DR.LYNA-Klinik Primer Nilam Puri

DR.LYNA-Klinik Primer Nilam Puri Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from DR.LYNA-Klinik Primer Nilam Puri, Family doctor, Jalan KUALA KRAI, Kota Bharu.

Klinik swasta di Kota Bharu Kelantan- menawarkan rawatan pesakit luar, masalah kulit, jerawat, ekzema, jeragat, cuci telinga, buang kutil/ketuat/tahi lalat, rawatan rambut gugur, ultrasound, resdung, rawatan aesthetic laser, chemical peeling, parut lekuk

28/02/2026

Jangan terus rebah lepas sahur 🚫

Boleh sebabkan perut tak selesa, risiko GERD, badan lemau & kualiti tidur malam terganggu.

Jaga badan kita, Ramadan pun lebih selesa 🀍

LIANG PORI TERBUKA LUAS?Pori yang nampak jelas pada kulit wajah memang antara mimpi ngeri ramai orang, kan? Rasa macam n...
26/02/2026

LIANG PORI TERBUKA LUAS?

Pori yang nampak jelas pada kulit wajah memang antara mimpi ngeri ramai orang, kan? Rasa macam nak sorok terus liang pori tu, sampai pakai foundation setebal 2 inci pun sanggup πŸ˜…

Kebiasaannya, liang pori yang terbuka luas lebih ketara di bahagian hidung, dagu dan p**i. Namun sebenarnya, masalah ini boleh berlaku di mana-mana bahagian wajah.

Liang pori ialah pembukaan tempat bulu roma tumbuh pada kulit kita. Malah, saiz bulu roma juga bergantung kepada saiz liang pori tersebut.

Jadi, apa punca liang pori terbuka luas?

Apabila usia semakin meningkat, penghasilan elastin dalam kulit akan berkurangan. Ini menyebabkan kulit menjadi kurang anjal dan mula mengendur, sekaligus membuatkan liang pori kelihatan lebih besar.

Selain itu, pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari juga boleh merosakkan elastin akibat sinaran ultraviolet (UV) yang berbahaya.

Masalah ini boleh menjadi lebih teruk apabila sel-sel kulit mati terkumpul dan kebersihan wajah tidak dijaga dengan baik.

Ada masalah pori besar? DM untuk kami bantu!

26/02/2026

Jerawat asyik datang time tertentu je? πŸ‘€
Kadang bukan sebab skincare tak serasi… tapi badan kita tengah bagi signal.

Kulit kita berubah ikut kitaran hormon, stres & rutin harian. Sebab tu ada masa jerawat tiba-tiba muncul walaupun dah jaga muka elok-elok.

Yang penting:
✨ Jangan picit
✨ Jangan tukar produk terlalu kerap
✨ Dapatkan nasihat doktor kalau makin teruk

Small steps, big difference 🀍
Kulit sihat perlukan masa & rawatan yang betul.

πŸ“ Klinik Primer Nilam Puri
πŸ“ž 09-7124098 / 017-7780900

Pukul 12 tengah hari, perut mula berbunyi. Tiba-tiba datang rasa pedih mencucuk kat ulu hati, naik sampai ke dada. Muka ...
25/02/2026

Pukul 12 tengah hari, perut mula berbunyi. Tiba-tiba datang rasa pedih mencucuk kat ulu hati, naik sampai ke dada. Muka dah pucat, dahi berpeluh sejuk menahan sakit kat meja ofis.

Tapi dalam hati berbisik, "Sikit je lagi nak Maghrib ni, rugi kalau buka. Tahan jelah."

Ini adalah dilema biasa pesakit gastrik di bulan puasa. Ramai yang sanggup seksa diri sebab rasa berdosa kalau berbuka. Tapi tahukah anda, dari sudut perubatan, anda mungkin sedang membiarkan perut anda berlubang?

Rasa lapar biasa dan serangan gastrik kronik adalah dua benda berbeza. Waktu anda kena gastrik teruk, asid hidroklorik dalam perut sedang menggelegak dan menghakis dinding perut anda yang kosong tu.

Bila keadaan dah sampai tahap amaran, anda WAJIB berbuka puasa. Jangan paksa diri.

Tolong perhatikan 3 tanda amaran (Lampu Merah) ini. Kalau ada salah satu, terus pergi cari air:

1. Pedih Tajam Dan Sukar Bernafas
Sakit di ulu hati yang sangat tajam macam dihiris pisau, dan asid naik ke dada (GERD) sampai anda rasa sesak nafas atau pedih tekak.

2. Menggeletar Dan Hampir Pitam
Badan jadi terlalu lemah, tangan menggeletar (tremor), pandangan jadi gelap, dan anda rasa tak boleh nak berdiri seimbang lagi. Ini tanda gula dalam darah dah terlalu rendah (hipoglikemia) bergabung dengan stres gastrik.

3. Muntah Air Asid
Kalau anda mula muntah-muntah mengeluarkan cecair kuning pahit (asid) atau lebih teruk, muntah berwarna gelap macam serbuk kopi (tanda pendarahan ulser), wajib batal puasa serta merta dan terus ke klinik!

Agama kita sangat menitikberatkan kesihatan nyawa (Maqasid Syariah). Allah beri kelonggaran untuk pesakit berbuka kalau puasa tu bawa mudarat. Ganti balik puasa tu bila perut dah sihat lepas raya nanti.

Kalau terpaksa berbuka, mula dengan air suam dan kurma atau biskut tawar. Jangan terus balun nasi kandar atau air bergas, terkejut perut tu nanti.

Cuba tag kawan-kawan yang ada gastrik teruk tu. Pesan kat dorang, jangan buat eksperimen ketahanan perut bulan puasa ni!

Sumber dari

25/02/2026
Nak kurus sebelum Raya?Kami boleh bantu dengan rawatan kurus yang selamat, berdaftar dan dipantau doktor πŸ€βœ”οΈ Konsultasi ...
24/02/2026

Nak kurus sebelum Raya?
Kami boleh bantu dengan rawatan kurus yang selamat, berdaftar dan dipantau doktor 🀍

βœ”οΈ Konsultasi profesional sebelum rawatan
βœ”οΈ Pelan rawatan ikut keperluan badan
βœ”οΈ Hasil berperingkat & terkawal
βœ”οΈ Tanpa diet ekstrem atau produk tidak berdaftar

Sesuai untuk lelaki & wanita yang nak kurus secara selamat dan klinikal ✨

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi kami:
πŸ“ž 09-7124098 / 017-7780900
πŸ“ Klinik Primer Nilam Puri

Jom mulakan perjalanan kurus sihat sebelum Raya 🀍

Ingat kurus, ingat Dr.Lyna- Doktor Aesthetic.

24/02/2026

Tips jaga kulit waktu Ramadan πŸŒ™

Jangan lupa minum air cukup, kurangkan kopi/teh, makan buah tinggi air & pakai pelembap + sunscreen setiap hari 🀍

Barulah kulit sihat sepanjang puasa ✨

22/02/2026

Hmm baru hari keempat poso, klinik dh sunyi 😌

22/02/2026

πŸ‘€: Dah bertahun-tahun pakai skincare, tapi jeragat tak juga hilang-hilang...

Muka makin kusam, jeragat pun makin tebal 😭

Kalau korang tengah alami benda ni, korang bukan berseorangan 😒

Ramai dah penat cuba macam-macam skincare, tapi hasilnya = NOL.

πŸ‘‰πŸ» Tahu tak, jeragat ni takkan hilang dengan skincare je?
Sebab dia duduk dekat lapisan dalam kulit. Memang kena rawatan yang target terus punca jeragat.

Dekat Klinik Primer Nilam Puri, kita ada rawatan yang boleh bantu cerahkan wajah dari dalam dengan suntikan khas yang fokus pada masalah pigmentasi.

βœ”οΈ Cerah sekata
βœ”οΈ Kurangkan bintik hitam
βœ”οΈ Kulit nampak glowing & sihat

Nak tahu rawatan apa? DM kami sekarang! ✨

πŸ“ž 09-7124098/ 017-7780900

Dr Azlina (Dr.Lyna) adalah doktor pertama di Kelantan yang ada sijil LCP yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk buat rawatan estetik.

β€œKlinik Primer Nilam Puri specialises in aesthetic dermatology and advanced skin laser treatments.”

Ingat cantik, ingat Dr Lyna- Doktor Aesthetic.

Anak tiba-tiba naik bintik merah satu badan? Jangan panik dulu, mak ayah wajib simpan 'Peta Badan' ini sebagai rujukan k...
21/02/2026

Anak tiba-tiba naik bintik merah satu badan? Jangan panik dulu, mak ayah wajib simpan 'Peta Badan' ini sebagai rujukan kecemasan!

Bila kulit anak mula naik ruam, soalan pertama dalam kepala ibu bapa mesti: "Ini campak ke, demam berjangkit ke, atau sekadar gatal biasa?". Nak hantar ke taska/sekolah pun jadi serba salah.

Lain jenis ruam, lain cara penjagaannya dan tahap bahayanya.

Mari kita jadi 'doktor' di rumah dengan mengenal pasti 4 jenis ruam kanak-kanak yang paling kerap berlaku berdasarkan lokasi dan rupa bentuknya:

1. PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)
Lokasi Utama: Tapak tangan, tapak kaki, dan di dalam mulut/tekak.
Rupa Ruam: Ia bermula sebagai bintik merah yang kemudiannya bertukar menjadi lepuh (blister) kecil berwarna kelabu dengan lingkaran merah. Paling kesian, ada ulser pedih dalam mulut yang buat anak menangis tak nak makan atau minum.
Tindakan: Sangat mudah berjangkit melalui air liur dan sentuhan! Wajib kuarantin di rumah. Beri anak makanan sejuk/lembut (macam aiskrim vanilla atau yogurt) untuk legakan tekak yang pedih.

2. CACAR AIR (CHICKENPOX)
Lokasi Utama: Mula naik di dada, perut, atau belakang badan sebelum merebak laju ke muka dan seluruh anggota.
Rupa Ruam: Bintik merah yang sangat cepat bertukar menjadi gelembung air jernih (macam titisan embun atas kelopak mawar). Ia SANGAT gatal. Akhirnya ia akan pecah dan jadi kuping kering.
Tindakan: Sapu losyen calamine untuk kurangkan gatal. Pantau anak supaya tak menggaru sampai luka untuk elak jangkitan kuman dan parut berlubang kekal.

3. CAMPAK (MEASLES)
Lokasi Utama: Bermula di garis rambut, dahi, dan belakang telinga, kemudian 'turun' merebak ke leher, badan, sampai ke kaki.
Rupa Ruam: Ruam ini rata (tidak timbul atau berair), berwarna merah kemerahan, dan selalunya bercantum menjadi tompok besar. Ia datang sekali dengan pakej demam tinggi, batuk teruk, selsema, dan mata merah berair.
Tindakan: Ini virus berbahaya! Ia boleh bawa komplikasi radang paru-paru (pneumonia). Pencegahan terbaik adalah pastikan vaksin MMR anak lengkap ikut jadual!

4. EKZEMA (ATOPIC DERMATITIS)
Lokasi Utama: Kawasan pelipat! Paling s**a duduk di pelipat siku dalam, belakang lutut, leher, dan p**i bayi.
Rupa Ruam: Ini bukan jangkitan kuman, tapi kulit sensitif. Kulit jadi sangat kering, merah, tebal, bersisik, dan merekah. Gatalnya menjadi-jadi waktu malam.
Tindakan: Kunci utama ialah KELEMBAPAN. Wajib sapu pelembap (moisturizer) tanpa pewangi dengan kerap setiap hari. Elak sabun mandi yang berbuih banyak.

Nota: Panduan ini untuk rujukan awal. Jika ruam anak disertai demam yang tak kebah, anak nampak sangat lesu, pucat, atau susah bernafas, jangan berlengah terus ke hospital!

Sumber dari Public Health Malaysia

21/02/2026

Hari pertama kerja di bulan puasa be like… mengantuk lapar semua ada 😭

Address

Jalan KUALA KRAI
Kota Bharu
16010

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:15
Tuesday 09:00 - 22:15
Wednesday 09:00 - 22:15
Thursday 09:00 - 22:15
Friday 09:00 - 22:15
Saturday 09:00 - 22:15
Sunday 09:00 - 22:15

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DR.LYNA-Klinik Primer Nilam Puri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to DR.LYNA-Klinik Primer Nilam Puri:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

DR.LYNA, KOTA BHARU, KELANTAN

KLINIK AESTHETIC DAN KLINIK RAWATAN PESAKIT LUAR. MENAWARKAN RAWATAN AESTHETIC DAN KULIT SEPERTI RAWATAN JERAGAT (MELASMA), JERAWAT (ACNE), BUANG KUTIL (SKIN TAG)/ KERATOSIS, BUANG TAHI LALAT, LASER BULU, LASER PARUT LEKUK (ACNE SCAR), FILLER, BOTOX, CHEMICAL PEELING, FACIAL MICRODERMABRASION, LASER WHITENING (CERAH).

DR.LYNA-DOKTOR AESTHETIC ANDA

KLINIK PRIMER NILAM PURI, Lot 739 BATU 7, JALAN KUALA KRAI, 16010 KOTA BHARU, KELANTAN.

TELEFON 097124007 ATAU 0177780900 UNTUK TEMUJANJI