Nur Healing Channel

Nur Healing Channel Norlela Nawi Services available by appointment only.

Sebagai orang yang lebih matang kita hanya perlu pantau dan menasihati jika diperlukan.Emosi kita pun sihat sebab tak te...
15/01/2026

Sebagai orang yang lebih matang kita hanya perlu pantau dan menasihati jika diperlukan.Emosi kita pun sihat sebab tak terikat dengan semuanya kita nak pikir dan nak ambik tahu...ya tak🤔

15/01/2026

Akal perlukan latihan dan ujian hidup untuk ia menjadi matang supaya berupaya membuat keputusan dalam hidup

Terapi gelombang bagi tujuan membantu pengaliran tenaga dalaman kita yang tersekat dan tersumbat.
15/01/2026

Terapi gelombang bagi tujuan membantu pengaliran tenaga dalaman kita yang tersekat dan tersumbat.

15/01/2026

Getaran terahertz menyokong tubuh untuk berada dalam keadaan lebih relaks dan seimbang secara semula jadi.

Ada dua persimpangan pada ujian.Satu jalan membawa kitakepada kesedaran dan kematangan diri.Satu jalan lagi membawa kita...
14/01/2026

Ada dua persimpangan pada ujian.

Satu jalan membawa kita
kepada kesedaran dan kematangan diri.
Satu jalan lagi membawa kita
kepada ego,rasa istimewa atau merasa lemah dan hina.

Jalan pertama mengajar kita
untuk memerhati,mendengar,
membetulkan arah dan mengawal hati.

Jalan kedua membuatkan kita
leka dengan cerita ujian,
hingga lupa memahami maksudnya.

Ujian tidak memilih jalan untuk kita.
Ia hanya mendedahkan
ke mana kesedaran kita sedang condong.

Dan di situlah,
ujian menjadi cermin diri bagi mereka yang sedar dan mereka jadikannya sebagai petunjuk untuk mereka melalui liku-liku ujian kematangan diri.

Ujian bukan untuk dirintih kerana derita atau dipamerkan kerana berbangga.

Dikatakan ujian bukan hanya bercerita tentang hal kekurangan dan kehilangan,tapi juga cerita tentang kelebihan,kecukupan dan keberadaan,ia juga termasuk sebagai ujian hidup.

Setiap hari kita berhadapan dengan ujian,ujian kematangan akal kita membuat sesuatu keputusan memilih.

Didunia ini hanya ada dua pilihan samada baik dan tak baik.

Di situlah persimpangan muncul untuk akal berfungsi.

Ke arah mana hati kita condong?
Ke arah sedar dan bertanggungjawab?
atau ke arah lalai dan membesarkan rasa diri?

Ujian tidak memaksa kita membuat pilihan.
Ia hanya memperlihatkan
keadaan dalaman kita
melalui setiap keputusan yang kita ambil.

Kerana akhirnya,
ujian bukan tentang apa yang berlaku,tetapi tentang bagaimana kita membuat pilihan samada dengan ilmu dan kesedaran ataupun dengan kejahilan dan kesombongan.

Kita hidup dalam ujian.
Setiap ujian ada mesejnya untuk kita fahami.
Orang yang bijaksana akan berurusan dengan ujian dengan teliti dan tenang.
Orang yang jahil dan sombong amat takut dengan ujian dan sangat berbangga dengan pencapaian dan kelebihan.

Nur Healing Crystal
Holistic Healing





Kadang-kadang, jiwa perlu pekak kepada dunia supaya kita tidak tuli terhadap kebenaran diri sendiri.Dunia luar hanyalah ...
14/01/2026

Kadang-kadang, jiwa perlu pekak kepada dunia supaya kita tidak tuli terhadap kebenaran diri sendiri.

Dunia luar hanyalah medan
untuk kita menzahirkan tenaga
yang telah dibina dari dalam.

Namun,
jika kita tidak mampu memekakkan telinga daripada unsur-unsur luar
yang tidak membangunkan minda, emosi dan peribadi,
kita akan terperangkap dalam kebisingan itu sehingga tidak lagi mendengar suara hati sendiri.

Kematangan tenaga diri
tidak berlaku secara segera.
Ia perlu melalui proses
sehingga menjadi tenaga yang bertenaga dan bernilai tinggi.

Proses ini ibarat menempa besi bar kepada menjadi sebilah keris.

Besi perlu dibakar dan diketuk,
berselang seli dengan kepanasan dari relau api dan ketukan hentakan dari tukul besi,agar terhasil bilah keris yang tajam dan berguna.

Begitulah juga resam tenaga dalaman manusia.
Ia matang melalui berbagai bentuk ujian demi ujian.

Namun,kita mesti sedar bahawa setiap ujian yang kita tempuhi bukan menjadi suatu tanda bahawa kita merupakan seorang yang terpilih menjadi hebat dan berbeza daripada orang lain.

Ujian hanyalah sebagai penanda aras kesedaran,agar kita belajar mendengar bahasa dalaman sendiri,supaya kita faham diri sendiri.

Ada sesuatu tentang diri kita yang perlu kita beri perhatian.

Ada sesuatu tentang kita yang perlu kita sucikan,bersihkan dan ada sesuatu pada kita yang perlu ditambah nilai.

Olehitu kita tidak boleh menjadi tuli terhadap suara hati sendiri dan jangan p**a kita syok sendiri bila diri diuji sehingga merasa diri istimewa,terpilih dan berbeza dari yang lain.

Kerana ujian bukan untuk dibanggakan tetapi untuk difahami dan disedari hanya untuk mengenali diri sendiri.

Ujian bukan pangkat.
Bukan juga bukti kita lebih tinggi
daripada yang lain.

Ia hanyalah cermin
untuk melihat dengan jujur
di mana kesedaran kita sedang berada.

Jika ujian mendekatkan kita kepada diri,ia berfungsi.
Jika ujian membesarkan keegoan diri,
kita telah tersasar dari maksudnya.

Ujian tidak hadir
untuk mengaibkan
atau meninggikan sesiapa.

Ia hanyalah bahasa kehidupan
yang mengajak kita berhenti seketika
dan memandang ke dalam mencari makna dan erti hidup yang berfokus tentang diri sendiri.

Nur Healing Crystal
Holistic Healing





Apa yang Ada Di Dalam DadaApa yang ada di dalam dadamemberi kualiti sebenar kepada setiap kitaran malam dan siang yang k...
13/01/2026

Apa yang Ada Di Dalam Dada

Apa yang ada di dalam dada
memberi kualiti sebenar kepada setiap kitaran malam dan siang yang kita lalui.

Malam dan siang bukan sekadar peralihan waktu,tetapi gambaran kepada apakah pengisian yang sedang kita simpan dan kumpulkan
di dalam dada.

Rasa berpusat tenaganya di bahagian dada.
Di sinilah aliran emosi,niat dan kesedaran saling berhubung dan mempengaruhi hidup kita.

Apabila dada terasa ketat dan sempit,ia menjadi petunjuk bahawa aliran tenaga yang menghubungkan akal dan emosi di ruang dada sedang melemah atau terganggu.

Kesakitan dan ketidakselesaan itu
bukan untuk ditakuti.
Ia hanyalah petanda bahawa tenaga berkaitan rasa sedang tersekat dan memerlukan perhatian serta tindakan.

Sering kali,aliran tenaga tidak dapat mengalir dengan lancar kerana dihalang oleh rasa daripada tenaga berfrekuensi rendah seperti sedih, tidak puas hati, geram,marah, risau, bimbang, takut,dan apa sahaja perasaan terpendam yang tidak dilepaskan.

Apabila kita mula sedar apa yang sedang kita simpan dan kumpulkan di dalam dada,kita akan terdorong untuk mencari cara menguruskannya.

Dari situlah bermulanya
proses pemulihan yang sebenar dan secara holistik.

Petanda seperti rasa sakit,ketat dan sempit di dada akan beransur hilang
apabila kita sedar dan memahami puncanya.

Dalam diam,kita perlu menyusun kembali emosi yang tidak stabil.

Tanya soalan kepada diri sendiri:
Mengapa emosi ini terganggu?

Dan carilah hikmah di sebalik emosi tersebut tanpa menyalahkan sesiapa.

Pengalaman hidup yang tersimpan kemas di dalam dada juga perlu diberi makna satu persatu, dibersihkan daripada rasa bersalah,sesalan,salah sangka
dan rasa tidak berguna.

Niat yang terpasak di dalam dada
perlu sentiasa diperhalusi,
agar ia tidak menyesakkan dada
apabila kita tersasar daripada niat asal dari matlamat dan tujuan hidup kita.

Usaha kita sepanjang malam dan siang sebenarnya adalah
menyusun memori,memadamkan maklumat yang tidak penting
dan menguatkan tenaga yang benar-benar perlu untuk meneruskan hidup dengan lebih sejahtera.

Kematangan tenaga di dalam dada,diuji berulang kali dalam setiap putaran malam dan siang yang kita tempuhi selama hidup kita.

Apabila dada semakin matang,
hidup tidak lagi ditentukan oleh keadaan,tetapi dipandu oleh kesedaran.

Nur Healing Crystal
Holistic Healing




Rasa Memiliki Memakan Diri SendiriKenapa kita mula rasa sesuatu itu milik kita?Kita mula rasa sesuatu itu milik kitaapab...
13/01/2026

Rasa Memiliki Memakan Diri Sendiri

Kenapa kita mula rasa sesuatu itu milik kita?

Kita mula rasa sesuatu itu milik kita
apabila kita mula bergantung dan terikat dengannya semata,demi menyempurnakan kehendak dan matlamat diri.

Kita rasa bergantung kepada sesuatu yang kita miliki itu kerana kita rasa sesuatu itu berupaya memberi rasa selamat kepada jiwa kita dan kita tidak sanggup berada dalam ketakutan jika kehilangan.

Mungkin sesuatu itu boleh membuat kita rasa diri bernilai dan jika ia kekal bersama dalam takluk kita,ia dapat mengekalkan nilai dan maruah diri
sendiri.

Tanpa sedar,
jiwa mula melekat kepada sesuatu sehingga sukar untuk menerima kesedaran untuk berlapang dada,berfikiran waras dan terbuka untuk terus mengalirkan tenaga diri dengan lancar.

Sebenarnya,rasa memiliki adalah fitrah manusia.

Tetapi bila rasa itu mula menguasai fikiran,mengawal emosi dan menentukan tindak balas kita kepada sesuatu hingga kita hilang kesedaran,di situlah rasa memiliki mula memakan diri sendiri.

Tenaga sepatutnya mengalir,
bukan melekat dan terkunci dengan rasa pemilikan penuh.

Bila tenaga melekat,arus tenaga tersekat,minda menjadi lemah,emosi mudah terganggu dan tubuh mudah letih dan lesu.

Kehidupan pun akan jadi berat kerana sumber tenaga dalaman kita lemah.

Kenapa tenaga yang terbina dari sifat 'memiliki' memakan diri?

Kerana tenaga ini lemah dan tenaga yang lemah berada pada frekuensi rendah.

Pada frekuensi ini akal kita mudah merasa takut,emosi p**a dikuasai sifat cemburu dan jiwa sentiasa rasa tidak puas dan tidak cukup.

Semakin kuat mahu memiliki,
semakin kuat kita akan merasa takut kehilangan.

Semakin rasa “ini milik aku”,
semakin kuat rasa tidak puas dan tidak puas hati.

Akhirnya…

Kita mungkin tidak kehilangan seseorang,benda atau suasana tetapi kita kehilangan ketenangan diri sendiri.

Dan tanpa disedari,
seluruh sistem hidup yang kita bina
untuk bahagia dan damai
mula beransur musnah.

Apakah ada sesuatu yang kita boleh pertahankan untuk memiliki?
Ya,ada.
Kita boleh mempertahankan untuk memiliki ketenangan dan kedamaian jiwa.

Dengan itu,kita tidak perlu menggenggam sesuatu yang melukai jiwa.

Cukuplah kita menggenggam
kesedaran diri,agar hati sentiasa terkawal, terpelihara,tenang,damai dan sejahtera dalam setiap peralihan malam dan siang.

Kehidupan bukan tentang apa yang kita miliki tetapi tentang apa yang ada didalam dada.

Nur Healing Crystal
Holistic Healing




#

Gembira Datang Dari DalamBila kita rasa gembira,selalunya kita fikir kita gembira sebab ada sesuatu yang berupaya mengge...
12/01/2026

Gembira Datang Dari Dalam

Bila kita rasa gembira,
selalunya kita fikir kita gembira sebab ada sesuatu yang berupaya menggembirakan kita.

Seolah-olah kita berharap dan menunggu gembira itu datang kepada kita dan gembira p**a akan memilih kepada siapa ditujukan untuk mendapat sesuatu kegembiraan itu.

Tapi… betulkah begitu?

Mengikut hukum energi, kegembiraan sebenarnya datang dari dalam diri kita sendiri.

Ia lahir daripada pilihan kita,iaitu dari cara kita menerima sesuatu,
cara kita berfikir tentang sesuatu dan cara kita bertindak terhadap apa yang berlaku.

Tenaga dalaman kita perlu berada dalam getaran kegembiraan.

Getaran kegembiraan ialah suatu titik pertemuan ilmu dan pengalaman hidup yang telah dibersihkan dari sangkaan yang salah,jangkaan melampau dan tidak relevan serta sembuh dari kesan trauma yang membawa kepada kesakitan jiwa .

Getaran tenaga perlu melalui pembersihan dari kotoran yang menyekat dan menghalang kita dari merasa gembira.

Tenaga dalaman yang suci dan bersih akan mencari resonansi dengan getaran tenaga dari dunia luar kita iaitu samada pada benda,seseorang,suasana,situasi dan peristiwa sehingga melahirkan perasaan gembira.

Ini membawa maksud bahawa sesuatu kegembiraan bukannya datang menggembirakan kita.

Kegembiraan bergantung atas usaha kita terlebih dahulu menyucikan aliran tenaga dalaman yang tersekat dan tesumbat dan ia tidak mengalir dan bergetar dengan stabil dan tidak berkembang sehingga memberi kesan sakit hati,terasa hati,sedih, risau,bimbang,takut dan marah.

Kegembiraan datang dari dalam diri kita yang membenarkan diri sendiri untuk menikmati rasa gembira.

Maknanya,kegembiraan bermula dari dalam,bukan dari luar.

Sebab itu ada orang yang hidupnya nampak sempurna,serba cukup tetapi hatinya kosong dan tidak gembira.

Ada orang hidupnya serba kurang dan sederhana,tetapi jiwanya tenang, damai dan bahagia.

Ada p**a orang yang hidupnya senang serba cukup dan jiwanya juga selalu tenang dan damai.

Ada orang tidak sempurna keperluan kehendak hidupnya,dan jiwanya juga selalu resah gelisah dan jauh dari rasa gembira.

Apa yang membezakan mereka bukan keadaan hidup,
tetapi keadaan tenaga dalaman.

Kegembiraan juga bukan sesuatu yang datang dan menjelma sekali lalu dan akan terus kekal selamanya,Ia adalah suatu usaha yang berterusan untuk menukar rasa tidak gembira menjadi gembira dengan cara menguruskan tenaga kesedaran diri dari tahap ke tahap kematangan ilmu dan pengalaman hidup masing-masing.

Inilah hukum gelombang kehidupan.
Tenaga bergerak,berubah dan matang melalui ujian demi ujian.

Hukum tenaga bergerak dalam polanya yang tersendiri,tenaga perlu melalui proses kematangannya dengan pola setiap kali kesukaran akan hadir kenikmatan.

Dari pengulangan pola inilah lahirnya kematangan tenaga dalaman yang membawa kepada ketenangan dan kedamaian jiwa.

Kita bertanggungjawab dengan rasa gembira.
Apakah rasa yang mahu kita pilih?
Kita lah yang perlu usahakannya.

Nur Healing Crystal
Holistic Healing




Kenapa kita gembira apabila berhadapan dengan sesuatu yang baru?Apabila dikaitkan dengan hukum energi,perasaan gembira y...
09/01/2026

Kenapa kita gembira apabila berhadapan dengan sesuatu yang baru?

Apabila dikaitkan dengan hukum energi,perasaan gembira yang hadir ketika kita melalui peristiwa atau pengalaman yang baru sebenarnya berpunca daripada peralihan tenaga yang mengalir tanpa sekatan.

Sesuatu yang baru akan membawa kepada perubahan frekuensi,samada dalam diri kita mahupun persekitaran.

Perubahan ini bergerak ke arah keserasian,lalu membentuk tenaga yang bersifat membaik,memulih, menyatu dan mengembang.

Apabila berlaku pertembungan resonansi antara tenaga dalaman dan luaran,maka terhasilnya getaran yang diterjemahkan sebagai kegembiraan.

Manusia secara semula jadi ialah sistem tenaga yang sentiasa bergetar,bergerak dan mengembang.

Apabila sesuatu yang baru hadir,ia membawa frekuensi yang belum dipadatkan,tidak dibebani memori lama dan bersih dari memiliki rintangan tenaga.

Keadaan ini menjadikan tenaga dalam diri serta persekitaran yang terlibat berada dalam keadaan ringan,segar dan terbuka.

Kegembiraan yang muncul bukanlah kerana objek atau situasi itu semata-mata,tetapi kerana tenaga kita sedang mengembang dan mengalir tanpa sekatan.

Oleh itu,rasa gembira menjadi tanda bahawa aliran tenaga dalaman kita sedang lancar,memancar keluar dan seterusnya mensejahterakan bukan sahaja dunia dalaman,tetapi juga dunia luaran yang kita alami.

Nur Healing Crystal
Holistic Healing




Paksaan Tidak Mengembangkan PotensiKita perlu mengenal kemampuan diri,menyedari serta menghormati had tenaga dalam setia...
08/01/2026

Paksaan Tidak Mengembangkan Potensi

Kita perlu mengenal kemampuan diri,
menyedari serta menghormati had tenaga dalam setiap usaha yang dilakukan.

Bermula daripada cetusan kesedaran lah lahirnya titik pemula potensi diri,
yang seharusnya bergerak dalam ruang kemampuan dan tanpa memaksa dengan keras.

Inilah proses yang selari dengan hukum tenaga,kerana paksaan tanpa kefahaman akan mengganggu keupayaan tenaga diri untuk berdiri stabil dan matang secara semula jadi melalui penerimaan serta interaksi didikan secara berperingkat dari sistem alam semesta.

Kesedaran yang hadir melalui paksaan,sebenarnya tanpa disedari ia melemahkan nilai diri.

Apabila tenaga ditekan melampaui had keupayaannya,manusia akan semakin jauh daripada dirinya sendiri.

Perubahan dan perkembangan potensi diri berlaku,bukan kerana kefahaman terhadap aliran tenaga diri sendiri,tetapi didorong oleh peniruan dan ikutan semata-mata dari aliran tenaga orang lain serta perbandingan keupayaan diri dengan keupayaan orang lain tanpa kesedaran untuk menstabilkan dan membangunkan tenaga dalaman dari dalam diri sendiri.

Keadaan ini,tanpa disedari,akan mewujudkan ketidakseimbangan tenaga emosi,yang seterusnya memupuk getaran sikap tidak berpuas hati,iri hati,dengki dan kecenderungan mengkhianati nilai tinggi lagi murni diri sendiri.

Apabila ketidakseimbangan ini berlarutan,tenaga minda akan mula menghukum diri,melahirkan persepsi bahawa diri tidak berkualiti,dunia tidak adil dan merasa terhina kerana tidak memiliki potensi yang tersendiri.

Setiap potensi diri memiliki tenaga dan kod daya yang unik.

Oleh itu,potensi tidak boleh ditekan atau dipaksa hingga melangkaui kemampuan asalnya.

Kesannya,samada seseorang itu dianggap berjaya atau gagal,
dia tetap berisiko mengalami tekanan minda,emosi dan jasad yang berpanjangan dan akhirnya mengundang masalah kesihatan mental,emosi dan fizikal.

Potensi diri perlu diurus dan disusun,
mengikut rentak hidup yang bersesuaian dan selari dengan kod penciptaan diri masing-masing,
yang memiliki kecenderungan kepada potensi yang berbeza antara setiap insan.

Apabila potensi ditekan dan dipaksa,
ia boleh berubah tetapi tidak berupaya berkembang tanpa batas.

Jika ia kelihatan berkembang sekalipun,perkembangan itu tidak berlaku secara sihat.

Olehitu,berilah peluang dan ruang yang selamat untuk diri kita dan orang lain berkarya untuk mengenali diri sendiri mengikut minat dan kepuasan mereka sendiri,agar setiap insan dapat menghargai dan menumbuhkan potensi diri masing-masing yang unik dan hebat serta berguna.

Saat manusia menemui potensi dirinya yang unik dan tidak terbatas,
dia belajar menghargai dan mencintai dirinya sebagai ciptaan yang sempurna,bertolak ansur dengan kelemahan dan kekurangan diri sendiri dan orang lain,sehingga terhasil suasana saling menghormati tanpa perlu berlawan dengan dendam dan trauma yang menghantui kehidupan masing-masing.



Niat dan Potensi DiriPotensi diri dalam hukum tenaga bukan menjurus kepada bakat atau kebolehan semata-mata,tetapi berka...
07/01/2026

Niat dan Potensi Diri

Potensi diri dalam hukum tenaga bukan menjurus kepada bakat atau kebolehan semata-mata,
tetapi berkait rapat dengan keupayaan individu memberi daya dan nilai kepada sesuatu benda, perkara atau peristiwa.

Semakin banyak daya dan nilai yang ditambah,semakin besar potensi sesuatu itu untuk berkembang
dan memberi kesan kepada kewujudannya.

Potensi yang tulen dan murni lahir daripada niat dan kehendak yang jelas,jernih serta berasas.

Apabila niat dan kehendak itu menyentuh kepentingan ramai,
ia akan mencetuskan proses tenaga
yang memantulkan peluang-peluang
yang lebih luas,bermakna,berkesan dan bertahan.

Usaha menambah nilai pada sesuatu benda,perkara atau peristiwa
amat bergantung kepada tenaga niat dan harapan.

Niat yang baik akan menggetarkan tenaga harapan dan melalui getaran inilah peluang-peluang yang berada dalam julat frekuensi yang sama
akan tertarik menghampiri.

Tenaga bergerak dengan ketepatan,
tidak mungkin baginya tersilap masa dan alamat.

Ia menguasai ruang dan masa
melalui kesamaan serta keserasian gelombang getaran.

Tenaga hanya bertembung dan menyatu pada titik resonan
dengan apa yang benar-benar sepadan dengannya.

Oleh itu,setiap potensi yang ingin dibina mestilah bersumberkan daripada niat yang jelas dan murni,
serta memberi kesan yang meluas dan jangka panjang kepada sekeliling,kerana dari situlah arah,proses dan hasil akan ditentukan.

Binalah potensi diri kita masing-masing tanpa meletakkan batas,
agar kesannya meluas dan terus mengalir,menguasai ruang dan masa sehingga ke alam kekal abadi.




Address

Lot 444 Kg Pasir Hor
Puchong
47100

Telephone

+60142693155

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nur Healing Channel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram