang selalu kami nampak—
bukan marah… bukan juga tak peduli.
Cuma ada satu perasaan… macam berat nak terima cadangan tersebut..

Ada yang cakap, “kecil lagi…”

Ada yang risau nanti mata anak semakin teruk.

Dan ada juga yang kalau boleh… nak tangguh dulu.

kami faham perasaan itu.

Sebagai ibu bapa, kita memang tak sanggup nak tengok anak “terpaksa” memakai sesuatu dari kecil.

Rasa kesian, rasa takut… semua tu adalah normal.

Tapi dalam masa yang sama, ada satu perkara penting yang kita jarang fikir.

Waktu kanak-kanak inilah sebenarnya adalah fasa mata sedang belajar melihat dengan betul.

Bukan sekadar nampak… tetapi otak sedang belajar memahami apa yang dilihat.

Kalau imej yang sampai ke mata tu kabur,
lama-lama otak akan anggap itu sebagai “normal”.

Dan di situlah kita risau…
sebab perkembangan penglihatan boleh terganggu tanpa kita sedar.

Anak p**a biasanya tak mengadu.
Bukan sebab dia tak ada masalah,
tapi sebab dia ingat semua orang nampak macam dia nampak.

Jadi bila cermin mata disarankan,
itu bukan bermaksud mata anak “rosak teruk”.
Tapi lebih kepada kita nak bantu dia nampak dengan jelas,
supaya proses belajar melihat tu berlaku dengan sempurna.

Kadang-kadang kita fikir , menangguh itu selamat.
Padahal dalam diam, kita mungkin sedang lepaskan waktu terbaik untuk bantu penglihatan anak berkembang dengan baik.

Sebab itu, dalam banyak keadaan… cermin mata bukan beban untuk anak,
tapi sebenarnya satu bantuan untuk masa depan dia.

📍 Pusat Optometri Al Hikmah
📞 013-953 1331
“Jaga mata, jaga masa depan” POA Cakna Mata Anda.

Ingatan Kasih & Sayang

Address

WISMA AL-HIKMAH GROUP (kelantan) (p) LOT 1243-B 1 1/2 LORONG HAJI MAHMOD Jalan PENGKALAN CHEPA KOTA BHARU
Kota Bharu
15400

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60139531331

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Optometri Al Hikmah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Optometri Al Hikmah:

Share