22/01/2026
Jaga makan,bergerak aktif dan cergas serta kawal emosi,adalah gaya hidup yang membantu menyelaraskan keseimbangan tenaga.
Apabila tenaga berada dalam keadaan seimbang,bukan sahaja tubuh menikmati nikmat sihat,
malah sistem hidup kita turut tersusun,stabil dan selaras secara menyeluruh.
Dalam hukum energi,tenaga bergerak dalam suatu kitaran dan lingkaran ruang masa dengan hukum-hukumnya yang tersendiri.
Ia berputar dari dalam diri,keluar,
kemudian masuk kembali dan keluar semula secara berulang tanpa henti.
Lingkaran ini bergerak seiring putaran masa malam dan siang,
minggu,bulan,tahun,kurun
dan selama-lamanya.
Sepanjang hayat hidup,kita sentiasa berada dalam kitaran ini.
Apa sahaja energi yang kita getarkan dari dalam diri,perlulah stabil dan seiring dan seimbang dengan hukum getaran energi alam di luar diri,di alam ini.
Barulah hidup kita berada dalam keadaan seimbang,tenang dan tidak bercanggah dengan fitrah.
Oleh itu,
kita perlu mengawal,memelihara dan mempertenagakan getaran tenaga
yang berpusat di dalam dada…
di jiwa kita.
Kitaran gelombang tenaga
amat sensitif dan cepat berubah,
sama ada ke arah seimbang atau ke arah bercelaru.
Perubahan ini berlaku
bukan secara rawak,tetapi dipengaruhi oleh beberapa faktor utama yang saling berhubung antara satu sama lain.
Olehitu kita mestilah memelihara faktor yang akan mengubah kestabilan tenaga dalaman kita:
1 ) Makanan mempengaruhi tahap getaran sel dalam keseluruhan sistem tubuh.
Makanan yang halal dan baik
mempunyai getaran yang tinggi,
bergetar dan bergerak ke arah keseimbangan serta menyokong kestabilan tenaga sel.
Sebaliknya,
makanan yang haram dan tidak baik
mempunyai tahap getaran yang rendah dan lemah,ia akan mengganggu aliran tenaga serta merosakkan keseimbangan sistem tubuh secara perlahan.
2 ) Pergerakan tubuh melancarkan kitaran tenaga sel.
Apabila tubuh bergerak dan aktif,
getaran dan aliran tenaga dalaman mengalir dengan lancar,membentuk kitaran tenaga yang berhubung antara satu sistem tubuh ke sistem yang lain secara melengkap dan sempurna.
Apabila kurang bergerak atau tidak aktif,tenaga mula tersekat dan lama-kelamaan menjadi tersumbat seterusnya akan memberi kesan buruk kepada sel,tisu,organ dan keseluruhan sistem tubuh secara peringkat demi peringkat.
Pembinaan otot daripada pergerakan tubuh juga berperanan besar dalam menstabilkan getaran tenaga dalaman.
Otot yang padu mampu menggerakkan getaran tenaga yang solid untuk menyokong getaran tenaga tulang dan seterusnya membantu mengalirkan tenaga daripada zat, vitamin dan mineral kepada gelombang tenaga tulang.
Tulang yang sihat dan kuat cerminan tenaga dalaman yang bertenaga dan seimbang.
3 ) Emosi menentukan arah dan kualiti tenaga dalaman.
Emosi adalah getaran halus yang sentiasa mempengaruhi sistem tenaga tubuh.
Emosi yang tenang,redha dan damai menghasilkan getaran yang teratur,stabil sehingga mampu menyokong keharmonian dan kesejahteraan tenaga bagi seluruh sistem kehidupan.
Sebaliknya,
emosi yang tidak terkawal
seperti marah,takut,cemas dan tertekan menghasilkan getaran yang bercelaru,mengganggu aliran tenaga
dan akhirnya memberi kesan kepada kesihatan tubuh dan mengganggu keharmonian dan kesejahteraan hidup.
Apabila makan dijaga,
tubuh digerakkan,
otot dibina dan emosi dikawal dengan sedar,maka tenaga berada dalam keadaan selaras,seimbang dan kuat.
Dan ketika itulah,
tubuh bukan sekadar menikmati sihat,tetapi berupaya menjalani hidup
dalam keseimbangan dan kesedaran yang kian matang.
Nur Healing Crystal
Holistik Healing