Klinik Kesihatan Perol

Klinik Kesihatan Perol Facebook rasmi KK Perol. Klinik Kesihatan di bawah Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu.

Dijemput kepada semua warga Perol dan kawasan sekitar untuk memeriahkan Hari Terbuka Inisiatif Saringan Kesihatan Kebang...
19/02/2025

Dijemput kepada semua warga Perol dan kawasan sekitar untuk memeriahkan Hari Terbuka Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) & Kem Diabetes Pra Ramadan.

πŸ—“οΈ Sabtu 22/2/2025
⏰ 8 pagi - 1 tengahari
🏣 Perkarangan KK Perol

Antara aktiviti menarik ialah;
🩻 Saringan kesihatan dan PEKA B40
🦷 Pemeriksaan Gigi
πŸƒπŸ»β€β™‚οΈβ€βž‘οΈ Senaman aerobik

Disediakan juga pelbagai booth menarik untuk anda βœ…

Dan yang paling istimewa, cabutan bertuah pun ada πŸŽ‰

Jemput hadir semua!

LaKAR DI KETEREH. Satu program LaKAR telah diadakan pada Sabtu, 22 Jun 2024 di Kampung Cekok Serendah, Ketereh. Program ...
09/07/2024

LaKAR DI KETEREH.

Satu program LaKAR telah diadakan pada Sabtu, 22 Jun 2024 di Kampung Cekok Serendah, Ketereh. Program LaKAR ini dianjurkan oleh Unit TB/HIV/Kusta Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu dengan kerjasama Klinik Kesihatan Perol, Klinik Kesihatan Kok Lanas, Klinik Kesihatan Peringat dan Klinik Kesihatan Lundang Paku.

LaKAR ialah singkatan daripada Latihan, Kesan, Analisa dan Rawat yang bertujuan untuk mengesan, mendiagnos dan merawat penyakit Kusta.

Seramai 40 anggota kesihatan yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, Pemandu dan Inspektor Kesihatan telah terlibat dalam program ini yang diketuai oleh Dr. Wan Soliha, Pegawai Epidemiologi PKD Kota Bharu.

Program bermula pada jam 8 pagi dan dibahagi kepada 4 pasukan yang bergerak mengikut lokasi rumah-rumah penduduk yang ditetapkan. Penduduk yang mempunyai gejala telah dirujuk ke Klinik Pakar Dermatologi HRPZ II.

Program berjalan lancar dengan cuaca yang baik dan tamat pada jam 5 petang. Terima kasih kepada seluruh penduduk kampung yang memberi kerjasama yang amat baik sepanjang program ini.

GOTONG-ROYONG BEBAS DENGGI DAN JOM CAKNA KESIHATAN. Pada 1 Jun 2024, Panel Kesihatan Perol dan KOSPEN dengan kerjasama A...
08/07/2024

GOTONG-ROYONG BEBAS DENGGI DAN JOM CAKNA KESIHATAN.

Pada 1 Jun 2024, Panel Kesihatan Perol dan KOSPEN dengan kerjasama AJK Masjid Ar Rahman bersama komuniti Kampung Batu 8, Kota Bharu telah mengadakan Program Gotong-Royong Bebas Denggi dan Jom Cakna Kesihatan.

Program yang bermula pada jam 8 pagi memfokuskan tentang:
βœ… Pemeriksaan/Pameran Kesihatan & Pergigian Percuma.
βœ… Pemeriksaan Tekanan Darah Tinggi, Kandungan Gula dalam Darah, BMI.
βœ… Pengesanan Awal TB & Saringan Warga Emas
βœ… Ceramah Denggi.

Aktiviti gotong-royong juga diadakan di sekitar kawasan masjid dan rumah-rumah penduduk yang terpilih. Program diakhiri pada jam 1 tengahari dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada para peserta.

FIRE DRILL DI KK PEROL. Klinik Kesihatan Perol dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh berjaya mengadakan sa...
08/07/2024

FIRE DRILL DI KK PEROL.

Klinik Kesihatan Perol dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh berjaya mengadakan satu Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) di Klinik Kesihatan Perol pada Khamis, 30 Mei 2024.

Tepat jam 9.00 pagi loceng kebakaran telah dibunyikan secara berturutan selama beberapa minit bagi memberi amaran. Kakitangan KK Perol dan pesakit telah berjaya berkumpul di kawasan lapang dalam masa yang telah ditetapkan.

Demonstrasi juga telah dijalankan oleh pihak Bomba bagi memberi latihan kepada semua kakitangan klinik. Tujuan utama diadakan latihan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada warga kerja di bangunan tersebut tentang prosedur menyelamatkan diri jika berlaku sesuatu kecemasan yang melibatkan kebakaran.

07/05/2024

Pastikan tangan πŸ€šπŸΌβœ‹πŸΌ anda bersih. Cuci tangan dengan cara yang betul. Tangan yang bersih boleh mencegah penyakit. Keputusan di tangan anda‼️

28/04/2024

Pelbagai alternatif bagi garam πŸ§‚ yang anda boleh gunakan bagi meningkatkan rasa sedap pada makanan 🍜🍚 anda dan dalam masa yang sama, anda dapat menjamu hidangan yang sihat πŸ‘πŸΌ dan bernutrisi.

Jom kita lihat apakah bahan alternatif semula jadi tersebut‼️

Apakah penyakit pneumokokal? πŸ€”Penyakit pneumokokal adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Strepto...
24/04/2024

Apakah penyakit pneumokokal? πŸ€”

Penyakit pneumokokal adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Streptococcus pneumoniae 🦠 Ia menjangkiti semua golongan umur tetapi lebih sering menjangkiti kanak-kanak dan warga tua. Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan termasuk jangkitan/radang paru-paru , meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak) , sepsis ( jangkitan dalam darah) , sinusitis (jangkitan pada sinus) dan otitis media ( jangkitan telinga tengah ).

Untuk lebih mengetahui secara terperinci, boleh tekan link di bawah πŸ‘‡

Apakah Penyakit Pneumokokal ? Penyakit pneumokokal adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Streptococcus pneumoniae . Ia menjangkiti semua golongan umur tetapi lebih sering menjangkiti kanak-kanak dan warga tua. Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan termasuk j...

Pemberian suntikan Vaksin Pneumokokal kini tersedia di Klinik Kesihatan KKM untuk kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari ...
24/04/2024

Pemberian suntikan Vaksin Pneumokokal kini tersedia di Klinik Kesihatan KKM untuk kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya.

Vaksin ini diberikan sebanyak 3 dos iaitu 2 dos primer pada umur 4 bulan dan 6 bulan; diikuti 1 dos penggalak (booster) pada umur 15 bulan.

Pemberian Vaksin Pneumokokal kepada kanak-kanak bertujuan untuk mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti akibat penyakit Pneumokokal dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun. Ia seterusnya dapat mengurangkan kos rawatan penyakit Pneumokokal dan komplikasinya. Walaupun penyakit Pneumokokal boleh dirawat dengan pemberian antibiotik, namun terdapat beberapa strain bakteria Pneumokokus yang mempunyai kerintangan terhadap antiobiotik. Pemberian Vaksin Penumokokal adalah kaedah paling berkesan untuk menghalan jangkitan bakteria Pneumokokus dan secara tidak langsung mengurangkan kerintangan terhadap antibiotik.

Vaksin Pneumokokal boleh didapati di Klinik Kesihatan Perol. Bagi anak-anak yang belum mendapatkan suntikan ini, ibu bapa digalakkan untuk membuat temujanji demi kesihatan dan kesejahteraan anak-anak.

Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Sumber: www.myhealth.gov.my

Address

Jalan Kuala Krai
Kota Bharu
16450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Perol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Kesihatan Perol:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram