Ikhtiar Terapi - Kota Bharu

Ikhtiar Terapi - Kota Bharu Perkhidmatan Urutan Tradisional & Terapi Bekam

IKHTIAR TERAPI KOTA BHARU menyediakan perkhidmatan urutan badan dan bekam di kelantan.Mencegah lebih baik daripada merawat

PERBEZAAN DI ANTARA DERMA DARAH DAN BEKAM/HIJAMA SECARA RINGKAS.Ketika proses penyedutan kulit melalui terapi bekam, bah...
26/09/2022

PERBEZAAN DI ANTARA DERMA DARAH DAN BEKAM/HIJAMA SECARA RINGKAS.

Ketika proses penyedutan kulit melalui terapi bekam, bahan-bahan punca penyakit/CPS di dalam darah ditapis pada hujung kapilari arteri/vena kemudian bercampur dengan cecair(interstitial fluid) yang terdapat pada tisu sehingga kulit nampak membenjol/"dome shape". Sebaik kulit itu dilukai, cecair yang mengandungi CPS tadi keluar ke permukaan kulit bersama sedikit darah daripada kapilari² pecah akibat daripada proses skarifikasi/melukai tadi. Jadi darah yang keluar melalui bekam adalah darah yang telah bercampur dengan cecair yang mengandungi CPS dan "darah bekam" ini tidak ditentukan jumlah yang harus dikeluarkan. Pada tahap ini pembersihan darah atau cecair interstitial daripada CPS tertentu dipercayai telah berlaku. Berdasarkan kepada beberapa kajian, terapi bekam dilakukan untuk menurunkan risiko selain membantu proses penyembuhan pelbagai penyakit/kondisi tertentu melalui mekanisme- mekanisme tertentu. Ketika menderma darah, darah dikeluarkan(473ml) melalui pembuluh darah vena (bukan arteri). Darah yang keluar adalah darah yang mempunyai komposisi normal (55% plasma & 45% sel-sel darah) dan tidak bercampur dengan cecair interstitial yang mengandungi CPS yang tertapis daripada kapilari-kapilari sepertimana yg berlaku dalam terapi bekam. Darah yang diambil adalah bertujuan untuk didermakan kepada mereka yang mengalami kondisi kekurangan darah.

MA SABRI

Ref:

1. Methods of wet cupping therapy (Al-Hijamah): in light of modern medicine and prophetic medicine
Salah Mohamed El Sayed, Hant Salah Mahmoud, Manal Mohamed Helmy Nabo
Alternative & Integrative Medicine, 1-16, 2013

2. Evaluation of effectiveness of wet cupping versus blood donation on Hematological parameters in Healthy young adults
Zuhair Rishdi Mustafa, Sabri Khalaf Sheiko
Erbil Journal of Nursing and Midwifery 3 (1), 11-21, 2020

TERAPI BEKAM VS ALOPECIA(KEBOTAKAN)Alopecia ialah istilah perubatan untuk rambut gugur.  Keguguran rambut mungkin berlak...
04/09/2022

TERAPI BEKAM VS ALOPECIA(KEBOTAKAN)

Alopecia ialah istilah perubatan untuk rambut gugur. Keguguran rambut mungkin berlaku secara semula jadi atau mungkin berkaitan dengan penyakit atau penggunaan ubat-ubatan tertentu. Gejala alopecia berbeza-beza bergantung kepada punca keadaan dan berkisar dari tompok botak kecil kepada kehilangan lengkap seluruh rambut badan.

Sebenarnya rambut kita gugur lebih kurang 50-100 helai setiap hari namun ia tidak disedari sebab rambut baru akan tumbuh pada masa yang sama. Namun kebotakan atau rambut gugur akan nampak lebih ketara apabila rambut baru tidak atau kurang tumbuh untuk menggantikannya. Ada beberapa faktor penyebab atau risiko yang menyumbang kepada berlakunya alopecia. Di antaranya adalah seperti faktor keturunan, perubahan hormon, penyakit/kondisi tertentu, ubatan/ rawatan tertentu, stress dsbnya.

Selain ubatan tertentu seperti finasteride dan minoxidil, terapi bekam juga didakwa berupaya mengatasi masalah rambut gugur dengan ketara. Terdapat 5 kes kebotakan yang dilaporkan menunjukkan perubahan positif selepas beberapa kali menjalani terapi bekam basah/hijama.

Kes pertama: seorang lelaki berumur 31 tahun mengalami kebotakan kepala yang serius dan telah mengambil ubatan tertentu seperti finasteride dan minoxidil untuk sekian lama namun kurang berhasil. Selepas menjalani 2 sesi terapi bekam, terdapat peningkatan ketara pada tahap ketebalan rambut beliau. Kes ke-2: seorang lelaki berusia 31 tahun yang mengalami kebotakan pada area vertex telah mengambil ubatan minoxidil lebih setahun namun kesannya amat minimal. Beliau menjalani 3x terapi bekam dan hasilnya terdapat penambahan ketara pada ketebalan rambut beliau. Kes yang lain: seorang lelaki berusia 46 tahun mengalami kebotakan ketara hampir keseluruhan kepala. Beliau juga mengambil minoxidil dan suplemen tertentu selama setahun namun hasilnya kurang memberangsangkan. Beliau mengambil keputusan menjalani terapi bekam sebulan sekali selama 4 bulan dengan hasil yang menakjubkan. 2 kes yang lain juga menunjukkan kesan pemulihan rambut yang ketara selepas menjalani beberapa siri terapi bekam/hijama.

MA SABRI

Ref:

1. Cupping Therapy for Hair Loss Treatment: A Report of Five Cases. Izharul Hasan
Research Journal of Medicinal Plants in Ayurveda 1 (2)

2. Effects of wet cupping on blood components specially skin-related parameters of healthy cases: a case control metabonomic study
Mehdi Fahimi, Nooshafarin Kazemikhoo, Fataneh Hashem Dabaghian, Ayda Iravani, Farideh Vahabi, Mehri Azadi, Sedigheh Sadeghi, Fahimeh Mirkhani, Mohammad Arjmand, Zahra Zamani, Fereshteh Ansari, Roshanak Gods
Journal of Skin and Stem Cell 3 (2), 2016

BEKAM KELUARKAN "DARAH KOTOR" ??Apakah benar terdapat "darah kotor" dalam tubuh kita sehingga ada keperluan untuk ia dik...
02/09/2022

BEKAM KELUARKAN "DARAH KOTOR" ??

Apakah benar terdapat "darah kotor" dalam tubuh kita sehingga ada keperluan untuk ia dikeluarkan bagi mencegah atau mengubati penyakit/kondisi tertentu? Saya ingin mengajak anda rakan² pengamal bekam agar melihat perkara ini daripada 2 sudut pandangan berbeza iaitu sudut anatomi darah dan sudut kata kiasan. Menurut ilmu anatomi, persekitaran dalam darah adalah sentiasa berada dalam kondisi steril, bermakna ia sangat bersih, "tidak kotor" sekalipun terdapat lebihan kolesterol, asid urik, LDL, trigliserida, produk² radang, logam² berat, radikal² bebas dsbnya yang boleh meningkatkan risiko sesuatu penyakit. Daripada aspek kiasan, "darah kotor" berkemungkinan besar mempunyai makna berlapis atau merujuk kepada apa jua unsur yang boleh menyebabkan terjadinya sesuatu penyakit itu. Memandangkan ia tidak memberi maksud sebenar secara langsung, ia telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan mereka yang ada pengetahuan dalam perubatan konvensional atau ilmu anatomi. Terdapat juga segelintir golongan yang berpendidikan mempersoalkan tentang kebenaran istilah itu.

Perkataan bekam membuang "darah kotor" sudah lama iaitu sejak zaman kerajaan Mesir purba lagi lebih 3000 tahun dahulu. Mereka pada ketika itu percaya bahawa darah telah "dikotori" oleh pelbagai unsur² penyakit. Sebaik sejumlah "darah kotor" dikeluarkan, terdapat perubahan pada tahap kesihatan seseorang dan ini meningkatkan keyakinan mereka bahawa memang benar terdapat "darah kotor" punca penyakit di dalam tubuh kita.

Saya berpandangan isu ini tidak perlu dijadikan bahan provokasi untuk dipersendakan sekalipun ada niat baik untuk memperbetulkan kesilapan. Para pengamal bekam terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan tingkat pendidikan yang berbeza-beza. Sesuai dengan perubahan zaman dan perkembangan ilmu perubatan, menggunakan istilah yang lebih tepat untuk menggambarkan "darah kotor" itu sendiri seharusnya disokong dan digalakkan kepada semua pengamal bekam. Bekam membuang unsur² punca penyakit atau bahan² punca penyakit adalah istilah atau ayat yang sangat tepat untuk menggambarkan apa sebenarnya yang dikeluarkan melalui darah bekam. Pembetulan ini harus bermula pada peringkat awal iaitu ketika pengamal bekam menghadiri bengkel/kursus bekam asas lagi. Jika terpaksa menggunakan istilah "darah kotor" untuk memberi kefahaman kepada pelanggan yang berusia atau kurang berpendidikan umpamanya, gunakanlah pengikat kata( ".....") atau terus jelaskan maksud sebenar di sebaliknya. Ini secara langsung boleh mendidik masyarakat tentang penggunaan istilah yang betul dan tepat dalam mengelak kekeliruan dan konflik yang tidak perlu.

Sebenarnya penggunaan istilah "darah kotor" tidak menjadi satu kesalahan menurut akta PTK 775 & Peraturan² PTK 2016 walaupun penggunaan istilah itu kurang dipersetujui oleh BPTK KKM jika tiada konsep tertentu atau falsafah di sebaliknya. Ini bermaksud pengamal bekam masih bebas menggunakannya dalam usaha menarik pelanggan untuk berbekam. Namun penjelasan tentang makna sebenar harus sentiasa diutamaan untuk elak salah tanggap dan konflik² tertentu. Memulakan amalan penggunaan istilah yang betul tanpa perlu berkias selain berkongsi kajian² saintifik bekam adalah langkah terbaik dalam memperkenalkan kehebatan rawatan sunah ini kepada orang ramai. Semoga rawatan sunah ini akan sentiasa terpelihara daripada sebarang fitnah atau mudharat luar jangka dan memberikan 1001 manfaat kesihatan kepada orang ramai.

Wallahualam.

MA SABRI

Ref:

1. The healthy human blood microbiome: fact or fiction?. Diego J Castillo, Riaan F Rifkin, Don A Cowan, Marnie Potgieter
Frontiers in cellular and infection microbiology 9, 148, 2019

2. Methods of wet cupping therapy (Al-Hijamah): in light of modern medicine and prophetic medicine
Salah Mohamed El Sayed, Hant Salah Mahmoud, Manal Mohamed Helmy Nabo
Alternative & Integrative Medicine, 1-16, 2013

KESAN² TERAPEUTIK TERAPI BEKAM KEATAS PENYAKIT BELL'S PALSYBell's palsy adalah keadaan yang disebabkan oleh kelemahan ot...
02/08/2022

KESAN² TERAPEUTIK TERAPI BEKAM KEATAS PENYAKIT BELL'S PALSY

Bell's palsy adalah keadaan yang disebabkan oleh kelemahan otot secara tiba-tiba pada sebelah muka. Dalam kebanyakan kes, kelemahan adalah bersifat sementara dan bertambah baik dengan ketara dalam beberapa minggu. Kelemahan otot menyebabkan separuh muka kelihatan terkulai. Kondisi ini juga menyebabkan senyuman kelihatan pada sebelah bibir sahaja, begitu juga dengan mata pada bahagian yang terjejas tidak dapat ditutup.

Menurut pakar kondisi ini berlaku apabila saraf/cranial nerve VII (facial nerve) yang mengawal otot muka mengalami radang dan pembengkakan yang berpunca daripada jangkitan virus berkenaan (cth:herpes simplex virus). Selain ubatan tertentu seperti acyclovir (Zovirax) atau valacyclovir (Valtrex), terapi bekam juga didakwa berkesan mengawal kondisi ini dengan ketara.

Satu kajian kesan bekam keatas bell's palsy telah dilakukan oleh Aysha A Alshareef dan Amal Obeid pada tahun 2020 keatas 15 orang pengidap bell's palsy kronik. Semua pesakit menjalani bekam basah di Neurology Clinic, King Abdulaziz University Hospital, Jeddah, Saudi Arabia. Bekam dilakukan di antara 2 hingga 10 sesi atau sehingga kriteria tertentu tercapai. Pesakit diminta melengkapi facial disability index (FDI) sebelum dan selepas terapi bekam.

Keputusan: Dalam aspek FDI terdapat peningkatan skor ketara pada fizikal, sosial dan kombinasi fizikal dan sosial selepas terapi berbanding sebelumnya. Compound motor action potential juga menunjukkan pembaikan ketara (p< 0.05) selepas terapi bekam berbanding sebelumnya. Beberapa kajian lain juga menunjukkan terapi bekam meninggalkan pelbagai kesan terapeutik keatas bell's palsy.

Penyingkiran sejumlah produk² radang, peningkatan aliran darah lokal kesan pelepasan nitric oxide dan faktor pertumbuhan/VEGF selain peningkatan tindakbalas radang yg meningkatkan kekuatan sistem pertahanan tubuh melalui peningkatan jumlah macrophage & natural killer cell (innate immunity) mungkin antara mekanisme terapi bekam yang terlibat dalam mengawal kondisi ini.

MA SABRI

Ref:

1.Wet cupping therapy improved the quality of life in chronic Bell’s palsy patients
Aysha A Alshareef, Amal Obeid
Medical Science 24 (104), 2373-2381, 2020

2. Effect of cupping complex therapy on peripheral facial paralysis
Hyun-Jun Oh, Ho-Sueb Song
Journal of Acupuncture Research 28 (4), 119-125, 2011

3. The efficacy and safety of cupping therapy for treating of intractable peripheral facial paralysis: A protocol for systematic review and meta-analysis
Zhiwen Cao, Lin Jiao, Hongyu Wang, Jun Li, Genping Zhong, Daocheng Zhu, Wei Xu, MengKe Jin
Medicine 100 (16), 2021

LEBAM/ECCHYMOSIS BEKAMAntara kesan² penyedutan kop terapi bekam pada kulit adalah lebam atau dalam bahasa perubatan ia j...
30/07/2022

LEBAM/ECCHYMOSIS BEKAM

Antara kesan² penyedutan kop terapi bekam pada kulit adalah lebam atau dalam bahasa perubatan ia juga dikenali sebagai ecchymosis. Ia berlaku apabila sejumlah pembuluh darah kapilari pecah dan membebaskan sejumlah sel darah merah ke dalam tisu². Lebam menggalakkan kehadiran sejumlah macropaj untuk menelan/"phagocytize" sel-sel darah merah dan melalui proses inilah sejenis enzim iaitu Heme Oxygenase-1/HO-1 dihasilkan untuk menguraikan heme yang ada pada mereka. Heme atau haem adalah pemula/ "precursor" kepada hemoglobin yang perlu untuk mengikat oksigen di dalam sirkulasi darah. HO-1 mempunyai sifat-sifat antioksidan, antiradang, antiapoptotic, antiproliferative dan kesan² pengatur sistem pertahanan tubuh (immunomodulatory effects) kepada sel-sel pembuluh darah, di mana peranan utamanya adalah untuk mencegah pengerasan atau radang pada pembuluh² darah/ atherosclerosis.

Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa HO-1 yang terhasil daripada fenomena lebam ini secara umumnya berupaya mengadakan kesan² terapeutik tertentu kepada gangguan² radang/ "inflammatory disorder" selain mempertahankan tubuh daripada tekanan oksidatif dan mengawal homeostasis zat besi di dalam tubuh. Dalam bahasa mudahnya, lebam itu berupaya mendatangkan pelbagai kesan pemulihan dan pencegahan penyakit kepada tubuh walaupun penampakkannya pada permukaan kulit terutamanya pada bahagian wajah mungkin tidak begitu disenangi.

MA SABRI

Ref:

1. Cupping therapy: An analysis of the effects of suction on skin and the possible influence on human health.Duane T Lowe
Complementary therapies in clinical practice 29, 162-168, 2017

2. The clinical and histological skin changes after the cupping therapy (Al-Hijamah)
Kadhim Qasim Ali Al-Rubaye
Journal of the Turkish Academy of Dermatology 6 (1), 2012

3. Methods of wet cupping therapy (Al-Hijamah): in light of modern medicine and prophetic medicine
Salah Mohamed El Sayed, Hant Salah Mahmoud, Manal Mohamed Helmy Nabo
Alternative & Integrative Medicine, 1-16, 2013

Salam Ramadan kareem dari Ikhtiar Terapi Kota bharu 😄Sempena bulan ramadan yang telah kunjung tiba ,waktu operasi kami b...
03/04/2022

Salam Ramadan kareem dari Ikhtiar Terapi Kota bharu 😄

Sempena bulan ramadan yang telah kunjung tiba ,waktu operasi kami berubah sedikit ,bermula 7 pagi-5 petang dan disambung p**a pada pukul 10 malam-12 malam.Semoga dipermudahkan segala urusan anda dalam menunaikan ibadah puasa pada tahun ini.Ameen.

BEKAM MUKA(FACIAL CUPPING) DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN MIKRO KULITRamai pengamal bekam estetika mendakwa bahawa bekam bol...
01/03/2022

BEKAM MUKA(FACIAL CUPPING) DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN MIKRO KULIT

Ramai pengamal bekam estetika mendakwa bahawa bekam boleh meningkatkan kesihatan kulit pada wajah, termasuklah menghilangkan jerawat, mengurangkan garis² halus & kedutan, meningkatkan keanjalan kulit muka dsbnya. Testimoni daripada pelanggan tentang keberkesanannya dalam "mencantikkan" kulit & "menimbulkan seri muka" juga banyak. Kajian berkaitan seperti kesan bekam keatas jerawat juga pernah dilakukan beberapa kali dengan hasil yang positif. Persoalan: apakah sebenarnya yang berlaku kepada persekitaran mikro di bawah kulit setelah tekanan negatif dikenakan keatasnya?

Satu penelitian terhadap kesan bekam ke atas persekitaran mikro kulit telah dilakukan oleh Yingying Z. et al pada tahun 2020 dengan menggunakan instrumen OR-PAM untuk memantau perubahan struktur atau fungsi kulit setelah terapi bekam. Mereka mendapati bahawa, setelah 5 minit tekanan negatif ∼ 20 kPa dihentikan, terdapat lebih banyak kapilari muncul (angiogenesis/pembentukan pembuluh² darah baru) dan pendarahan mikro diperhatikan daripada kapilari² yang pecah. Berdasar penelitian imej drp persekitaran mikro kulit, mereka mendapati kepadatan saluran darah meningkat sebanyak 64%, tahap kepekatan hemoglobin di kedua-dua vena dan arteri kapilari masing-masing menunjukkan peningkatan 62% dan 40%. Saturasi oksigen pada pembuluh darah arteri dan vena masing-masing menurun sebanyak 17% dan 3% sejurus selepas bekam. Setelah dua jam terapi bekam, ketiga-tiga parameter yang berkaitan telah kembali ke tahap asal, menunjukkan bahawa kesan pada tisu hanya bertahan dalam jangka masa yang pendek sahaja.

Walaupun kesan bekam keatas persekitaran mikro kulit bertahan selama 2 jam, namun dalam suatu jangkamasa tertentu ia tetap berupaya menyumbang pelbagai kesan terapeutik seperti mengatasi masalah jerawat, mengurangkan garis² halus dan kedutan (kesan² anti-penuaan), memaksima fungsi normal kulit sehingga kulit nampak lebih sihat dan "menawan" terutamanya apabila bekam kering dikombinasi dengan bekam darah (radang buatan yg berpunca luka² kecil menyebabkan teraktifnya sistem imuniti & mekanisme penyembuhan luka sehingga sel² baru epithelium terha

LEBAM (ECCHYMOSIS) KESAN PENYEDUTAN CUP BEKAM DAN NILAI² TERAPEUTIKNYASesetengah orang sinis atau geli hati bila ternamp...
28/02/2022

LEBAM (ECCHYMOSIS) KESAN PENYEDUTAN CUP BEKAM DAN NILAI² TERAPEUTIKNYA

Sesetengah orang sinis atau geli hati bila ternampak tanda bulat merah gelap atau lebam pada dahi org lain yang telah berbekam. Sebaliknya para saintis p**a membuktikan ia mempunyai pelbagai nilai terapeutik yang berfaedah untuk kesihatan secara umum.

Tekanan negatif daripada penyedutan oleh cup bekam menyebabkan sejumlah rangkaian kapilari pecah dan membebaskan sejumlah darah ke celah² tisu (extravascular). Kehadiran sejumlah darah ini terutamanya sel darah merah (RBC) mengundang kedatangan macrophages iaitu sejenis sel darah yg terdapat pada tisu. Mereka akan menelan RBC dan proses "phagocytosis" ini menghasilkan sejenis enzim yg diberi nama heme-oxygenase 1(HO-1). Beberapa kajian menunjukkan bahawa HO-1 mempunyai ciri² antiradang, antioksidan dan antiproliferatif yang ketara selain berupaya merangsang pembentukan pembuluh² darah baru (angiogenesis) atau meningkatkan aliran darah setempat. Ini bermakna ia mempunyai keupayaan untuk mengawal radang, penggandaan sel² tumor/kanser dan oksidan (bahan yg boleh merangsang pembentukan radikal² bebas) atau dalam bahasa yang mudah ia meningkatkan keupayaan sistem pertahanan tubuh melalui proses biokimia tertentu (heme "degrade" kepada karbon monoksida, biliverdin & ferrous iron). Aktiviti² terapeutik HO-1 telah dikenalpasti berfaedah untuk masalah² kesihatan seperti aterosclerosis, diabetes, organ yang mengalami ischemia (kekurangan bekalan oksigen) dan banyak lagi.

MA SABRI

Ref:

1. Immunoregulatory properties of heme oxygenase-1. Philippe Blancou, Virginie Tardif, Thomas Simon, Séverine Rémy, Leandro Carreño, Alexis Kalergis, Ignacio Anegon
Suppression and Regulation of Immune Responses, 247-268, 2010

2. Heme oxygenase-1: unleashing the protective properties of heme
Leo E Otterbein, Miguel P Soares, Kenichiro Yamash*ta, Fritz H Bach
Trends in immunology 24 (8), 449-455, 2003

3. Heme oxygenase-1 in tumor biology and therapy. Halina Was, Jozef Dulak, Alicja Jozkowicz; Current drug targets 11 (12), 1551-1570, 2010

Terima kasih  kerana memilih   sebagai pusat terapi anda .Kami disini menawarkan perkhidmatan URUTAN TRADISIONAL , BEKAM...
23/02/2022

Terima kasih kerana memilih sebagai pusat terapi anda .

Kami disini menawarkan perkhidmatan URUTAN TRADISIONAL , BEKAM dan REFLEKSOLOGI dengan harga yang berpatutan untuk anda dengan harga serendah Rm40😄

#

Dapatkan juga disini habbatussauda keluaran MexBlu Malaysia - Magic Blue dengan harga Rm25 sebotol mengandungi 60 biji,ia baik untuk kesihatan,membuang angin dalam badan,menambah tenaga, lulus KKM dan 100% keluaran muslim ☺️

http://Wasap.my/601111499030/urut&bekam

Address

Lorong Pakda Weil Jalan Bayam Kota Bharu
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 07:00 - 22:00
Tuesday 07:00 - 22:00
Wednesday 07:00 - 22:00
Thursday 07:00 - 22:00
Saturday 07:00 - 22:00
Sunday 07:00 - 22:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikhtiar Terapi - Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Ikhtiar Terapi - Kota Bharu:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram