Klinik Mohd Harun

Klinik Mohd Harun Klinik Mohd Harun. Kulit & Perubatan. Sila hubungi nombor klinik 097481210 untuk availability doktor

14/11/2025

3 kanser paling kerap dihidapi lelaki, boleh dicegah. Gaya hidup penyebab utama

KUALA LUMPUR: Lelaki di Malaysia berdepan peningkatan ancaman kanser, yang mana amalan gaya hidup dikenal pasti sebagai penyumbang utama risiko kanser kolorektal, paru-paru dan prostat, menurut pakar kesihatan di Sunway Medical Centre Velocity (SMCV).

Walaupun faktor genetik memainkan peranan utama, Pakar Perunding Ongkologi dari SMCV, Dr Hafizah Zaharah Ahmad, berkata pilihan gaya hidup kekal sebagai faktor penyumbang terbesar memandangkan hanya kira-kira lima peratus ia berpunca daripada keturunan.

"Ini bermakna bagi kebanyakan kes, tabiat harian seperti apa yang kita makan, tahap aktiviti fizikal dan komitmen terhadap saringan kesihatan memberi kesan paling besar," katanya dalam kenyataan.

Menurut Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia 2017-2021, risiko seumur hidup bagi lelaki Malaysia menghidap kanser meningkat daripada satu dalam 10 orang kepada satu dalam lapan orang, dengan kanser kolorektal, paru-paru dan prostat mendahului senarai.

Gaya hidup moden yang serba pantas mendorong kepada tabiat yang secara senyap menjejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang. Duduk terlalu lama, kebergantungan kepada makanan proses dan kurang aktiviti fizikal menyumbang kepada obesiti, yang seterusnya menyebabkan keradangan kronik dan peningkatan paras insulin dalam badan.

Dr Hafizah Zaharah berkata, perubahan itu boleh merosakkan sel, mengganggu keseimbangan hormon dan mewujudkan keadaan yang menggalakkan pertumbuhan tumor, selain diet yang tinggi makanan proses dan lemak tepu turut meningkatkan risiko kanser, diburukkan lagi dengan kesan daripada kurang aktiviti fizikal.

"Selain itu, corak kesihatan senyap ini masih berterusan tanpa banyak diberi perhatian kerana golongan lelaki sering mengabaikan simptom awal atau menganggap ia akan pulih dengan sendiri," katanya.

Sementara itu, Perunding Urologi SMCV, Dr Goh Cheng Hood, menjelaskan keengganan untuk bertindak lebih awal selalunya berpunca daripada stigma sosial dan bukannya kurang kesedaran kerana ramai lelaki mengaitkan rundingan perubatan dengan kelemahan atau rasa malu, terutama apabila membabitkan topik sensitif seperti kesihatan berkaitan air kencing atau reproduktif.

"Sesetengah lelaki beranggapan bahawa dengan mendapatkan bantuan seolah-olah memperlihatkan mereka seorang yang lemah atau 'tidak jantan', jadi mereka mengabaikan simptom hingga ia menjadi terlalu serius untuk dirawat.

"Apabila mereka datang berjumpa kami penyakit selalunya sudah di peringkat lewat, yang membuatkan pilihan rawatan terhad dan mengurangkan peluang untuk sembuh sepenuhnya. Oleh itu, jangan berasa malu untuk tampil dan mendapatkan rawatan perubatan kerana pengesanan dan rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa anda," katanya.

Lewat rawat sebabkan kesan jangka panjang

Kesan jangka masa panjang akibat kelewatan mendapatkan rawatan boleh dilihat pada tiga jenis kanser paling kerap dihidapi lelaki Malaysia iaitu kolorektal, paru-paru dan prostat. Kanser kolorektal boleh bermula sebagai ketumbuhan kecil dipanggil polip pada lapisan usus besar dan dalam tempoh 5-10 tahun, sebahagian polip tesebut boleh berubah menjadi kanser.

Selain itu, Dr Hafizah berkata corak pemakanan yang kurang serat, kerap mengambil daging merah dan diproses, serta kurang aktiviti fizikal meningkatkan risiko namun pencegahan boleh dilakukan melalui saringan kesihatan berkala dan amalan pemakanan yang sihat.

Beliau menjelaskan prosedur kolonoskopi boleh mengesan kanser pada peringkat awal sekali gus meningkatkan peluang untuk sembuh dengan lebih baik, dan walaupun saringan awal sangat penting, pencegahan sebenarnya adalah bermula dengan pemilihan pemakanan serta gaya hidup yang sihat.

"Semakan sistematik berdasarkan Panduan Amalan Klinikal ( CPG) bagi kanser kolorektal menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan 100 gram daging merah dan 25 gram daging proses dalam sehari adalah antara faktor risiko. Oleh itu, kurang atau tidak mengambil daging merah boleh menurunkan risiko menghidap kanser kolorektal," katanya sambil menambah tabiat merokok turut menyumbang kepada peningkatan risiko sebanyak 16 peratus untuk mendapat kanser tersebut berbanding individu yang tidak merokok.

Tabiat sama yang menjejaskan kesihatan pencernaan juga memberi kesan kepada paru-paru, terutamanya merokok yang mendedahkan tubuh kepada ribuan kimia karsinogenik yang merosakkan DNA dan mencetuskan keradangan kronik. Dari semasa ke semasa, perubahan ini meningkatkan kebarangkalian untuk mendapat kanser paru-paru, yang kekal sebagai satu daripada kanser paling berbahaya dalam kalangan lelaki.

"Banyak pesakit cenderung mengabaikan simptom awal seperti batuk atau keletihan hinggalah penyakit mencapai peringkat akhir, dengan 95.4 peratus kes kanser paru-paru dikesan lewat menurut Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysian2017-2021," kata Dr Hafizah.

Kesedaran masih rendah terhadap kanser prostat

Bagi kanser prostat p**a, tahap kesedaran masih rendah dan kebanyakan kes hanya dikesan selepas simptom muncul. Kanser ini selalunya berkembang secara perlahan dan boleh menyerupai simptom benign prostatic hyperplasia (BPH) atau pembesaran prostat seperti kesukaran membuang air kecil, aliran air kencing lemah, atau kerap kencing, menyebabkan lelaki mengabaikan tanda-tanda awal kerana menyangka ia tidak serius.

Dr Goh menjelaskan kanser prostat lebih kerap didiagnosis dalam kalangan lelaki berusia lebih 58 tahun dan mereka yang mengambil suplemen testosteron berdepan risiko lebih tinggi.

"Pada peringkat awal, kebanyakan pesakit tidak menunjukkan sebarang simptom dan biasanya hanya datang mendapatkan rawatan apabila kanser telah merebak, dan ketika itu mereka mengadu sakit tulang atau mengalami simptom neurologi apabila tiba di hospital," katanya.

Beliau mengesyorkan supaya ujian Prostate-Specific Antigen (PSA) dilakukan bermula pada usia 50 tahun atau seawal 40 tahun bagi individu berisiko tinggi, seperti mereka yang mengambil suplemen testosteron, mempunyai sejarah keluarga penyakit tersebut atau pembawa gen BRCA2.

"Saringan ujian darah PSA membantu kami untuk mengenal pasti risiko lebih lama sebelum simptom muncul sekali gus membolehkan kami memantau perubahan beransur-ansur pada paras PSA dan menentukan sama ada pemeriksaan lanjut seperti imbasan tomografi berkomputer (CT) atau pengimejan resonans magnetik (MRI) diperlukan," katanya.

Beliau menekankan bahawa walaupun saringan memainkan peranan penting, diagnosis awal dan rawatan tepat pada masa tetap menjadi kunci untuk meningkatkan kadar kelangsungan dan kualiti hidup, serta memanjangkan jangka hayat hingga 15 tahun bagi kira-kira 95 peratus kes yang dikesan pada peringkat awal.

Banyak punca kanser boleh dikawal

Walaupun risiko kanser meningkat seiring usia, banyak puncanya masih boleh dikawal. Kedua-dua pakar tersebut menegaskan bahawa pencegahan mesti bermula dengan tabiat kecil yang mampan seperti mengekalkan diet seimbang dengan lebih banyak pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh, selain mengurangkan makanan diproses dan daging merah bagi membantu mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi tubuh yang sihat.

"Mengelakkan tabiat merokok dan mengehadkan pengambilan alkohol juga membantu tubuh membaiki kerosakan DNA dengan lebih berkesan. Pilihan gaya hidup sihat yang diamalkan secara konsisten dari semasa ke semasa dapat melindungi tubuh daripada perkembangan kanser.

"Malah langkah mudah seperti kekal terhidrat, tidur cukup, bersenam dan mengurus tekanan dengan baik boleh membawa perubahan kepada kesihatan secara keseluruhan," kata Dr Hafizah sambil menekankan bahawa aktiviti senaman boleh mengurangkan keradangan yang berpotensi membantu mencegah kanser.

Sementara itu, tambah Dr Goh kesedaran perlu seiring dengan saringan berkala, serta menggalakkan kaum lelaki menjalani saringan kesihatan setiap tahun merangkumi tekanan darah, kolesterol, glukosa, indeks j***m badan (BMI) serta ujian penandaan kanser, selain saringan kanser seperti seperti kolonoskopi setiap 10 tahun sekali bermula pada usia 45 tahun, dan imbasan CT dos rendah bagi perokok jangka panjang untuk mengesan sebarang kelainan sebelum simptom muncul.

"Kaum lelaki tidak harus menunggu hingga sakit atau berasa tidak selesa baru bertindak," kata Dr Goh, sambil menambah pengesanan awal menjadikan rawatan lebih mudah, sembuh lebih cepat dan hasilnya jauh lebih baik. – BERNAMA

14/11/2025

Benarkan tahi lalat tanda kanser?

TAHI lalat tanda pada kulit yang biasanya berwarna coklat, hitam atau kemerahan.

Ia boleh muncul di mana-mana bahagian tubuh manusia, sama ada sejak lahir ataupun terbentuk kemudian.

Walaupun kebanyakan tahi lalat tidak berbahaya, terdapat tanggapan masyarakat, tahi lalat boleh menjadi tanda kepada penyakit berbahaya seperti kanser kulit.

Sejauh manakah kebenaran dakwaan bahawa tahi lalat boleh menjadi tanda kanser?

Dari sudut perubatan, tahi lalat terbentuk apabila sel pigmen (melanosit) pada kulit tumbuh secara berkumpul di satu kawasan.

Secara umumnya, tahi lalat bersifat 'jinak' dan tidak menjejaskan kesihatan seseorang. Namun, dalam keadaan tertentu, sel-sel itu boleh berubah menjadi sel kanser kulit, terutamanya kanser jenis melanoma.

Melanoma salah satu jenis kanser kulit yang berbahaya kerana ia boleh merebak ke organ lain dalam badan jika tidak dirawat lebih awal.

Pakar perubatan menggunakan satu kaedah mudah dikenali sebagai kaedah "ABCDE" untuk menilai sama ada sesuatu tahi lalat berpotensi menjadi kanser.

Huruf A merujuk kepada Asimetri (bentuk tidak seimbang), B kepada Border/tepi (tepi tahi lalat tidak rata, bergerigi dan kabur) manakala C adalah Colour/warna (warna tidak sekata atau bercampuran).

Sementara, D kepada Diameter (saiz lebih besar daripada 6 milimeter), dan E merujuk Evolving/berubah (perubahan dari segi saiz, bentuk atau warna dari semasa ke semasa).

Sekiranya tahi lalat seseorang menunjukkan salah satu daripada ciri-ciri ini, individu berkenaan disarankan untuk segera berjumpa doktor bagi

mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Selain itu, faktor genetik dan pendedahan kepada cahaya matahari secara berlebihan juga boleh meningkatkan risiko berlakunya kanser kulit.

Sinaran ultraungu (UV) daripada matahari boleh merosakkan DNA dalam sel kulit, menyebabkan pertumbuhan sel tidak normal dan akhirnya membawa kepada kanser.

Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan seperti menggunakan losyen pelindung matahari, memakai pakaian yang

menutupi kulit, serta mengelakkan diri daripada terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari terik.

Walaupun ada tahi lalat yang boleh menjadi tanda awal kanser, tidak semua tahi lalat berbahaya. Ramai orang mempunyai banyak tahi lalat tetapi tidak menghidap sebarang penyakit kulit.

Namun, sikap berhati-hati tetap penting, terutamanya jika tahi lalat mengalami perubahan ketara seperti berdarah, gatal, berkeruping, atau membesar dengan cepat.

Pemeriksaan awal oleh pakar kulit boleh membantu mengesan tanda-tanda awal kanser dan meningkatkan peluang untuk sembuh sepenuhnya.

Dakwaan tahi lalat tanda kanser ada kebenarannya, tetapi tidak semua tahi

lalat menunjukkan tanda penyakit tersebut. Pengetahuan tentang perubahan pada tahi lalat serta pemeriksaan kesihatan secara berkala amat penting bagi mencegah risiko kanser kulit.

Oleh itu, masyarakat perlu lebih peka terhadap perubahan pada kulit mereka dan segera mendapatkan nasihat perubatan jika terdapat sebarang tanda yang mencurigakan.

Langkah pencegahan awal jauh lebih baik daripada merawat penyakit yang telah melarat.

Kenali tanda penyakit boleh dikesan melalui kukuKUKU bukan sahaja berfungsi untuk melindungi hujung jari, malah ia juga ...
14/11/2025

Kenali tanda penyakit boleh dikesan melalui kuku

KUKU bukan sahaja berfungsi untuk melindungi hujung jari, malah ia juga boleh menjadi petunjuk penting kepada kesihatan tubuh seseorang.

Dalam dunia perubatan, kuku dianggap sebagai petunjuk kesihatan dalaman. Perubahan pada warna, bentuk, dan tekstur kuku kadang-kadang menunjukkan masalah kesihatan yang serius

Oleh itu, memahami tanda-tanda yang muncul pada kuku amat penting untuk mengenal pasti kemungkinan penyakit sejak awal.

Salah satu tanda yang paling mudah diperhatikan adalah perubahan warna kuku

Kuku yang sihat biasanya berwarna merah jambu pucat dengan sedikit kilauan. Jika kuku mula kelihatan pucat atau putih, ia mungkin menandakan masalah anemia atau kekurangan zat besi.

Sebaliknya, kuku yang kelihatan kebiruan atau ungu mungkin menunjukkan masalah peredaran darah atau kekurangan oksigen dalam tubuh, yang berkaitan dengan penyakit paru-paru atau jantung.

Warna kekuningan pada kuku juga boleh menjadi tanda jangkitan kulat atau penyakit hati manakala garis-garis hitam di bawah kuku, jika tidak berkaitan dengan kecederaan, mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut kerana ia kadang-kadang dikaitkan dengan kanser kulit.

Selain warna, bentuk dan tekstur kuku juga memberikan petunjuk yang berguna. Kuku yang rapuh, mudah patah atau bercabang mungkin menunjukkan kekurangan vitamin dan mineral, terutamanya biotin dan protein.

Kuku yang menebal dan berbentuk seperti sudu boleh menjadi tanda masalah darah atau gangguan tiroid. Begitu juga, kuku yang berbentuk cembung atau membengkak sering dikaitkan dengan masalah paru-paru kronik, jantung, atau penyakit hati.

Perubahan lain yang perlu diberi perhatian ialah kemunculan garis atau tompok pada kuku.

Garis-garis putih pada kuku, yang dikenali sebagai leukonychia, biasanya disebabkan oleh kecederaan ringan pada kuku tetapi kadangkala ia juga boleh menunjukkan kekurangan zink.

Garis-garis gelap atau coklat yang baru muncul tanpa sebab jelas memerlukan pemeriksaan doktor kerana ia boleh menjadi tanda awal melanoma, sejenis kanser kulit yang serius.

Selain itu, keadaan kulit di sekeliling kuku juga penting. Kulit yang kering, merah, dan radang di tepi kuku boleh menunjukkan masalah autoimun atau jangkitan.

Secara ringkasnya, pemerhatian terhadap kuku bukan sahaja penting dari segi kosmetik, tetapi ia juga boleh menjadi alat awal untuk mengesan penyakit.

Walaupun perubahan pada kuku tidak semestinya bermakna seseorang itu sakit, ia memberikan isyarat awal yang berharga untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Oleh itu, menjaga kesihatan kuku melalui pemakanan yang seimbang, hidrasi yang mencukupi, dan penjagaan kuku yang bersih adalah sangat penting.

Jika terdapat perubahan yang tidak biasa pada kuku, segeralah berjumpa pakar perubatan untuk diagnosis dan rawatan yang tepat.

Oleh itu, kuku bukan sekadar 'aksesori' cantik pada tangan, tetapi ia juga boleh menjadi cermin kesihatan dalaman kita. Dengan memperhatikan warna, bentuk, tekstur, dan keadaan sekeliling kuku, seseorang dapat mengenal pasti tanda-tanda awal penyakit dan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya. Kesedaran ini amat penting dalam usaha mengekalkan kesihatan tubuh secara menyeluruh.

https://www.bharian.com.my/sihat/2025/11/1469935/kenali-tanda-penyakit-boleh-dikesan-melalui-kuku?utm_source=bh&utm_medium=recsys #

Tahniah diucapkan kepada semua bakal haji 1447H/2026 yang telah menerima tawaran bermula 24 Oktober 2025 yang lalu.Klini...
30/10/2025

Tahniah diucapkan kepada semua bakal haji 1447H/2026 yang telah menerima tawaran bermula 24 Oktober 2025 yang lalu.

Klinik Mohd Harun adalah panel pemeriksaan kesihatan haji untuk tahun yang ketiga.

Book slot Tuan/Puan di talian : 09-748 1210

Bersama bergembira di hari cahaya,Makan murukku dan juga laddu,Berminyak dan manis mengundang bahaya,Ambil sederhana bar...
20/10/2025

Bersama bergembira di hari cahaya,
Makan murukku dan juga laddu,
Berminyak dan manis mengundang bahaya,
Ambil sederhana barulah padu.

Selamat Hari Deepavali buat para pesakit kami yang beragama Hindu. Jaga kesihatan untuk kegembiraan berpanjangan.

Buat semua bakal haji dan hajjah tahun 1447H, jaga kesihatan, jaga pengambilan makanan dan mula bersenam selalu. Buat pe...
15/10/2025

Buat semua bakal haji dan hajjah tahun 1447H, jaga kesihatan, jaga pengambilan makanan dan mula bersenam selalu.

Buat pemeriksaan awal untuk menentukan tahap kesihatan semasa Tuan/Puan bagi persediaan mengerjakan haji nanti.

How to get rid of acid refluxIf you've been having repeated episodes of heartburn — or any other symptoms of acid reflux...
08/09/2025

How to get rid of acid reflux

If you've been having repeated episodes of heartburn — or any other symptoms of acid reflux — you might try the following:

1. Eat sparingly and slowly
When the stomach is very full, there can be more reflux into the esophagus. If it fits into your schedule, you may want to try what is sometimes called "grazing" — eating small meals more frequently rather than three large meals daily.

2. Avoid certain foods
People with acid reflux were once instructed to eliminate all but the blandest foods from their diets. But that's no longer the case. We've evolved from the days when you couldn't eat anything.

But there are still some foods that are more likely than others to trigger reflux, including:

mint
fatty foods
spicy food
tomatoes
onions
garlic
coffee
tea
chocolate
alcohol.
If you eat any of these foods regularly, you might try eliminating them to see if doing so controls your reflux, and then try adding them back one by one.

3. Don't drink carbonated beverages
They make you burp, which sends acid into the esophagus. Drink flat water instead of sparkling water.

4. Stay up after eating
When you're standing, or even sitting, gravity alone helps keeps acid in the stomach, where it belongs. Finish eating three hours before you go to bed. This means no naps right after lunch, and no late suppers or midnight snacks.

5. Don't move too fast
Avoid vigorous exercise for a couple of hours after eating. An after-dinner stroll is fine, but a more strenuous workout, especially if it involves bending over, can send acid into your esophagus.

6. Sleep on an incline
Ideally, your head should be six to eight inches higher than your feet. You can achieve this by using extra-tall bed risers on the legs supporting the head of your bed. If your sleeping partner objects to this change, try using a foam wedge support for your upper body. Don't try to create a wedge by stacking pillows. They won't provide the uniform support you need.

7. Lose weight if it's advised
Increased weight spreads the muscular structure that supports the lower esophageal sphincter, decreasing the pressure that holds the sphincter closed. This leads to reflux and heartburn.

8. If you smoke, quit
Ni****ne may relax the lower esophageal sphincter.

9. Check your medications
Some — including postmenopausal estrogen, tricyclic antidepressants, and anti-inflammatory painkillers — can relax the sphincter, while others — particularly bisphosphonates like alendronate (Fosamax), ibandronate (Boniva), or risedronate (Actonel), which are taken to increase bone density — can irritate the esophagus.

Non-Communicable Diseases (NCDs)
30/08/2025

Non-Communicable Diseases (NCDs)

Malaysia has long been labelled the “fattest nation” in Asia. https://mysinchew.sinchew.com.my/news/20250829/mysinchew/6...
30/08/2025

Malaysia has long been labelled the “fattest nation” in Asia.

https://mysinchew.sinchew.com.my/news/20250829/mysinchew/6819895

The share of overweight and obese adults rose from 44.5% in 2011 to 54.4% in 2023—an almost 10% jump in a decade. The 2023 National Health Screening Initiative (NHSI) recorded a similar figure, with 53.5% of Malaysians screened overweight or obese. The crisis is not confined to adults: Chua et al. (2024) found that childhood overweight and obesity doubled over 26 years, while Malaysia now has the second-highest child obesity rate in ASEAN, with 7.1% of children under five overweight.

The 2023 National Health and Morbidity Survey (NHMS) showed that 95.1% of Malaysian adults eat too little fruit and vegetables, while 84% are inactive in sports, leisure, or fitness— patterns reinforced by Malaysia’s car-centric culture, where the lack of sidewalks, crossings, and bike lanes discourages walking, cycling, and public transport.

Ultra-processed foods and sugar-sweetened beverages (SSBs) have become cheaper, more convenient, and heavily marketed, keeping consumption high despite stagnant incomes and rising living costs. Sugar intake remains dangerously high. Cheng et al. (2025) observed that 53.6% of surveyed Malaysians consume SSBs daily. Among university students, the average daily sugar intake is 12 teaspoons—double the WHO’s recommended six (WHO, 2015). At the same time, the 2023 BMJ umbrella review of more than 8,000 studies found high sugar intake linked to 83 harmful health outcomes, most reliably body weight gain, childhood obesity, coronary heart disease, ectopic fat, and depression. Notably, it empirically derived that SSB intake should be limited to less than one serving per week — far below Malaysia’s daily habits.

Malaysia has long been labeled the “fattest nation” in Asia.The share of overweight and obese adults rose from 44.5 percent in 2011 to 54.4 percent in 2023—an almost 10 percent jump in a decade.The 2023 National Health Screening Initiative (NHSI) r...

Address

Lot 9, Jalan Maju, Wisma Maju
Kota Bharu
15000

Opening Hours

Monday 09:30 - 16:45
Tuesday 09:30 - 16:45
Wednesday 09:30 - 16:45
Thursday 09:30 - 16:45
Saturday 09:30 - 16:45
Sunday 09:30 - 16:45

Telephone

+6097481210

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Mohd Harun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category