Klinik Safwa Kok Lanas

Klinik Safwa Kok Lanas Dahulu dikenali sebagai Klinik Perdana Kok Lanas, kini menyertai Kumpulan Klinik Safwa sebagai Klinik Safwa Kok Lanas

Klinik Safwa Kok Lanas dikendalikan oleh Dr. Zuraidah Sufian, MD. yang pernah berkhidmat di Klinik Kesihatan Batu Gajah, Tanah Merah dan Klinik Bharu Machang dan kemudian bertugas di Klinik Perdana Kok Lanas yang kemudian menukar nama ke Klinik Safwa Kok Lanas. Pengalaman yang luas lebih 10 tahun dalam bidang perubatan membantu dalam perawatan pelanggan. Kami menawarkan pelbagai khidmat kesihatan termasuk pemeriksaan kesihatan am dan keluarga, ibu mengandung (antenatal), ultrasound, ujian darah dan air kencing dan sebagainya dengan caj yang berpatutan.

Imbasan Ultrasound minggu ke minggu (antenatal scan) sangat penting untuk memantau perkembangan janin secara terperinci....
01/03/2026

Imbasan Ultrasound minggu ke minggu (antenatal scan) sangat penting untuk memantau perkembangan janin secara terperinci. Ia memberikan ketenangan minda kepada ibu bapa dan membolehkan intervensi perubatan awal dilakukan.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi kami ditalian:
☎️ 09- 7888 300
📱 011-4069 1615

atau boleh walk in saja ke Klinik Safwa Kok Lanas 🥰❤️

SELAMAT BERPUASA✨Pengumuman Perubahan Waktu Operasi Klinik Safwa Kok Lanas Sepanjang Bulan Ramadhan📢Sepanjang bulan Rama...
18/02/2026

SELAMAT BERPUASA✨

Pengumuman Perubahan Waktu Operasi Klinik Safwa Kok Lanas Sepanjang Bulan Ramadhan📢

Sepanjang bulan Ramadan, waktu operasi Klinik Safwa Kok Lanas akan berubah seperti berikut:
Waktu operasi baru: 9.30 PAGI - 4.30 PETANG. Klinik tidak beroperasi pada waktu malam sepanjang bulan Ramadhan😊.

Harap maklum dan terima kasih atas sokongan anda.

Jika ada sebarang pertanyaan atau temujanji, sila hubungi kami di talian:
☎️ 09- 7888 300
📱 011-4069 1615 (whatsapp)

15/02/2026

Assalamualaikum semua,
Dr Zuraidah bercuti sampai hari selasa. In Shaa Allah hari rabu Dr Zuraidah bertugas🤗

PENINGKATAN BERAT BADAN SEMASA HAMIL (GWG)Untuk peningkatan berat badan yang sihat, pengambilan kalori juga perlu diting...
20/01/2026

PENINGKATAN BERAT BADAN SEMASA HAMIL (GWG)

Untuk peningkatan berat badan yang sihat, pengambilan kalori juga perlu ditingkatkan. Namun, ini tidak bermakna, ibu perlu makan 2 kali ganda ya 😁

Pengambilan makanan dari pelbagai kumpulan makanan membekalkan zat dan keperluan yang disarankan semasa hamil. Jadi, amalkan sukusukuseparuh pada waktu makan utama, dan ambillah snek sihat di antara waktu makan tersebut.

Semak berat anda, semak juga hidangan anda. Ambillah makanan yang berkhasiat demi kebaikan ibu dan bayi. 😉

6 Makanan yang sesuai untuk Pesakit GERD. Jangan biarkan asid refluks mengganggu hari anda! Pilih makanan yang sesuai un...
13/01/2026

6 Makanan yang sesuai untuk Pesakit GERD.

Jangan biarkan asid refluks mengganggu hari anda! Pilih makanan yang sesuai untuk membantu mengawal simptom GERD:

✅ Sayur-sayuran – Kaya serat, rendah asid!
✅ Daging tanpa lemak – Pilihan protein yang selamat
✅ Oats – Baik untuk pencernaan & kenyang lebih lama.
✅ Halia – Melegakan perut & mengurangkan keradangan.
✅ Telur putih – Sumber protein tanpa risiko asid berlebihan.
✅ Lemak sihat – Avocado, kacang walnut & minyak zaitun untuk keseimbangan tubuh!
Sayangi perut anda, amalkan pemakanan sihat🤗❤️

Sayangi JANTUNG anda🫀Jantung merupakan organ yang paling penting bagi setiap individu dan perlulah dijaga demi kesihatan...
06/01/2026

Sayangi JANTUNG anda🫀

Jantung merupakan organ yang paling penting bagi setiap individu dan perlulah dijaga demi kesihatan yang lebih baik. Salah satu punca utama penyakit jantung adalah disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat di samping gaya hidup yang tidak aktif.

Masih belum terlambat lagi untuk anda mengubah tabiat pemakanan anda demi jantung yang lebih sihat. Mari kita sama-sama jaga jantung kita dari penyakit dengan mengamalkan tip di bawah. Sayangi jantung anda, makan secara sihat🫀❤️

PROGRAM CUTI SEKOLAH KEMBALI LAGI !!!JOM DAPATKAN SLOT BERKHATAN ANDASEKARANG🤗Jangan lepaskan peluang anda untuk mendaft...
04/12/2025

PROGRAM CUTI SEKOLAH KEMBALI LAGI !!!

JOM DAPATKAN SLOT BERKHATAN ANDA
SEKARANG🤗

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendaftar slot berkhatan di Klinik Safwa Kok Lanas. Tempahan awal boleh memastikan anda mendapat tarikh yang sesuai dengan keperluan anda🥰

Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut, boleh hubungi kami di nombor yang tertera di bawah. Tempah sekarang dan nikmati pengalaman sunat yang selesa dan profesional di Klinik Safwa Kok Lanas☺️

Apa itu kehamilan yang berisiko? 🤔Kehamilan yang berisiko adalah kehamilan yang mempunyai kemungkinan tinggi untuk berla...
27/11/2025

Apa itu kehamilan yang berisiko? 🤔

Kehamilan yang berisiko adalah kehamilan yang mempunyai kemungkinan tinggi untuk berlaku komplikasi kepada kandungan dan juga ibu.

Komplikasi itu boleh berlaku bukan sahaja dalam masa kehamilan, tetapi juga tempoh selepas dan sebelum itu.

Adakalanya, punca yang mendasari masalah kehamilan berisiko ini adalah kesan daripada keadaan perubatan sedia ada sebelum anda hamil.

Dalam sesetengah kes lain, masalah kesihatan itu muncul semasa mengandung sama ada kepada anda mahupun bayi dalam kandungan menyebabkan kehamilan menjadi berisiko tinggi.

Ketahui bahawa terdapatnya kehamilan yang berisiko terhadap ibu dan kandungannya.
Jika anda tergolong dari senarai ini, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari pegawai perubatan.

Sekiranya anda mengalami masalah gastrik yang berpanjangan ini adalah perkara yang perlu anda elakkan.Tanda-tanda yang k...
17/11/2025

Sekiranya anda mengalami masalah gastrik yang berpanjangan ini adalah perkara yang perlu anda elakkan.

Tanda-tanda yang ketara bahawa anda sedang gastrik adalah sendawa berulang kali, rasa senak berangin atau pedih, merasa mual dan rasa tidak selesa atau kembung.

Sekiranya anda mengalami masalah gastrik yang berpanjangan sila berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi menghindari daripada ia berlarutan hingga menjadi ulser dalam perut.

Berikut adalah jenis-jenis sakit kepala yang anda perlu tahu. Setiap jenis sakit kepala ada gejalanya sendiri dan tak se...
08/10/2025

Berikut adalah jenis-jenis sakit kepala yang anda perlu tahu. Setiap jenis sakit kepala ada gejalanya sendiri dan tak semua sakit kepala mempunyai gejala yang sama.

Sekiranya anda pernah mengalami tanda tanda sakit kepala seperti diatas, bolehlah dapatkan konsultansi dengan Doktor.

Untuk dapatkan maklumat dengan lebih tepat, boleh call atau whasapp ke klinik:
☎️ 09-7888 300
📱 011- 4069 1615

Atau boleh walk in ke Klinik Safwa Kok Lanas:
📍KLINIK SAFWA KOK LANAS
PT1708 TAMAN ARIF KOK LANAS
16450 KOTA BHARU, KELANTAN

Sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan. Klinik Safwa Kok Lanas akan ditutup selama 2 hari iaitu pada 29&30/09/2025 (Isn...
28/09/2025

Sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan. Klinik Safwa Kok Lanas akan ditutup selama 2 hari iaitu pada 29&30/09/2025 (Isnin & Selasa) dan In Shaa Allah Klinik akan dibuka semula seperti biasa pada 01/10/2025 (Rabu)🥰

Klinik akan dibuka semula pada 17/9/2025 (Rabu)
15/09/2025

Klinik akan dibuka semula pada 17/9/2025 (Rabu)

Address

PT 1708, Taman Arif, Kok Lanas
Kota Bharu
16450

Opening Hours

Monday 09:30 - 16:30
20:00 - 22:00
Tuesday 09:30 - 16:30
20:00 - 22:00
Wednesday 09:30 - 16:30
20:00 - 22:00
Thursday 09:30 - 16:30
20:00 - 22:00
Saturday 09:30 - 16:30
20:00 - 22:00
Sunday 09:30 - 16:30
20:00 - 22:00

Telephone

+6097888300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Safwa Kok Lanas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Safwa Kok Lanas:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category

Our Story

Klinik Safwa Kok Lanas merupakan salah satu rakan kongsi Kumpulan Klinik Safwa. Di sini juga berpusatnya Safwa Imaging yang menawarkan pelbagai khidmat pengimejan diagnostik. Klinik ini dikendalikan oleh Dr. Zuraidah Sufian, MD., seorang doktor yang lemah lembut dan berpengalaman kurang lebih 10 tahun di bidang perubatan. Beliau pernah berkhidmat di Klinik Kesihatan Batu Gajah, Tanah Merah, Klinik Bharu Machang dan Klinik Perdana Kok Lanas. Kami menawarkan pelbagai khidmat kesihatan termasuk pemeriksaan kesihatan am dan keluarga, ibu mengandung (antenatal), ultrasound, ujian darah dan air kencing dan sebagainya dengan caj yang berpatutan.