K" BEKAM Kota Bharu

K" BEKAM Kota Bharu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from K" BEKAM Kota Bharu, Medical Center, Kota Bharu.

03/08/2016

Hidup ini tidak lepas dari diuji oleh sikap-sikap manusia sekeliling kita. Suami, isteri, anak-anak, rakan, saudara dan orang luar. Percayalah mereka adalah sumber pahala kita, mereka juga boleh jadi penyebab dosa untuk kita.

Justeru, bagi terus mampu depani ujian..teguhkan iman dengan solat berkualiti. Nescaya kita lebih mampu bersabar, bertahan, redha, pasrah dan diberi ilham menyelesaikan apa jua masalah sebaiknya. Insha Allah.

:- Dr Zaharuddin Abd Rahman

-Tip makanan Bersih & Selamat -Tip membeli telur, Pilih telur yang bersih dan tidak retak. Ini kerana telur mudah mengal...
03/08/2016

-Tip makanan Bersih & Selamat -

Tip membeli telur, Pilih telur yang bersih dan tidak retak. Ini kerana telur mudah mengalami kerosakan atau busuk, maka ia perlu disimpan dan dimasak dengan sempurna. Telur mempunyai lapisan luar kulit semulajadi yang melindungi liang-liang kulit dari dimasuki bakteria. Sekiranya dibasuh dan disimpan lama, lapisan tersebut akan hilang dan ini menyebabkan bakteria menjangkiti telur tersebut dan boleh menyebabkan pencemaran bagi telur tersebut

03/08/2016

EDISI KEMASKINI BAYAN LINNAS SIRI KE-59: VAKSIN: SUDUT PANDANG DARI NERACA FIQH DAN MAQASID SYARIAH

Isu penggunaan vaksin telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen. Masyarakat kita terbahagi kepada dua kelompok baik yang pro kepada penggunaannya ataupun sebaliknya.

Justeru, Bayan Linnas kali ini akan cuba mengupas isu ini dengan lebih lanjut menurut sudut pandang maqasid syarak dan juga fiqh. Sila ikuti perbahasannya di pautan berikut http://goo.gl/2ZvD8e

-Tips Makanan Bersih & selamat -JANGAN makan makanan dalam tin yang kemek,mengelebung,tamat tarikh luput kerana makanan ...
03/08/2016

-Tips Makanan Bersih & selamat -

JANGAN makan makanan dalam tin yang kemek,mengelebung,tamat tarikh luput kerana makanan dalam tin yang telah kemek dan gelembung berkemungkinan terdapat liang udara (pin hole) yang boleh menyebabkan bakteria seperti Clostridium botulinum membiak serta menghasilkan toksin (botulism) yang boleh menyebabkan kematian sekiranya termakan makan tin yang telah rosak ini.

Pastikan Pilihan Tepat Makanan Selamat.

-Tip Makanan Selamat - Jangan simpan makanan di dalam peti ais lebih pada 3 hari.Bahan mentah dan makanan yang mudah ros...
03/08/2016

-Tip Makanan Selamat -

Jangan simpan makanan di dalam peti ais lebih pada 3 hari.Bahan mentah dan makanan yang mudah rosak seperti sayur, buah, daging dan lain-lain yang disimpan lebih tiga hari di dalam peti sejuk boleh menyebabkan kualiti dan nutrisi makanan merosot. Selain itu akan menggalakkan pertumbuhan kulat dan yis yang boleh mencemarkan makanan.Pastikan Pilihan Tepat Makanan Selamat

02/08/2016

- Menjadi Insan Pemaaf -

Adakalanya Allah jadikan satu peristiwa yang benar-benar menyebabkan kita rasa dizalimi, bukan untuk kita melihat betapa buruknya perlakuan penzalim itu tetapi untuk mendidik kita agar mampu memaafkan kesalahan manusia dan meredhai apa yang telah Allah takdirkan untuk kita.

Sesungguhnya memaafkan kesalahan manusia itu mengundang keampunan Allah. Yakinlah, memaafkan itu memberi ketenangan... bukan kerana kebaikan kita tetapi kerana Allah telah mengampunkan dosa-dosa kita.

Memahami takdir Allah itu adalah syarat untuk bahagia!

01/08/2016

LIHAT SISI KELEBIHAN KITA

[Didik Rasa Bersyukur]
-------------------------
Orang selalu melihat seseorang itu pada kelebihan yang ada padanya. Jika dilihat kedua-dua sisi kelebihan dan kekurangannya, saya percaya, kita akan rasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Disebalik kelebihan, terselindung kekurangannya di mana kita mempunyai kelebihan berbanding dia.
Sebagai contohnya, ada orang yang rupanya cantik, suaranya sedap, peminatnya ramai, dan suaminya kacak, bijak lagi hartawan, tetapi hidupnya sunyi tanpa zuriat penyeri hidupnya.
Kita p**a tak ada segala apa kelebihan yang dia ada, tetapi Allah anugerahkan kita zuriat penyeri hidup yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Bila kita melihat di sisi kekurangan yang ada padanya, maka kita akan bersyukur dengan apa yang kita ada. Rupa-rupaya, apa yang Tuhan sudah beri kepada kita tak ternilai harganya...

Ayuh menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan..perbanyakkan amal ibadat, semoga amal kita diterima disisi-Nya..ameen
24/06/2016

Ayuh menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan..perbanyakkan amal ibadat, semoga amal kita diterima disisi-Nya..ameen

Apa tujuan manusia hidup?Yang materialistik menjawab: Manusia hidup untuk dirinya sendiri dan menikmati dunia.Ujar yang ...
22/05/2016

Apa tujuan manusia hidup?

Yang materialistik menjawab: Manusia hidup untuk dirinya sendiri dan menikmati dunia.

Ujar yang beriman: Manusia hidup demi Tuhannya dan demi kehidupan yang kekal di ‘sana’.

"Maka Adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka p**a) tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka (dengan Yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar”.

Betapalah besarnya beza antara yang hidup demi dirinya dan hidup demi Tuhannya

18/05/2016

[ Kelebihan beramal dengan Sunnah ]

"Barangsiapa menjalani suatu Sunnah (perjalanan) yang baik, maka baginya pahala Sunnah itu dan pahala y mengerjakan dengannya hingga hari kiamat, dan barangsiapa mengadakan suatu Sunnah (perjalanan) y jahat( buruk) maka atasnya dosanya dan dosa orang y mengerjakan dengannya hingga hari kiamat."

(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Tawaran istimewa selama 4 hari..
15/05/2016

Tawaran istimewa selama 4 hari..

09/03/2016

Address

Kota Bharu
16400

Telephone

0145065632

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when K" BEKAM Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category