22/04/2026
๐ ๐๐๐ฌ๐ข ๐๐จ๐ฐ๐ง๐ก๐๐ฅ๐ฅ ๐๐๐ ๐๐ฐ๐๐ข ๐๐๐ซ๐ฎ๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐ข๐ฌ๐ฐ๐๐ณ๐๐ก (๐๐๐) ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐๐ฅ
21 April 2026 - Telah berlangsung Sesi Townhall Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) bersama Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, YBrs. Dr. Izamin bin Idris bertempat di Auditorium ACC, HRPZ II.
Turut hadir ialah Dr. Aminah Rusmin binti Mohamad Ghazali, Timbalan Pengarah Perubatan II; Dr. Nik Ahmad Arif bin Nik Mohamed Zaki, Ketua Penolong Pengarah Perubatan II; En. Mohd Zaidi bin Yunus, Ketua Unit Kewangan & Akaun; serta En. Amir Bakhtiar bin Hashim, Ketua Seksyen Perkhidmatan, Unit Sumber Manusia.
Sesi dimulakan dengan penyampaian halatuju dan aspirasi oleh Pengarah Hospital, diikuti sesi soal jawab serta perbincangan isu semasa latihan PPS. Platform ini turut memberi ruang komunikasi dua hala kepada PPS untuk menyuarakan pandangan serta cadangan penambahbaikan.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan komitmen pihak pengurusan untuk terus menyokong pembangunan kompetensi PPS serta memastikan persekitaran latihan yang kondusif, profesional dan selamat.
Terima kasih diucapkan kepada semua PPS atas kehadiran dan penglibatan aktif sepanjang sesi ini. Diharapkan inisiatif sebegini akan terus memperkukuh hubungan antara PPS dan pihak pengurusan, selaras dengan aspirasi kecemerlangan HRPZ II.