28/09/2019
Kenapa wanita ada masanya lebih sensitif atau rasa sakit kepada urutan terapi?
Wanita mempunyai masalah dengan hormon yang dikenali sebagai relaxin, yang terdapat di dalam badan mereka yang mengalami menopause dan semasa trimester akhir melahirkan anak yang berfungsi untuk melembutkan pelvic cartilage. Hormon ini juga terdapat kira-kira seminggu sebelum tempoh kedatangan haid. Hormon relaxin mengendurkan otot dan melonggarkan ligamen dan sendi, terutamanya di kawasan pelvic. Jadi perlu berhati-hati ketika urutan terapi kerana mereka mudah tidak rasa selesa.
Qun Hisham